Anda di halaman 1dari 20

Hukum Muzik & Nyanyian

Nyanyian dalam Islam


Nyanyian dan Muzik merupakan salah satu dari cabang seni yang utama. Ia
dikenali sebagai suatu seni yang indah dan unik jika dibandingkan dengan seniseni lain. Seperti yang sedia maklum, Islam merupakan agama yang indah dan
Allah sendiri sebagai pencipta alam semesta ini turut dikenali dengan sifatnya
yang Maha Cantik dan juga menyukai kecantikan dan juga keindahan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:

Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan


sebaik-baiknya

(As-Sajdah:7)
Berdasarkan maksud firman di atas, jelas membuktikan bahawa Allah itu sendiri
menciptakan setiap kejadian dengan sebaik-baiknya (sempurna). Sebaikbaiknya boleh kita kaitkan dengan sifat Allah yang maha indah dan menyukai
keindahan.
Hukum Nyanyian
Ulama berselisih pendapat berhubung hukum nyanyian menurut syarak.
Terdapat khilaf ataupun perselisihan pendapat dalam menentukan hukum bagi
nyanyian dan muzik. Ada sebahagian ulama menetapkan hukum nyanyian dan
muzik adalah haram manakala sesetengah lagi menghalalkan dan tidak kurang
ada juga yang mengharuskannya. Setiap dari ulama ini berpegang kepada
pendirian masing-masing berdasarkan kepada dalil-dalil serta autoriti yang
dibawa dari ayat-ayat al-quran serta hadis-hadis baginda Rasulullah SAW.
Dalil ulama mengharamkan nyanyian dan Muzik
Seperti sedia maklum terdapat sebahagian ulamak yang berpendirian
mengharamkan terus nyanyian dan muzik. Mereka telah berhujah dengan

mendatangkan beberapa nas-nas aal-quran bagi menyokong pendirian mereka.


Antara dalil dari al-quram yang golongan ini ber[egang padanya termasuklah:
Firman Allah:
Maksudnya: dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta
membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan
Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari
ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula
orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orangorang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.
Surah Luqman:6
Perkataan lahwal hadis di dalam hadis ini ditafsirkan sebagai nyanyian. Ini
menurut riwayat yang sahih daripada ibnu Masud, Ibnu Abbas dn Ibnu Umar.
Malah Ibnu Masud telah bersumpah dengan berkata: demi Allah, maksudnya
adalah nyanyian. Ini disebut oleh Ibnuu al-Qayyim dan yang lainnya.
Al-Hakim dalam kitabnya pula menyebut bahawa tafsir sahabat berada pada
tahap hadis yang marfuk. Ibnul Qayyim turut menambah yang hadis pada
sahabat adalah lebih berautoriti dan leboh layak diterima berbanding tafsiran
para ulama yang datang selepasnya meskipun masih terdapat pertikaian
berhubung pendapat berkenaan.
Berdasarkan ayat yang dikemukakan ini, sebenarnya tafsiran bagi perkataan
lahwal-hadith tidaklah hanya terhad tafsirannya kepada maksud nyanyian
sahaja. Bahkan ada juga yang mentafsirkannya sebagai cerita-cerita dan kisahkisah orang ajam (bukan arab) berhubungkait dengan raja-raja mereka.
Yusuf al-Qardawi tidak menerima pendapat yang menyatakan bahawa tafsir
sahabat adalah sama seumpama hadis marfuk. Ini ekoran tafsiran para sahabat
lazimnya berasaskan kepada kefahaman mereka sendiri berhubung ayat-ayat alquran. Ini kerana banyak berlaku pertentangan antara tafsiran dikalangan
sahabat sendiri. Jika semua tafsiran mereka setaraf hadis marfuk sudah tentu
tafsuran mereka tidak berbeza bahkan serupa antara satu dengan yang lain.

