Anda di halaman 1dari 7

2.

0 PENGENALAN KERAJAAN BANI UMAIYAH


PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH

Nama Umaiyah diambil bersempena dengan nama moyang khalifah pertama


Kerajaan Bani Umaiyah iaitu Muawiyah bin Abu Sufian bin Harb bin Umaiyah. Umaiyah ialah
seorang daripada pembesar dan hartawan Quraisy yang dihormati pada zaman jahilliah.

Muawiyah bin Abu Sufian memeluk Islam bersama keluarganya semasa pembukaan
semula Kota Makkah. Setelah berpindah ke Madinah, beliau telah dilantik oleh Rasulullah
S.A.W. sebagai jurutulis baginda.

Muawiyah bin Abu Sufian telah dilantik sebagai gabenor di Syam yang kini dikenal
sebagai Syria, sejak zaman jahilliah Umar bin Al-Khattab sehingga zaman pemerintahan
khalifah Ali bin Abi Talib. Apabila khalifah Uthman dibunuh, penduduk Madinah telah
melantik Ali bin Abi Talib sebagai khaifah yang baru. Tindakan saidina Ali memecat Umaiyah
daripada jawatan gabenor di Syam menyebabkan Muawiyah mula menunjukan
penentangan hingga berlaku peperangan Siffin dan majlis Tahkim. Kemunculan puak
Khawarij yang tidak bersetuju dengan majlis Takhim telah menyebabkan mereka bertindak
membunuh khalifah Ali bin Abi Talib.

Umat Islam berpecah-belah selepas kewafatan khalifah ali bin Abi Talib pada tahun
14 hijrah. Penduduk Kufah dan golongan Syiah telah melantik Hassan bin Ali menjadi
khalifah untuk mengantikan ayahandanya.Walau bagaimanapun beliau telah menyerahkan
jawatan tersebut kepada Muawiyah dengan beberapa syarat, antaranya:

1. Muawiyah mestilah memerintah berdasarkan al-Quran dan hadis.


2. Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi Muhammad S.A.W.
3. Pemilihan jawatan khalifah selepasnya dibuat menerusi mensyuarat atau majlis
syura.

Kerajaan Umaiyah mempunyai beberapa peringat iaitu:

1. Zaman kelahiran Kerajaan Umaiyah bermula dengan pemerintahan Muawiyah bin


Abu Sufian pada tahun 40-60 hijrah/tahun 660-680 masihi dan berakhir dengan
dengan pemerintahan Muawiyah bin Yazid pada tahun 64 hijrah/ tahun 684 masihi
yang berpusat di Damsyik.
2. Zaman pemerintahan keturunan Marwan bin al-Hakam yang dikenali sebagai zaman
kemajuan bani Umaiyah ia bermula dengan Abd al-malik bin Marwan pada tahun 65-
86 hijrah/tahun 684-685 masihi hingga kepada zaman kemajuan kerajaan Umaiyah
pemerintahan Marwan bin Muhammad pada tahun 127-132 hijrah/tahun 744-749
masihi yang berpusat di Damsyik.
3. Diasaskan oleh Abd al-Rahman al-Dakhal pada tahun 137 hijrah dan berakhir
dengan pemerintahan Hisyam pada tahun 399 hijrah berpusat di Cordova Andalus
iaitu Sepanyol pada masa kini.
3.1 SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH KEPADA
TAMADUN ISLAM
Kerajaan Bani Umaiyah banyak memberikan sumbagan kepada perkembangan
tamadun Islam. Semasa pemerintahannya berlaku peluasan kuasa politik yang member
kesan kepada penyebaran agama Islam. Antara pembaharuan yang dilakukan ialah:

PERKEMBANGAN KETENTERAAN

1. Mengemaskinikan angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera Parsi. Beliau
membahagikan tentera kepada lima pasukan/ketumbukan

PASUKAN HADAPAN/

hadapan

SAYAP KIRI/
‫المقدمه‬
Sebelah kiri

‫الميسره‬

TERAS TENTERA/
ditengah-tengah SAYAP KANAN/

Sebelah kanan
‫قلب الجيش‬
‫الميمنه‬
PASUKAN BELAKANG/

Pasukan penyokong

‫ساقة الجيش‬

2. Menubuhkan angkatan perang yg teratur dgn kelengkapan senjata yang canggih. Mereka
dilatih perang pada musim panas dan sejuk sebagai persediaan menghadapi tentera Rom di
Eropah.

Berkuda Berjalan kaki Berkenderaan


3. Pasukan tentera laut mengandungi 1700 buah kapal perang pd zaman Muawiyah.Pengkalan
tentera laut dibina berpusat di Tunisia, Pelabuhan Syria dan iskandariah di Mesir.

4. Di zamana KhalifahAbd Malek Marwan, mereka mewajibkan rakyatnya menjadi tentera dan
menubuhkan jabatan khas Diwan al-Jund bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan hal
ehwal ketenteraan.

- Kekuatan tentera memberi kesan kpperluasan negara dan dakwah Islam. Pemimpin tentera
[pentadbir dan ahli agama menjadi imam ketika solat dan dalam peperangan. Antara tokoh
tentera cemerlang ialah;

Muhammad al-Qasim membuka Tariq b Ziad membuka Andalus, di


wilayah Sind di India Sepanyol

Musa b Nusair membuka


Afrika Utara
Qutaibah b Muslim al-Buhaili
membuka negeri Ma Wa Ra an-Nahri Musallamah b Abdul Malik berjaya
memusnahkan Kubu-kubu Rom

PERKARA/BEZA KHULAFA’ AL-RASYIDIN KERAJAAN UMAYYAH


1. Cara pemilihan Peringkat awal secara
sukarela, kemudian menjadi
Sukarela
kerahan tenaga bagi rakyat
bangsa Arab yang cukup
syarat
2.Jenis Tentera Tentera Darat dan Laut
3. Perlantikan Tiada keutamaan pada sesutau bangsa Mengutamakan bangsa Arab
Pangliam Tentera
4.Latihan Latihan ketenteraan umum Dilatih berperang khas di
muism sejuk dan panas
5.Tujuan 1. Menyebarkan dakwah
2. Mempertahankan negara daripada kuasa asing
3. Perluasan wilayah menjadi kuasa terkuat di dunia
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

1. Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah pusat penyebaran ilmu dan pengetahuan adalah di
Basrah.
2. Khalifah Bani Umayyah sangat mengambil berat terhadap ilmu pengetahun dan bertindak
sebagai penggalak buktinya;
a. Khalifah Abd Malek b Marwan dan Umar Abd Aziz Ulamak yang alim dalam bidang Al-
Quran, tafsir, hadis dan nahu. Suasana pendidikan pada ketika itu:
a. Lahir ulamak dalam bidang al-Quran, al-Hadis dan perundangan seperti Imam
Abu Hanifah di Kufah dan Imam Malek di Madinah
b. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan telah berjaya
mewujudkan beberapa disiplin ilmu yang dikenali sebagai al-Tadwin.
c. Perkembangan ilmu sains ketara di Sepanyol dan Sicily berbanding di Damsyik
d. Bahasa Arab dijadikan bahasa pengantar dan bahasa resmi kerajaan.
e. Penyebaraan ilmu Naqli seperti Tafsir, iraat, Tauhid dan ilmu ‘Akli seperti
Mantik, Hisab dan Geografi
f. Bidang bukan agama seperti Sejarah dan Geografi diberi perhatian
g. Kota Basrah terkenal pusat penyebaraan ilmu. Antara tokoh yang lahir:
i. Khalil b. Ahmad
ii. Sibawih : Bahasa Arab
iii. Abu Aswad al-Dawali: Memperkenalkan tanda bunyi baris Atas[ َ ] , baris
bawah [ ِ ] dan baris hadapan [ ُ ] bagi membnatu pembacaan al-
Quran dengan betul.
h. Sasterawan mendapat tempat di istana, antaranya;
i. Al-Farazdak
ii. Jarir Amru b Abi Rabi’ah
iii. Jamil al-Azari

KESAN PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN KEPADA

Pemerintahan Umayyah yg diasaskan oleh AbdulRahman al- Al_Hakim bina


Dakhili di Cordova dan Andalus memberi sumbangan besar pepustakaan yg jadi
kpd tamdun Islam. Kurun ke10 Cordova jadi pusat ilmu rujukan sarjana
pengetahuan di Eropah
Ramai pelajar dari Eropah Beberapa buah kolej dan
Pusat ilmu utama ialah
datang menuntut ilmu di Universiti serta 700 buah
di Sirvil, Toledo dan
Andalus dan membawa balik perpustakaan di Andalus.
Granada
ke Eropah.
Hasil karyanya diterjemahakan
Lahir ramai sarjana dlm pelbagai ilmu seperti; ke dalam bahasa Perancis dan
-Hazim dan Ibn Zaid : Bahasa dan sastera Arab Inggeris.

-Zuraib dan Ibn Farnas: Bidang muzik

PERKEMBANGAN EKONOMI

1. Kekuatan ekonomi bergantung kepada pertanian dan perdagangan.


2. Keadaan ekonomi kukuh membolehkan kerajaan;
a. membina kemudahan awam seperti ; masjid yg cantik dan empangan
b. mengemaskinikan pentadbiran Baitul Mal bagi memantapkan kewanagan Negara
c. Zaman al-Walid:Kewangan negara mantap sehingga mampu membiayai negara
selama 15 tahun
3. Usaha kerajaan utk meningkatkan ekonomi negara ialah;
a. Membina saliran air di kawasan pertanian
b. Mengadakan penyelidikan pertanain supaya hasil lebih banyak dan bermutu
c. Membina jalan raya
d. Membina pelabuhan bagi kemudahan persinggahan kapal
e. Membina kapal perang khas untuk mengawal lautan dan membanteras lanun
f. Menggalakkan perusahaaan kraftangan seperti membuat kiswah kaabah, permaidani,
sutera dan tenunan bulu dan memberi bantuan modal

RUJUKAN
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Ummaiyyah
2. http://www.google.com.my/search?client=firefox-a&rls=org.mozilla%3Aen-US
%3Aofficial&channel=s&hl=en&source=hp&q=faktor+kejatuhan+kerajaan+bani+umai
yah&meta=&btnG=Google+Search
3. http://zanikhan.multiply.com/journal/item/1758
4. http://sejarahstpm.blogspot.com/2009/06/tamadun-islam-khalifah-umar-bin-
abdul.html
5. http://www.dudung.net/artikel-islami/jejak-kegemilangan-umat-islam-dalam-pentas-
sejarah-dunia.html
6. Buku teks pendidikan islam dan sejarah tingkatan 4.
7. Buku rujukan pendidikan islam 2010, sejarah 2010, sejarah peradaban dunia 1997.

PENGHARGAAN
Assalammualaikum w.b.t., alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana
kumpulan kami iaitu kumpulan Salahhudin dapat menyiapkan kerja yang telah diberikan
oleh Pn. Norsalimah Hj. Ismail dan dapat dihanter pada masa yang ditetapkan oleh
beliau iaitu pada 27/Julai/2010. Kumpulan kami ingin merakamkan ribuan terima kasih
kepada Pn. Norsalimah Hj. Ismail atas tunjuk ajar beliau yang banyak membantu kami
dalam menyiapkan kerja yang telah diberikan olehnya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu, walaupun kami merupakan sebenarnya pesaing. Namun kami
ingin bersaing secara sihat tanpa ada apa-apa penipuan atau pun sabotoj yang boleh
menyebabkan kumpulan yang lain tidak dapat menyiapkan atau pun mempersembahkan
kerja mereka.

Tidak dilupakan juga kedua ibu bapa kami yang banyak memberikan
sokongan moral dan motivasi kepada kami agar kami tidak terlalu tertekan semasa
proses penyiapan kerja ini.

Anda mungkin juga menyukai