Anda di halaman 1dari 22

PUSAT SUMBER SEKOLAH SK KOTA KEMUNING

mempersembahkan :

Pameran bertema maya


tahun baru cina
2021
MEMORI SAMBUTAN
TAHUN BARU CINA
DI SK KOTA KEMUNING
SE#$%&H )A+,N .&%U C12&
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.
Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12
Ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 Ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah
diketahui bahawa “bulan lompat” yang dipakai untuk memastikan kalendar
qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti
Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut
Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan
awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal
bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM,
Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai
awal tahun, yang masih kekal sampai kini.
MITOS TAHUN BARU CINA
Menurut lagenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan
manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang
muncul setiap 11 tahun, sekitar musin sejuk, untuk memburu manusia. Orang
ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan
bunyi bising dan warna merah, maka mereka
mengusirnya dengan letupan, bunga api dan
penggunaan warna merah secara meluas.
Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang
sulung. Guò nián (Cina ringkas: 过年), yang bermaksud
“menyambut tahun baru”, membawa erti harfiah “meredah
raksasa Nian”.
SE.9:;M )A+,N .&%U C12&

Sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka


secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang
berlaku serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.
Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru
dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu
keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi
tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi
potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahgiaan
dan kemakmuran dalam Bahasa Cina.
HA<1 =>R)A?$ T&@UA B$<; BIN$
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakkan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama
Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana
adalah dipercayai bahawa ini memasWkan mereka akan lanjut
usia. Yang paling penWng, hari pertama Tahun Baru Cina
merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua
mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga
mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Ang pau ataupun sampul merah akan diedarkan oleh pasangan
suami isteri kepada pemuda pemudi sepanjang Tahun Baru Cina. Pada
waktu malam, bunga api dan mercun dilepaskan dengan meriah sekali.
HA<1 C> - 2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari “membuka


tahun” (Cina ringkas: 开 年 kãi nián) menyaksikan anak
perempuan yang telah berkahwin untuk menziarahi ibu
bapa kandung mereka. Menurut tradisi , anak
perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak
berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri
HARI KE - 3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sevagai hari tidak sesuai untuk
menziarahi saudara-mara. Hari ini dikenali sebagai “mulut merah”
(赤口 chì kõu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat
dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi,
sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli
terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah
sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru
wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
HARI KE - 5

Di bahagian utara China, ladu (Cina ringkas: 饺子, jiǎozi)


dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ).
Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen,
dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya
dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan lagi
dengan mercun.
HA<1 C> - 7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi
orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis:
yan yat), iaitu hari yang mana usia se:ap
orang ditambah lagi setahun menurut
pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah
harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan
hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini merupakan
adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina
di rantau Asia Tenggara, seper: Malaysia dan Singapura,
tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata
dunia selain rantau tersebut.
HA<1 C> - 9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk
menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong
Agama Tao. Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru"
suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun
baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja
tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari
ancaman penghapusan beberapa generasi lalu. Teh dituang
sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
HARI KE - 15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan
sebagai Yuánxiāo jié (Cina ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝)
dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Kekasih.

Tāngyuán (Cina ringkas: 汤圆), bebola


pulut manis dalam sup, dimakan pada
hari ini. Tāngyuán ialah sejenis
makanan Cina yang diperbuat daripada
tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang
mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung
kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai
Perayaan Tanglung.
"Selamat Tahun Baru" (新年快乐); Bahasa Hokkien (POJ): Sin-nî khòai-lo̍k) ialah ucapan
kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari
ucapan Happy New Year yang kerap didengar di negara Barat.

Namun di bahagian utara China, "guò nián hǎo" (Cina ringkas: 过年好) yang dijadikan
ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai
dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru. Maksudnya ialah “dapat hidup
dalam keadaan yang baik.

Selain itu, “Gong Xi Fa Cai” (Cina ringkas: 恭喜发财) yang diterjemah sebagai “Tahniah
dan semoga mendapat rezeki”.

UCAPAN SEMASA MENYAMBUT


TAHUN BARU CINA
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun
Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang
Ang pou belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul
merah ini kepada kanak-kanak.

Sampul merah ini sen:asa mengandungi wang, sama ada dua ataupun
seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir)
dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang
ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4
dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan
ma:, maka wang dalam angpau :dak boleh berjumlah 4 Ringgit. Sementara itu,
angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 Ringgit
selalu didapa: dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam
angpau.[11]
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka.
Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan,
mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang
berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas
merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam
terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang
kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun
menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh
jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi
satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.
mercun
Tarian Singa (bahasa Cina: 舞 獅 ; pinyin: wǔshī) ialah

TARIAN SINGA sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan


masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.
Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu
seorang memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari
akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut.
Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa
di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan
diiringinoleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan
membawa tuah.
ZODIAK
TAHUN BARU CINA
UNIT PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK KOTA KEMUNING
MENGUCAPKAN
SELAMAT TAHUN BARU CINA
BUAT GURU DAN SEMUA MURID
BERBANGSA CINA

Anda mungkin juga menyukai