Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI MALAYSIA UKM 2018

20 SEPTEMBER 2018

STADIUM UKM

“Mengumumkan ketibaan YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan
Ghazali ,Naib Canselor ,Universiti Kebangsaan Malaysia.

- UPACARA TABIK HORMAT


- PASUKAN BERUNIFORM MENGIKAT BENDERA

Majlis mohon para hadirin untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dan Varsiti Kita

Hadirin sekalian, bagi memberkati Majlis kita pada malam ini, dijemput
Al Fadil Ustaz ..............................untuk memimpin bacaan doa.

Majlis mempersilakan. ( terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi)
Bismillahhirrahmannirrahim

YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Ybhg. Prof Madya. Dr. Roslee Bin Rajikan


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Malaysia 2018

Ybhg. Timbalan-timbalan Naib Canselor


Pegawai Pengurursan Utama Universiti
Dekan-dekan Fakulti
Pengetua-pengetua Kolej Kediaman
Serta Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, Bersyukur kita kerana dapat bersama-sama berkumpul pada


malam yang indah dan bermakna ini bagi kita meraikan Sambutan Hari
Malaysia Peringkat UKM 2018. Untuk Makluman hadirin sekalian,tema
sambutan tahun ini adalah “Sayangi Malaysiaku”

Antara tujuan diadakan acara sambutan ini adalah untuk memperingati


Penubuhan Persekutuan Malaysia yang dibentuk pada tarikh keramat 16
semtember 1963. Selain itu, diharapkan melalui program Sambutan Hari
Malaysia ini akan menambahkan lagi semangat perpaduan dan patriotisme
dalam kalangan warga kampus.
Hadirin sekalian

Sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya berasa bersyukur dan berbangga


kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang Merdeka dan aman harmoni ini.
Walaupun negara kita mempunyai kepelbagaian kaum,agama,dan budaya
tetapi ia tidak menjadi wadah penghalang bagi kita mencapai keharmonian.
Semoga perpaduan dan kesejahteraan ini akan dapat kita sama-sama
kekalkan selamanya.

Hadirin sekalian,

Pada malam ini, kita akan menyaksikan pertandingan perbarisan sempena


Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini yang menampilkan pertarungan di
antara 12 kolej kediaman di UKM. Dengan bertemakan
“sayangi Malaysiaku” pastinya setiap kontinjen akan menambat hati
parajuri kita.

Untuk makluman semua, pada tahun ini pihak penganjur sekali lagi
mengekalkan ketagori “Kronologi Pemasyuhran” seperti mana yang telah
diperkenalkan pada tahun lepas sebagai salah satu kriteria penting dalam
pemarkahan untuk menilai kreativiti persembahan. Setiap kolej yang
bertanding perlu menampilkan daya kreativiti yang terbaik dalam
menggambarkan kehidupan serta suasana di Malaysia pada zaman-zaman
tertentu dan setiap kronologi ini akan disatukan menjadi sebuah arca
dinding yang besar dan menarik. Semoga ia akan menjadi suatu usaha yang
memberi manfaat buat semua warga kampus.
Baiklah, sebelum kita mulakan dengan acara pertandingan, eloklah kiranya
kita berkenalan dahulu dengan parajuri yang akan mengadili pertandingan
ini.

Juri ............................................

Juri.............................................

Tanpa berlengan lagi, Mengumumkan , Perbarisan masuk kontingen-


kontingen.

Dimulakan dengan Kontingen ....................................

Seterusnya, diikuti oleh pasukan kontingen-kontingen kolej kediaman

Dimulakan dengan Mempersilakan Kontingen kolej.............................................

Hadirin sekalian,

Begitulahtadi perbarisan daripadakontingen-kontingen kolej kediaman


UKM yang sungguh menarik dan bersemangat sekali. Masing-masing
menunjukkan daya kreativiti yangtinggi dalammenonjolkan usaha mereka
dalammeraikan Sambutan Hari Malaysia UKM 2018 ini disamping
menambahkan semangat perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Baiklah hadirin sekalian, sementara kita menantikan keputusan parajuri,


Majlis dengan hormatnya menjemput Ybhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr.
Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor, UKM untuk menyampaikan ucapan

Majlis mempersilakan.

Terima Kasih Yang Berbahagia Tan Sri Naib Canselor

Anda mungkin juga menyukai