Anda di halaman 1dari 3

Bunga Raya Di Dalam Dulang,

Daunnya Pula Di Makan Ulat,

Rakyat Dibela Pemimpin Dijulang,

Malaysia Merdeka Kekal Berdaulat.

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis


Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Kg Pasir
Raja .

Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana


dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini. Semoga
penyatuan tekad dan semangat ini sentiasa diiringi kedamaian dan
keamanan yang berpanjangan.

Burung Bangau Di Sawah Padi,

Luka Berdarah Diikat Tali,

Jika Patriotisme Kurang Disemadi,

Mungkin Sejarah Lampau Berulang Kembali

Para guru dan murid yang dihormati,

Yang berusaha Tuan Guru Besar …………………………………………………….,barisan


pentadbir, guru - guru dan rakan -rakan yang dikasihi sekalian .

Hari ini kita berkumpul di bawah satu lembayung bagi memeriahkan


pelancaran majlis bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Pasir Raja.
Diharapkan semua warga sekolah melangkah seiring memegang iltizam
menjadi warganegara yang patriotik. Dengan tema, Keluarga Malaysia
Teguh Bersama.

Hadirin sekalian,

Sambutan kemerdekaan ke-65 sekaligus menjadi lambang kesepaduan


rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan muhibbah.
Semuanya berada di bawah satu lembayung kepimpinan tanpa mengira
bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan, kecemerlangan dan
kemakmuran secara berterusan.

Bagi memulakan majlis pada hari ini, saya menjemput semua hadirin berdiri
tegak bagi menyanyikan lagu Negaraku.

Hadirin dipersilakan duduk

Para hadirin yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan, Ust. Abd Hadi bin Ismail untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

 Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi


memberikan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

Hadirin yang dihormati,

Mari kita serikan majlis kita pada hari ini dengan persembahan deklamasi
sajak daripada
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

Para guru dan murid yang dikasihi,


Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis
berbesar hati menjemput dan mempersilakan
…………………………………………………………………, …………………………………………….. Sekolah
Kebangsaan Pasir Raja untuk menyampaikan ucapan alu - aluan.

Terima kasih diucapkan kepada …………………………………………………………..

Seterusnya, dijemput En. Shahdan Bin Musa , YDP PIBG Sekolah Kebangsaan
Pasir Raja untuk memberikan ucapan perasmian .

Terima kasih diucapkan kepada En. Shahdan Bin Musa.

Majlis telah sampai ke puncaknya, dengan itu saya mempersilakan En. Mohd Noor
Azizi bin Kamarudin untuk mengetuai laungan merdeka sebanyak 7 kali sebagai
gimik pelancaran bulan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Pasir Raja.

Terima kasih diucapkan kepada PK Kokurikulum atas laungan yang begitu


bersemangat sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Marilah kita bersama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan
menyanyikan lagu tema sambutan kemerdekaan pada tahun ini sebelum majlis
bersurai.

Terima kasih kepada semua hadirin. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai