Anda di halaman 1dari 13

SKRIP PENGARACA MAJLIS SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2007 11 OGOS

2007 , TAMAN BUDAYA N.SEMBILAN JAM 8.00 MALAM KETIBAAN JEMPUTAN. Majlis mengalu-alukan ketibaan Tuan-tuan dan Puan-puan ke dalam Auditorium ini. Diminta agar dapat Tuan-tuan dan Puan-puan mengambil tempat. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT. Majlis mengumumkan ketibaan LAGU NEGARAKU Sebagai tanda taat setia dan cintakan negara yang merdeka ini, marilah samasama kita berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan kita, lagu negaraku. ALUAN PENGERUSI MAJLIS Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang anda semua berikan. Bismillahirahman nirrohimm... Assalamualaikum warahmatulahhi wabrakatuh, salam hormat, salam sejahtera Dan jatuhnya hanya beberapa hari Lalu terbelenggu 400 tahun Suatu tempoh yang amat payah dan panjang Pengabdian dan kehilangan yakin diri 50 tahun berdiri menebus maruah

Merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada Masih mahukah harga itu diperjudikan ?? YB/Ybhg Yang Berbahgia En.Mesran B.Mohd.Yusop Pengarah Jabatan Kebudayaan,Kesenian dan Warisan N.Sembilan Yang Dihormati

Para peserta pertandingan Para jemputan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian Kita bersua lagi pada malam ini DI AUDITORIUM TAMAN BUDAYA NEGERI SEMBILAN sempena SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2007 dengan Tema Malaysiaku Gemilang : Perpaduan dalam Kemesraan Pengucapan Puisi Sesungguhnya Program pada malam ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan dan Persatuan Penulis N.Sembilan (PEN) Dengan harapan akan dapat meneguhkan perpaduan kaum melalui bidang seni puisi di samping memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat malaysia. UCAPAN EN.MESRAN B.MOHD.YUSOP Pengarah JKKWNS. Sebagai pembuka bicara, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En.Mesran B.Mohd.Yusop , Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dipersilakan.

UCAPAN PERASMIAN. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan, En.Mesran B.Mohd.Yusop sebentar tadi. Bersyukur menjadi rakyat Malaysia Bumi bertuah indah permai 50 tahun kita merdeka Rakyat hidup aman dan damai. Perak dipakai Suasa dibela Gerak dah sampai Masa dah tiba Maka dengan itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pertandingan Akhir Sayembara Deklamasi Puisi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2007. Dipersilakan PERTANDINGAN AKHIR SAYEMBARA PUISI BULAN KEMERDEKAAN N.S 2007. (Peserta Pertama) (KATEGORI BUMIPIPUTERA) Majlis merakamkan ucpaan penghargaan dan terima kasih atas ucapan perasmian yang telah disampaikan oleh

Sebentar tadi. Diirik ialah padi Diendang anak desa Yang baik ialah budi Dikenang ialah jasa Pertandingan pada malam ini dijalankan menerusi 2 kategori iaitu Kategori Bumiputera yang terdiri daripada Kaum Melayu dan Etnik Peribumi berusia 15 tahun ke atas dan Kategori Bukan Bumiputera yang terdiri daripada bukan kaum Melayu dan lain-lain etnik peribumi sahaja yang berusia 15 tahun ke atas. Bersyukur wahai anak watan Hadapi dugaan seribu liku Dakyah durjana setia ditepis Kemerdekaan jangan sekali diperniaga Mahal nilainya tidak terhingga Emas dan ringgit bukan taranya. Gelanggang sudah dibuka Gendang sudah di palu Keris sudah keluar dari sarungnya Langkah sudah dibuka Kita tampilkan peserta pertama bagi kategori Bumiputera dengan puisi berjudul .................................................................................................. dipersilakan ..........................................................................................................................

PESERTA KEDUA. Demikianlah tadi peserta pertama dengan deklamasi puisinya. Kita teruskan lagi dengan peserta kedua dengan puisi berjudul

.................................................................................................. dipersilakan ..................................................................................................

PESERTA KETIGA. Dua orang peserta telah memperdengarkan puisi mereka. Hadirin.. tuan-tuan dan puan-puan, Pertandingan pada malam ini menjanjikan hadiah yang agak lumayan kepada peserta-peserta. Johan bagi kedua-dua kategori iaitu Bumiputera dan Bukan Bumiputera akan menerima Wang Tunai RM 1,000 beserta sijil, Naib Johan akan menerima Wang Tunai RM 800 dan sijil sementara tempat Ketiga akan menerima Wang Tunai RM 600 dan sijil Kita teruskan lagi dengan peserta ketiga dengan puisi berjudul .................................................................................................. dipersilakan .................................................................................................. PESERTA KEEMPAT. Terima kasih kepada peserta yang ketiga sebentar tadi. Kita telah bangun dengan segala kepayahan

Membuka belantara dan mempertahankan warisan Kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri Merdeka kita dengan fikiran Dan kita pertahankannya dengan fikiran Dunia sudah melihat kita Dunia sudah menghormati kita Dipersilakan peserta keempat ................................................................................................................................. ..... dengan puisi berjudul ..................................................................................................

PESERTA KELIMA. Terima kasih kepada peserta yang keempat sebentar tgadi. Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan, Bijak pandai pernah berpesan, Mereka yang tidak belajar dari sejarah... adalah mereka yang akan didera dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali Sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang, jangan kita halalkan sejarah hitam berulang. Dipersilakan peserta terakhir bagi Kategori Bumiputera ......................................................................................................................... menerusi puisi yang berjudul ........................................................................................................................

