Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

ZZZT2163
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA TENGGARA

KEBURUKAN ARAK DARI SEGI SAINSTIFIK


AHLI KUMPULAN
NOORAIN BINTI AZMI
NOR LAILI BINTI DUHA

A139986
A141642

AFIFAH BINTI ABDUL RAZAK


NADIA AFITA BINTI DAHRIJAH

A139801

AMIRA ZULAIKHA BIN ZIN ARIS

A140017

FADHILAH BINTI HAIROL ZAMAN

1.0

A139753

PENGENALAN

A139967

Arak ialah sejenis minuman yang memabukkan dan ia diperbuat dari peraman buahbuahan sehingga masam selama beberapa bulan malah sehingga bertahun-tahun lamanya. Dalam
bahasa Arab, arak dinamakan sebagai khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi.
Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia akan mabuk, hilang akal fikirannya,
tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin telah
menyebut , "Arak ialah alkohol dalam bentuk ethyl alcohol merupakan sejenis dadah yang
bertindak ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan
oleh sel-sel ragi atau 'yeast cells' yang bertindak ke atas karbohidrat.
Terdapat beberapa jenis arak yang popular, iaitu bir yang dibuat dari biji-bijian dan
mengandungi 3-6% alkohol, wain yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 1114% alkohol dan minuman keras yang dikenali sebagai liquor mengandungi 40-50% alkohol.
Liquor dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan sehingga menjadi
arak.
Dalam proses kimia, alkohol adalah sebatian organik dimana satu hidroksil kumpulan (OH) terikat kepada atom karbon, yang mana sebaliknya juga terikat kepada hidrogen dan/atau
atom karbon lain. Formula am untuk alkohol asiklik adalah CnH2n+1OH. Keimpulannya alkohol
itu arak.
Dalam Al-Quran telah disebut 3 kali tentang peringkat pengharaman arak. Apabila turunnya ayat
yang pertama iaitu Surah An-nisa ayat ke 43 mengatakan arak ini ada kebaikannya tapi ada
mudharatnya serta tidak boleh minum ketika mahu solat. Tetapi apabila turunnya ayat ke 3 iaitu
Surah Al-Maidah ayat ke 90, telah jelaslah pengharaman arak secara keseluruhannya.
Pengharaman secara tadarus ini adalah proses mendidik masyarakat arab pada masa itu yang
amat sebati dengan arak.
Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji)

dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah AlMadah, 90)
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau
pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya.
Sabda Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam, maksudnya:
Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran. (HR. Bukhari dan Muslim)

2.0

PERSOALAN
Persoalan pengharaman arak juga dirujuk daripada beberapa sumber dan criteria.

1. Ijmak ulama telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan
kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkannya daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak
meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau
membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur atau sesuatu yang
lain seperti nira kelapa atau seumpamanya kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi
arak atau minuman yang memabukkan.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi
peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya
dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alcohol, contohnya kerana dharurat seperti
untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat
berikut:
i.

Terdapat bahaya yang besar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat
tersebut.

ii.

Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.

iii.

Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam


profesionnya

dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar
kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman
Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa
mengulanginya maka tiada dosa atasnya. (al-Baqarah: 173)

3.1

KEBURUKAN ARAK

3.11

KAJIAN LEPAS
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime seperti Hampir 45
46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh
alkohol (arak). Seterusnya, Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh
individu yang tidak dikenali dan 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol
(arak)

3.12

Kesan Dari Segi Kesihatan


Tanda-tanda hangover alkohol adalah seperti sakit kepala, loya, muntah, cirit birit,
gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 12 jam .Kesan jangka panjang
pula sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut .

3.2

Kesan Pada anggota Tubuh Badan :


a)

Kesan pada saraf

Menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan


kerosakan sel-sel otak. Seterusnya, peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran,
amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.
b)

Kesan pada hati


Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hatinya akan mengalami luka. Ia
menyebabkan sel hati akan mati dan menjadi parut. Lama kelamaan parut yang
serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini
disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.
Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik
alkohol. Ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah
akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan
sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah.

c)

Kesan pada janin dan anggota lain dalam tubuh badan:


Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya
mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang
terlalu kecil berbanding tubuh, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendisendi.
Boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian
mulut dan tekak. Selain itu, Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum
sarapan boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut. Seterusnya, Boleh
menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan
hilang harga diri.

d) Kesan pada otak


Selepas minum, alcohol ataupun arak akan meresap dari usus kecil ke d.lam darah. Alkohol terus
dibawa ke jantung yang kemudiannyamengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari
sini ia akan terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf. Otak merupakan salah satu
organ penting yang dimiliki manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan
perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya akan mempengaruhi
pergerakan dan perlakuan seseorang.
Seterusnya arak ini akan turut member kesan kepada peminumnya yang akan mula merasa
kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakanya pula agak tidak terkawal. Selain itu,
seseorang yang meminum arak akan merasa kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea
spontan, menumpukan fikiran dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah
alcohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak
sedarkan diri dan seterusnya kematian.

3.3

Kesan dari segi Keagamaan:


Peminum minuman keras biasanya akan melupakan kebaikan, mengabaikan dirinya dari
mengerjakan ibadat dan mengingati Allah Taala . Ini juga boleh menghancurkan moral,

meruntuhkan akhlak dan semangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang


manusia yang dipandang waras dan berakal. Selain itu, keimanan makin lama akan
berkurangan dan segala maksiat dan kejahatan menjadi sebati dan dianggap baik untuk
dilakukannya.
Ertinya: Barangsiapa melakukan zina atau meminum arak, maka Allah Taala akan
lucutkan imannya dari dirinya sebagaimana seseorang membuka baju dari kepalanya.
3.4

Kesan dari segi Keagamaan:


Banyak keburukan apabila meminum arak. Pada zaman nabi, telah disyariatkan oleh
Allah s.w.t melalui perutusannya, Nabi Muhammad s.a.w bahawa arak merupakan
minuman yang memabukkan dan boleh membawa kepada kemudaratan.
Apabila kita menyingkap sejarah bermulanya arak diharamkan pada zaman
perkembangan Islam dahulu, jelas membuktikan bahawa mudharat arak yang membawa
kerosakan adalah melebihi manfaat atau kebaikannya. Arak adalah sejenis minuman
kegemaran bangsa Arab pada zaman Jahiliah sebelum diharamkan, malah sesudah
kedatangan Islam sebahagian para sahabat Rasulullah s.a.w. pun masih lagi
meminumnya, kerana ketika itu larangan meminumnya belum lagi berkuatkuasa. Arak
dijadikan sebagai minuman utama dalam sesuatu majlis serta diterima sebagai suatu adat.
Dalam satu kejadian, seorang sahabat Rasulullah telah mengadakan keramaian di
rumahnya dan di antara tetamunya termasuklah salah seorang sahabat yang kanan.
Apabila arak dijadikan hidangan, hasilnya mereka menjadi mabuk dan apabila masuk
waktu maghrib, beliau mengimami solat maghrib dengan membaca sepotong ayat dari
Surah Al-Kaafirun. Akibat mabuk arak beliau telah mengubah ayat dalam surah tersebut
tanpa sedar menjadi makna, Aku sembah seperti apa yang kamu sembah, wahai orangorang kafir.
Arak boleh merosakkan akal fikiran kita. Justeru, pengahraman arak adalah demi
menjaga akal agar manusia boleh hidup dalam keadaan aman dan tenteram, tidak
berpandukan akal yang cacat dan keliru kerana mabuk, yang natijahnya akan

membawa kepada kerosakan moral, kecacatan iman, memporak-peranda dan mengacaubilaukan masyarakat dan seterusnya menghancurkan tamadun.
Arak sememangnya sinonim dengan alkohol. Ia merupakan perosak masyarakat sejak
zaman berzaman. Ketagihan alkohol secara berterusan akan mengakibatkan kehilangan
nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di
seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi oleh
masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, kekerapan kemalangan jalan raya,
pertambahan kes penyakit mental, bunuh diri, perzinaan dan keruntuhan institusi keluarga
di serata dunia menjadi bukti kepada kuasa perosak alkohol

4.1

KESIMPULAN

Arak atau alkohol membawa kemudaratan kepada kehidupan seseorang di dunia


mahupun akhirat.Hal ini kerana kesannya bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga
mampu memudaratkan kesihatan diri, menggalakkan penzinaan, merosakkan iman dan
akidah serta kehidupan seseorang . Bukan sahaja islam mengharamkan arak sama sekali
kepada umatnya, malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut
di kalangan para penganutnya. Arak merupakan perosak masyarakat sejak zaman
berzaman. Ketagihan alkohol secara berterusan akan mengakibatkan kehilangan nyawa
yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh
dunia. Selain itu, arak juga dikenalpasti merupakan punca pelbagai masalah yang
dihadapi oleh masyarakat. Statistik menunjukkan kadar jenayah yang meninggi,
kekerapan kemalangan jalan raya, pertambahan kes penyakit mental, bunuh diri,
perzinaan dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia adalah disebabkan arak.
Keburukan terhadap arak telah dikenalpasti sejak dahulu lagi,malahan terbukti
keburukannya dari segi sainstifik dengan kajian kini tidak kira samada di negara Islam
mahupun Barat. Pelbagai penyakit dikesan oleh pakar perubatan seluruh negara seperti
penyakit hati, ulser perut dan

sakit jantung berpunca daripada minum arak.

Memandangkan bahawa arak dan segala jenisnya itu adalah ibu atau punca segala
kejahatan, sebagai orang Islam kita hendaklah memastikan bahawa ahli keluarga dan
masyarakat sentiasa menjauhkan diri daripada arak. Disamping itu, sebagai negara islam
juga kita haruslah meyekat penjualan arak secara besar-besaran di negara kita serta tidak
melibatkan orang islam dalam aktiviti perniagaan arak. Perlaksanaan hukuman terhadap
peminum arak harus dilakukan serta Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) juga harus
sentiasa

memantau

kawasan-kawasan

yang

mengadakan

aktiviti

sosial

untuk

membanteras penyeludupan arak secara haram serta menangkap peminum arak dari
kalangan orang islam

5.0

CADANGAN
Memastikan pemberian lesen penjualan arak terkawal dan tidak membabitkan orang
Islam secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan arak.
1. Orang Islam sama sekali perlu dilarang bekerja di mana-mana kedai yang ada
menjual arak.
2. Mematuhi syarat pemegang lesen di bawah Seksyen 36 Akta Eksais 1976 (Akta 176),
iaitu setiap pemegang lesen rumah awam, lesen rumah bir, lesen kedai runcit, atau
lesen peniaga borong hendaklah tidak membenarkan pelanggannya meminum arak di
kedainya.
3. Mengadakan kempen kesedaran menjauhi arak dan memberi keterangan mengenai
kemudaratan minum arak.
4. Menjauhi pergaulan bebas serta pihak terlibat harus memantau aktiviti sosial yang
dijalankan tidak kira samada secara haram atau berlesen.
5. Meningkatkan harga minuman keras. Ini dapat mengurangkan pembelian arak sama
sekali.
6. Kerajaan berperanan untuk mengenakan kuota untuk arak yang diimport bagi
menghadkan kemasukan arak serta mengharamkan kilang arak diwujudkan di negara
kita.Selain itu, iklan arak melalui media massa seperti di akhbar, majalah dan
televisyen harus dilarang. Iklan di badan pengangkutan seperti di lori dan van
perdagangan serta di kedai juga harus dilarang.Denda harus dikenakan kepada sesiapa
sahaja yang mempromosikan arak.
7. Menjalankan hukum hudud kepada peminum arak. Hukuman 80 kali sebatan ini
dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang
sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti
kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulamak berpendapat
hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung.

6.0

RUJUKAN
http://bicaramentari.blogspot.com/2014/04/kesan-bahaya-arak-kepada-kesihatandan.html
http://hafizamri.com/kebaikan-dan-keburukan-arak-alkohol-dalam-al-quran/
http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2011/04/khamr.html
Radzi, C. W. J. W. M. (2000). Konsep kesihatan melalui pemakanan: pendekatan Islam
dan sains. Utusan Publications.
Jamaludin, M. A., & Radzi, C. W. J. W. M. (1970). Teori istihalah menurut perspektif
Islam dan sains: aplikasi terhadap beberapa penghasilan produk makanan. Jurnal
Syariah, 17(1).

Anda mungkin juga menyukai