Anda di halaman 1dari 11

Sisnopsis video

Video ini telah memaparkan tentang cara Kaum Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Ada juga tentang adat resam Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Penerima angpau mesti mengucapkan ucapan pembawa tuah kepada pemberi.

Jamuan pertemuan semula Jamuan pertemuan semula (Cina Ringkas: tunyun fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan ( Cina Ringkas: , pinyin: y) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu y ( Cina Ringkas: ), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun.

Perhiasan rumah
Kaum Cina akan menjalankan aktiviti membersihkan dan menghiasan rumah sebelum Tahun Baru Cina. memasang perhiasan yang berwarna merah untuk membawa tuah kepada seluruh keluarga tersebut

Kaum Cina yang beragama Buddha akan menampalkan Patung Pintu pada pintu. Mereka mempercayai Patung Pintu ini akan menghalaukan nasib malang yang dialami oleh keluarga ini sepanjang tahun.

Hari ketujuh dikenali sebagai ''hari jadi orang ramai'' iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, Yu Sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. Ini merupakan adat resam utama yang diamalkan oleh kaum Cina. Kaum Cina mesti menjerit ucapan pembawa tuah semasa makan untuk membawakan nasib baik untuk mereka sendiri.

Makanan Yu Sang

makanan lain Nian Gao yang diperbuat daripada pulut juga dimakan kerana sebutan namanya serupakian tahun kian tinggi(semakin tambah) Tang Yuan yang diperbuat daripada tepung yang bermaksud perpaduan sekeluarga. Fa Gao juga membawa tuah kerana sebutan serupa Fadalam Bahasa Cina yang bererti bertambah,meningkat

Tarian singa
Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Mengunjungi saudari-mara dan kawan-kawan


Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Mereka juga mengunjungi rumah kawankawan dengan membawa buah tangan.

Bunga Api dan mercun


Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Kemeriahan Tahun Baru Cina disambut dengan bunyi di sana sini.

Anda mungkin juga menyukai