Ibnu Hazmin berpendapat bahawa tafsiran sahabat ini tidak boleh dijadikan
hujah kerana beberapa sebab:
1. Orang-orang selain dari Rasulullah, kata-katanya tidak boleh dijadikan
hujah.
2. Tafsiran tersebut bertentangan maksud dengan tafsiran para sahabat yang
lain.
3. Nas ayat tersebut telah menidakkan hujah mereka sendiri
Dalil al-quran berikutnya yang mengharamkan nyanyian dan muzik:
Maksudnya: dan apabila mereka mendengar perkataan Yang sia-sia, mereka
berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi Kami amal Kami dan bagi kamu
pula amal kamu; Selamat Tinggalah kamu; Kami tidak ingin berdamping
Dengan orang-orang Yang jahil".
Surah al-Qasas: 55
Secara zahirnya, ayat ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz
al-laghwa dalam ayat ini adalah kata-kata bodoh seperti caci-maki,
sumpah-seranah dan sebagainya. Ibnu Jurayj telah memberi sedikit
kelonggaran bagi mndengar nyanyian. Lalu beliau ditanya secara sinis: Pada
hari akhirat kelak, adakah nyanyia ini akan dating dalam suratan kebajikan
atau kejahatan kita? Lalu beliau menjawab: tiada dalam suratan kebajikan
mahupun suratan kejahatan. Ini kerana ia adalah sama seperti al-laghwi dalam
satu firman Allah:
Maksudnya:Allah tidak mengira kamu bersalah tentang sumpah kamu Yang
tidak dimaksudkan (untuk bersumpah), tetapi ia mengira kamu bersalah (dan
akan mengenakan hukuman) Dengan sebab sumpah Yang diusahakan
(disengajakan) oleh hati kamu (dengan niat bersumpah). dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar
Surah Al-baqarah: 255

Dr Yusuf al-Qardawi tetap berpegang dengan pendiriannya yang menyatakan


bahawa tidak semua nyanyian adala laghwa bahkan ia mempunyai hokum yang
tersendiri bergantung kepada niat si pelakunya. Niat yang baik boleh mengubah
hiburan menjadi suatu qurbah dan perkara yang harus menjadi satu amalan
taat. Berbeza pula dengan niat buruk yang akan merosakkan amalan yang pada
zahirnya berbentuk ibadat tetapi pada hakikatnya terdapat sifat riya. Bagi
sesiapa yang mendengar nyanyian tanpa mempunyai apa-apa niat sama ada
ibadat mahupun untuk maksiat, ia merupakan satu perkara lagho yang
dimaafkan. Ia samalah seperti seorang yang bersiar-siar di taman atau duduk di
pintu rumahnya sambil melihat permandangan di luar.
Dalil seterusnya bagi golongan yang mengharamkan nyanyian adalah:Maksudnya : Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa Yang
Engkau rancangkan)! kemudian siapa Yang menurutmu di antara mereka, maka
Sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan
Yang cukup.Dan desak serta pujuklah sesiapa Yang Engkau dapat memujuknya
Dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu Yang berkuda serta
Yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah Dengan
mereka Dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan
janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". padahal tidak ada Yang dijanjikan
oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Al-Israa: 63 dan 64
Sesetengah ahli tafsir menyatakan: maksud suaramu itu suara syaitan dalam
ayat tttersebut ialah nyanyian. Mujahid berkata: suara syaitan ialah nyanyian,
seruling, dan hiburan. Ad dohlak berkata: suara tiupan seruling (muzik). Namun
begitu, tafsiran ini tidaklah bersifat maksum. Oleh itu, kita tidak wajib
berpegang kepada tafsiran ini kerana ramai ahli tafsir lain yang membuat
tafsiran berbeza sama sekali.
Ibnu Abbas r,a berkata: Maksud suara syaitan ialah setiap seruan yang
menggalakkan perbuatan maksiat kepada Allah. Ia turut ditafsirkan sebagai
bisikan was-was. Hakikat yang sebenarnya ialah: apa yang difahami daripada

ayat ini, bukan makna zahirnya yang tersurat. Kerana maksudnya di sini ialah
keran Iblis yang dilaknat itu telah diberitahu agar menyesatkan umat manusia.
Sesungguhnya iblis tidak berupaya menyesatkan hamba Allah yang ikhlas.
HUKUM SUARA WANITA
Firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzaab ayat 32:
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana
perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu
berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit
dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya
berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)
Tiada dalil yang terang dan jelas dalam syariat Islam yang menyatakan hukum
bagi suara wanita. Namun demikian berdasarkan hadis-hadis marfu hukum
suara bagi wanita dapat diperjelaskan.
Contoh hadith yang menyentuh tentang suara wanita ialah daripada Shahih
Bukhari, hadis 949 dan 952, Shahih Muslim, hadits 892 menyatakan bahawa
Rasulullah SAW mengizinkan dua budak perempuan bernyanyi di rumahnya.
Hadith Riwayat Tirmidzi dinilainya sahih Imam Asy-Syaukani Nailul Authar, VII /
119 juga ada menyatakan tentang perbuatan Rasulullah terhadap suara wanita
dimana Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar
untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah . Daripada Dalil AsSunnah ini menunjukkan suara wanita bukanlah aurat, sebab jika aurat tentu
tidak akan dibiarkan oleh Rasulullah.[1]
BILAKAH SUARA WANITA MENJADI AURAT?
Suara wanita akan menjadi aurat bila berada dalam keadaan yang berikut,
Pertama, apabila bercakap antara kaum Adam dan Hawa yang bukan muhrim
akan perkara yang sia-sia, mengajak kepada perkara maksiat serta
melalaikan Keduanya menurut Imam Ghazali ialah ketika wanita menyanyi.

Maka pada saat itu suaranya aurat . Terakhir ialah daripada syeikh Atiyah juga
memetik beberapa pendapat ulama terdahulu mengenai perkara ini. Al-Qurtubi
berkata, suara wanita ketika berkata-kata bukanlah termasuk aurat, kecuali
ketika dia menyanyi, maka pada saat itu suaranya aurat
SUARA WANITA DAN NYANYIAN
Pertama, suara itu dalam batas kewajaran, bukan sengaja dibuat-buat
contohnya mendayu-dayu, mengada-ngada, merayu, dan seumpamanya.
Kedua, perbuatan itu tidak disertai perbuatan-perbuatan haram dan maksiat,
seperti minum arak, membuka aurat, dan sebagainya.
Ketiga, tidak bersuara manja, dengan tujuan menarik perhatian dan menggoda
lelaki.
PERINGATAN BUAT KAUM HAWA
1. Kaum Adam dibolehkan bercakap atau berdialog dengan kaum Hawa dengan
suatu hajat yang perlu sahaja
2. Kaum Hawa tidak boleh bermanja-manja, memerdukan, melembutlembutkan suaranya pada saat bercakap dengan lelaki yang bukan muhrimnya
kerana ianya boleh menimbulkan nafsu berahi dan fitnah orang
3. Wanita tidak boleh mengeluarkan suara sewenang-wenang; tidak disyariat
kepada wanita untuk azan bagi mendirikan sembahyang, kecuali di kalangan
mereka sendiri
4. Apabila seorang wanita ingin menegur kesalahan yang dilakukan imam dalam
sembahyang tidak boleh dengan melafazkan tasbih seperti yang dilakukan oleh
lelaki tetapi memadailah dengan menepuk tangannya saja
5. Kaum Hawa juga tidak boleh membaca nyaring dalam bacaan solat

6. Di antara fitnah dalam suara wanita ialah hilai ketawa, suara yang
memberahikan, nyanyian yang bertujuan menggoda dan melalaikan. Ia dilarang
bagi menjaga martabat sebagai seorang wanita
7. Wanita yang ingin mempelajari Al-Quran secara berlagu tidaklah dilarang.
Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya Riadhus Salihin mengenai galakan
belajar Al-Quran berlagu.
Hukum alat muzik menurut pandangan Ulama.
Ulama telah berselisih pendapat dalam menghukum alat muzuk baik dari jenis
peralatan tersebut dan juga hukum memainkannya. Terdapat 3 pandangan
ulama utama dalam hukum alat muzik. Penjelasan terperinci mengenai
golongan ulama dan juga pandangan masing-masing adalah seperti yang di
bawah.
Golongan Ulamak Yang Pertama
Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua termasuk ulama 4 mazhab
bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa
hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak
sepertimana diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda yang bermaksud:
Bahawa Allah telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa
hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah
memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat maazif (alat bunyi-bunyian),
alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik
bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ..
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )
Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini
dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal.
Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia
adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain

seperti hadis Ibnu Masud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi hassan.
Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.
yang telah berkata:

Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, maazif itu haram dan alat
muzik jenis bertiup itu haram.
Selain itu terdapat juga hadis yang berkaitan dengan pengharaman alat maazif
, , ,
.
Akan datang masanya di mana orang-orang dari kaumku akan meminum
khamar(minuman keras)yang kemudian dinamakannya dengan rentak dan
nyanyian-nyanyian para wanita,nanti Allah akan tengelamkan mereka ke dalam
bumi, dan akan menjadikan mereka itu monyet-monyet dan babi-babi.[2]
(Riwayat Ibn Majah)

