Anda di halaman 1dari 1

Tahun Baharu Cina (Tulisan Jawi: ‫ ;چينا بهارو تاهون‬Cina ringkas: 春节; Cina

tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié) merupakan perayaan terpenting orang Cina
bagi menyambut tahun baharu dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari
Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baharu Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib


dan kehidupan. Sebelum hari tahun baharu bermula, sanak saudara yang jauh
akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baharu. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baharu dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.
Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga
dan pokok limau.

Tahun Baharu Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan
melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam sampul merah
bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa
akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas
hari selepas perayaan Tahun Baharu Cina, perayaan Tahun Baharu Cina
ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei.

Tahun Baharu Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang


diduduki oleh ramai orang Cina, seperti China, Hong Kong, Indonesia, Macau,
Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di pekan cina di
merata dunia. Tahun Baharu Cina juga disambut di tempat-tempat yang kuat
dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina),
termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar),
Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Anda mungkin juga menyukai