Anda di halaman 1dari 32

SAINS

SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUBANG PASU
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
1
SET 1

1. Apakah yang akan berlaku sekiranya manusia dan haiwan tiada tempat perlindungan?

2. Mengapa tumbuhan memerlukan cahaya matahari?

3. Mengapa makanan penting kepada manusia dan haiwan ?

4. Nyatakan ciri-ciri benda hidup.

5. Apakah bahagian tumbuhan yang terdapat pada hampir semua tumbuhan?

6. Apakah kepentingan batang pokok kepada tumbuhan?

7. Nyatakan nama tumbuhan yang mempunyai akar jejala dan daun berurat selari ?

8. Bagaimanakah 6 jenis magnet mendapat namanya ?

9. Magnet apakah yang mempunyai kedudukan kutub utara dan selatan lebih rapat di antara
satu sama lain?

10. Apakah logam yang tidak dapat ditarik oleh magnet ?

11. Namakan bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia ?

12. Apakah jenis tanah yang mengandungi butiran tanah yang sangat halus sahaja ?

13. Mengapakah bola berbentuk sfera?

14. Mengapa jam meja sesuai berbentuk kuboid?

2
15. Apakah warna iris mata ?

16. Nyatakan haiwan mamalia yang bertelur?

17. Apakah haiwan mamalia yang hidup di air ?

18. Terdapat haiwan yang bertelur sedikit. Mengapakah haiwan tersebut bertelur sedikit?

19. Mengapa manusia dan haiwan memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk hidup?

20. Apakah keperluan asas biji benih untuk bertumbuh?

21. Mengapakah aktiviti harian manusia memerlukan cahaya?

22. Apakah yang dimaksudkan dengan penebat elektrik?

23. Bagaimanakah campuran batu dan serpihan kayu dapat diasingkan?

24. Apakah yang akan terjadi jika tiada air di bumi?

25. Apakah kesan angin kencang pada permukaan bumi?

26. Bagaimanakah arah aliran air secara semula jadi seperti sungai?

27. Apakah yang dimaksudkan dengan udara bergerak?

28. Rakan kamu membuang spesimen tanah ke dalam singki. Apakah tindakan kamu ?

29. Apakah bahan utama yang terkandung di dalam enamel gigi?

3
30. Apakah yang terjadi sekiranya, manusia hanya mempunyai set gigi susu?

31. Makanan boleh dikelaskan kepada berapa kumpulan ?

32. Apakah makanan yang bertindak sebagai pelawas kepada manusia?

33. Apakah kepentingan makanan seimbang kepada tubuh badan manusia ?

34. Nyatakan satu contoh tumbuhan yang membiak melalui spora?

35. Berikan satu contoh makanan bagi kelas mineral?

36. Berikan satu contoh makanan bagi kelas vitamin?

37. Apakah kepentingan kelas makanan bagi lemak ?

38. Apakah tujuan tumbuhan membiak?

39. Berikan satu tumbuhan yang membiak melalui batang bawah tanah?

40. Namakan satu tumbuhan yang membiak melalui spora ?

41. Apakah maksud spesies?

42. Mengapakah pembiakan tumbuh-tumbuhan penting kepada manusia ?

43. Namakan tumbuhan yang mempunyai dua kaedah pembiakan.

4
44. Kultur tisu merupakan salah satu teknologi pembiakan tumbuh-tumbuhan. Bagaimana
pembiakan menggunakan kaedah kultur tisu dijalankan ?

45. Berikan satu contoh tumbuhan yang boleh dibiakkan melalui kaedah kultur tisu.

46. Apakah maksud luas ?

47. Bagaimanakah isipadu batu ditentukan ?

48. Mengapakah kayu balak timbul dipermukaan air, tetapi gelang getah tenggelam di dalam
air?

49. Bagaimanakah caranya untuk menambah ketumpatan air di dalam sebuah besen?

50. Mengapakah minyak timbul di permukaan air?

51. Apakah haiwan terbesar di Bumi ?

52. Apakah organ pernafasan bagi sesilia?

53. Nyatakan satu contoh haiwan daripada kumpulan reptilia.

54. Apakah graviti?

55. Apakah Vennus Flytrap?

56. Apakah maksud fotosintesis?

57. Apakah glukosa?

58. Apakah cara pembiakan bagi pokok begonia ?

5
59. Apakah sifat cahaya yang menyebabkan sudu kelihatan bengkok di dalam segelas air ?

60. Apakah yang akan berlaku , apabila cahaya matahari terkena pada titisan air hujan?

61. Apakah yang menyebabkan bunyi terhasil?

62. Apakah yang dimaksudkan dengan ultrasonik?

63. Apakah maksud gema?

64. Mengapa kita perlu berhemah ketika menggunakan tenaga ?

65. Apakah maksud tenaga?

66. Bagaimanakah petroleum terbentuk?

67. Apakah maksud kekenyalan?

68. Mengapakah kebanyakan alatan memasak seperti periuk diperbuat daripada logam?

69. Mengapakah kain kapas paling sesuai untuk mengelap cecair yang tumpah?

70. Apakah fungsi tulang rusuk kepada tubuh badan manusia?

71. Di manakah kedudukan diafragma manusia?

72. Apakah kandungan air kencing manusia ?

73. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan ?

6
74. Apakah tindakan kamu sekiranya dikejar oleh anjing?

75. Kwashiorkor merupakan salah satu penyakit yang boleh menyerang kanak-kanak.
Bagaimana penyakit ini boleh menyerang kanak-kanak?

76. Apakah yang akan berlaku , sekiranya kita tidak mengamalkan budaya hidup sihat ?

77. Nyatakan organ pernafasan bagi obor-obor biru ?

78. Bolehkah fotosintesis berlaku dalam daun yang tidak berwarna hijau?

79. Daun menyimpan kanji yang terhasil daripada proses fotosintesis. Nyatakan bahagian
tumbuhan yang lain yang menyimpan kanji.

80. Bilakah sistem metrik bagi pengukuran diperkenalkan di Malaysia ?

81. Nyatakan unit piawai bagi jisim.

82. Namakan contoh objek yang bersifat kenyal ?

83. Siapakah ahli astronomi Itali yang menemui asteroid pertama?

84. Berapakah anggaran jarak dari bumi ke matahari ?

85. Apakah maksud objek seni ( konsep sains ) ?

86. Siapakah orang pertama yang mencipta kereta ?

87. Siapakah orang pertama yang mencipta kapal terbang ?

7
88. Nama pengasas Facebook.

89. Siapakah yang mencipta telefon ?

90. Siapakah pencipta televisyen ?

91. Pandemik Covid-19 juga di kenali sebagai………..

92. Virus Novel Coronovirus berasal dari negara mana?

93. Apakah alat yang sesuai digunakan oleh orang awam sebagai langkah pencegahan
penularan wabak covid-19 ?

94. Apakah Chikungunya ?

95. Di manakah berlakunya pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim pada tahun 2019 ?

96. Bentuk-bentuk bulan yang kelihatan seolah-olah berbeza pada setiap malam dikenali
sebagai apa?

97. Bahagian permukaan bulan yang manakah sentiasa disinari matahari ?

98. Neraca tiga alur dan neraca tuas digunakan untuk mengukur apa ?

99. Neraca spring dan neraca mampatan digunakan untuk mengukur apa ?

100. Siapakah ahli sains yang berjaya membuktikan bahawa kaedah pemanasan dengan
diikuti penyejukkan segera dapat membunuh bakteria ?

101. Namakan lima jenis deria manusia.

8
102. Apakah deria yang digunakan untuk mengenal pasti bentuk sesuatu objek?

103. Apakah bentuk asas menara KLCC?

104. Saiz bayang- bayang semakin kecil apabila sumber cahaya mendekati objek. Benar atau
salah?

105. Selain jarak objek dari sumber cahaya diubah, berikan satu cara lain untuk kita
menambah saiz bayang-bayang.

106. Mengapakah tidak terbentuk bayang-bayang apabila kita menggunakan kanta sebagai
objek?

107. Bagaimanakah kita boleh menukar bentuk bayang-bayang sesuatu objek tanpa mengubah
jenis objek tersebut?

108.Mengapakah sebatang pen kelihatan bengkok apabila diletakkan ke dalam gelas berisi
air?
109.Berikan dua contoh alat seharian yang menggunakan prinsip pantulan cahaya?

110.Raziah hendak menyimpan jus tembikai dalam tempoh seminggu. Apakah kaedah
pengawetan terbaik yang boleh digunakan?

111.Mengapakah mikroorganisma tidak boleh merosakkan makanan yang diawet melalui


kaedah pemasinan?

112.Namakan komponen elektrik yang berfungsi memutus atau menyambungkan litar?

113.Apakah keburukan litar elektrik secara selari pada litar ringkas?

9
114.Terangkan kaedah sains yang boleh dilakukan supaya bola ping pong yang kemek
kembali ke bentuk asal?

115.Mengapakah belon pada mulut botol kaca mengembang apabila botol itu direndam dalam
air panas?

116.Namakan jenis simbiosis yang saling menguntungkan kedua-dua pihak.

117.Berikan contoh simbiosis yang saling menguntungkan kedua-dua pihak.

118.Apakah rasa sesuatu bahan yang berasid?

119.Apakah bahan utama yang digunakan semasa pembenihan awan untuk menghasilkan
hujan?

120.Apakah maksud mikroorganisma?

121.Nyatakan lima jenis mikroorganisma.

122.Antara kelima-lima mikroorganisma tersebut manakah yang paling kecil?

123.Istilah ………………… merujuk kepada mikroorganisma yang berbahaya dan


menyebabkan penyakit kepada manusia.

124.Apakah kandungan dalam vaksin yang disuntik ke dalam badan untuk merangsang
penghasilan antibodi melawan penyakit berjangkit?

10
125.Yis menyebabkan doh mengembang. Apakah proses hidup mikroorganisma tersebut?

126.Mengapa virus Cocid-19 tidak boleh dibunuh menggunakan antibiotik?

127.Apakah organ utama manusia yang terkesan dengan serangan virus Covid-19?

128.Apakah 3 langkah utama untuk mengelak penyebaran jangkitan virus Covid-19?

129.Berikan contoh penyakit selain Covid-19 yang memerlukan pesakit dikuarantin.

130.Apakah teknologi hari ini yang digunakan oleh manusia untuk sampai ke sesuatu tempat
dengan mudah dan tepat tanpa menggunakan panduan dari buruj?

131.Mengapakah minyak terapung di atas permukaan air?

132.Namakan satu contoh logam yang berkeadaan cecair pada suhu bilik.

133.Berikan satu contoh bahan yang mempunyai ketiga-tiga keadaan jirim pada suhu bilik.

134.Namakan proses perubahan keadaan jirim sesuatu bahan dari bentuk gas menjadi cecair.

135.Namakan organ yang mengepam darah ke seluruh anggota badan kita.

136.Namakan 4 jenis darah manusia.

137.Apakah bahan utama yang diangkut oleh darah yang dihantar ke sel-sel di seluruh tubuh
badan kita?

138.Sebiji bateri sel kering boleh membekalkan …………. volt tenaga elektrik.

139.Berapa volt tenaga elektrik yang dibekalkan ke rumah-rumah di Malaysia?

11
140.Namakan satu sumber tenaga yang boleh dibaharui yang digunakan di Malaysia untuk
menjana tenaga elektrik.

141.Mengapakah sumber tenaga elektrik seperti arangbatu dan petroleum ingin dikurangkan
penggunaannya di seluruh dunia?

142.Nyatakan perubahan bentuk tenaga yang berlaku pada kereta mainan kawalan jauh.

143.Tsunami pernah melanda Malaysia pada tahun 2004. Apakah maksud tsunami?

144.Apakah punca terjadinya tsunami?

145.Bahagian manakah pada tumbuhan akan mula-mula muncul semasa biji benih
bercambah?

146.Apakah kepentingan fotosintesis kepada tumbuhan?

147.Namakan pigmen berwarna hijau yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.

148.Apakah yang sumber tenaga yang digunakan dalam proses fotosintesis?

149.Apakah kepentingan fotosintesis kepada manusia dan haiwan?

150.Apakah yang anda faham tentang kaedah penanaman sayur-sayuran secara hidroponik?

151.Apakah kelebihan menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik?

152.Apakah ciri khas yang terdapat pada pokok kelapa yang melindunginya semasa angin
kencang?

12
153.Pokok kaktus amat tahan lasak apabila ditanam dalam pasu berbanding tumbuhan lain.
Berikan satu alasan.

154.Namakan 4 kaedah tumbuhan memencarkan biji benihnya.

155.Apakah tujuan tumbuhan memencarkan biji benihnya?

156.Namakan beberapa garam mineral yang diperlukan oleh badan manusia yang diperolehi
daripada sumber makanan harian kita.

157.Nasi, roti dan mee banyak memberi sumber karbohidrat kepada manusia. Apakah fungsi
karbohidrat kepada tubuh manusia?

158.Selain dari oksigen dan karbon dioksida, namakan satu gas lain yang terdapat secara
semulajadi dalam udara.

159.Gas karbon monoksida amat beracun kepada manusia jika tersedut dalam kuantiti yang
banyak. Apakah sumber utama gas ini yang terhasil di persekitaran sekeliling kita?

160.Mengapakah ubat gigi mengandungi alkali?

161.Berikan dua contoh bahan lain yang mengandungi alkali.

162.Namakan sejenis bahan atau alat yang digunakan untuk menguji keasidan sesuatu bahan.

163.Kita digalakkan mengamalkan 3R bagi mengurangkan pembaziran bahan-bahan terbuang


dan mengurangkan pencemaran alam. Apakah maksud 3R?

164.Apakah maksud bahan buangan terbiodegrasi?

13
165.Apakah manfaat yang boleh diperolehi daripada bahan buangan terbiodegradasi kepada
bidang pertanian?

166.Namakan alat yang digunakan untuk mencerap bintang-bintang di angkasa.

167.Namakan 5 planet dalam sistem suria mengikut urutan semakin jauh dari matahari
bermula dengan planet bumi.

168.Berapa hari yang diambil oleh bumi untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi
matahari?

169.Siapakah angkasawan pertama Malaysia yang telah ke angkasa lepas pada 2007.

170.Namakan fasa bulan semasa berlakunya gerhana matahari. Mengapa?

171.Semasa gerhana matahari penuh, matahari kelihatan gelap dengan terdapat lingkaran
cahaya cerah mengelilinginya. Lingkaran cahaya cerah tersebut dinamakan
……………………

172.Takwim Qamari dibina berdasarkan putaran bumi pada paksinya. Betul atau salah?

173.Mengapakah manusia tidak dapat mendengar bunyi di angkasa lepas?

174.Apakah maksud buruj?

175.Namakan 4 jenis buruj yang mudah dilihat di langit.

176.Namakan buruj yang tidak menunjukkan sebarang arah.

177.Mengapakah Ahmad tidak boleh mula mengembara pada pukul 7 pagi jika dia
menggunakan buruj sebagai panduan menentukan arah?

14
178.Apakah maksud haiwan vertebrata.

179.Nyatakan dua ciri utama haiwan mamalia.

