Anda di halaman 1dari 5

SIMPUL MANUK (Clove Hitch)

Ikatan Simpul Manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu
atau sebagainya.

Fungsi

Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.

Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.

Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.

Teknik

i. Mulakan simpul pada kayu.

ii. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

iii. Tarik hujung tali.

SIMPUL BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang
sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar
kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsi

Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.

Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.


Teknik

i. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.


ii. Masukkan hujung A dibawah B.
iii. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

SIMPUL TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat
leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja
menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Fungsi

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.

Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik

Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.


Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.
SIMPUL BUNGA GETI
Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya
bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.

Fungsi

Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.

Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik

i. Mulakan simpul.
ii. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.
iii. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul .

LILIT BALAK

Fungsi :

i) Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah


ii) Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan
iii) Untuk memulakan ikatan serong.

Teknik :

a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.


b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

SIMPUL BELIT

Fungsi:
untuk mengikat tali pada pokok semasa aktiviti panjat- memanjat
turun dari pokok, turun dari bukit.
Simpulan belit lucut dapat dibuka dengan mudah apabila selesai melaksanakan aktiviti.

IKATAN SERAYA

Ikatan Seraya digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh yang bersilang
IKATAN SERONG

Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan
pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan
dengan simpulan manok.

LILIT KACANG

Fungsi :

~ Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gadjet.

Teknik :

a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.

b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang sehingga selesai.

MINGGU 8
8. SIMPULAN DAN IKATAN

o SIMPUL MANUK
o SIMPUL BUKU SILA
o SIMPUL TINDIH KASIH
o SIMPUL BUNGA GETI
o SIMPUL BALAK
o SIMPUL BELIT
o IKATAN SERAYA
o IKATAN SERONG
o IKATAN LILIT KACANG

Anda mungkin juga menyukai