Anda di halaman 1dari 8

TEKNIK MENJAWAB RINGKASAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan kitar semula. Panjang
ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan
perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia dianggarkan menghasilkan sebanyak 15 000 tan sampah dalam sehari. Jumlah ini dijangka akan
meningkat pada kadar dua peratus pada setiap tahun. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan program kitar
semula sebagai satu cara mengelakkan pembaziran wang dan tenaga kerja yang banyak untuk
menguruskan sampah yang semakin banyak. Selaras dengan pelancaran tersebut, pihak berkuasa
tempatan telah mengambil langkah meletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai
seperti di kompleks beli-belah, sekolah dan pusat perniagaan. Setiap set tong kitar semula terdiri daripada
tiga buah tong iaitu tong coklat untuk bahan-bahan kaca, tong biru untuk kertas, serta tong jingga untuk
plastik dan logam. Selain dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah, program kitar semula juga
bermatlamat untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat.

Apabila tong-tong kitar semula itu penuh, bahan-bahan yang terkumpul akan dibawa ke pusat
pengumpulan barang terpakai. Barangan kitar semula yang dibawa akan dinilai dan pusat pengumpulan
akan memberikan bayaran kepada syarikat yang membawanya. Pengguna yang membawa barangan
terpakai terus ke pusat pengumpulan akan mendapat bayaran yang berpatutan juga. Sehubungan itu,
kerajaan telah menawarkan beberapa galakan yang lain seperti pengecualian cukai bagi mesin dan
peralatan yang digunakan untuk kitar semula. Selain pihak kerajaan, pihak swasta digalakkan turut serta
dalam rangkaian aktiviti kitar semula. Misalnya, mereka menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan
bahan kitar semula sebagai asas dalam pembuatan produk mereka. Dalam hal ini, negara dapat juga
menjimatkan penggunaan bahan mentah.
TEKNIK MENJAWAB

BAHAGIAN PEMAHAMAN PETIKAN (ANTOLOGI KOMSAS)

Baca petikan drama Mahkamah di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HAKIM : Sekarang giliran peguam bela untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.


PEGUAM BELA: Bulat bin Leper, benarkah kamu pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00
hingga 9.00 pagi kamu berada di Taman Gagak Putih?
TERTUDUH I : Ya, benar, tuan.
PEGUAM BELA: Dan pada waktu siang yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang
berangan...kemudian kulitnya, yang kamu tak lalu nak makan, kamu
buang ke dalam tong sampah, yang tersedia oleh pihak berwajib, tapi sudah
rosak pintunya?
TERTUDUH I : Ya, benar sekali, tuan.
PEGUAM BELA: Dan kamu sedar bahawa tugas membaiki pintu tong sampah itu bukan
tugas kamu?
TERTUDUH I : Ya, tuan.
PEGUAM BELA : Lalu, kulit pisang yang kamu buang ke dalam tong sampah itu ialah suatu
perbuatan yang sudah cukup memperlihatkan kesedaran sivik kamu,
malah kamu telah menunjukkan contoh yang baik?
TERTUDUH I : Benar sekali, tuan.

(Dipetik daripada drama Mahkamah, Antologi Baik Budi Indah Bahasa, Ting.2
Dewan Bahasa dan Pustaka)

i) Berdasarkan petikan drama di atas, apakah yang telah dilakukan oleh Bulat bin Leper pada
10 Januari 1988? (3 m)

ii) Berdasarkan petikan drama di atas, berikan satu nilai murni berserta contoh peristiwa yang
sesuai. (3 m)

iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang sesuai untuk meningkatkan tahap kebersihan di
negara kita?
(4 m)
TEKNIK MENJAWAB

BAHAGIAN NOVEL (PELARI MUDA / JALAN KE PUNCAK)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 1 / 2.

PELARI MUDA karya Ghazali Ngah Azia


JALAN KE PUNCAK karya Juri Durabi

Pengajaran ialah unsur teladan dalam sesebuah karya sastera. Huraikan tiga pengajaran berserta
contoh peristiwa yang diperoleh daripada novel yang anda kaji.

(10 markah)

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN TATABAHASA / SISTEM BAHASA


TINGKATAN 1

1. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapan pada ruangan yang disediakan.. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Umur kucing Parsi saya baru satu setengah tahun.


_______________________

ii. Penagih – penagih itu lari bertaburan apabila dikejar oleh pihak polis.
_______________________
iii. Kedua belah pihak harus bertolak ansur untuk menyelesaikan isu tersebut.
_______________________
iv. Puan Mona merebus ubi kayu yang baru dibelinya itu sehingga lembut.
_______________________ (8 markah)

2. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan
tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Kaum bumiputra di Sabah dan Sarawak amat kaya dengan adat resam mereka.
_______________________
ii. Air jus epal dan nenas menjadi minuman kegemaran saya sejak kecil.
______________________
iii. Penyanyi solo tahun 70an itu masih aktif dan kacak bergaya.
_______________________ (3 markah)

Cerakinkan ayat majmuk di bawah menjadi ayat tunggal.


i. Nurin sangat ramah tetapi kakaknya pendiam.
a) ___________________________________________________________________
b) ___________________________________________________________________
ii. Pemuda itu rajin bekerja dan aktif dalam persatuan belia.
a) ___________________________________________________________________
b) ___________________________________________________________________
iii. Suraya mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
a) ___________________________________________________________________
b) ___________________________________________________________________
Baiki kesalahan ayat-ayat di bawah.

Salah Betul
1. Mereka-mereka yang terlibat tidak mahu
bertanggungjawab.
2. Saya tidak akan menyebelahi mana pihak.
3. Kerusi itu diperbuat dari pelastik.

4. Kotak itu bukan berat.

5. Sejak dari mula lagi saya telah mencurigainya.


6. Kawasan pendalaman sering dikaitkan dengan
kemiskinan.
7. “Betul ke awak hendak ke Kuala Lumpur?” kata
Ah Lam.
8. Kereta yang mereka naiki telah terlibat dalam
kemalangan jalan raya.
9. Berbagai acara telah dipertandingkan dalam
temasya sukan itu.
10.Kamu orang mesti berkumpul disini pagi
esok,jam lapan pagi.
11.Kita orang akan datang.

12.Dia orang kawan saya.

13.Dia memperketatkan tali kasutnya.

14.Tengahari nanti awak datanglah ke pejabat


saya.
15.Apakah tanggunjawab anda kepada negara?

16.Kerja-kerja pedalaman sungai itu dilakukan


dengan segera.
17.Beberapa pemain-pemain bola telah cedera.

18.Para peserta-peserta pertandingan itu telah


siap sedia.
19.Saya gagal memahami akan penjelasan yang
disampaikan itu.
20.Pertunjukkan amal itu bertujuan untuk
mengutip derma.

21.Dia tepuk sejak dilahirkan.

22.Mereka bertepok tangan kegembiraan.

23.Telor ayam itu telah pecah.

24.Sebutannya telur Jawa.

25. Hakim akan menilai daripada segi isi, bahasa


dan persembahan.
26.Dengan lain perkataan, kita perlu berwaspada
sebelum bertindak.
27.Almari itu terletak dalam bilik.

28.Dia belajar dari pengalaman.

29.Dia datang bila dipanggil.


30.Dia memandang kepada saya.

31. Dia memberikan anaknya pelajaran.

32. Dia memperisterikan Jamilah.

33. Dia memperisteri anaknya dengan anak guru


besar.
34. Dia menaiki bendera.

35. Dia mengambil apa sahaja.

36. Dia merindukan anaknya.

37. Perkara itu dibincangkan didalam mesyuarat.


38. Komputer itu dihadiahkan ke sekolah itu.

39. Jangan memijak rumput.

40. Budak itu terjatuh di dalam sungai.

41. Jauhilah daripada dadah.

42 Kedua belah pihak telah bersetuju untuk


berdamai.
43. Letakkan di mana sesuai.
44. Selat Teberau terletak antara Johor dengan
Singapura
45. Pelajar cemerlang sedang melawat ke Eropah.
46. Mereka sedang membincangkan tentang
perkara itu.
47. Mereka memberitahukan perkara itu kepada
saya.
48. Merujuk kepada surat tuan yang lalu, kami
akan membuat tindakan susulan.
49. Oleh kerana itu, kita perlu berhati-hati.
50. Pada pendapat saya, jawapan itu tidak tepat.

Baiki kesalahan ayat-ayat di bawah.

Salah Betul
1. Ada berbagai barang dijual di kedai itu.
2. Di antara juadah yang dihidangkan kepada
tetamu ialah kuih karipap.
3. Meja itu terletak antara dua buah kerusi.
4. Bersama ini saya sertakan dua keping
gambar berukuran pasport.
5. Gunung Kinabalu ialah gunung yang paling
tinggi sekali di Asia.
6. Ia memperoleh markah yang tertinggi sekali
dalam ujian itu.
7. Bola itu mereka tendang.
8. Setengah orang suka makan makanan yang
manis.
9. Bangunan itu adalah Daya Bumi.
10. Di antara mereka yang hadir termasuklah
ayah saya.
11. Banyak yang datang ke majlis itu.
12. Kami berbincang masalah ini.
13. Berdasarkan kepada masalah itu, kita perlu
bertindak.
14. Penyelesaian masalah ini bergantung
kepada budi bicara kita.
15. Tanpa ku sedar dia telah pergi.
16. Buku itu dimasukkan dalam laci.
17. “Kita berasal dari Kampung Pandan,” kata
Ali dan Abu kepada rakannya.
18. “Kamu mesti berlatih bersungguh-sungguh
supaya memenangi pertandingan itu,” kata
Mihad kepada kawan-kawannya.
19. Perompak itu telah tertembak ketika beliau
cuba melarikan diri daripada kepungan polis.
20. Di zaman dahulu manusia menggunakan
tombak untuk memburu binatang.
21. Saya mengirim kad itu ke Zaimah.
22. Beg tersebut diperbuat dari kain.
23. Pelancong-pelancong itu datang daripada
Perancis.
24. Saya memaklumkan hal itu pada ayah.
25. Saya mesti belajar beersungguh-sungguh
demi untuk masa depan saya.
26. Pak Harun menanam kedua batang pokok
mangga di hadapan rumah.

27. Segala-gala persiapan telah diatur oleh


keluarganya.
28. Projek ini melibatkan semua-semua orang.

29. Pendaki Gunung Everest itu telah


menceritakan tentang pengalamannya
mendaki gunung tersebut.
30. Beratus oang telah kehilangan tempat tinggl
akibat banjir.
31. Apa nama anak perempuan Encik Ahmad?

32. Sekalian orang yang hadir pada hari itu


berasa gembira.
33. Lelaki itu menaruh sebuah dendam terhadap
Mamat.
34. Selain daripada itu ,kita perlu menghormati
guru.
35. Kebanyakkan murid-murid suka membuang
masa.
36. Barang itu berharga dua setengah ringgit
sahaja.
37. Perjalanan itu mengambil masa empat
setengah jam.
38. Menteri Besar – Menteri Besar telah
bermesyuarat hari ini.
39. Mini bas itu telah terbabas ke dalam
longkang.
40. Saya makan goreng pisang.

41. Ia meletakkan selonggok buah-buah durian


di atas meja.
42. Baju yang Minah beli itu mahal.

43. Lain-lain hal dibincangkan semuanya


berkaitan dengan isu pelajar.
44. Usaha memperlebarkan jalan itu untuk
bertujuan mengurang kesesakan jalan raya.
45. Tiap hari saya berjalan kaki kesekolah.

46. Saya tertarik akan kelunakan suaranya.

47. Saya akan memastikan semuanya akan


berjalan dengan lancar.
48. Ibu meniduri adik didalam buaian.

49. Cawan yang terlepas dari tangannya itu


jatuh terhempas di lantai.
50. Maklumat terkini akan diumumkan dari masa
ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai