Anda di halaman 1dari 2

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang


Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari
Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12
tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik


permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala
hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.
Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau
sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan


kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan
masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan
melawat golongan tua dan menerima wang ang pau
dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik,
yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada
mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga
atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang
diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan
Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan
dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di


merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea,
Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang
dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan
keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Anda mungkin juga menyukai