Anda di halaman 1dari 5

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

SKMJ KALI KE-16 2013


6 OKTOBER 2013

ATURCARA TEKS CATATAN


Murid-murid dan -
guru-guru berkumpul
di padang
Ketibaan ibu bapa dan -
tetamu jemputan
Ketibaan Perasmi -Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohammad Fakharuddin B.
Mohd Ariff – ADUN Bebar diiringi oleh Tuan Guru Besar SK Merchong Jaya En
Ab Malek B. Zainal.
Selepas tetamu duduk Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Yang Berhormat En Mohammad Fakharuddin B. Mohd Ariff – ADUN Bebar ,


Yang dihormati En. Abdul Razak B. Hamzah – Penyelia Kanan Sekolah Rendah
PPD Pekan ,
Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Merchong Jaya En Ab Malek B. Zainal,
Yang Berusaha Puan Nor Hayati binti Haji Hassan- Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,
Pn Harison Binti Ahmad- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Kamal Hisham Bin Dato’ Ibrahim- Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang DiPertua PIBG SK Merchong Jaya – En. Marzuki B. Nayan,
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG,
rakan-rakan pendidik,
para ibu bapa serta anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera


SELAMAT DATANG ke Kejohanan Olahraga Tahunan SK Merchong Jaya kali ke-
16 dan sekalung ucapan terima kasih kepada sidang hadirin sekalian diatas
kesudian meluangkan masa bagi sama-sama menjayakan kejohanan yang
cukup berprestij ini.

Nyanyian lagu Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis kita dimulakan dengan nyanyian dua
Negaraku dan Negeri buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang.Sidang hadirin diminta
Pahang bersedia dan berdiri tegak.

Bacaan Doa Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Untuk
itu, majlis mempersilakan  Al Fadhil Ustaz Mohd Fahmi Nofal B. Bashir  untuk
memimpin bacaan  doa.Dipersilakan…

Amin-amin ya Rabbal Alamin..

Iman amnie 1303


Persembahan Pra Kita hangatkan suasana kita pada pagi ini dengan menyaksikan persembahan
Sekolah comel dari murid-murid pra-sekolah SK Merchong Jaya dengan persembahan
Seni Tari mereka,dipersilakan..

Untuk pengetahuan siding hadirin,persembahan dari anak-anak Pra Sekolah


tadi adalah dibawah pimpinan
…………………………………………………………………………………………………………………………..
Perbarisan Lintas Hadirin sekalian, Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-16 ini
hormat diteruskan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen- kontijen rumah
sukan.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat En
Mohammad Fakharuddin B. Mohd Ariff – ADUN Bebar untuk menerima Tabik
Hormat.Dipersilakan.

Sidang hadirin sekalian, tema bagi acara perbarisan kita pada tahun ini adalah
watak animasi.Tentunya setiap rumah sukan akan mempamerkan pelbagai
kreativiti yang menarik sebentar lagi.Baiklah, kita tumpukan perhatian kepada
upacara perbarisan dan lintas hormat yang bakal berlangsung. Perbarisan
masuk Kontigen rumah sukan dimulakan dengan Kontijen Rumah
Pahlawan.

Hijau segar sentiasa mekar. Dengan memilih watak animasi Ninja Turtle
dan motto mereka adalah …………………………………………………. Ahli
perbarisan rumah Hijau melangkah dengan penuh bersemangat.Rumah
Hijau diketuai oleh adik ………………………………………… Mampukan
Pahlawan mengekalkan kejuaraan mereka? Sama-sama kita nantikan.

Seterusnya adalah perarakan masuk Kontijen rumah Laksamana


(Kuning), Kuning diraja bersemangat waja,dengan watak animasi yag
dipilih iaitu ……………………………………… dan diketuai oleh adik
……………....................................................
Kontijen kuning melangkah dengan penuh gagah.Motto bagi rumah
kuning adalah ……………………………………..

Melangkah dibalakang kontijen Kuning adalah ahli-ahli rumah Perwira


(Biru), Biru berombak pantang berganjak, diketuai oleh adik
………………………………….. dengan motto mereka ……………………… dan
kekuatan seramai ……. orang putera dan …….. orang puteri.Watak
animasi yang menjadi pilihan rumah Biru adalah …………………………………

Akhir sekali adalah kontijen rumah Panglima (Merah). Merah membara


pasti juara! diketuai oleh adik ……………………………………dengan kekuatan
peserta perbarisan seramai 27 orang, ………………………………… adalah
motto mereka.Watak animasi bagi rumah Merah adalah
…………………………………………………

Hadirin yang dihormati sekalian,


Iman amnie 1303
Demikian tadi talah berlangsungnya upacara lintas hormat kontijen-kontijen
rumah sukan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Berhormat ADUN Bebar kita – En Mohammad Fakharuddin B.
Mohd Ariff kerana sudi menerima tabik hormat. Selamat Maju Jaya Di ucapkan
kepada semua Kontijen-kontijen.

Ucapan alu-aluan Tak molek, jika ada alu tida lesungnya


Guru Besar Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan kita pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan
Guru Besar SK Merchong Jaya En Ab Malek B. Zainal..Dengan segala hormatnya
dipersilakan..
-Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Yang Berusaha Tuan Guru
Besar atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi

Ucapan perasmian Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu mendengar ucapan
daripada tetamu kehormat kita pada pagi ini. Untuk itu, majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Yang Berhormat En Mohammad Fakharuddin B. Mohd
Ariff – ADUN Bebar untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Kejohanan Olahraga Tahunan SK Merchong Jaya kali ke-16. Dengan segala
hormatnya dipersilakan. 

-Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YB atas kesudian


menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Upacara Menaikkan Kejohanan Sukan Tahunan kita diteruskan lagi dengan upacara menaikkan
Bendera Kejohanan bendera kejohanan dipersilakan..
dan bacaan ikrar Seterusnya adalah bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik
kejohanan …………………………………….. dipersilakan.

Perbarisan keluar Sekarang diumumkan perbarisan keluar kontijen-kontijen rumah sukan..

Penyampaian Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan En Ab Malek B.
Cenderamata kepada Zainal-Guru Besar SK Merchong Jaya dengan diiringi oleh ………………………………..
perasmi untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang
Berhormat En Mohammad Fakharuddin B. Mohd Ariff – ADUN Bebar.Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan…

Jamuan Ringan Seterusnya majlis menjemput Tuan Guru Besar mengiringi Yang Berhormat ke
kantin untuk menikmati sedikit jamuan ringan.dipersilakan..

Acara balapan Hadirin sekalian, Sebentar lagi pelbagai acara padang dan balapan bakal
bermula berlangsung. Sama-samalah kita memberikan sokongan kepada kontijen-
kontijen yang bertanding. Sementara itu, diminta pegawai-pegawai kejohanan
untuk bersedia di tempat masing- masing.

Iman amnie 1303


 PENGUMUMAN PERMULAAN ACARA
#Hadirin sekalian,
Acara yang akan dimulakan sebentar lagi ialah acara …………………………………………………………..

#Hadirin yang dihormati, Kita beri tumpuan sebentar ke balapan/padang kerana acara ------------------------------- akan
bermula sebentar lagi

#Hadirin sekalian, sebentar lagi akan berlangsung acara ……………………………Sama-sama kita beri sokongan kepada para
atlet yang bertanding.

#Hadirin sekalian, Acara yang bakal berlangsung sekarang ialah acara ………………………Diminta para atlet bersedia.

MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH

ATURCARA TEKS CATATAN


Murid-murid dan -
guru-guru berkumpul
di tengah padang
Alu-aluan MC Yang dihormati En. Abdul Razak B. Hamzah – Penyelia Kanan Sekolah Rendah
PPD Pekan , Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Merchong Jaya En Ab Malek B.
Zainal, Yang Berusaha Puan Nor Hayati binti Haji Hassan- Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Pn Harison Binti Ahmad- Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Kamal Hisham Bin Dato’ Ibrahim- Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang DiPertua PIBG SK Merchong Jaya – En. Marzuki B. Nayan,Ahli-ahli
jawatankuasa PIBG, rakan-rakan pendidik, para ibu bapa serta anak-anak didik
yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, usai sudah semua acara kejohanan kita pada kali ini, dan kini
tibalah kita kepada acara yang paling dinantikan oleh semua kontijen rumah
sukan iaitu Upacara penyampaian hadiah.tentunya setiap orang sudah tidak
sabar untuk mengetahui siapakah bakal bergelar Olahragawan dan
olahragawati SKMJ 2013 dan yang paling penting rumah manakah yang akan
menyandang gelaran juara pada kali ini..Tanpa melengahkan masa,
# Majlis dengan sukacitanya mempersilakan
………………………………………………………………… dengan diiringi oleh
……………………………………………………………….. untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang bagi acara ……………………………………………………………
Dipersilakan…

Setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih diucapkan kepada ……………………..


di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Ucapan Penutupan Hadirin sekalian,


marilah sama-sama kita mendengar ucapan penutupan kejohanan oleh En.
Abdul Razak B. Hamzah – Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Pekan.Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan..

Iman amnie 1303


Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak B. Hamzah diatas ucapan itu
tadi.

Upacara menurunkan Seterusnya kita akan menyaksikan upacara menurunkan bendera kejohanan
bendera kejohanan dan bendera tersebaut akan diserahkan kepada Tuan Guru Besar tanda
berakhirnya Kejohanan kita untuk tahun ini.Dipersilakan..

Penyampaian Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Tuan Guru
cenderamata Besar untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada En.
Abdul Razak B. Hamzah – Penyelia Kanan Sekolah Rendah PPD Pekan atas
kesudian beliau melapangkan masa menghadiri Kejohanan Olahraga SKMJ kali
ke-16.Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Jamuan ringan dan Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara
bersurai
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Kejohanan Olahraga Tahunan SKMJ kali ke-
16 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dalam menjayakan kejohanan kita pada kali ini. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada semua atlet yang bertanding,Ayuh,kita kekalkan semngat
kesukanan yang ada.Jumpa lagi di tahun hadapan.

Majlis menjemput perasmi,tetamu serta sidang hadirin untuk menikmati


jamuan makan tengahari yang telah disediakan.
Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Iman amnie 1303

Anda mungkin juga menyukai