Anda di halaman 1dari 4

Definisi Arak

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, Arak Ialah sejenis minuman yang mengandungi
alkohol dan memabukkan, minuman keras. Dalam bahasa Arab atau Bahasa Al-Quran dinamakan
al-khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar,
biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan
lupakan Allah. Definisi ini sama bertepatan dengan pendapat oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi iaitu arak
sebagai setiap minuman yang memabukkan yang dibuat dari biji-bijian atau buah-buahan dengan
diproses sehingga mencapai kadar alkohol yang memabukkan. Menurut Al-Mausuah al-Feqhiyah,
arak Ialah nama bagi air anggur yang mentah, menggelegak dengan kuat dan mengeluarkan bih,
kemudian berhenti darioada menggelegak dengan kuat dan mengeluarkan buih kemudian menjadi
jernih dan memabukkan. Menurut Umar Ibn Khattab, arak Ialah semua bahan yang dapat menutup
akal. Ertinya manusia tidak lagi menggunakan akal untuk menilai tindak-tanduknya. Sebaliknya
manusia akan menurut kehendak nafsu semata-mata. Hal ini mengakibatkan pelbagai gejala burk
boleh berlalu seperti keruntuhan rumah tanggan dan hilang tumpuan bekerja. Sebuah hadis riwayat
Ibn Majah, daripada Khabbab bin Arat daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Jauhilah khamar ini, kerana kesalahannya akan mengguli semua kesalah sebagaimana
pohon kayunya mengguli pohon-pohon lainnya.”
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak,
kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.1 Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan
berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis /
keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
( Surah Al-Maidah ayat 90 )

Dengan ini, dapat disimpulkan arak adalah setiap minuman yang memabukkan dan menghilangkan
kewarasan akal. Secara umumnya arak itu dihasilkan daripada perahan anggur, tetapi terdapat
banyak lagi biji-bijian atau buah-buahan yang boleh menghasilkan arak seperti hasil nira, barli,
beras, ubi kentang, jagung, gandum dan lain lain. Perahan bahan-bahan tersebut boleh
menghasilkan alkohol jika diperam dalam tempoh yang tertentu. Alkohol ialah nama yang
digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (OH).

1 http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/jinayat/arak.htm
3 Peringkat Pengharaman Arak

Sebelum kedatangan Islam, arak merupakan minuman yang digemari oleh masyarakat arab
jahiliyyah. Setelah Islam datang, maka Islam mengharamkan secara berperingkat-peringkat kerana
diawal kedatangan Islam, arak masih belum diharamkan kerana begitu kuat budaya masyarakat arab
terhadap minuman tersebut. Sejarah pengharaman arak dalam Islam mengandungi tiga peringkat,
iaitu :

1. Peringkat pertama (penjelasan baik buruknya arak).


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :
“ Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat
dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang
lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu
berfikir”.
(Surah Al-Baqarah 2 :219)

Dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa arak dan Judi ada baik dan buruknya. Kebaikannya ialah
dapat memanaskan badan bagi yang meminumnya, iaitu amat sesuai bagi penduduk yang negaranya
mengalami musim sejuk disebabkan perubahan musim. Misalnya, negara Iceland adalah negara
yang amat sejuk yang boleh mencapai suhu sehingga 1 celcius pada malam hari, jadi dengan
meminum arak dapat menghangatkan badan siapa yang meminumnya. Namun, disebalik
kebaikannya itu, arak dapat menghilangkan kewarasan akal seseorang yang meminumnya sehingga
boleh terjerumus dalam melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan dimurkai Allah SWT.

2. Peringkat kedua (pengharaman arak sewaktu ingin menunaikan solat).


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :
“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya)
sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui dan apa yang kamu
katakan.”
(Surah Al-Nisa 4:43)
Ayat diatas menjelaskan maksud pengharaman minum arak tersebut adalah sewaktu ingin
menunaikan solat sahaja. Ini kerana dikhuatiri kesan daripafa minuman tersebut menyebabkan
bacaam di dalam solat terganggu, tidak khusyuk serta tidak boleh memberi tumpun yang
sepenuhnya. Adapun begitu, minum arak adalah masih dibolehkan sewaktu di luar solat.

3. Peringkat ketiga (pengharaman secara menyeluruh).


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran :
“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan penujaan berhala,
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, Adalah 9semuanya) kotor (keji) daripada
perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu beroleh kejayaan.”
(Surah Al-Mai’dah 5:90)

Setelah ayat ini diturunkan, maka Rasulullah SAW menyebut dalam satu hadis yang diriwatkan oleh
Anas Ibn Malik r.a dengan sabdanya :

،‫ وﺳـﺎﻗـﯿﮭﺎ‬،‫ وﺣـﺎﻣـﻠﮭﺎ واﻟﻤﺤـﻤﻮﻟـﺔ اﻟـﯿﮫ‬،‫ وﺷـﺎرﺑـﮭﺎ‬،‫ وﻣـﻌﺘﺼﺮھـﺎ‬،‫ ﻋـﺎﺻـﺮھـﺎ‬: ‫ﻟـﻌﻦ رﺳـﻮل ﷲ ﺻـﻠـﻰ ﷲ ﻋـﻠﯿﮫ وﺳـﻠﻢ ﻓـﻲ اﻟﺨـﻤﺮ ﻋﺸـﺮة‬
‫ واﻟﻤﺸﺮي ﻟﮫ‬،‫ واﻛﻞ ﺛﻤﻨﮭﺎ واﻟﻤﺸﺘﺮي ﻟﮭﺎ‬،‫وﺑﺎﺋـﻌﮭﺎ‬

Bahawa Rasulullah SAW melaknat 10 Golongan yang terlibat dengan arak :


a) Orang yang memerah arak : iaitu para pekerja yang memerah buah-buahan tersebut untuk
dijadikan minuman arak.
b) Meminta diperahkan arak. Bermaksud majikan yang menggaji pekerjanya untuk memproses
arak.
c) Peminum arak : iaitu orang yang minum arak walaupun hanya sedikit atau hanya mencuba
walaupun bukan sehingga mabuk.
d) Pembawa arak : iaitu pelayan yang menghidangkan arak untuk pelanggannya. Atau yang
membawa lori untuk menghantarkan arak kepada pelangganya.
e) Meminta dibawakan arak kepadanya : iaitu orang yang membuat pesanan arak sama ada
untik di minum atau di simpan atau dibahagikan kepada orang lain.
f) Memberi minuman arak kepada orang lain : iaitu orang yang memberi minuman arak kepafa
orang lain meskipun dia tidak meminumnya.
g) Penjual arak : iaitu pemilik kedai atau restoran yang menjual arak. Sama ada dia sendiri yang
meminumnya ataupun tidak.
h) Orang yang mendapat hasil daripada arak : iaitu seperti pengawal keselamatan, pengurus,
penjaga stok dan lain-lain. Kesemua hasil yang diperolehi oleh mereka (gaji, pendapatan,
bonus) sama sekali tidak halal.
i) Orang yang membeli arak : iaitu orang yang membeli arak, sama ada untuk diminum ataupun
tidak
j) Orang yang meminta dibelikan arak : iaitu orang yang meminta orang lain membeli arak
bagi pihak dirinya sama ada untuk diminum atau tidak atau untuk diberikan kepada orang lain.

Oleh itu, kita sebagai orang islam hendaklah menjauhkan kehidupan diri kita daripada
terlibat dengan perkara yang berkaitan dengan arak. Hal ini sebenarnya mengundang kepada
kemurkaan Allah SWT kepada kita serta menjadikan kehidupan yang kita jalani di muka bumi ini
tidak mempunyai keberkatan. Sudah tentulah yang perkara yang diharamkan oleh Allah SWT itu
mengandungi kesan yang tidak baik untuk hamba-hambaNya kerana sesungguhnya Allah itu Maha
Mengasihi dan Maha Menyayangi hamba-hambaNya.

Rujukan

Sihabuddin Muhaimin, (1970), Nikmat hidup bertuhankan Allah, grupbuku karangkraf.

Anda mungkin juga menyukai