180.Ikan paus dikategorikan sebagai haiwan mamalia bukannya kategori ikan walaupun ikan
paus hidup di lautan. Mengapa?

181.Berikan satu kelebihan haiwan yang hidup berkumpulan.

182.Apakah perbezaan gigi haiwan herbivor dan haiwan karnivor?

183.Berapakah jumlah gigi kekal bagi manusia?

184.Apakah maksud migrasi di kalangan haiwan tertentu?

185.Berikan satu contoh haiwan yang sering bermigrasi ke Malaysia.

186.Contoh haiwan yang sering berhibernasi pada musim sejuk ialah …………………….

187.Mengapa haiwan tertentu perlu berhibernasi pada musim sejuk?

188.Berikan satu contoh haiwan yang sedang diancam kepupusan di Malaysia.

189.Apakah punca utama haiwan diancam kepupusan di Malaysia?

190.Whatsapp dan Facebook adalah 2 contoh aplikasi teknologi bagi kemudahan kita dalam
bidang ……………………………… .

191.Apakah bahan yang selalu disalahkan jika seseorang mengidap penyakit diabetes?

15
192.Selain menggunakan ubat-ubatan, nyatakan kaedah-kaedah lain dalam perubatan moden
bagi merawat penyakit.

193.Mengapakah cap jari telah menjadi tanda pengenalan diri seseorang sejak kecil hingga
dewasa?

194.Suhu badan manusia yang sihat ialah …………… oC.

195.Manusia yang dianggap sudah demam jika suhu badannya melebihi ………… oC.

196.Mengapakah ahli angkat berat mengangkang sikit kakinya menjadi lebih luas semasa
mengangkat beban?

197.Mengapakah kabel elektrik dipasang dalam keadaan kendur antara satu tiang ke tiang
yang lain?

198.Apakah ciri istimewa buah kelapa yang menyebabkannya terapung dibawa arus air?

199.Cahaya dan bunyi bergerak pada kelajuan yang sama. Betul atau salah?

200.Mengapakah ketulan ais terapung di permukaan air walaupun kedua-duanya adalah


bahan yang sama?

16
SET 2

Soalan Bahasa Melayu

Jawab soalan di bawah.

1. Ibu bapa Azimi sangat bangga akan kejayaannya dalam pertandingan nyanyian itu.
Apakah perkataan sama erti dengan bangga?
2. Adik kamu mengalami keracunan makanan semasa ibu bapa kamu tiada. Apakah
tindakan kamu?
3. Tarian tradisional masyarakat Cina ialah Tarian Singa? Apakah perkataan yang sama
maksud dengan perkataan masyarakat?
4. Wau ialah permainan tradisional yang dimainkan selepas musim menuai. Di manakah
tempat yang paling sesuai untuk menaikkan wau?
5. Nama Indera Kayangan sinonim dengan negeri mana?
6. Apakah peribahasa yang sama maksudnya dengan “sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain”?
7. Jika kamu menghadapi masalah dalam keluarga kamu, siapakah orang yang paling
dipercayai untuk berkongsi masalah tersebut?
8. Keunikan negara kita yang dikagumi oleh negara luar ialah hidup aman walaupun
berbilang bangsa. Apakah maksud yang sinonim dengan berbilang bangsa?
9. Siapakah yang layak memberikan kebenaran kepada pihak sekolah untuk mengadakan
lawatan sambil belajar?
10. Mengapakah peserta lawatan mesti berjalan secara berkumpulan?
11. Apakah nama bendera Malaysia?
12. Apakah maksud bulan sabit dalam bendera Jalur Gemilang?
13. Kaum wanita masyarakat India memakai sari. Apakah nama pakaian tradisonal bagi
kaum lelaki India?
14. Pada pendapat kamu, wajarkah bendera Jalur Gemilang dihias pada kenderaan.
15. Berikan satu contoh peribahasa yang berlawanan maksud dengan peribahasa Seikat Bagai
Sirih, Serumpun Bagai Serai.

17
16. Baru-baru ini kawan ibu kamu bertandang ke rumah kamu. Anaknya telah bermain
barang mainan yang kamu sayang tanpa meminta izin. Apakah tindakan kamu?
17. Kawan-kawan kamu memberikan hadiah semasa menyambut hari lahir kamu.Bagaimana
cara kamu menghargai mereka?
18. Semasa pulang ke kampung, kamu memberikan ole-ole kepada nenek kamu. Apakah
simpulan bahasa yang sesuai dengan perkataan ole-ole.
19. Apakah langkah-langkah yang perlu kamu lakukan supaya selamat ketika melintas jalan
raya.
20. Apakah maksud lampu isyarat berwarna kuning. Adakah kita akan selamat untuk
melintas jalan raya ketika lampu isyarat berwarna kuning. Berikan alasan kamu.
21. Masyarakat kini lebih berminat menggunakan perkhidmatan internet untuk urusan jual
beli. Apakah istilah yang digunakan untuk urusan jual beli tersebut.
22. Sering kedengaran jenayah internet yang melibatkan penipuan yang mengakibatkan
pengguna kehilangan ribuan ringgit. Nyatakan langkah-langkah keselamatan semasa
melayari media sosial.
23. Setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan latihan kebakaran. Pada pendapat kamu
apakah kesannya jika sesebuah sekolah tidak mengadakan latihan kebakaran ini.
24. Semasa nyanyian lagu Negaraku, kita akan berdiri tegak. Pada pendapat kamu,
mengapakah kita mesti berdiri tegak semasa lagu “Negaraku” dinyanyikan.
25. Kamu bercadang untuk pulang ke kampung semasa musim perayaan. Kamu dan keluarga
mempunyai pilihan sama ada menggunakan kenderaan awam seperti bas, kereta api,
kapal terbang atau kenderaan sendiri. Bagaimanakah cara yang kamu pilih untuk pulang
ke kampung. Mengapa?
26. Sesetengah murid tidak gemar bersarapan sebelum ke sekolah. Adakah kamu bersarapan
sebelum ke sekolah. Mengapa?
27. Kitar semula sangat baik untuk kelestarian alam. Mengapakah kita digalakkan
mengamalkan program kitar semula dalam kehidupan seharian kita.
28. Alat pemadam api berfungsi mengawal dan memadamkan kebakaran pada peringkat
awal. Alat pemadam api perlu ada di setiap rumah di Malaysia.Mengapa?
29. Beberapa orang murid berebut-rebut dan bertolak-tolakkan semasa menaiki bas. Adakah
ini amalan yang patut diamalkan. Mengapa?

18
30. Amalan melancong dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, banyak kebaikan
yang dapat kita peroleh. Nyatakan dua kelebihan melancong.
31. Kain batik dikenali juga sebagai kain basahan. Apakah maksud kain basahan.
32. Kain batik merupakan kain yang sangat popular dalam masyarakat Melayu.
Bagaimanakah cara untuk menarik minat pelancong membeli kain batik?
33. Pasukan sekolah kamu akan menyertai pertandingan bola sepak. Pertandingan akan
bermula pada pukul 8:00 pagi. Pihak menganjur mengarahkan setiap pasukan hadir 30
minit lebih awal. Mengapakah pasukan yang terlibat perlu hadir awal?
34. Menabung adalah amalan yang baik. Apakah yang akan kamu lakukan dengan wang
tabungan tersebut. Mengapa?
35. Mengapakah penunggang basikal digalakkan memakail jaket pemantul cahaya?
36. Mengapa pejalan kaki mesti berjalan menghadap trafik?
37. Apakah risiko jika kita tidak memakai topi keledar ketika menunggang dan membonceng
motosikal?
38. Zalia menadah air hujan untuk menyiram pokok bunga. Adakah tindakannya patut
dicontohi? Berikan sebab dan alasannya.
39. Mengapa kita harus meminta izin daripada ibu bapa sebelum keluar rumah. Berikan
sebab dan alasannya.
40. Kita hendaklah menziarahi jiran yang sakit atau ditimpa musibah. Mengapa?
41. Semasa musim perayaan terdapat banyak tawaran jualan murah. Adakah kita patut
membeli barangan semasa jualan murah tersebut. Mengapa. Berikan sebab dan
alasannya.
42. Pada pendapat kamu , wajarkah kita memeriksa kenderaan sebelum memandu. Mengapa?
43. Apakah risiko jika kita tidak mematuhi peraturan semasa menggunakan lampu isyarat
seperti melanggar lampu isyarat berwarna merah?
44. Sebelum menunggang kita hendaklah memastikan brek basikal berfungsi dengan baik.
Mengapa?
45. Penggunaan basikal lajak boleh mengundang bahaya. Mengapa?
46. Kita tidak digalakkan melancong semasa wabak covid-19 sedang merebak. Mengapa?
47. Nyatakan tindakan yang patut diambil jika seseorang yang bergejala dan merupakan
kontek rapat dengan pesakit yang positif covid-19. Berikan sebab dan alasannya.

19
48. Semasa penularan wabak Covid-19, kita diwajibkan memakai pelitup muka di tempat
awam. Mengapa?
49. Mengapakah kita dikehendaki memilih pelitup muka perubatan 3 lapis dan pelitup muka
fabrik sahaja untuk digunakan. Berikan sebab dan alasannya.
50. Nyatakan cara yang betul untuk memakai pelitup muka. Mengapakah kita tidak boleh
berkongsi pelitup muka dengan orang lain.

Bundarkan jawapan yang paling tepat

51. Apakah yang kamu perlu lakukan semasa membonceng motosikal.

A Memakai tali pinggang keledar

B Menunggang dengan cermat agar selamat

C Berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah

D Memakai topi keledar dengan ikatan yang betul.

52. Tindakan yang betul sebagai pemandu kenderaan yang berhemah di jalan raya.

A Memandu kenderaan walaupun lesen memandu tamat tempoh

B Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

C Melanggar lampu isyarat berwarna kuning

D Memandu mengikut had laju yang dibenarkan

53. Sebelum memilih makanan yang ingin dibeli kita hendaklah


A memastikan peniaga tidak meletakkan tanda harga

B memastikan pekerja tidak memakai apron semasa memasak

C makanan tidak ditutup untuk memudahkan pembeli memilih makanan

D memastikan premis sentiasa bersih agar kesihatan tidak terjejas.

