Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS

MINGGU SOLIDARITI PALESTIN


TARIKH : 29 OKTOBER 2023 (AHAD)

ATUR CARA BUTIRAN PENGACARAAN

KETIBAAN Diumumkan ketibaan Yang berusaha Cg Rohaya binti Md Zain diiringi barisan pentadbir
PERASMI Sekolah Tinggi Segamat

***(VIP mengambil tempat)


NYANYIAN Sedia untuk menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Bangsa Johor dan Lagu STS Sentiasa
LAGU Maju
NEGARAKU Hadirin diminta bersedia.

***********
Hadirin dipersilakan duduk.

*** (VIP menerima buku program)

KATA-KATA Assalamualaikum wbt., salam sejahtera dan salam kemerdekaan.


ALUAN
Ceria wajah terserlah manis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang Berusaha Cg Rohaya binti Md Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat


Yang dihormati,
Cg. Sahri bin Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Cg. Hj. Mohd Naim bin Sidek, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Cg. Norhayati binti Mohd Salleh, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Cg. Suraya binti Aziz, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Barisan guru kanan bidang, rakan-rakan guru,
serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian

Terlebih dahulu bersama-samalah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat


Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat kita bersama-sama berkumpul
bagi memeriahkan Majlis Penutupan Minggu Solidariti Palestin peringkat Sekolah Tinggi
Segamat bagi tahun 2023.

Hadirin sekalian,
BACAAN
DOA Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan ______________ untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

***********
Terima kasih kepada ______________ atas bacaan doa itu tadi.
PERSEMBAH Hadirin sekalian,
AN PELAJAR
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan persembahan pelajar. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ atas persembahan itu tadi.

Seterusnya dipersilakan __________________________ untuk membuat persembahan koir


nyanyian Lagu Palestine. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ atas persembahan itu tadi.

GIMIK Hadirin sekalian,


PERASMIAN
Sebagai simbolik penutupan Minggu Solidariti Palestin peringkat Sekolah Tinggi Segamat
tahun 2023 ini, majlis menjemput Yang Berusaha Cg Rohaya binti Md Zain, Pengetua
Sekolah Tinggi Segamat untuk menyerahkan Tabung Palestine kepada
__________________________________. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cg Rohaya binti Md Zain
atas kesudian menyempurnakan penyerahan Tabung Palestin itu tadi.

UCAPAN Sidang hadirin yang budiman,


PENGETUA

Kita teruskan majlis pada pagi ini dengan mempersilakan Yang Berusaha Cg Rohaya binti
Md Zain, Pengetua Sekolah Tinggi Segamat bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
melangsung rasmikan Majlis Penutupan Minggu Solidariti Palestin peringkat Sekolah
Tinggi Segamat tahun 2023. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

***********
Dengan ucapan itu tadi, maka rasmilah Majlis Penutupan Minggu Solidariti Palestin
peringkat Sekolah Tinggi Segamat tahun 2023. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima
kasih.

MAJLIS Dengan ucapan itu tadi, maka majlis kita sudah sampai ke penghujungnya. Selaku juruacara
BERSURAI majlis pada pagi ini, kami memohon maaf andainya ada kekasaran bahasa, kekhilafan kata
sepanjang mengacarakan majlis pada pagi ini.

Sama-sama kita terus berdoa agar rakyat di negara Palestin beroleh kebebasan daripada
peperangan yang melanda negara mereka.

Sekian sahaja majlis kita pada pagi ini.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai