Anda di halaman 1dari 6

IT 01204

ASAS PENGENALAN KITAB TURATH

Tajuk :
BALASAN ORANG YANG MINUM ARAK
Nama :
Abdul Hakim Al-Alim BIN Janaji (17DT001)
Awg Muhammad Haziq Bin Pengiran Rosli (17DT005)
Muhammad Nur Hamzah Bin Hj Adanan (17DT018)

Diploma Tertinggi Perguruan Ugama


Sesi 2017/2018
Tarikh : 11 April 2018

1
e
2
Mukadimah

Dengan nama Allah ta’ala yang maha pemurah lagi maha penyayang, kepadanya kami memohon
pertolongan untuk segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk kepada kami untuk dapat
bersyukur kepadanya; memberi hadiah kepada kami untuk dapat berzikir kepadanya. Semoga
solawat, kesejahteraan sentiasa dicurahkan kepada Nabi Muhammad, makhluk yang terbaik dan
dan semoga kesejahteraan juga dicurahkan kepada keluarga dan para sahabat baginda. Amin

Penulis buku kitab turath pertama: Bahasa arab: Abul Laits Nashr Bin Muhammad Bin
Ibrahim As-Samarqandi Al-Hanafi dan kedua:Bahasa jawi: Haji Abdullah Bin Abdul Mubin Al-
Syafie.Kitab Tanbih Al-Ghafilin ini mempunyai 17 bab. Di dalam kertas kerja ini,ini merupakan
hasil yang kami bentangkan dan dibuat kertas kerja sebagai satu rujukan yang bermanfaat kepada
pembaca,insyallah.Di dalam kertas kerja ini kami akan menerangkan tentang bab ketiga iaitu
balasan orang yang meminum arak.

3
Tajuk : Balasan Orang Yang Minum Arak

1. Hadith Pertama

Di dalam hadith pertama ini, Allah s.w.t akan melaknat pembuat arak, penjual, peminum dan
pembelinya. Pada hari kiamat orang yang meminum arak akan hitam mukanya, kedua-dua
matanya akan merah, lidahnya terjelir sampai ke dadanya dan mulutnya akan bernanah. Manusia
akan membencinya

Justeru itu, janganlah memberi salam kepada mereka, jangan menziarahi mereka ketika
mereka sakit, jangan pula solatkan jenazah mereka, dan Allah akan menyiksa sepertimana dia
menyumpah kedua ibu-bapanya.

2. Hadith kedua

Balasan orang yang meminum arak itu akan keluar daripada kuburnya dalam keadaan yang teramat
busuk daripada bangkai. Mereka akan dipakai satu pelita yang tergantung di lehernya. Manakala
kulit dan daging peminum arak ini akan dipenuhi beberapa ekor ular dan kalajengking. Dan
dipakaikan kasut daripada api neraka.

3. Hadith ketiga

Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Aishah daripada Nabi sallahu alaihi wassalam, peminum
arak akan dibinasakan tubuhnya dengan beberapa ekor ular dan kalajengking. Ular dan
kalajengking ini akan mematuk dan mengigit si peminum arak ini.

Di dalam hadith ini juga meriwayatkan bahawa :

3.1) Sesiapa yang menunaikan hajat kepada peminum arak, ini seolah-olah meruntuhkan agama
Islam.

3.2) Sesiapa yang meminjam dirham walau satu dirham seolah-olah dia menolong membunuh
seorang mukmin yang soleh.

4
3.3) Sesiapa yang menghalalkan arak, maka sesungguhnya orang itu terlepas dari Allah dan Allah
juga lepas daripadanya.

4. Hadith keempat

Daripada riwayat Salmi R.A, bahawa dia mendengar Nabi sallallhu alaihi wassalam berkata
bahawa barangsiapa yang meminum arak, Allah tidak akan menerima amalannya selama 7 hari.
Dan Allah tidak akan menerima amal kebajikannya selama empat puluh (40) hari.

5. Hadith kelima

Apabila peminum arak itu mati di masa empat puluh hari :

Allah subhanahu wata’ala akan menyeksanya dengan beberapa jenis seksaan iaitu

5.1) namanya akan ditulis di Neraka Sijin

5.2) solatnya, puasanya dan sedekahnya tidak akan diterima melainkan jika mereka bertaubat

6. Hadith keenam

Malaikat Zabaniyah akan menghalau orang yang meminum arak ke neraka. Mereka akan
dihumban ke bawah neraka. Dan mereka iaitu peminum arak ini akan diseksa dengan tongkat besi
selama-lamanya.

Selain itu, peminum arak ini akan diseksa dan merasa dahaga lalu mereka meminta air
kepada malaikat Zabaniyah. Apabila mereka meminum air tersebut maka gugurlah gigi mereka
dan apabila sampai air tersebut ke perut, air tersebut terus keluar ke duburnya. Seterusnya kembali
seperti semula. Sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah An-Nisa ayat 56 :

‫لُكَّ َما ن َِض َج ۡت لجللود للُه بَدَّ لۡنَ ل هٰ ۡم لجللودًا غَ ۡ َۡيهَا ِل َي لذوقلو ْا ٱلۡ َع َذ َاب‬

Maksunya : setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain,
supaya mereka merasakan azab.

5
7. Hadith ketujuh

Di dalam hadith ini, kepada orang yang menghafal seratus ayat al-Quran tetapi meminum arak :

Tiap-tiap huruf akan menyumpahnya di hadapan Allah.

8. Hadith kelapan

Daripada Othman bin Affan yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy ,Othman bin Affan menegaskan
untuk menjauhkan dirimu daripada arak.

Othman bin Affan menceritakan seorang lelaki yang kuat beribadah telah didatangi oleh
seorang perempuan. Lalu perempuan itu mengajak lelaki itu masuk ke dalam rumah dengan
seorang hamba lelaki dan satu bekas arak. Seorang lelaki itu diberi pilihan iaitu melakukan antara
berzina dengan seorang perempuan atau membunuh seorang hamba lelaki atau minum satu bekas
arak. Lalu lelaki itu meminum satu bekas arak kerana dia berfikir berzina dan membunuh itu adalah
dosa besar. Selepas dia meminum bekas arak itu, dia menjadi mabuk serta membunuh seorang
hamba lelaki dan berzina dengan perempuan itu dalam keadaan mabuknya

Dengan itu,Jauhkan dirimu daripada arak kerana sesungguhnya segala jenis kejahatan tidak
akan berhimpun sekali bersama dengan iman.

9. Kesimpulan

Allah ta’ala mengharamkan arak sejajar dengan judi, penyembah berhala dan bertenung nasib
kerana ia merupakan dosa besar yang dikutuk oleh Allah ta’ala dan amat kotor dan hina. Menjauhi
meminum arak adalah kunci keselamatan diri, uagama, masyarakat dan seluruh kehidupan,
sebaliknya melakukan perbuatan ini bererti kerugian, kemelaratan dan punca permusuhan dan
kebencian. Oleh itu cara yang paling tepat untuk menghilangkan ketagihan meminum arak ini ialah
dengan cara mempertebalkan iman, berlaku sabar dan menjalankan ibadah solat kerana solat
adalah tiang agama dalam mengingati allah ta’ala. Maka apa yang nyata bahawa minuman arak
adalah penyakit bukannya ubat. Dari itu jauhilah supaya kita beroleh keamanan dan kebahagiaan
dunia dan akhirat.

Anda mungkin juga menyukai