20
54. Nilai murni yang perlu menjadi amalan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ialah
A mementingkan diri sendiri
B hormat menghormati antara satu sama lain
C tidak berkunjung semasa kaum lain merayakan perayaan mereka
D hidup dalam kelompok dan etnik sendiri dan tidak menghiraukan orang lain
55. Seorang murid dibenarkan untuk
A menggunakan peralatan sukan tanpa kebenaran guru
B mengambil peralatan sukan untuk digunakan di rumah
C meminjam dan memulangkan semula buku di perpustakaan
D memasuki makmal sains semasa ketiadaan guru

56. Padankan pertalian dalam hubungan keluarga di bawah.

Hamidun Murni Ahmad Azilah

Marlia Arni Azli Azima

i. Hamidun dan Ahmad Sepupu

ii. Azima dan Marlia ipar

anak saudara
iii. Murni dan Azli

ibu saudara
iv. Arni dan Ahmad

21
Tandakan (√ ) pada jawapan yang paling tepat.

57. Antara yang berikut yag manakah bukan

keluarga asas.

Adik Abang Datuk Ayah

58. Amalan baik yang perlu diterapkan dalam sesebuah keluarga KECUALI.

Tolong-menolong

Kasih mengasihi

Mementingkan diri

Hormat menghormati

59. Kawan baik kamu tidak menyiaplan kerja yang diberikan oleh guru. Apakah tindakan yang
kamu pilih untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Memberikan buku kamu untuk ditirunya.

Mengajarkan cara untuk menyiapkan latihan tersebut.

Memberikan jawapan untuk ditulisnya

Membiarkan sahaja rakan tersebut didenda oleh guru

60. Jika kamu melihat seekor kucing terjatuh dan cedera di dalam longkang di hadapan rumah
kamu, tindakan kamu yang paling tepat ialah

22
Meminta bantuan adik kamu untuk menyelamatkan kucing itu

Memberitahu ibu bapa agar mereka dapat menyelamatkan kucing itu

Turun ke dalam longkang untuk menyelamatkan kucing itu

Menelefon ambulans untuk menyelamatkan kucing itu.

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul.

61. Nyatakan konsep 3R dalam proses kitar semula bahan terbuang berserta dengan maksudnya

i. ____________________________________________________________

ii.____________________________________________________________

iii.____________________________________________________________

62. Seorang pengguna yang bijak akan memastikan barangan yang dibeli mestilah

i. ___________________________________________________________

ii.___________________________________________________________

iii.___________________________________________________________

63. Langkah-langkah keselamatan ketika bermain di Taman Permainan ialah

i. ___________________________________________________________

ii.___________________________________________________________

iii.___________________________________________________________

64. Langkah-langkah pencegahan Covid-19 yang mesti dilakukan sebelum ke sekolah ialah

i. ___________________________________________________________

ii.___________________________________________________________

iii.___________________________________________________________

23
65. Nyatakan maksud 3S yang harus dielakkan dalam menangani penularan Covid-19.

i. ___________________________________________________________

ii.___________________________________________________________

iii.___________________________________________________________

Baca maklumat di bawah. Kemudian, Tandakan ( B ) pada pernyataan yang betul dan ( S ) pada
pernyataan yang salah.

66.Penunggang basikal tidak perlu menggunakan isyarat tangan ketika membelok. ( )

67. Kita hendaklah menunggu bas beredar sepenuhnya sebelum melintas jalan raya. ( )

68. Penunggang basikal mesti memakai pakaian yang cerah pada waktu malam. ( )

69. Pemakaian topi keledar dapat mengelakkan cedera parah pada bahagian kepala. ( )

70. Mematuhi peraturan jalan raya bukanlah tanggungjawab kita. ( )

71. Sisa toksik boleh dibuang ke dalam sungai. ( )

72. Pembakaran secara terbuka boleh dilakukan di mana-mana sahaja. ( )

73. Sampah sarap yang dibuang ke laut akan menyebabkan sumber protein pupus. ( )

74. Penebangan hutan yang berleluasa boleh menyebabkan hakisan dan banjir. ( )

75. Taman permainan adalah kemudahan awam yang perlu dijaga dengan baik. ( )

Susun semula pernyataan di bawah mengikut urutan nombor. Tulis nombor mengikut urutan di
dalam kotak yang disediakan.

76.Cara-cara minum susu kotak yang betul.

Pastikan susu masih elok dengan melihat bentuk kotak dan menghidu bau susu.

Susu perlu diminum hingga habis dan bakinya tidak boleh disimpan.

Basuh tangan supaya bakteria di tangan tidak terkena susu yang hendak diminum.

Pastikan susu tidak melepasi tarikh luput kerana boleh memudaratkan kesihatan.

24
77. Susun semula langkah-langkah menangani stress dengan latihan pernafasan berikut mengikut
urutan.

Satu latihan bernafas secara mendalam dapat meningkatkan pertukaran oksigen dan
karbon dioksida di dalam sel tubuh.

Anda boleh melegakan stress dengan melakukan langkah-langkah berikut:

Susun semula ikut urutan.

Hembus nafas perlahan-lahan melalui mulut. Terapkan perasaan lega pada setiap kali
hembusan nafas.

Akhirnya, buka mata anda perlahan-lahan. Anda akan rasa tenang.

Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan di sisi.

Ulangi langkah di atas sebanyak lima kali sehingga anda berasa tenang dan lega.

Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.

Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan kiraan sepuluh.

Tuliskan jawapan kamu pada tempat kosong yang disediakan.

78. Kamu ke kedai untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu kamu. Apakah
tindakan yang harus kamu lakukan sebelum membeli barangan tersebut. Nyatakan empat
langkah yang perlu kamu lakukan sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan yang
dipesan oleh ibu kamu.

25
____________________________________________________________________

2 ____________________________________________________________________

3 ____________________________________________________________________

4 ____________________________________________________________________

79. Semasa cuti sekolah kamu mempunyai banyak masa terluang. Nyatakan empat aktiviti yang
kamu lakukan sepanjang cuti sekolah yang lalu.

1 _________________________________________________________________

2 _________________________________________________________________

3 _________________________________________________________________

4 _________________________________________________________________

80. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di padang sekolah.
Nyatakan 4 langkah yang perlu diambil ketika bermain di padang sekolah.

1 _________________________________________________________________

2 _________________________________________________________________

3 _________________________________________________________________

4 _________________________________________________________________

26
PENULISAN

81. Pada cuti sekolah yang lalu kamu berpeluang pulang ke kampung. Ceritakan pengalaman
yang kamu lalui semasa berada di kampung.

82. Kamu dan keluarga bercadang untuk makan angin. Di manakah tempat yang akan kamu pilih
untuk melancong bersama-sama keluarga.

83. Kamu telah menyertai pertandingan Mengarang Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.
Ceritakan persediaan yang kamu lakukan sebelum menyertai pertandingan tersebut.

84. Kamu memenangi hadiah tempat pertama dan memperoleh wang sebanyak RM 500.00
dalam pertandingan mengarang. Ceritakan cara-cara kamu membelanjakan wang tersebut.

85. Sekolah kamu akan mengadakan lawatan sambil belajar. Kamu ingin meminta izin daripada
ibu bapa kamu untuk menyertai lawatan tersebut. Berikan alasan-alasan yang kukuh agar ibu
bapa kamu mengizinkan kamu menyertai lawatan tersebut.

86. Kamu berminat untuk tinggal di asrama. Nyatakan langkah-langkah yang kamu lakukan
sebelum tinggal di asrama.

87. Alam sekitar semakin tercemar. Nyatakan langkah-langkah yang harus dilakukan untuk
menjaga alam sekitar agar tidak tercemar.

88. Kamu akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Apakah persediaan-persediaan yang patut
kamu lakukan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.

89. Seorang anak bertanggungjawab menggembirakan ibu bapa. Nyatakan cara-cara yang akan
kamu lakukan untuk menggembirakan ibu bapa kamu.

90. Kamu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. Nyatakan perasaan dan
harapan kamu setelah terpilih untuk menyertai pertandingan tersebut.

91. Semasa pulang dari sekolah kamu terjumpa sebuah beg yang berisi sejumlah wang dan
beberapa dokumen penting. Apakah tindakan yang kamu lakukan.

92. Ibu bapa kamu tiada di rumah. Seorang pemuda yang tidak dikenali datang dan memberitahu
ibu bapa kamu kemalangan. Apakah tindakan yang akan kamu lakukan.

27
93.Semasa menunggu ibu bapa kamu menjemput kamu di perhentian bas, sebuah kereta berhenti
dan mempelawa kamu menaiki kereta untuk dihantar pulang ke rumah. Apakah yang akan kamu
lakukan.

94. Kemalangan jalan raya berlaku setiap hari. Ada yang kehilangan orang tersayang kerana
kemalangan. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya di negara kita.

95. Adik kamu sering gagal dalam mata pelajaran Matematik. Kamu ingin membantunya.
Terangkan langkah-langkah yang akan kamu lakukan untuk membantu adik kamu untuk lulus
cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.

96. Kamu bercita-cita untuk dianugerahkan sebagai murid cemerlang di sekolah kamu.
Terangkan cara-cara yang seharusnya kamu lakukan untuk mencapai impian kamu itu.

97. Belajar secara berkumpulan lebih baik berbanding belajar sendiri. Setujukah kamu dengan
pernyataan ini. Nyatakan sebab-sebab dan alasan yang kukuh untuk menyokong pendapat kamu
itu.

98. Setiap orang mempunyai hobi untuk mengisi masa lapang. Apakah hobi yang kamu lakukan
pada masa lapang.

99. Kamu mempunyai jiran yang baik dan sering membantu keluarga kamu jika menghadapi
masalah. Bagaimanakah cara kamu menghargai pertolongan jiran kamu itu.

100. Rakan merupakan orang yang rapat dengan kita. Nyatakan ciri-ciri rakan yang menjadi
pilihan sebagai rakan karib kamu.

28
SET 3
1. Mengamalkan tahap kebersihan diri adalah antara langkah perlindungan yang boleh
dilakukan untuk mencegah jangkitan Coronavirus.

Huraikan tiga langkah amalan kebersihan tersebut.

2. Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1998.

Nyatakan tiga tujuan kempen ini diperkenalkan.

3. Kemalangan jalan raya telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa. Oleh itu kita
perlulah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengurangkan kadar
kematian akibat kemalangan tersebut.

Nayatakan tiga langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan kadar


kemalangan di negara kita.

4. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya.
Nyatakan tiga cara yang perlu kamu lakukan agar sentiasa selamat ketika berada di
jalan raya.

5. Nyatakan dua ciri keluarga mithali.

6. Nyatakan perasaan kamu sekiranya keluarga kamu dianugerahi Tokoh Keluarga


Mithali. Mengapa ?

7. Aktiviti riadah biasanya dilakukan pada waktu senggang.

Nyatakan tiga kepentingan aktiviti riadah.

8. Apakah tindakan yang akan kamu ambil sekiranya terdapat lekuk pada bucu tin
biskut yang hendak dibeli?

29
9. Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat. Nyatakan tiga gaya hidup sihat yang
perlu kita amalkan.

10. Apakah yang perlu kita lakukan sebelum tidur?

11. Penjagaan gigi yang sempurna amat penting bagi menghindari kerosakan gigi.
Nyatakan empat cara penjagaan gigi supaya gigi kita sihat.

12. Berikan tiga contoh ayat yang mengandungi kata adjektif.

13. Kita disarankan agar tidak mudah panik apabila berlaku kebakaran. Nyatakan tiga
langkah yang perlu diambil sekiranya belaku kebakaran.

14. Ketika berjalan pulang dari sekolah hujan turun dengan lebatnya. Apakah tindakan
yang akan kamu lakukan?

15. Nyatakan empat langkah keselamatan ketika menaiki tangga.

16. Bagaimanakah stres dapat diatasi?

17. Cara yang paling mudah untuk mengeluarkan peluh ialah bersenam.

Huraikan tiga kebaikan melakukan senaman.

18. Keluarga bahagia membantu kecemerlangan murid dalam pelajaran. Kemukakan


pendapat kamu.

19. Nyatakan dan huraikan dua cara untuk membina keyakinan diri semula apabila kita
gagal dalam sesuatu tindakan.

20. Pergi ke pantai mencari kara,


Simpan kara di dalam raga;
Kalau tuan pandai berbicara,
Bagaimana kita sayangi keluarga?

30
21. Kemudahan awam ialah perkhidmatan atau peralatan yang disediakan untuk
kegunaan orang ramai. Nyatakan empat cara menjaga kemudahan awam.

22. Jelaskan kepentingan menjaga keselamatan ketika di padang.

23. Terumbu karang di perairan negara semakin pupus. Nyatakan cara-cara melindungi
terumbu karang tersebut.

24. Nyatakan cara kita memelihara hutan.

25. Pemanasan global ialah peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh
menyebabkan perubahan cuaca seperti banjir, kemarau dan lain-lain. Nyatakan dua
cara mengatasi pemanasan global.

26. Wajarkah ibu bapa menemani kamu semasa melayari Internet? Berikan pendapat.

27. Kamu dan kawan-kawan baru selesai menjalani aktiviti bersukan di sekolah. Semasa
hendak menyimpan alatan, kamu dan kawan-kawan melihat stor sukan itu tidak
terurus. Sebagai murid yang bertanggungjawab, nyatakan cara untuk mengemas stor
sukan itu agar mesra murid.

28. Pada pendapat kamu, mengapakah pesta buku sesuai diadakan pada musim cuti
sekolah?

29. Nyatakan tiga aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan.

30. Cara-cara menjaga kebersihan tandas.

31. Tuliskan cara-cara memupuk semangat cinta akan negara.

32. Sebagai pengguna yang bijak, apakah yang perlu kita lakukan semasa berbelanja
dengan menggunakan kad kredit?

31
33. Berikan faedah yang diperoleh jika seseorang suka menanam pokok bunga.

34. Tum…tam… bunyi guruh yang amat kuat berdentum-dentam. Serentak dengan itu
suasana di dalam bilik menjadi gelap-gelita. “Aduhai, bekalan elektrik terputus
pula!” rungutku sambil meraba-raba dalam kegelapan. Aku berasa sungguh cemas
…_______________________________________________.

35. Kamu menyertai aktiviti membersihkan sungai. Nyatakan tindakan yang akan kamu
lakukan untuk menceriakan sungai tersebut.

36. Hafiz mula resah dan gelisah. Jam di dinding rumahnya menunjukkan pukul
sembilan malam. Sudah hampir sejam rumahnya gelap-gelita kerana bekalan
elektrik terputus. Dia mempunyai banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan.
Sekiranya kamu berada di tempat Hafiz, apakah tindakan yang akan kamu lakukan?

37. Petugas barisan hadapan merupakan individu yang bertungkus-lumus membantu


masyarakat menangani penyakit Covid-19. Tuliskan penghargaan kamu terhadap
mereka.

38. Kamu bercadang untuk melawat ke tempat-tempat menarik di sebuah negeri.


Nyatakan negeri tersebut dan mengapakah kamu memilihnya untuk dilawati.

32

Anda mungkin juga menyukai