Anda di halaman 1dari 3

19 Oktober 2020

Sains – Tahun 4

Salin dan jawab soalan berikut di dalam buku nota sains.

1. Apakah organ pernafasan manusia - PEPARU

2. Apakah udara dalam proses pernafasan yang mengandungi lebih banyak gas oksigen berbanding
gas karbon dioksida? – UDARA SEDUTAN

3. Tuliskan laluan udara bagi proses menghembus nafas. - PEPARU - TRAKEA - HIDUNG

4. Apakah definasi kadar pernafasan?

KADAR PERNAFASAN IALAH BILANGAN PERGERAKKAN DADA NAIK DAN TURUN DALAM
MASA 1 MINIT.

5. Nyatakan kadar pernafasan bagi aktiviti berenang. – KADAR PERNAFASAN TINGGI

6. Selain jenis aktiviti, nyatakan dua factor lain yang mempengaruhi kadar pernafasan seseorang.

- UMUR / TAHAP KESIHATAN / GAYA HIDUP

7. Apakah maksud perkumuhan? - PROSES PENYINGKIRAN BAHAN KUMUH DARI BADAN

8. Nyatakan 3 organ yang terlibat dalam bahan proses perkumuhan. – GINJAL , PEPARU , KULIT

9. Nyatakan organ yang menghasilkan air kencing. - GINJAL

10. Proses pembuangan urin lebih penting berbanding proses perpeluhan walaupun hasil kumuh
adalah sama. Mengapa? – KERANA JUMLAH BAHAN KUMUH YANG DIKELUARKAN MELALUI
PEMBUANGAN URIN LEBIH BANYAK DARI PROSES PERPELUHAN

11. Mengapakah hasil kumuh perlu dikeluarkan dari badan? – BAHAN KUMUH YANG TIDAK
DIKELUARKAN AKAN MENJADI BAHAN TOKSIK YANG BERACUN DAN MEROSAKKAN ORGAN BADAN

12. Apakah definasi penyahtinjaan? – PROSES PENYINGKIRAN SISA MAKANAN TIDAK TERCERNA DARI
BADAN MELALUI DUBUR.

13. Namakan organ yang memainkan peranan dalam penghasilan tinja.- USUS

14. Nyatakan 2 penyakit yang mungkin terjadi jika proses penyahtinjaan tidak dilakukan dengan baik.

KANSER USUS , RADANG USUS , SEMBELIT , USUS BERDARAH

15. Apakah definasi ransangan?

PERUBAHAN PERSEKITARAN YANG DAPAT DIKESAN OLEH ORGAN DERIA BADAN.

16. Apakah definasi gerak balas?

TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH BADAN TERHADAP RANSANGAN

17. Nyatakan 5 deria yang terlibat dalam mengesan rangsangan bagi manusia.

DERIA SENTUHAN, DERIA RASA, DERIA PENDENGARAN, DERIA PENGLIHATAN , DERIA BAU
18. Apakah kepentingan gerak balas terhadap ransangan kepada manusia?

UNTUK MENJAMIN KESELAMATA DIRI MANUSIA

19. Jelaskan kesan minuman beralkohol kepada sistem gerak balas manusia terhadap ransangan.

ALKOHOL AKAN MELAMBATKAN GERAK BALAS MANUSIA TERHADAP RANSANGAN.

20. Nyatakan 4 organ pernafasan bagi haiwan? – PEPARU , INSANG , KULIT LEMBAP, SPIRAKEL

21. Berikan organ pernafasan bagi seekor cacing? – KULIT LEMBAP

22. Lalat masih hidup walaupun kepalanya direndam ke dalam air selama beberapa jam. Jelaskan?

KERANA ORGAN PERNAFASAN LALAT BERADA DI BAHAGIAN ABDOMEN / DI BELAKANG

23. Nyatakan dua haiwan yang bernafasan menggunakan dua organ pernafasan? – KATAK , NEWT ,
SESILIA

24. Nyatakan perbezaan di antara haiwan vertebrata dan invertebrata?

HAIWAN VERTEBRATA MEMPUNYAI TULANG BELAKANG MANAKALA HAIWAN


INVERTEBRATA TIDAK MEMPUNYAI TULANG BELAKANG.

25. Nyatakan 5 kumpulan pengelasan bagi haiwan vertebrata?

REPTILIA, IKAN , MAMALIA , BURUNG , AMFIBIA

26. Lengkapkan maklumat berikut bagi haiwan dalam kumpulan reptilia.

0rgan pernafasan : PEPARU

Cara membiak : BERTELUR

Litupan badan : BERSISIK ATAU BERKULIT KERAS

Habitat : DARAT

27. Namakan bahagian - bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan.

PUCUK , AKAR, DAUN

28. Apakah bahagian tumbuhan yang boleh mengesan dua jenis ransangan? - AKAR

29. Nyatakan 4 jenis ransangan bagi tumbuhan.

CAHAYA MATAHARI , GRAVITI , AIR , SENTUHAN

30. Namakan 2 tumbuhan yang bergerak balas terhadap sentuhan.

SEMALU , PERANGKAP LALAT VENNUS

31. Apakah kepentingan gerak balas tumbuhan terhadap graviti?

UNTUK MEMASTIKAN TUMBUHAN MENDAPAT SOKONGAN

32. Apakah definasi fotosintesis?


PROSES TUMBUHAN MEMBUAT MAKANAN SENDIRI

33. Nyatakan keperluan yang diperlukan dalam proses fotosintesis?

CAHAYA MATAHARI , AIR , KLOROFIL , KARBON DIOKSIDA

34. Apakah sumber tenaga utama dalam proses fotosintesis? – CAHAYA MATAHARI

35. Apakah fungsi klorofil dalam proses fotosinteis? – MENYERAP TENAGA CAHAYA MATAHARI

36. Nyatakan hasil bagi proses fotosintesis? – OKSIGEN , KANJI @ GLUKOSA

37. Apakah kepentingan fotosintesis kepada tumbuhan? – UNTUK TUMBESARAN

38. Ramalkan keadaan haiwan dan manusia jika proses fotosintesis tidak dilakukan oleh semua
tumbuhan?

HAIWAN DAN MANUSIA AKAN MATI

39. Nyatakan satu kepentingan fotosintesis kepada manusia.

MEMBEKALKAN OKSIGEN /MEMBEKALKAN MAKANAN

40. Jelaskan perkaitan di antara gerak balas terhadap cahaya matahari oleh pucuk dan proses
fotosintesis?

GERAK BALAS PUCUK TERHADAP RANSANGAN CAHAYA MEMASTIKAN TUMBUHAN MENDAPAT


CAHAYA YANG CUKUP UNTUK MENJALANKAN PROSES FOTOSINTESIS.

Anda mungkin juga menyukai