Anda di halaman 1dari 24

PAMERAN BERTEMA

TAHUN BARU
CINA
SEJARAH
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya,

awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan

11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai

untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12

ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima

Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10

pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya,

itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan

bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini
MITOS
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián ( 年 ) ialah seekor raksasa pemakan

manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul

setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai

kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan

warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan

penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada

perayaan Tahun Baru yang sulung yang bermaksud "menyambut tahun baru",

membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian"


SAMBUTAN
PERAYAAN
Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan
menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan
sahabat serta penggunaan warna merah yang
berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang
muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan
yang telah kahwin.
ACARA MAKAN
BESAR
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah makan
besar. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas
meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di
China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu
untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana
bentuknya berupa jongkong emas Cina. Angpau bagi ahli
terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu
jamuan pertemuan semula. Sampul merah ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang
mencerminkan tuah dan kehormatan.
HIDANGAN TAHUN BARU
Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum
Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di
rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk
perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang
didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya
dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam
dan ikan. Ikan sebagai makanan penting, tidak dimakan
sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman),
bak pepatah Cina yang bermakna "semoga ada lebihnya
setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada
ikan setiap tahun.
YEE SANG
Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul, maka
lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.
Yee sang merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol
penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun
tersebut.
Dalam bahasa Cina, perkataan yee bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain
iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan ‘sang’ pula merujuk kepada mentah dan turut
mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan yee sang
ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.
Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon),
hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk,
halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup.
ANGPAU
Secara tradisi, angpau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan
Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-
mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa
memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun
seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan
berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang
tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian. Oleh sebab angka 4
dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya
dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 Ringgit.
Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan
"kaya"), maka 8 Ringgit selalu didapati dalam angpau.
BUNGA API
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan
dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China
untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah
menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya
diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang
mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu
bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar,
mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab
mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun
menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa riang
ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
PAKAIAN
Pemakaian yang melebihkan warna merah
sering dipakai sepanjang Tahun Baru
Cina kerana dipercayai warna merah akan
menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari
kepala hingga kaki pula melambangkan
permulaan baru pada tahun baru.
PANTANG LARANG
SEWAKTU PERAYAAN
Tuah baik[
• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka
pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru
agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama
mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.
• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang
yang bergosip tentang pemakainya.
PANTANG LARANG
SEWAKTU PERAYAAN Nasib Malang ("Tuah buruk“)
• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan Bahasa
Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar"
sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan
bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka
menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering
telah mengatasi tradisi ini.)
• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana
ini turut dianggap tidak bagus.
• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi
dengan perkataan bagi "kalah".
TAHUN BARU CINA
2021
TAHUN LEMBU
Tahun Baharu Cina kali ini
dilihat pada kalender Cina
adalah Tahun Lembu yang
membawa simbolik tahan
lasak, rajin serta produktif
dalam semua aspek kehidupan.
KAMI WARGA
SEKOLAH,
MENGUCAPKAN

SELAMAT
MENYAMBUT TAHUN
BARU CINA KEPADA
SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA BUDDHA

#KITAJAGAKITA
SUMBER RUJUKAN
Tahun Baru Cina
- Wikipedia Bahasa
Melayu, ensiklopedia
bebas

Anda mungkin juga menyukai