Anda di halaman 1dari 16

1

Pengenalan
Penggunaan stail pengajaran yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memberi kesan yang mendalam bagi seseorang pelajar dalam pendidikan fizikal. Stail
pengajaran yang berbeza mendatangkan pengaruh yang berbeza dalam aspek-aspek
seperti suasana pengajaran dan pembelajaran serta kebolehan guru memenuhi
keperluan pelajar dari segi perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif.
Menurut Siedentop yang dinyatakan dalam Bailey dan Macfadyen (2000), stail
pengajaran merupakan satu set taktik pengajaran yang digunakan secara konsisten dan
jelas kelihatan dalam pengaruh guru terhadap pelajar.
Mosston dan Ashworth telah mengenal pasti 11 jenis stail pengajaran
berdasarkan

cara

membuat

keputusan

yang

merangkumi

bagaimana

mengorganisasikan pelajar dan bagaimana sesuatu topik disampaikan. Jenis-jenis stail


ini boleh dikategorikan kepada stail secara langsung (direct style) dan stail secara
tidak langsung (indirect style). Stail secara langsung berpusatkan guru di mana guru
bertanggungjawab membuat keputusan. Stail perintah dan stail reciprocal tergolong
dalam stail secara langsung. Stail secara tidak langsung berpusatkan pelajar dan guru
sebagai fasilitator (dalam Bailey & Macfadyen, 2000).
Stail perintah (command style) adalah satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang membolehkan pelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan
panduan yang diberikan. Dalam stail perintah, guru berperanan membuat kesemua
keputusan. Sementara itu, pelajar dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat.
Perhubungan langsung dan rapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap
pergerakan demi mencapai sesuatu objektif yang dirancang (Mosston & Ashworth,
2002).
Stail perintah sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatu
pergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan.
Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini juga sesuai
digunakan ketika masa penyampaian pengajaran adalah terhad dan memerlukan iklim
bilik darjah yang berdisiplin. (Mohnsen, 1997).

2
Objektif Stail Perintah
Penggunaan stail perintah dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat
beberapa objektif yang ingin dicapai oleh seseprang guru, antaranya:
i)

Ketepatan tindak balas


Ketepatan tindak balas menentukan pencapaian objektif pengajaran
dan pembelajaran yang ditetapkan. Dalam stail perintah guru akan
memberikan arahan atau perintah dengan jelas dan pelajar akan
bertindak mengikut arahan yang diberikan. Contohnya, dalam
permainan tenis, guru mengarahkan pelajar melakukan servis maka
semua pelajar akan melakukan servis seperti mana yang diarahkan.

ii)

Kepatuhan kepada model


Dengan menggunakan stail perintah akan jelas kelihatan sejauh mana
pelajar menunjukkan pergerakan yang didemonstrasikan. Contohnya,
pelajar mengikut dan meniru pergerakan guru yang dianggap sebagai
model dalam membuat aktiviti hantaran bola jaring.

iii)

Pemeliharaan standard estetik


Standard estetik akan terpelihara apabila pelajar meniru secara bulatbulat setiap perlakuan sama ada berpandukan demonstrasi model atau
tayangan video dengan tepat tanpa pengubahsuaian. Contohnya, pelajar
melakukan teknik melompat tinggi dengan tepat setelah menonton
tayangan video dan mendengar arahan yang diberikan oleh guru..

iv)

Keseragaman
Keseragaman dapat dilihat apabila semua pelajar mengikuti perintah
yang diberikan oleh guru. Contohnya semua pelajar melakukan aktiviti
tekan tubi selama satu minit bersama-sama sehingga tamat masanya
apabila diarahkan oleh guru.

3
v)

Keselamatan
Penonjolan faktor keselamatan amat jelas dalam stail perintah. Ini
disebabkan semua pelajar akan melakukan aktiviti seperti yang
diperintah guru dan mereka sentiasa di bawah pemerhatian guru.

vi)

Untuk mendapatkan tindak balas segera terhadap rangsangan


Semua pelajar akan memberikan maklum balas serta merta atas arahan
yang dikeluarkan oleh guru. Contohnya, guru mengarahkan semua
pelajar berbaris mengikut jantina, maka semua pelajar akan bertindak
mengikut arahan.

vii)

Menggunakan masa dengan efisyen


Masa pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara maksima
dalam stail perintah kerana hanya berlakunya komunikasi sehala.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru
mengeluarkan arahan dan pelajar melaksanakannya. Ini akan
mengelakkan pembaziran masa.

viii)

Penonjolan semangat kumpulan


Semua aktiviti akan dijalankan serentak dan seragam secara kelas atau
dalam kumpulan. Ini akan mewujudkan semangat berkumpulan yang
kuat tanpa sebarang perbezaan.

ix)

Meliputi banyak material


Dalam masa pengajaran yang terhad, penggunaan stail perintah
memberi ruang kepada guru menggunakan lebih banyak material
kerana masa dapat digunakan secara maksima.

4
Ciri-ciri Stail Perintah
Stail perintah merupakan perhubungan secara langsung antara rangsangan guru dan
tindak balas pelajar. Setiap pergerakan pelajar dilaksanakan berdasarkan rangsangan
model dengan lokasi, keadaan lokasi, masa permulaan dan masa penamat, langkah
dan irama dan sebagainya yang ditentukan oleh guru.
Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri stail perintah adalah seperti
berikut:
i)

Berpusatkan guru.

ii)

Komunikasi sehala.

iii)

Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa perbincangan.

iv)

Guru sebagai model yang diikuti.

v)

Pelajar sebagai pelaksana keputusan atau arahan.

5
Peranan Guru Dan Pelajar
Semasa pelaksanaan stail perintah, guru dan pelajar mempunyai peranan masingmasing demi mencapai objektif yang ditetapkan.
Peranan guru termasuk:
i)

Guru membuat penerangan mengenai apa yang perlu dilakukan ketika


bersemuka dengan pelajar.

ii)

Guru berperanan penting dalam membuat segala keputusan.

iii)

Guru bertanggungjawab memberikan gerak balas segera kepada pelajar


supaya setiap tugasan dapat dipelajari dengan tepat dan cepat.

iv)

Guru memberikan tugasan kepada pelajar dalam pelbagai cara


berdasarkan tujuan pada waktu itu dan dalam langkah tertentu.

v)

Guru sebagai model untuk dicontohi. Oleh itu tindak balas perlakuan
yang tepat dan selaras bagi setiap siri dalam setiap langkah akan
memudahkan

pencapaian

sesuatu

objektif

pengajaran

dan

pembelajaran.
Peranan pelajar termasuk:
i)

Pelajar melakukan setiap pergerakan atau aktiviti yang telah


diterangkan oleh guru.

ii)

Demi mencapai objektif arahan guru, pelajar boleh mempelbagaikan


pergerakan berpandukan tujuan pada waktu itu dan dalam langkah
tertentu.

iii)

Pelajar berperanan bertindak dengan pantas atas reaksi atau arahan


yang diberikan oleh guru.

6
Kaedah Pelaksanaan Stail Perintah
Terdapat 3 peringkat dalam pelaksanaan stail perintah iaitu:
i)

Peringkat pra-impak
Tujuan set pra-impak adalah untuk membuat rancangan pengajaran dan
pembelajaran. Semasa merancang, kesemua keputusan dalam anatomi stail ini
adalah berpandukan perlakuan pengajaran dan pembelajaran yang khusus
berdasarkan

objektif

pembelajaran.

Keputusan

merancang

bolehlah

digambarkan dalam ringkasan mengajar.


ii)

Peringkat impak
Peringkat ini merupakan masa pelaksanaan secara bersemuka. Tujuan
peringkat ini adalah untuk menarik perhatian pelajar supaya melibatkan diri
secara aktif dan melaksanakan keputusan yang telah dibuat di peringkat set
pra-impak. Peringkat ini lebih tertumpu pada perlakuan sama ada perlakuan
guru atau pelajar. Adalah pentingnya bagi guru menyusun isi kandungan
dengan teliti dan berurutan. Bagi pelajar pula, mereka perlu mengetahui hasil
pembelajaran yang ingin dicapai dalam tugasan dan hubungan antara guru dan
pelajar.
Terdapat 3 aspek yang penting bagi membolehkan hasil pembelajaran
sesuatu pelajaran tercapai iaitu:
a)

isi kandungan

b)

perlakuan

c)

prosedur yang logik

Dalam menyampaikan isi kandungan, guru menunjukkan keseluruhan


atau sebahagian tugasan. Di sini arahan yang diberi mungkin berbeza-beza
mengikut sesuatu tujuan. Ini adalah bertujuan membina model sesuatu
perlakuan. Guru boleh membuat demonstrasi melalui pita video, gambar atau
menggunakan pelajar sebagai model perlakuan. Di samping itu, guru juga
harus menjelaskan setiap pergerakan atau secara terperinci agar dapat difahami
pelajar.

7
iii)

Peringkat pasca impak


Peringkat ini adalah bertujuan mendapat maklum balas daripada pelajar
tentang pelaksanaan tugasan dan peranan yang dimainkan oleh pelajar.

Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Stail Perintah

i) Peringkat Pra Impak


Ringkasan Mengajar
Bil. Pelajaran: 2
Masa: 40 minit
Tunjang pembelajaran: Kemahiran
Bidang pembelajaran: Olahraga-Padang
Unit/Fokus: Kemahiran Asas Merejam Lembing
Pengetahuan sedia ada pelajar: Pelajar telah mengenali anatomi lembing dan
keselamatan dalam melaksanakan aktiviti
merejam lembing.
Objektif pembelajaran: Di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
dapat
a) Psikomotor
membuat rejaman lembing dengan menggunakan teknik
kemahiran asas rejaman yang betul.
b) Kognitif
menyatakan teknik asas merejam lembing.
c) Afektif
bekerjasama semasa melakukan aktiviti merejam lembing.
Strategi mengajar : Stail perintah
KBKK/Nilai/Kemahiran Proses Sains: Menganalis perlakuan diri sendiri semasa
melakukan aktiviti asas merejam lembing.
Persediaan Pelajar: Pakaian sukan yang lengkap.
Persediaan Guru: Lembing, skitel, wisel dan bola keranjang.
Penilaian kendiri:

ii) Peringkat Impak


Fasa Permulaan:
a) Pelajar membuat ladam kuda menghadap guru sambil melakukan aktiviti
memanaskan badan seperti yang ditunjukkan oleh guru.
Fasa Perkembangan:
a) Pelajar melakukan aktiviti kumpulan: melutut sambil melontar bola dan melompat
sambil melontar bola.
b) Guru menerangkan teknik memegang lembing.
c) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara statik (berdiri dan
merejam).

9
d) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara dinamik (ritma 3
langkah pergerakan dan merejam).
Kemuncak
a) Pelajar melakukan teknik asas merejam lembing secara dinamik (ritma 5 langkah
pergerakan dan merejam).
b) Pelajar melakukan rejaman yang sebenar.

iii) Peringkat Pasca Impak


Fasa Penutup:
a) Pelajar membuat separuh bulatan menghadap guru dan melakukan aktiviti
menyejukkan badan.
b) Guru mendapat maklum balas daripada pelajar tentang aktiviti yang telah
dijalankan.

10
Perkembangan Saluran Fizikal, Mental, Emosi Dan Sosial
Saluran fizikal
Perkembangan saluran fizikal dengan menggunakan stail perintah adalah tinggi. Guru
yang menggunakan stail ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan sentiasa
memastikan setiap pelajar melibatkan diri secara aktif dalam setiap tugasan yang
diberi. Maka dengan itu, perkataan pasif adalah tidak kongruen dengan stail ini.
Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan stail ini turut menjamin pergerakan
yang berulang-ulang untuk memurnikan setiap perlakuan bagi sesuatu kemahiran.

