Anda di halaman 1dari 5

Perkara Yang Makruh Dan Membatalkan Solat

Solat ialah tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah


menjadikan alam ini untuk kita hidup dengan segala
macam nikmatnya. Ia perlu dilakukan dengan sebaikbaiknya kerana ia adalah perkara yang pertama sekali
dihisab di akhirat nanti.
IBADAH ANAS 14 OCT 2016

Solat ialah tanda kesyukuran kita kepada Allah yang telah


menjadikan alam ini untuk kita hidup dengan segala
macam nikmatnya. Ia perlu dilakukan dengan sebaikbaiknya kerana ia adalah perkara yang pertama sekali
dihisab di akhirat nanti.

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda ;

Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari


kiamat dari amalan manusia adalah solatnya. Jika amalan
solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung. Jika
amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang
yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan
solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla berfirman ;

Lihatlah (hai para malaikat) apakah hambaku


mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat
fardhunya? Kemudian jika hambaku menyempurnakan
solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan
solat fardhu yang kurang, kemudian seluruh amalannya
diperlakukan seperti itu.

(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no 193, 1425, 1426)


Bermula semasa kita mengambil wudhuk sehingga tamat
solat sama ada solat fardhu atau pun sunat, hendaklah
dilakukan dengan sempurna. Ini bagi memastikan solat
kita diterima oleh Allah SWT.

Mungkin selama ini kita tidak tahu bahawa ada perkara


yang boleh membatalkan solat yang telah kita lakukan.
Mungkin juga kita ragu-ragu dalam sesuatu hal. Oleh itu,
disenaraikan di sini 11 perkara yang boleh membatalkan
solat kita iaitu:

1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.

2. Berhadas besar atau kecil semasa dalam solat.

3. Terkena najis pada anggota badan, pakaian dan tempat


solat.

4. Berkata-kata dengan sengaja walaupun sedikit. Ini juga


termasuklah ketawa.

5. Sengaja mendedahkan aurat atau tidak sengaja segera


menutupnya kembali apabila auratnya terbuka.

6. Makan dan minum.

7. Bergerak tiga kali berturut-turut seperti bergerak tiga


langkah berturut-turut atau memukul tiga kali berturutturut.

8. Dengan sengaja melebihkan rukun fili iaitu perbuatan


di dalam solat. Contohnya, menambah rukuk dan sujud.

9. Mengubah niatnya iaitu seperti berniat memutuskan


solat ataupun ragu-ragu sama ada hendak memutuskan
solat atau tidak.

10. Berpaling daripada menghadap kiblat dengan


memusingkan dadanya kekiri atau ke kanan.

11. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

Kita juga perlu berhati-hati dengan perkara-perkara yang


makruh ketika solat. Seeloknya, elakkanlah daripada
melakukan perkara-perkara makruh ini:

1. Bercekak pinggang.

2. Melihat ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang.

3. Memberi isyarat dengan tangan, kecuali menunjuk


ketika membaca tahiyyat.

4. Meludah.

5. Membiarkan rambut atau pakaian yang kusut dan tidak


teratur.

6. Menyapu tempat sujud ketika sujud, kecuali jika


terpaksa.

7. Membuka mulut lebar-lebar semasa menguap dalam


solat.

8. Menahan lapar dan menahan daripada membuang air


sedangkan ia amat mendesak.

9. Kalau bilal sudah iqamat untuk mengerjakan solat


fardhu, maka makruh untuk mengerjakan solat yang lain
lagi melainkan solat yang fardhu itu sahaja.

KONGSIKAN TAZKIRAH INI

Anda mungkin juga menyukai