Akan ada dari kalangan umatku segolongan manusia yang menghalalkan
zina,sutera,arak dan al-maazif
Walaupun ia sahih Bukhari, tapi ia mudhtarib (bersimpang siur rawinya) dan
muallaq (sanadnya terputus). Pengkritik hadis yg berpendapat demikian ialah
Imam Ahmad, Abu Daud, Ibn Hazm, Abu Hatim, alHafeedz azZahabi dan
alHafeedz Ibn Hajar Asqalani.
Kalimah muadzif dalam hadis di atas tidak disepakati sebagai bermaksud alat
muzik.
Golongan Ulamak Yang Kedua
Sebahagian ulama yang mengharuskan alat-alat nyanyian atau muzik ialah Al
Syeikh Mahmud Syaltut Beliau telah menjelaskan dalam fatwanya Al Fatawa
Dirasah li Musykilat al Muslim al Muasir fi Hayatihi al Yaumiyyah wa al
Ammah[3] di mana katanya:

Mendengar alat-alat bunyian yang ada irama dan suara yang merdu tiada
boleh dihukumkan haram sebagai ia suara alat atau suara manusia atau suara
binatang. Hanya haram itu apabila digunakan pada perkara haram atau
digunakan untuk tujuan haram atau ia melalaikan daripada perkara yang wajib
pada syara .
Selain itu, Dr. Ahmad al Syarbashi juga menghimpunkan segala fatwa ulamak
dalam kitabnya dalam perkara mendengar muzik dan nyanyian. Daripada
perbincangannya itu dapat disimpulkan bahawa beliau berpendapat, fatwa al
Allamah al Syeikh Mahmud Syaltut itu adalah pendapat pertengahan yang adil
di antara ulama yang mengharamkan dan ulamak yang mengharuskan dalam
perkara muzik dan nyanyian itu[4].
Syeikh Abdul Ghani al Nabulsi menegaskan dalam kitabnya Idhoh al Dilalat fi
Samai al Alat -(Menjelaskan dalil-dalil dalam masalah yang berkait dengan
hukum mendengar alat-alat muzik) bahawa hukum haram segala bentuk alat
muzik yang disebutkan di dalam hadis bukanlah disebabkan alat-alat muzik itu
sendiri atau suara dan bunyian yang terhasil daripadanya. Kalaulah dihukumkan
dengan sebab yang demikian, maka sudah tentulah bunyi-bunyian yang merdu
seperti suara burung akan termasuk dalam hukum haram. Sedangkan ulama
telah bersepakat bahawa suara kicauan burung dan seumpamanya itu tidaklah
dihukum haram. Bahkan menggunakan dan mendengar alat-alat muzik dihukum
haram adalah disebabkan faktor-faktor luar yang haram yang beserta
dengannya dan juga yang membawa kepada Al Laghwa . Menurut beliau Al
Laghwa ialah perkara-perkara yang dengannya menyebabkan manusia lalai
daripada melakukan ketaatan dan menunaikan kewajipan kepada Allah serta
membawanya kepada melakukan perkara-perkara yang haram dan dilarang oleh
syariat.
Golongan Ulama Yang Ketiga
Imam Al-Ghazali diantara golongan yang mengharamkan beberapa jenis alat
muzik dan mengharuskan selain daripadanya. Alat-alat muzik yang diharamkan
itu ialah (al mizmar- )seruling atau semua alat yang ditiup seperti serunai

dan seumpamanya, (al awtar )alat muzik bertali dan ( al Kubah Thoblu
) gendang kecil ramping ditengah. Ini kerana ia menjadi lambang
kepada peminum arak. Selain daripada alat-alat muzik tersebut hukumnya
masih kekal dengan seperti asalnya iaitu harus. Umpamanya rebana sekalipun
terdapat loceng kecil padanya, begitu juga dengan tabuh, syahin dan gendang
yang dipukul dengan kayu serta alat-alat lain.
Al Imam al Ghazali berhujah dengan berkata bahawa syara tidak
mengharamkan alat-alat tersebut kerana kelazatannya. Jikalau ia hanya kerana
kelazatannya maka perkara-perkara lazat yang lain turut dilarang. Ia dilarang
atas dasar turutan (ittiba). Apabila arak diharamkan, maka semua amalan
peminum arak turut diharamkan bersama iaitu alat muzik bertali dan seruling.
Setiap perkara yang mendorong kepada yang haram mesti diharamkan juga
sebagai satu jalan menghalang daripada berlaku kesesatan.
Muzik bertali dan seruling (atau seumpamanya) menjadi haram kerana
mengikuti pengharaman arak berdasarkan beberapa alasan iaitu Alat ini
menyebabkan seseorang yang baru meninggalkan arak mengingati kembali
majlis-majlis hiburan yang dihidangkan dengan arak. Ini kerana majlis hiburan
tersebut kebiasaannya diserikan dengan alat-alat muzik tersebut. Dengan itu
apabila dia bermain dengan muzik tersebut, maka ia akan membawa kepada
ingatan terhadap majlis itu. Dengan itu alat muzik tersebut menjadi penyebab
seseorang yang telah meninggalkan amalan meminum arak kembali
melakukannya.
Selain itu,terdapat ijma ulamak mengenainya, kerana ia telah menjadi amalan
orang-orang fasik. Oleh itu ia dilarang kerana menyerupai mereka. Ini kerana
sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka termasuk di kalangan kaum
tersebut.
Hukum bermain alatan muzik bertali
Dalam kategori-kategori alatan muzik yang menggunakan tali, terdapat banyak
cabang daripadanya. Tetapi ianya boleh di khususkan kepada beberapa alat
muzik khasnya yang di petik iaitu Al-Ud atau Al-Muzhir : Kecapi Ar-Rabab :
Rebab (seperti biola). At-Tanbur : Gambus Al-Bazaq : Sejenis gambus kecil,

biola, gitar piano.. Adapun alatan muzik seperti gambus, gitar bass, gitar lead,
semuanya termasuk dalam kategori gitar. Manakala keyboard termasuk dalam
kategori piano.
Pada fasa kemodenan di era kini, muzik telah berkembang dengan begitu pesat,
sehingga timbul bermacam-macam persoalan mengenai muzik. Terdapat alatan
muzik yang menggunakan sistem komputer seperti minus one yang semakin
banyak di gunakan. Begitu juga dengan alat muzik DJ yang di gunakan dalam
lagu-lagu berunsurkan rap dan juga r n b dan terdapat juga pada lagu-lagu
nasyid kontemporari. Bagaimana maslahah memandangnya.
Hukum bermain gitar, piano dan biola
Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap
bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan
mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau
beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil
syarak yang telah melarangnya. Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :
Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu
sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada
padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok
juga tidak boleh. Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada
ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk
membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan
sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadilambang dan simbol kepada
peminum arak juga diharamkan iaitulah autar danmazamir.
Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu
arak. Hukum haramnya samalah seperti hukum berkhalwat dengan wanita
ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat
ini adalah gerbang dan muqaddimah ke arah maksiat keji tersebut. Oleh itu,
alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman
arak dengan 3 sebab:-

1.

Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan
dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi
akan menjadi lebih memuncak.

2.

Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini
akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan
pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan
seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.

3.

Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan


golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai
golongan fasik. Ini kerana, sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau
golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan
tersebut.

Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian


menyatakan:
Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu
yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui
sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal
kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia[5]. Bersesuaian dengan
firman Allah,
Katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan
perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan
demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang
dikurniakanNya? (Al-Araf:32)
Syeikh Ibn Baz berkata dalam kitabnya Majmoo al-Fataawa[6] 3/423-424 :
Maaazif merujuk kepada menyanyi dan peralatan muzik. Nabi SAW berpesan
kepada kita, pada akhir zaman akan datang seseorang yang akan membenarkan
semua ini seperti mana mereka membenarkan arak, zina dan sutera. Ini adalah
satu petanda kenabian nabi SAW semua ini telah berlaku. Hadith ini
menyatakan bahawa alat muzik adalah haram, dan mengutuk sesiapa yang
menghalakannya, sama seperti mengutuk sesiapa yang berkata arak dan zina
dibenarkan. Banyak ayat al-Quran dan hadith yang memberi amaran dan
larangan berkenaan nyanyian dan alat muzik. Sesiapa yang menyatakan bahawa

Allah membenarkan nyanyian dan alat muzik adalah berbohong dan melakukan
kemungkaran besar. Kita memohon kepada Allah supaya dijauhkan daripada
hasutan hawa nafsu dan syaitan. Lebih teruk lagi dan lebih berdosa lagi
daripada sesiapa yang menyatakan muzik atau alat muzik mustahabb
(disarankan). Tidak diragukan lagi, ini membawa kepada perasaan tidak peduli
kepada Allah dan agamaNya. Ini menderhaka kepada Allah dan berbohong
tentang undang-undangNya.
Apa yang disarankan (mustahabb) ialah, memukul daff (kompang) pada majlis
perkahwinan. Perbuatan ini disaran kepada wanita sahaja dalam
mengumumkan perkahwinan dan bg mengelakkan fitnah. Tidak ada salahnya
wanita bernyanyi sesama wanita, disertakan dengan kompang selagi nyanyian
tidak mengandungi perkataan yang menggalakkan kejahatan atau melalaikan
manusia daripada melakukan tugas mereka. Ini dengan syarat sesama wanita
sahaja dan tidak bercampur dengan lelaki. Dan juga tidak mengganggu jiran
tertangga. Sesetengah orang menguatkan nyanyian dengan pembesar suara
adalah kejahatan, kerana mengganggu Muslim yang lain, jiran tertangga dan
orang lain. Tidak dibenarkan juga bagi wanita di majlis perkahwinan atau
majlis lain, menggunakan sebarang alat muzik selain kompang, seperti oud
(alat muzik arab yang bertali), biola, rebab (alat muzik arab yang bertali) dan
lain-lain. Penggunaan alat muzik ini adalah kemungkaran, kebenaran kepada
wanita untuk menggunakan alat muzik adalah kompang sahaja.
Bagi orang lelaki pula, tidak dibenarkan mereka bermain apa-apa alat muzik
sekali pun sama ada pada majlis perkahwinan atau majlis-majlis lain. Apa yang
Allah tentukan bagi lelaki ialah berlatih menggunakan alatan perang seperti
menggunakan pedang, lembing, menunggang kuda, kereta kebal, pesawat
pejuang, meriam, machine gun, bom dan lain-lain lagi yang boleh membantu
jihad demi Allah.
Di dalam mencari nas pengharaman nyanyian dan muzik tidak ada nas yang
cukup kuat di dalam mengisthibat hukumnya. Kaedah fiqh asal hukum sesuatu
perkara itu boleh. Dalam syariat Islam sesuatu nas itu mestilah cukup kuat

dan jelas dalam mengharamkan sesuatu perkara, ini kerana haram dan halal itu
ada kaitannya dengan pembalasan di akhirat.
Kebanyakan nas yang dijadikan sandaran dalam pengharaman muzik dan
nyanyian dipertikai oleh ulama muktabar akan kesahihanya terutamanya hadishadis Rasulullah s.a.w. walaupun ada nas yang sahih dari sudut sanadnya tidak
sorih (jelas) dari segi pengharamannya. Pada masa yang sama ada nas yang
sorih (jelas) tetapi tidak sahih pula hadis tersebut.
Di antara tanda keuniversalan Islam itu adalah bertoleransi, memberi
kemudahan, bukan menjadi masyarakat yang menakutkan orang lain dan
menjauhkannya. Dalam satu riwayat Nabi s.a.w telah menunjukkan sikap
Baginda yang tegas terhadap Abu Bakar yang bersikap keras ke atas dua orang
hamba sahaya yang bernyanyi, ini jelas dalam beberapa hadis yang sahih di
antara yang bermaksud: Agar orang-orang yahudi mengetahui, bahawa dalam
agama kita (Islam) terdapat keluasan dan toleransi.
Manakala menurut Imam al-Syaukani[7]: Ulama Madinah dan yang bersepakat
dengan ulama al-Zohiriy serta ulama-ulama Sufiyyah mengharuskan nyanyian
biarpun nyanyian itu diiringi dengan alat muzik yang bertali.
Sementara itu, menurut Imam al-Haramain di dalam kitab al-Nihayah dan Ibn
Abi al-Dunya telah meriwayatkan satu peristiwa yang stabit (tepat) dari sudut
sejarah : Sesungguhnya Abdullah bin al-Zubir memiliki beberapa orang hamba
sahaya yang pandai bermain alat-alat muzik yang bertali. Pada suatu hari
Abdullah bin Umar telah masuk ke dalam rumah Absullah bin al-Zubir dan
mendapati di sisinya terdapat alat muzik yang bertali, lalu dia bertanya kepada
Abdullah bin al-Zubir, Apa ini sambil memegang dan memerhatikan alat muzik
tersebut, Abdullah bin al-Zubir menjawab: Alat ini untuk mengimbangi
kecerdasan akal.
Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan
penggunaan alat muzik bertali seperti gitar :Mazhab Hanbali.

Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar
serta lain-lainnya.
Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu
melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.
Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lainlainnya.
Mazhab Hanafi.
Haram : Semua jenis alat muzik kecuali kompang.
Hukum muzik menggunakan sistem komputer
Dr al-Imam Prof Yusof al-Qaradhawi berpendapat hadis-hadis yang berkaitan
haramnya alat muzik tertentu kesemuanya tidak terlepas dari kecacatan. Ini
kerana isu muzik mula dibahaskan di zaman sahabat dan tabiin. Maka hukum
alat muzik (baik dari alat atau penghasilan komputer) itu harus dan
keharusannya bergantung kepada penggunaannya. Kecualilah alat muzik itu
menjadi lambang kefasikan dan dinisbahkan kepada agama tertentu menurut
pandangan uruf (budaya setempat).
Kebanyakan nas yang mengharamkan nyanyian dan muzik adalah apabila ia
bercampur dengan perkara-perkara haram seperti nyanyian disertakan dengan
arak, pergaulan lelaki dan wanita tanpa batasan, seni kata yang bercanggah
dengan iktiqad Islam, muzik yang digunakan yang melampau seperti rock yang
padanya tidak mendatangkan ketenangan malahan mendatangkan ketegangan
emosi yang tidak stabil.
Nyanyian dan muzik hukumnya harus selagi mana etika Islam dipelihara di
dalamnya seperti nyanyian yang menggambarkan keindahan alam, kasih sayang
sesama manusia, ketuhanan, kedamaian dan sebagainya.
Perkara ini masih menjadi khilaf di kalangan ulama mengenai hukum muzik.
Para ulama sejak zaman silam telah cuba mengupas masalah ini berdasarkan
kepada kefahaman nas-nas yang ada diseragamkan dengan uslub istinbat hukum

sebagaimana yang tertera di dalam kanun perundangan Islam. Muzik terus


menjadi salah satu isu yang sukar untuk diputuskan hukumnya. Para ulama dan
fuqaha telah berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagi
kepada dua golongan iaitu golongan yang mengharuskan dan golongan yang
mengharamkan. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam
memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.
Sebagai kesimpulannya, hukum bermain alat muzik seperti gitar, piano, dan
biola hukumnya harus selagimana tidak ada perkara yang boleh menjadikannya
haram seperti adanya arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan
sebagainya. Begitu juga dengan sesuatu alat itu mengikut urf setempat, jika
menunjukkan kepada kefasikan dan nisbah kepada suatu agama lain maka jatuh
hukumnya haram. Manakala hukum bermain alat muzik menggunakan komputer
juga adalah harus hukumnya selagi tidak ada perkara yang membolehkannya
haram.
Isu-isu yang berbangkit berkaitan dengan hukum muzik dan hiburan dalam
islam
Antara isu-isu yang selalu diperkatakan ialah:
1) Hukum mendengar atau menyanyikan lagu-lagu bahasa asing yang tidak
diketahui makna seni kata atau liriknya.
- tiada dalil atau nas serta pandangan ulama yang khusus mengenainya
- sememangnya ia boleh menimbulkan keraguan
- ia boleh merosakkan akidah seorang muslim jika liriknya bertentangan dengan
akidah umat islam.
- Sebagai langkah berwaspada umat islam haruslah meneliti latar belakang
penyanyi,konsep lagu tersebut,ciri-ciri lagunya dan sebagainya.
- Menurut Yusuf al-Qaradawi : terdapat syarat berkaitan dengan diri orang yang
mendengar hiburan(muzik)

- orang yang mendengar hiburan itu adalah dikira orang yang lebih memahami
tentang dirinya sendiri dan lebih layak menjadi penentu hukum kepada diri
sendiri.
2) Hukum mendengar serta menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai lirik yang
agak melampau atau bercanggah dengan syariah islam.
- diharamkan kerana ianya secara terang-terangan bersalahan dengan apa yang
telah disyaratkan oleh ulama
- Dr.Yusuf al-Qaradawi: Nyanyian yang harus hukumnya ialah nyanyian yang
tema dan kandungannya menepati syarak serta.tidak bercanggah dengan
ajaran-ajaran Islam samaada dari segi akhlak, syariah, aqidah dan sebagainya.
3) Isu lagu berbentuk dakwah (nasyid) tetapi menggunakan muzik yang agak
melampau seperti berunsur rock dan sebagainya.
- liriknya bercirikan dakwah,nasihat,kisah-kisah nabi,selawat,zikir dan
sebagainya.
- Dr.Yusuf al-Qaradawi berpendapat: muzik yang diharuskan itu adalah selama
mana ia tidak melampau,serta tidak melalaikan sehingga lupa kepada
tanggungjawab sebagai muslim .
Ulama yang mengharuskan hiburan berunsur muzik ini meletakkan beberapa
syarat sebagai landasan kepada umat islam. Menurut fatwa yang dikeluarkan
oleh JAKIM garis panduan yang digariskan mengenai hiburan ialah:
Program Hiburan
a. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
b. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu
ketenteraman awam dan orang ramai.
c. Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan
ajaran Islam.
d. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
e. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan

sikap prejudis atau permusuhan.


f. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang
bertentangan dengan ajaran Islam.
Persembahan Muzik
a. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
b. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
c. Tidak melalaikan.
Lirik
a. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
b. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat,
perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan
dosa.
c. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
d. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan
dalam Islam.
e. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
f. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
g. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan
seumpamanya.
h. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.
Persembahan Artis
a. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang
boleh membina nilai-nilai kemanusiaan.
b. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh
mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan
kehendak Islam.
c. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan
yang mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
d. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau
menghina agama Islam.

Persembahan Tarian
a. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh
mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan
kehendak Islam.
b. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
c. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh
menimbulkan fitnah.
d. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
e. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
Tanggungjawab Penganjur
a. Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati
garis panduan yang telah disediakan.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, hukum bermain alat muzik seperti gitar, piano, biola
dan alatan muzik lain yang menggunakan tali hukumnya harusselagimana tidak
ada perkara yang boleh menjadikannya haram.
Begitu juga dengan sesuatu alat itu mengikut uruf setempat, jika menunjukkan
kepada kefasikan dan nisbah kepada suatu agama lain maka jatuh hukumnya
haram. Manakala hukum bermain alat muzik menggunakan komputer juga
adalah harus hukumnya selagi tidak ada perkara yang membolehkannya haram.
Hukum tentang muzik ini harus berlandaskan beberapa syarat yang telah
ditetapkan oleh para ulama yang mengharuskannya..
Rujukan
1.

Yusuf al-Qardawi. 2006. Nyanyian dan Muzik menurut perspektif Islam,


Pustaka Salam Sdn Bhd.

2.

Zuhayli, Wahbah, 1997. Al-fiqh al-islami wa adillatuhu, Damsyik: Al-fikr.

3.

Yusuf al-Qardawi. 2001. Al-islam wa al-fan, seni menurut perspektif


islam, Perniagaan Jahabersa.

4.

Engku Ibrahim bin Ismail, 1992. Konsep seni dalam Islam, Akademi Pengajian
Melayu Universiti Malaya.

5.

Muhammad Qutb, 1980. Manahij al-Fan al-Islami, Cairo: Dar al-syuruq.

6.

Yusuf al-Qardawi. 1967. al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Beirut

[1] Abdurrahman Al-Baghdadi, Seni Dalam Pandangan Islam, hal. 69-70


[2] Yusuf Al-Qardhawi(2010),fikh halal dan haram dalam Islam.cetakan ke 8.
[3] Mahmud Syaltut Al Fatawa Dirasah li Musykilat al Muslim al Muasir fi
Hayatihi al Yaumiyyah wa al Ammah
[4] Ahmad al Syarbashi :Yasalunaka an al Din wa al Hayah
[5] DR. Yusuf Al-Qardawi, Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-Quran dan
As-Sunnah, (Cetakan Pertama : Ogos 2006)
[6] http://www.muttaqun.com/music.html
[7] Imam Al-Syaukani, Nail al-Authar, jilid 8, hal. 264-266
Share this:

Anda mungkin juga menyukai