Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2019


SK SETIAWANGSA
KHAMIS,17 JANUARI 2019
1. Perarakan masuk

Majlis mengumumkan perarakan masuk barisan pemimpin muda Tahun 6 dan Tahun 5 SK Setiawangsa
ke dalam dewan dengan diketuai oleh Yang Dihormati Encik Shahpandi b Abdul Manan, Yang diPertua
PIBG SK Setiawangsa dengan diiringi oleh barisan pentadbir SK Setiawangsa. Dipersilakan.

2. Nyanyian Lagu Negaraku

Hadirin diminta untuk kekal berdiri/dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu negaraku. Majlis
menjemput adik Tengku Mia Zara bt Tengku Arizal untuk mengetuai nyanyian ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi.

3. Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Yang Dihormati,
Encik Shahpandi b Abdul Manan
Yang diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang Berusaha,
Puan Norhayati bt Haron,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang dihormati,
Puan Hajah Jasniza bt Mohamed
Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Puan Jamiatun bt Ahmad


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

En Syaiful Amri bin Abdullah


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Guru Kaunseling merangkap Penyelaras Majlis Pelantikan Pemimpin Muda 2019, Penyelaras-penyelaras
badan pengawas, guru-guru wacana kegemilangan, barisan pengawas tonggak kecemerlangan aspirasi
kepimpinan,dan para murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindunganNya
dapat kitaberkumpul pada pagi yang penuh indah ini tanggal 17 Januari 2019 untuk menyempurnakan
Majlis Pelantikan Pemimpin Muda bagi sesi persekolahan 2019. Untuk makluman semua, majlis ini
adalah gabungan bersama Badan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan Unit SPBT.

Guru guru dan murid-murid sekalian,

Tujuan majlis seumpama ini diadakan


adalahuntuk mengiktiraf peranan pemimpin muda dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah
disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah.
Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan sayap utama sekolah ini,
tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh mereka.

Bersinar mentari di alam mayaCantik cahaya penuh berserakanPengawas cemerlang teraju


sekolahGemilang sekolah kebanggaan negara
(uru2 dan para pela ar sekalian,

4. Bacaan doa

Memulakan acara pada pagi ini, bagi memohon restu dan keberkatan, marilah bersama2 kita menadah
tanganmengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Safiq bin Sulor untuk
mengetuai bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Safiq bin Sulor atas bacaan doa itu
tadi.

5. Ucapan Aluan Guru Besar

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Norhayati bt Haron,
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan.
****************************************************************************
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepadaPuan Norhayati bt Haron, Guru Besar, Sekolah
Kebangsaan Setiawangsa atas ucapan itu tadi.

6. Ucapan Perasmian
Kain berlipat dari istana
Buat puteri raja kayangan
Secebis nasihat insan berguna
Secubit budi jadi kenangan
Meneruskan acara, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik
Shahpandi b Abdul Manan, Yang diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
Tahun 2019. Dipersilakan.
******************************************************************************
Seuntai kata terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Shahpandi b Abdul Manan atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.

7. Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Guru-guru dan murid murid sekalian,


Pengawas yang berdaya saing adalah menjadi harapan sekolah sekaligus menjadi suri teladan yang
mampu merealisasikan matlamat ke arah melahirkan disiplin unggul generasi syumul. Majlis pelantikan
dan penyerahan watikah pada hari ini diharap dapat menyuntik semangat dan menjadi pendorong
kepada murid2 lain. Bagi menyempurnakan acara penyerahan watikah pelantikan, majlis dengan segala
sukacitanya menjemput Yang Berusaha Puan Norhayati bt Haron, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan
Setiawangsa untuk menjemput dan mengiringi Yang Dihormati Encik Shahpandi b Abdul Manan, Yang
diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk penyempurnaan acara. Dipersilakan. Dengan ini
dipohon kepada barisan pemimpin muda untuk bersedia.

Acara dimulakan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Badan Pengawas Sekolah. Untuk itu
dijemput Puan Afidah bt Zaini, Penyelaras Pengawas Sekolah untuk tampil ke hadapan bagi mengiringi
barisan Pengawas Sekolah. Dipersilakan.

Mendahului senarai penerima watikah pelantikan pada hari ini ialah........


(rujuk senarai nama)

Seterusnya dipersilakan penyelaras ...................................................... penyelaras Pengawas Pusat


Sumber untuk tampil ke hadapan bagi mengiringi barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Dipersilakan.
Dipersilakan adik .....................
(rujuk senarai nama)

Bagi mengiringi barisan Pengawas Kantin,dipersilakan..................................................................... selaku


Penyelaras Pengawas Kantin untuk tampil ke hadapan.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

Meneruskan acara, dipersilakan ........................................................................ Penyelaras Pengawas


SPBT untuk mengiringi barisan pengawas kantin di pentas.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

Dan mengetuai barisan terakhir penerima watikah pelantikan, dipersilakan


.............................................................................. Penyelaras Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)untuk
tampil ke pentas.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Yang Dihormati Encik Shahpandi b Abdul Manan, Yang
diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa atas kesudian meymapaikan watikah pelantikan
tersebut. Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Norhayati bt Haron, Guru Besar, Sekolah
Kebangsaan Setiawangsa untuk menyampaikan sedikit cenderamata kenang kenangan kepada Yang
Dihormati Encik Shahpandi b Abdul Manan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih atas penyempurnaan acara itu tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, Pengawas Kantin, Pengawas SPBT DAN
Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Setiawangsa bagi tahun 2019 ini. Majlis mengucapkan
tahniah kepada para pengawas yang telah dilantik. Harapan kami agar semua pengawas dapat
melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang dipikul dengan sebaik mungkin.

8. Lafaz Ikrar

Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar dari ......................................................................................... Dengan


ini dipersilakan badan tertinggi pengawas yang diketuai oleh .....................................................................
naik ke pentas utama untuk bacaan lafaz ikrar.
Dipersilakan.
~bacaan ikrar~
Terima kasih diucapkan atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.

12 DENGAN UCAPAN ITU TADI MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN PENGAWAS
SMK CHERAS JAYA TAHUN 2015. PIHAK MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH
KEPADA INSPEKTOR AZIZUDDIN BIN IBRAHIM ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DARI PIHAK SEKOLAH, MAJLIS DENGAN INI MENJEMPUT EN.
SHAHRUDIN BIN YUSOF, PENGETUA SMK CHERAS JAYADENGAN DIIRINGI OLEH PUAN ZAHANA BT
HAMZAH, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERMATA
KEPADAINSPEKTOR AZZIZUDIN BIN IBRAHIM SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN DARI PIHAK
SEKOLAH.

DIPERSILAKAN.

Anda mungkin juga menyukai