PESERTA KEENAM (KATEGORI BUKAN BUMIPUTERA) Itulah tadi peserta yang terakhir bagi Ketegori Bumiputera. Dan kita ada 5 lagi peserta yang akan mendeklamasikan puisi bagi ketegori Bukan Bumiputera. Perkenalkan Barisan Juri / Pngadil. Sebelum kita beralih kepada peserta yang berikutnya, diperkenalkan dahulu kepada tuan-tuan dan puan-puan Juri yang mengadili pertandingan pada malam ini. :1. 2. 3. Sejarah Melaka peristiwa duka Terjajah bumi pusaka Ketuanya Melayu terkoyak luka Akibat pembelotnya petualang Bangsa ditimpa malang Keagungan berzaman hilang Maruah terpalit arang Kita tampilkan peserta yang keenam ................................................................................................................. Dengan berjudul ................................................................................................... puisi

PESERTA KETUJUH. Demikianlah tadi peserta keenam dengan puisinya. Menerusi program yang dianjurkan ini, kita dapat meneguhkan perpaduan kaum, memartabat kesusasteraan kebangsaan khususnya dalam bidang seni puisi disam;ing memperkasakan sesmangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi. Kita teruskan lagi dengan peserta tujuh ........................................................................................................... ke

Dengan judul puisi ......................................................................................................................... ...................... Dipersilakan.

PESERTA KELAPAN Terima kasih atas puisi berjudul ............................................................................................................. sebentar tadi. Nasib kita genggam Dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan Kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa Kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang

Maruah bangsa kita julang ke mercu alam Kita bangunkan suatu tamadun cinta damai Dipersilakan peserta kelapan ................................................................................................................... Dengan puisi berjudul ............................................................................................... ............................... PESERTA KESEMBILAN. Terima kasih kepada peserta kelapn. Kita semarakkan lagi sayembara deklamasi puisi pada malam ini sebagai salah satu cabang untuk kita sama-sama merayakan sambutan Bulan Kemerdekaan apada tahun ini melalui acara pengucapan puisi. Peserta kesembilan menyusul penampilan ......................................................................................... dengan

Menerusi puisi berjudul ................................................................................................................... .................. Dipersilakan.

PESERTA KESEPULUH.

Negara keramat melimpah nikmat Bertambah nikmat Dicucuri rahmat Bermaruah terhormat Sejahtera selamat Peserta terakhir menyusul dengan berjudul .............................................................................................. puisi

Dipersilakan ............................................................................................................. .......... PERSEMBAHAN OLEH ARTIS JEMPUTAN. Selesailah sudah 10 orang peserta dengan dendangan 12 mendeklamasikan puisi sebentar tadi. Sementara kita menunggu barisan panel juri kita membuat perkiraan dan perhitungan dan menentukan siapakah yang akan bergelar juara pada malam ini, kita isi ruang masa yang ada ini untuk persembahan oleh Artis Jemputan.
Budi pemimpin tidak terbalas Jasa mereka tidak terkira Pengorbanan suci tulus ikhlas Demi bangsa agama dan negara Sekalung wangian penghargaan kepada pemimpin dan pejuang Sejambak haruman budi Penganjur tokoh kebangaan Bakti pasti di abadi Keperibadian ibunda terpuji Terhindar noda terkeji Kita saksikan persembahan,

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH. Terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan.. Bak kata orang Kalau terjun sudah sampai ke tanah Kalau berenang sudah sampai ke pantai Yang ruas sudah sampai ke bukunya Yang terasa-rasa sudah di rasa Yang termimpi-mimpi sudah terjadi Yang terbayang-bayang sudah dipandang Kini sampailah masanya untuk saya mengumumkan keputusan pertandingan pada malam ini. Kita akan ketahui siapakah pemenang. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia En.Mesran B.Mohd.Yusop, Pengarah Kebudayaan Kesenian dan Warisan NS untuk mengiringi dan mempersilakan ................................................................................................................................................................ bagi menyampaikan hadiah kepada para peserta pertandingan.

Umumkan keputussan.

Bumiputera Kategori. 1 2 3 4 5 Kategori Bukan Bumiputera. 1 2 3 4 5

Penyampaian Cenderamata. Terima kasih diucapkan kepada ..................................................................................................................... .......... Atas kesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan pada malam ini.
Sebagai tanda mata dari penganjur. Sebagai tanda budi bahasa budaya kita Dipersilakan Berbahagia En.Mesran B.Mohd.Yusop, Pengarah Kebudayaan Kesenian dan Warisan NS

Untuk menyampaikan cenderamata kepada ...........................................................................................

JAMUAN RINGAN. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian cenderamata itu tadi Maka dengan ini berakhirlah sudah pertandingan akhir sayembara puisi bukan kemerdekaan peringkat Negeri Sembilan tahun 2007 pada malam ini. Sebelum itu dipersilakan ............................................................................................................. ............... Dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para tetamu dan jemputan untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan di luar Auditorium ini. Baju kebaya berkain belah Berselendang renda putih bersih Maafkan saya silap dan salah Sekian sahaja terima kasih Saya sudahi dengan wabilahi taufik wal hidayah Assalamualaikum warahmamtullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai