Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini
ialah SJH3093E Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah. Sepanjang menjalankan tugasan
kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampu kah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain
yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi
tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau
bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut
cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini
kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar
memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing
bagi kami. Malah, bahan-bahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan
sebenarnya telah disediakan dengan lebih awal.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah-
pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu
saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya
kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain
mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain
ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran
dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak
membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

Berdasarkan keseluruhan tugasan individu ini, saya berpendapat bahawa proses


penilaian yang dilakukan dalam bilik darjah harus melalui satu tahap ke tahap yang lain bagi
membantu perkembangan dalam kemenjadian murid. Dalam erti kata yang lainnya, proses
secara tersusun dan sistematik dititikberatkan agar penilaian yang dilakukan dapat
mencapai objektifnya. Kegagalan memahami proses ini akan mengakibatkan terganggunya
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh seseorang guru.
Hal ini kerana proses penilaian merupakan salah satu daripada komponen penting semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, keberkesanan proses ini juga bergantung kepada kebijaksanaan guru
menyesuaikan proses yang berlaku dengan keadaan semasa pelajar dan bilik darjah. Guru
mata pelajaran Sejarah khususnya harus mempunyai kemahiran yang baik untuk melihat
perhubungan antara proses pengajaran, maklumat yang disampaikan, kaedah pengajaran,
bahan yang digunakan dengan tindak balas dan reaksi pelajar terhadap perkara-perkara
tersebut.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai


kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit
pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya
dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang
demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan
masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang
melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan
kemahiran sedia ada saya.

(KHAIRUL NURHIDAYAH BINTI MAHRAN)

Tarikh : 07 SEPTEMBER 2015

Anda mungkin juga menyukai