Saluran mental
Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan stail perintah akan menyekat
perkembangan mental di kalangan pelajar. Di sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran, kebanyakan masa pelajar mendengar arahan dan meniru tunjukcara
daripada guru untuk melakukan sesuatu tugasan. Disebabkan enggan mengingkar
perintah daripada guru, pelajar kekurangan masa untuk berfikir. Tambahan pula,
mereka tidak diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan menunjukkan kreativiti
masing-masing. Lantaran itu, perkembangan kreativiti pelajar turut terbantut.

Saluran emosi
Perkembangan saluran emosi dalam pengajaran dan pembelajaran stail perintah agak
rendah. Dalam stail perintah hanya berlakunya komunikasi sehala dan biasanya guru
yang bertanggungjawab dalam membuat segala keputusan. Bagi pelajar yang kurang
keyakinan untuk meluahkan pendapat akan berasa selesa semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Ini disebabkan mereka hanya perlu menuruti segala
arahan yang diberikan oleh guru. Namun ini akan menimbulkan masalah seperti
mereka akan terus mendiamkan diri dan kurang keyakinan diri. Bagi pelajar yang
kreatif dan suka memberi cadangan akan berasa tidak puas hati atau bosan sekiranya

11
guru asyik menggunakan stail perintah. Oleh itu guru haruslah mempelbagaikan stail
pengajaran yang digunakan.
Walau bagaimanapun, stail perintah memberi peluang kepada pelajar
memupuk sikap cuba menerima atau menuruti arahan, perintah atau pendapat orang
lain. Dengan itu, secara tidak langsung akan memupuk tabiat mengawal emosi diri
dan tidak cepat panas badan akibat kedegilan diri.
Di samping itu, pelajar dapat mempelajari cara mendisiplinkan diri melalui
stail perintah. Contohnya, dalam latihan gimnastik, disiplin diri amat penting untuk
mengelakkan kemalangan. Seseorang yang berdisiplin juga mahir dalam menguruskan
masa. Akibatnya pelajar yang sedemikian akan sentiasa berada dalam keadaan tenang
dan tidak akan terburu-buru dalam apa jua urusan.

Saluran sosial
Pengajaran stail perintah ini mengutamakan arahan guru secara mutlak. Pelajar
langsung tidak diberi peluang untuk mengeluarkan idea dan pendapat tersendiri. Ini
akan menyebabkan pelajar menjadi pengikut yang tidak berpendirian sendiri secara
tidak langsung. Hal ini bukan sahaja mengurangkan interaksi antara pelajar-pelajar
malah tiada komunikasi antara guru-pelajar. Komunikasi sehala yang dipupuk dalam
stail ini seterusnya akan meminimumkan saluran sosial yang menggalakkan interaksi
antara dua pihak.
Nilai-nilai sosial yang dapat dipelajari dalam stail lain seperti pemupukan
semangat bekerjasama, bertimbang rasa, toleransi, cara berkomunikasi dan
menggalakkan perkembangan pemikiran kreatif individu tidak wujud dalam stail
perintah walaupun keperluan nilai-nilai ini penting dalam kehidupan bermasyarakat
kita.

12
Kekuatan Stail Perintah
Stail pengajaran ini mempunyai beberapa

kekuatan yang

disenaraikan seperti

berikut:
i)

Stail perintah dapat mengelakkan kepesongan kandungan pengajaran


Stail pengajaran perintah akan memeliharakan kandungan pelajaran
penyampaian

guru

tanpa

sebarang

perubahan

sekiranya

pelajar

mengikutinya dengan sepenuhnya. Stail ini juga dapat mengelakkan


kesalahfahaman pelajar terhadap penyampaian guru terutamanya bagi
pelajaran yang mengutamakan keselamatan aktiviti. Keadaan ini adalah
berpunca daripada pengajaran guru diterima sepenuhnya oleh pelajar tanpa
interaktif antara guru dan pelajar.
ii)

Stail perintah dapat mengawal kelas secara berkesan


Keberkesanan pengajaran dengan stail ini adalah jelas sekali bagi saiz
kelas yang besar. Stail ini membantu guru menyampaikan pelajaran atau
maklumat dengan berkesan dalam kelas yang lebih besar. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelajar akan mengikuti perintah guru demi
melancarkan lagi proses pembelajaran di samping penggunaan masa
dengan baik.

iii)

Stail perintah dapat melakukan persembahan fizikal dengan berkesan


Berdasarkan pengajaran daripada guru, stail perintah dapat melakukan
persembahan fizikal pelajar melalui peniruan secara berkesan. Guru
bertanggungjawab dalam pembetulan kesilapan semasa peniruan selain
dari memastikan penerimaan kemahiran pembelajaran pelajaran dengan
betul.

iv)

Stail perintah dapat menghasilkan keseragaman


Dengan stail ini, pelajar akan menguasai sesuatu kemahiran melalui
peniruan dan menghasilkan keseragaman. Aktiviti yang dijalankan oleh
guru melalui perintah sama ada gambar, video ataupun model secara

13
berulang akan ditiru atau ditransform oleh pelajar dan seterusnya
menghasilkan keseragaman hasil pembelajaran.
v)

Stail perintah memudahkan pembelajaran pelajar


Stail ini mementingkan pengikutan pelajar dalam pembelajaran. Pelajarpelajar dikehendaki menurut dan meniru arahan secara bersama. Ini akan
memudahkan pembelajaran tentang isi kandungan yang disampaikan
terutamanya pelajar yang lemah penguasaan kemahiran sesuatu pelajaran.

vi)

Stail perintah dapat memadatkan kandungan pengajaran


Isi pelajaran dapat disampaikan dengan padat dan bernas kepada pelajar
disebabkan oleh penggunaan masa dengan efisyen dalam stail ini.
Penyampaian guru akan lebih berkesan dengan membahagikan kemahiran
kepada unit-unit yang lebih kecil seperti ansur maju memandangkan stail
pengajaran ini sekiranya diaplikasikan dengan betul akan mempunyai
pengurusan masa yang baik.

Kelemahan Stail Perintah


Terdapat beberapa kelemahan stail perintah dalam pengajaran latihan fizikal,
antaranya adalah seperti berikut :
i) Stail perintah mementingkan komunikasi sehala
Dalam pengajaran guru, pelajar hanya mengikuti perintah dan melakukan
arahan di mana komunikasi sehala berlaku. Pelajar menjalankan aktiviti
mengikut perintah tanpa perubahan, mereka langsung tidak berpeluang
untuk berbincang dengan guru dan mengemukakan pendapat.
ii) Stail perintah tidak mengambil kira perbezaan individu
Pengajaran dengan menggunakan stail ini selalunya menganggap semua
pelajar mempunyai tahap kecerdasan yang sama, iaitu perintah atau arahan
dikeluarkan tanpa mengira perbezaan individu pelajar. Keberkesanan
pembelajaran mungkin menjadi berkurangan disebabkan oleh pelajar yang
lemah atau kurang cerdas.

14

iii) Stail perintah tidak mementingkan saluran emosi atau sosial


Perkembangan kognitif pelajar akan terbantut disebabkan stail ini yang
tidak mementingkan pemikiran kreatif para pelajar dan menjana idea baru
mereka tersendiri. Tidak ada interaksi dua pihak untuk membolehkan
pelajar bertukar-tukar pendapat dan meluahkan masalah kepada guru.
Pelajar yang tidak berpeluang berkomunikasi dan berbincang dengan rakan
mereka semasa pengajaranpembelajaran. Saluran emosi dan sosial yang
tidak dipandang berat oleh guru akan menyebabkan buah fikiran mereka
terbantut dan seterusnya akan memendamkan pendapat atau masalah
sehingga tamatnya pengajaran guru.
iv) Stail perintah menggalakkan penyalahgunaan kuasa guru
Penyalahgunaan kuasa kerap berlaku dalam corak pengajaran stail
perintah. Kuasa guru mungkin disalahgunakan disebabkan pengawalan
pergerakan lebih-lebih lagi mungkin mencela pelajar. Perasaan negatif
menjadi semakin menebal ini akan mendesak pelajar menolak corak
pengajaran guru dan mengancam keberkesanan pembelajaran-pengajaran.
v) Stail perintah menyekat perkembangan kreativiti pelajar
Perkembangan kreativiti pelajar mungkin terhalang dalam penggunaan
stail ini. Kreativiti pelajar tidak dapat ditonjolkan disebabkan oleh pelajar
hanya mengikut dan meniru arahan tanpa diberi peluang untuk memberi
pendapat individu pelajar
vi)

Stail perintah kurang berjaya dalam memotivasikan pelajar


Komunikasi dua hala yang menggalakkan saling bertukaran buah fikiran
dan meluahkan masalah kepada guru memang tidak wujud dalam stail ini.
Stail perintah tidak menjanjikan kejayaan kerana hubungan guru dan
pelajar hanya menerima dan menjalankan perintah. Justeru itu, stail yang
agak keras ini tidak akan memberi motivasi yang berkesan kepada
segelintir pelajar.

15

Penutup
Setiap stail pengajaran mempunyai cara penyampaian tersendri yang dapat
dilaksanakan secara berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran atau sebaliknya.
Dengan menyedari hakikat ini, adalah menjadi perkara penting dalam peningkatan
pencapaian objektif pelajaran sekiranya terdapat pemahaman yang mendalam tentang
setiap stail pengajaran.
Dalam stail perintah, guru seharusnya peka atau sedar sensitiviti semulajadi
dalamnya. Semasa penyampaian stail ini, bahasa yang jelas lagi tepat, terancang dan
berkesan serta mudah difahami perlu digunakan dalam arahan yang diberi. Selain
daripada itu, ia juga seharusnya mengambilkira pelbagai perkara seperti objektif,
emosi, fizikal, dan intelek pelajar serta keperluan sesuatu arahan.
Kekeliruan dan kesalahtaksifan dapat dielakkan dengan penggunaan bahasa
yang sesuai dan seterusnya menyumbang kepada keyakinan pelajar tentang apakah
yang seharusnya mereka melakukan berdasarkan sesuatu arahan guru. Pelbagai
masalah sampingan seperti kegagalan melaksanakan sesuatu tugas atau mungkin
mendatangkan kecederaan atau menimpa kemalangan pelajar sekiranya terdapat
kesilaptaksiran sesuatu perintah.
Stail Perintah yang sesuai dan berkesan penting dalam memupuk semangat
bekerjasama sesama pelajar, motivasi, sahsiah pelajar yang berkepercayaan kepada
diri sendiri dan seterusnya membina keyakinan atas kepakaran serta kebolehan guru
tersebut. Guru yang melaksanakan stail ini seharusnya membuat persediaan awal dan
telah menguasai ciri-ciri serta kemahiran dengan baik demi berupaya menangani
segala masalah atau kelemahan yang bakal timbul.
Pada keseluruhannya, stail perintah memang merupakan suatu teknik
pengajaran yang baik dan berkesan dalam pendidikan fizikal seperti perlaksanaannya
dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan sekiranya ia diaplikasikan
secara maksimum dengan gaya penyampaian yang sesuai dan betul.

16
Rujukan
American Alliance For Health, Physical Education, Recreation And Dance
(AAHPERD) (1999). Effective teaching principles for lifelong, individualized
health related fitness. United States of America: Human Kinetics.
Bailey, R. & Macfadyen, T. (2002). Teaching physical education. London:
Continuum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Sukatan PelajaranKurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Mohnsen, B. S. (1997). Teaching middle school physical education. United States:
Human Kinetics.
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San
Francisco: Benjamin Cummings.
Schempp, P.G. (2003). Teaching sport and physical activity: In sights on the road to
excellence. United States: Human Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai