Anda di halaman 1dari 4

Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia ...........................................................................................................................


diiringi oleh .....................................................................................................................................,
Puan Guru Besar dan tetamu-tetamu jemputan.
Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Kasihnya ayah dan ibu berkorban nyawa
Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah yang berkat
Seribu tahun menjadi hikmat
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Satu Malaysia.
Yang
Berbahagia .....................................................................................................................................
Yang
Dihormati .....................................................................................................................................
Yang
Dihormati .....................................................................................................................................

Yang Berusaha Puan Hajah Mahshuri binti Ismail,,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan padang Mengkuang dan barisan pentadbir.
Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG SK Padang Mengkuang, .......................................................
dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Padang Mengkuang sesi 2015.
Yang Dihormati lagi dikasihi, guru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.
Pada pagi yang permai ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi
kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-.......... SK Padang Mengkuang

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang


Berbahagia .....................................................
, ..........................................................,dan..........................................................ke majlis perasmian
Mesyuarat Agung PIBG kali ke ........

Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu
bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan
peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan
bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum,
disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunyakalau kita dapat satukan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik
kita bersama.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya
menjemput Al-Fadhil Ustaz Mohd Ayub bin Abdul Rahman untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Ayub bin Abdul Rahman atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara, Marilah sama-sama kita kumandangkan suara,
untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma, bukan umpama mimpi
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajah
Mahshuri binti Ismail,Guru Besar SK Padang Mengkuang merangkap Penasihat PIBG SK Padang
Mengkuang ke-l........... untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Mahshuri binti Ismail,Guru Besar SK
Padang Mengkuang. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang DiPertua PIBG SK Padang Mengkuang,
Yang Berusaha ............................................................. untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SK Padang


Mengkuang, ............................................ Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin yang budiman,

Kalau ........................ pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada ........................ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang
Berbahagia ............................ .................................................................... bagi menyampaikan
ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK
Padang Mengkuang kali ke-...........
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia ...............................................................................................,atas ucapan perasmian
sebentar tadi.
Orang berbudi,
Kita berbahasa.
Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang DiPertua PIBG SK Padang
Mengkuang...................................................................... untuk menyampaikan cenderamata tanda
penghargaan kepada Yang Berbahagia ...................................................................... atas kesudian
...................... menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Mengkuang
ke ........ tahun 2016.
Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan.

Majlis pada hari ini diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah khas untuk para ibu bapa dan
guru SK Padang Mengkuang. Hadiah cabutan bertuah kita pada hari ini telah disumbangkan
oleh....................................................................
Untuk menyempurnakan majlis , dipersilakan YDP PIBG bagi menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia .......................................................... dan Yang Dihormati ............................................
untuk naik ke pentas untuk membuat cabutan.

Dipersilakan Yang Berbahagia ..................................................... untuk membuat cabutan 5


nombor bertuah................................................................ juga diminta untuk membuat cabutan 5
nombor bertuah.

Dimaklumkan, nombor masing-masing tercatat pada buku program hadirin pada hari ini.
Penerima bertuah yang pertama ...................
Hadirin bertuah yang terakhir ialah .................
Hadirin sekalian,
Usah kecewa kerana acara cabutan bertuah masih belum lagi berakhir. Diminta para hadirin untuk
bersabar dan setia menunggu sehingga ke akhir majlis.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan di simpan di dalam peti,
Kalau ada khilaf dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Mengkuang 2016. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia ........................................................
dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.
Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia .....................dan para tetamu jemputan khas
diiringi Puan Guru Besar, Yang Berusaha Puan Hajah Mahshuri binti Ismail, untuk menikmati
juadah yang disediakan di Kantin Sekolah.

Agenda seterusnya iaitu Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Mengkuang kali ke ............. akan
dipengerusikan oleh Yang DiPertua PIBG SK Padang
Mengkuang, .......................................................
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai