Anda di halaman 1dari 12

Tahun 2023 ialah Tahun Arnab dalam

zodiak Cina. Orang yang lahir dalam Tahun


Arnab. Memandangkan arnab telah
menjadi lambang kemakmuran, umur
panjang dan kebijaksanaan di Korea, 2023
dijangka menjadi masa kesuburan juga.
Arnab ialah haiwan keempat dalam zodiak
Cina. Arnab juga mewakili bulan dan umur
panjang, seperti yang
dibuktikan oleh cerita rakyat Korea
tentang arnab bulan.
SAMBUTAN PERAYAAN

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting


orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi
kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik


permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Rujukan:
https://www.malaysiasite.nl/ne
wyearms.htm
SEBELUM TAHUN BARU

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-


keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara
menyeluruh, mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa
pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah
mereka untuk menjemput nasib baik.

Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah


mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam
bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina


ialah makan besar. Kaum keluarga akan makan besar
dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging
salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan


bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah
limau,bunga dan pokok limau sebagai simbol murah rezeki.
PUSTAKA SERI REMBAU/Sederap Memacu Kecemerlanga
AMALAN TAHUN BARU

Angpau atau sampul merah diberikan sepanjang


sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri
atau orang tua kepada kanak-kanak dan muda-mudi
yang belum berkahwin. Sampul merah ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu
yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Pasar Tahun Baru Pasar khas didirikan menjelang


Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar
ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan
barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya
kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk
kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.
Bunga api atau mercun
Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang
ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan
Tahun Baru Cina

Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering
dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai
warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib
malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru
dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan
baru pada tahun baru.
Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul
bersama pada malam selepas makan malam bersama
dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara
menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya
percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan
memanjangkan usia ibu bapa.

Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa
pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.
Hiasan Bunga Maksud
Bunga plum Melambangkan tuah
Kumkuat Melambangkan kemakmuran
Narcissus Melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa Melambangkan panjang umur
Buluh Tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari Bermaksud tahun yang elok
HIDANGAN TAHUN BARU

Luohan Zhai Yusheng

Jiaozi Limau mandarin

Kuih bakul Mee

Gula /Buah-buahan

Tikoy
RUMAH TERBUKA

Rumah terbuka ketika menyambut perayaan utama di


Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang
kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya
bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan
rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar
kaum Cina.

Anda mungkin juga menyukai