Anda di halaman 1dari 10

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

KOD DAN NAMA KHUSUS:


PPPY1172 FIQH MUAMALAT DAN JINAYAT
TAJUK:
PENGHARAMAN ARAK
NAMA PENSYARAH:
PROF DR ABDUL BASHIR MOHAMAD

KERJA KHUSUS BERKUMPULAN:


NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD ARIF A190239

MUHAMMAD DANIAL AIMAN BIN A185606


JUMSHOIRY NOVDANY

MUHAMMAD AIMAN FITRI BIN ASSDI A185628


PENGENALAN

Islam melalui syariahnya telah menetapkan hukum pada sesuatu perbuatan tidak
hanya dengan berdiri sendirinya. Tetapi sebaliknya, mengandungi kesan kesan kepada
perkara lain. Selain itu wajib kita ketahui, Syariah merupakan undang undang yang
disyariatkan oleh Allah kepada makhluknya melalui Al Quran dan As-sunnah. Dalam
menempuh era yang penuh dengan cabaran ini manusia semakin bijak mengatur susur galur
kehidupan dengan kemudahan dan kebebasan yang disediakan. Namun ini bukanlah tiket
untuk manusia terus leka dan lalai dalam mentauhidkan diri kepada Allah S.W.T. Hal ini
kerana Syariah itu sendiri telah lengkap meliputi pelbagai aspek sama ada duniawi mahupun
ukhrawi. Jadi sudah menjadi kewajipan ke atas setiap manusia untuk mentaati segala perintah
yang ditetapkan oleh syarak kepada islam.

Syariat islam telah lama mengharamkan arak sejak dari zaman nabi dan juga para
sahabat. Hal ini kerana, arak banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan. Arak
juga mengandungi unsur unsur yang tidak dibenarkan oleh syarak dan kesannya
mendatangkan kemudaratan yang ketara bukan sahaja terhadap diri sendiri bahkan orang
disekeliling kita juga. Islam sememangnya sebuah agama yang mementingkan kebaikan dan
kemaslahatan umatnya demi menjaga kehormatan diri. Lantaran dari itu, arak diharamkan
kerana demi menjaga kesihatan akal manusia terutamanya. Ianya selari dengan maqasid
syariah yang menjaga kesempurnaan akal bagi membendung segala perbuatan buruk bakal
berlaku. Oleh itu arak telah diharamkan kerana sifatnya dan kandungan yang memabukkan.
Ini bukanlah sesuatu hukum yang ditetapkan berdasarkan fikiran yang rasional semata mata.
Tetapi ianya dinyatakan secara jelas di dalam Al-Quran bahkan juga didatangkan dalil bagi
hukuman had kepada pesalahnya. Selain dari itu, fatwa fatwa dari mufti juga turut menjadi
panduan serta menjawab segala permasalahan yang berlaku dalam kalangan umat islam dari
masa ke masa. Kerana zaman moden kini, arak dihasilkan dalam pelbagai jenis bentuk dan
jenama yang berbeza beza. Oleh itu jelaslah arak bukan sahaja dihasilkan oleh perahan
anggur tetapi segala minuman yang memabukkan itu adalah arak dan hukuman juga tetap
haram kerana sifatnya yang memabukkan. Objektif pengharamannya juga jelas kerana islam
ingin membimbing manusia kearah satu penyelesaian yang kukuh dalam menangani masalah
arak dan menjaga kehidupan manusia sejagat.
DEFINISI ARAK

Menurut kamus dewan bahasa edisi keempat,arak ditakrifkan sebagai sebuah


minuman yang mengandungi unsur alkohol dan boleh menyebabkan mabuk. Namun menurut
Abdul Latif Muda (1997) mendefinisikan arak sebagai segala bahan yang memabukkan sebab
meminumnya, baik yang diproses melalui buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau
sebagainya, baik memabukkan dengan meminumnya mahupun tidak, meminumnya sedikit
apatah lagi banyak.Dalam kalangan masyarakat melayu ianya lebih senang disimplikasikan
sebagai minuman keras. Manakala dalam bahasa arab ianya dipanggil khamar (‫)خمر‬. Menurut
ulamak ianya diberi nama khamar kerana dari segi bahasa ianya bermakna menutup,iaitu
dengan kata lain adalah menutup akal fikiran manusia dari kewarasan berfikir. Seterusnya
tokoh ulama terkemuka dunia islam, Dr Yusuf Al-Qaradhawi telah menegaskan bahawa arak
adalah minuman yang memabukkan diperbuat daripada biji-bijian dan juga perahan buah
yang diproses sehingga mencapai kadar alkohol. Hal itu juga boleh mendatangkan kesan
yang buruk kepada peminum tersebut.

Dalam sebuah hadis baginda Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa:

ٍّ‫اجْ تَنِبُوْ ا ال َخ ْم َر فَِإنَّهَا ِم ْفتَا ُح ُكلِّ َشر‬

Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.”


(Riwayat al-Hakim, 4/145).

Oleh hal yang demikian jelaslah arak merupakan induk atau asas segala perbuatan
buruk. Misalnya sering berlaku dalam masyarakat negara kita, ibu ditikam oleh anaknya
hanya disebabkan anaknya itu tidak sedar atau kata lain mabuk sehingga mengundang
ketidaksiuman berfikir lalu terjadi satu tragedi yang tidak diingini. Jelaslah kita lihat
pengaruh arak dalam minda dan tubuh manusia itu amat buruk dan tidak baik.

DALIL-DALIL BERKAITAN ARAK

1) DALIL AL-QURAN

Arak merupakan salah satu minuman tradisi masyarakat arab jahiliah terdahulu. Namun ianya
mula berkurangan setelah kedatangan islam membawa seribu satu rahmat kepada umat. Ianya
selari sepertimana firman Allah S.W.T dalam Al-Quran:
َ‫َو َمٓا اَرْ َس ْل ٰنكَ اِاَّل َرحْ َمةً لِّ ْل ٰعلَ ِم ْين‬

Maksudnya: Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi)
rahmat bagi seluruh alam. (Surah Anbiya’:107).

Tetapi perintah pengharaman arak bukanlah secara terus mutlak berlaku ke atas umat islam
akan tetapi ianya berperingkat ini kerana demi menjaga kemaslahatan ummah. Bahkan di
dalam kitab suci Al Quran telah banyak menegaskan tentang pengharaman meminum arak.
Misalnya telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. di dalam surah Al Maidah:

ِ َ‫اب َواَأْل ْزاَل ُم ِرجْ سٌ ِّم ْن َع َم ِل ال َّش ْيط‬


‫ان فَاجْ تَنِبُوهُ لَ َعلَّ ُك ْم‬ {ُ ‫ص‬ َ ‫يَا َأيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا ِإنَّ َما ْال َخ ْم ُر َو ْال َم ْي ِس ُر َواَأْلن‬
َ‫تُ ْفلِحُون‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya.” (Surah al-Maidah: 90).

Berdasarkan perintah Allah dalam surah Al Maidah, arahan supaya menjauhi arak adalah
lebih kuat berbanding tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan tidaklah dinyatakan
secara khusus seperti larangan menjual,membeli dan lain lain akan tetapi ianya secara umum.
Sementara larangan menjauhi adalah menjauhkan diri dengan segala perkara yang melibatkan
arak.

2) DALIL HADIS

Daripada saidina Jabir Bin Abdullah, Rasulullah S.A.W telah bersabda:

‫َما َأ ْس َك َر َكثِي ُرهُ فَقَلِيلُهُ َح َرا ٌم‬

Maksudnya: “Apabila benda yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun
adalah haram.” Riwayat Abu Daud (368), al-Tirmizi (1866) dan Ibn Majah (3393)

Hadis ini telah menjelaskan betapa tegasnya syariat islam dalam mengharamkan semua
minuman yang memabukkan. Tidak kira kuantiti yang sedikit atau banyak, jika intipatinya itu
boleh mendatangkan mabuk secara langsung hukum meminumnya adalah haram. Meskipun
diperbuat daripada perahan selain anggur ianya tetap diklasfikasikan sebagai minuman arak
yang memabukkan. Kata ulama’ tujuan ini adalah untuk mengelakkan berlaku kemudaratan
kepada umat islam yang terus leka daripada melakukan ibadah kepada Allah.
HUKUMAN PEMINUM ARAK
Keharaman arak adalah sesuatu yang diketahui oleh setiap Muslim, apatah lagi bagi
yang berada di sebuah negara Islam, seperti Negara Brunei Darussalam. Tidak ada alasan
ataupun tidak tahu tentang hukum haram meminum arak ini kerana keharamannya,
kemudharatannya terhadap kesihatan dan kehidupan, serta balasan buruk yang dijanjikan oleh
Allah ke atas peminumnya telah berulang kali disampaikan dan disebarkan kepada umum
melalui ceramah-ceramah agama, khutbah Jumaat, buku-buku dan sebagainya.

Menurut Mahmodz Mohamad (1985) mengenai hukuman keatas peminum arak,


semua fuqaha sependapat bahawa hukuman bagi peminum khamar ialah al-jald (sebat).
Namun mereka berbeza pandangan mengenai kadarnya. Terdapat sebahagian daripada
meraka yang mengatakan bahawa hukumannya sebanyak lapan puluh kali sebatan menurut
pendapat mazhab Imam Malik, mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam
Ahmad. Manakala, mazhab Imam as-Syafi’i dan satu pendapat daripada Imam Ahmad
mengatakan hukuman bagi kesalahan tersebut ialah sebanyak empat puluh kali sebatan.
Namun demikian, boleh pula pesalah itu dikenakan sebatan sebanyak lapan puluh kali apabila
penguasa (kerajaan) berpendapat bahawa pesalah tersebut patut disebat sebanyak itu. Oleh
demikian, had hukuman ialah empat puluh kali manakala lebih daripada itu adalah sebagai
hukuman ta’zir.

Ulama bersepakat hukuman sebat yang dikenakan ke atas peminum arak adalah
hudud. Tetapi mereka berselisih pendapat pada kadar dan cara pelaksanaan hukuman.
Dengan itu ada yang berpendapat bahawa kadar hukuman sebat yang dikenakan ke atas
peminum arak adalah ta‘zīr bukannya hudud kerana tidak ada nas yang jelas menunjukkan
bahawa hukuman yang mesti dikenakan ke atas pesalah minum arak ialah 40 sebat tidak
lebih tidak kurang. Ada juga riwayat menyatakan 80 sebatan dan ada yang meriwayatkan
Rasulullah S.A.W. menggunakan tangan, kasut, pelepah tamar atau kedua-duanya.
(Noor,Azman Mohd, 2010)

Hukuman had bagi peminum arak ini adalah berdasarkan riwayat hadis-hadis shahih
yang antaranya sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina ‘Ali bin Abi Talib seperti
berikut:
‫ب َس َك َر َوِإ َذا َس َك َر هَ َذي َوِإ َذا هَ َذي ِإ ْفتَ َرى و َعلَى‬
َ ‫ض َي هللاُ عَنهُ ِإ َذا َش ِر‬
ِ ‫قَا َل َعلِي َر‬
َ‫ال ُم ْفت َِري ثَ َمانِينَ َج ْل َدةً فََأ َم َر بِ ِه ُع َم ُر فَ َجلَ َد ثَ َمانِين‬
Bermaksud: “’Ali r.a. berkata: Apabila seseorang meminum arak maka dia akan
mabuk, dan apabila dia mabuk maka dia akan meracau dan apabila dia meracau maka dia
akan berdusta (menuduh orang berzina) dan had ke atas tuduhan zina ialah lapan puluh kali
sebatan. Oleh itu Umar memerintahkan supaya menyebatnya lapan puluh kali.”

Dan sebuah Hadith dari Anas Ibn Malik:

َ‫مر بِال َج ِريد َوالنِّ َعال َأرْ بَ ِعين‬


ِ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َكانَ يَضْ ِربُ فِي ْال َخ‬ َّ ِ‫س َأ َّن النَّب‬
َ ‫ي‬ ٍ َ‫ع َْن َأن‬

Bermaksud: “Daripada Anas Ibn Malik; sesungguhnya Rasulullah SAW telah memukul
(menyebat) orang yang meminum arak dengan menggunakan pelepah kurma dan sandal
sebanyak empat puluh kali.”

Perbezaan pendapat fuqaha dalam menentukan kualiti sebatan yang akan dikenakan
kepada peminum arak disebabkan ketiadaan bilangan yang pasti dalam kadar sebatan, sama
ada dalam al-Qur'an mahupun dalam Hadith Rasulullah SAW. Jumhur ulama mengambil kira
pendapat ‘Ali bin Abi Talib, kerana menurut mereka pendapat tersebut telah disepakati para
sahabat di zaman ‘Umar Ibn al-Khattab. Manakala ulama Syafi’iyyah berpandukan kepada
Hadith Anas Ibn Malik dan pernyataan ‘Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW dan Abu
Bakar mensabitkan hukuman sebat itu hanya empat puluh kali sahaja. Namun demikian,
ulama Syafi’iyyah juga menyatakan bahawa apabila hakim memandang ada kemaslahatan
yang akan dicapai dengan pelaksanaan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali bagi para
peminum khamar, maka boleh dilaksanakan hukuman tersebut. Namun penambahan sebatan
tersebut bukan atas nama hukuman hudud, melainkan atas dasar budi bicara hakim yang
termasuk dalam kategori hukuman ta’zir. (Ishak, Mohd Said, 2000)

Oleh itu, hal ini diserahkan kepada imam ataupun hakim sama ada hendak
mengenakan hukuman had sebatan 40 kali sahaja ke atas peminum arak, iaitu sekurang-
kurang kadar yang wajib dalam hukuman had peminum arak, ataupun menambah kadar
sebatan tersebut sehingga 80 kali sebagai ta‘zir sepertimana yang dilakukan oleh Sayyidina
‘Umar r.a. mengikut maslahat jika dirasakan perlu oleh imam ataupun hakim.

HIKMAH PENGHARAMAN ARAK

Sebagai umat Islam, kita sedia maklum bahawa arak adalah minuman yang
diharamkan dalam agama Islam. Ada sebab Allah mengharamkan arak. Larangan dalam
Islam bukan bererti mengongkong tetapi menjaga seseorang itu daripada terjerumus dalam
kebinasaan dan kerosakan. Allah S.W.T telah berfirman:

‫صابُ َوااْل َ ْزاَل ُم ِرجْ سٌ ِّم ْن َع َم ِل ال َّشي ْٰط ِن‬ َ ‫ٰيٓاَيُّهَا الَّ ِذ ْينَ ٰا َمنُ ْٓوا اِنَّ َما ْال َخ ْم ُر َو ْال َم ْي ِس ُر َوااْل َ ْن‬
َ‫فَاجْ تَنِبُوْ هُ لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِحُوْ ن‬
Maksudnya:” Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras,
berjudi, (berkurban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan
keji dan termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu
beruntung” (Sural Al-Maidah 5:90)

Hikmah pengharaman arak ini dapat dilihat daripada kesan dan mudaratnya ke atas
tubuh badan. Menurut Noor (2000) tubuh manusia mempunyai limitasi dari segi fungsi dan
pengambilan minuman alkohol walaupun sedikit akan memberi kesan kepada hampir semua
organ-organ penting dalam badan. Antara organ tubuh badan manusia yang terlibat dalam
metabolisme alkohol adalah salur darah, usus kecil dan hati yang berfungsi untuk
menyingkirkan bahan-bahan bertoksik. Jika bahan-bahan toksik yang terhasil daripada proses
metabolisme alkohol tidak dapat disingkirkan oleh hati dengan baik, saraf tunjang dan otak
akan terkesan dan menyebabkan peminum arak tidak dapat berfikir dengan warasketika
mabuk. Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan juga akan menyebabkan
penyakit-penyakit seperti sirosis, risiko kerosakan serius kepada otak seperti Sindrom
wemicke korsakof, bahkan meninggikan risiko bayi dalam kandungan untuk mendapat
penyakit seperti Sindrom Alkohol Fetus. Selain daripada itu, arak juga boleh menjadi salah
satu punca yang menyebabkan kanser mulut, kerongkong, merosakkan fungsi jantung, otot-
otot, usus kecil dan buah pinggang. Gangguan terhadap baka keturunan juga boleh terjadi
akibat daripada pengambilan minuman yang memabukkan ini. Pengambilan yang berlebihan
boleh mematikan sperma dan menyebabkan berlakunya keguguran bagi ibu-ibu yang sedang
mengandung. (Che Wan Jasminah Wan Mohamed, 2000)

Seterusnya, islam sangat menekankan kepada umatnya agar menjauhi arak kerana
arak ini boleh memburukkan nilai agama Islam itu sendiri. Orang yang beriman dan patuh
pada suruhan agama, dia tidak akan sesekali mencuba mendekati bahkan meminum arak.
Arak akan mencemarkan imej dan peribadai seseorang yang beragama Islam. Jelas-jelas
Islam melarang umatnya meminum arak. Arak juga akan menjejaskan dan menghalang
daripada seseorang itu solat dengan khusyuk. Solat dalam keadaan mabuk, ia akan
menganggu fokus dan menyebabkan kehilangan akan yang waras serta boleh menyebabkan
seseorang itu terlupa rakaat, tersilap bacaan dan merosakkan solat. Allah S.W.T telah
berfirman:

‫وا َما تَقُولُونَ َواَل ُجنُبًا ِإاَّل‬ ۟ ‫صلَ ٰوةَ َوَأنتُ ْم ُس َك ٰـ َر ٰى َحتَّ ٰى تَ ْعلَ ُم‬ َّ ‫ُوا ٱل‬ ۟ ‫وا اَل تَ ْق َرب‬۟ ُ‫يَ ٰـَٓأيُّهَا ٱلَّ ِذينَ َءامن‬
َ
ْ‫ض ٰ ٓى َأوْ َعلَ ٰى َسفَ ٍر َأوْ َجٓا َء َأ َح ۭ ٌد ِّمن ُكم ِّمنَ ْٱلغَٓاِئ ِط َأو‬ َ ْ‫وا ۚ َوِإن ُكنتُم َّمر‬ ۟ ُ‫يل َحتَّ ٰى تَ ْغت َِسل‬ٍ ِ‫عَابِ ِرى َسب‬
۟ ‫ص ِعي ۭ ًدا طَيِّبًا فَٱ ْم َسح‬
َ‫ُوا بِ ُوجُو ِه ُك ْم َوَأ ْي ِدي ُك ْم ۗ ِإ َّن ٱهَّلل َ َكان‬ ۟ ‫وا مٓا ۭ ًء فَتَيَ َّم ُم‬ ۟
ۭ َ ‫وا‬ َ ‫لَ ٰـ َم ْستُ ُم ٱلنِّ َسٓا َء فَلَ ْم ت َِج ُد‬
‫َعفُ ًّوا َغفُورًا‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang


(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui
akan apa yang kamu katakan........” (Surah An Nisa 4:43)

Akhir sekali, hikmah pengharaman arak ini dapat menjauhi pembaziran. Meminum
arak akan menyebabkan banyak kerugian dan pembaziran. Ketagihan yang melampau akan
memberi kesan kepada kewangan. Sebuah majalah di Britain menganggarkan bahawa
kerugian kewangan akibat alkohol dari segi masalah perubatan adalah 640 juta pound dalam
setahun. Kerugian keseluruhan akibat daripada minuman memabukkan dianggarkan sebanyak
20,000 juta pound dalam setahun. Islam juga melarang umatnya membazir dalam
mengeluarkan harta untuk perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Menurut Hamzah, H.
(2020) , Islam menggalakkan umatnya mengumpul harta asalkan kaedahnya berlandaskan
ketetapan dan garis panduan syarak. Harta yang diperolehi sewajarnya dibelanjakan secara
berhemah untuk tujuan yang bermanfaat dan mengelakkan pembaziran. Islam melarang
pembaziran harta untuk berhibur menggembirakan hati dengan berbagai-bagai bentuk
hiburan.

KESIMPULAN

Arak sememangnya terbukti menjadi ibu bagi segala kerosakan dalam masyarakat,
kemaksiatan, perpecahan, keruntuhan rumah tangga dan kemalangan. Seperti yang
diterangakan dalam artikel ini, perbuatan meminum arak ini juga boleh menyebabkan
seseorang itu mendapat penyakit yang memudaratkan kesihatan seperti kerosakan akal,
kerosakan tubuh badan dan sebagainya. Oleh sebab itu, Islam amat bertegas bahawa
perbuatan meminum arak ini merupakan satu perbuatan maksiat yang wajib dijauhi dan
ditinggalkan. Allah S.W.T telah memberi akal kepada kita untuk berfikir dan membuat
pilihan yang bijak dan betul. Dengan akal yang sihat, kita dapat mengetahui mana yang baik
dan mana yang buruk kepada kita. Maka, gunakanlah akal dengan sebaiknya. Sebagai umat
Islam yang beriman, tanamkanlah di dalam diri sifat benci dan jijik dengan segala perkara
yang berkaitan dengan arak. Hal ini kerana perbuatan meminum arak ini sememangnya
perbuatan yang jijik dan kotor. Allah S.W.T telah berfirman:

‫اس َوِإ ْث ُمهُ َمٓا َأ ْكبَ ُر ِمن‬ ِ َّ‫يَ ْسـَٔلُونَكَ َع ِن ْٱل َخ ْم ِر َو ْٱل َم ْي ِس ِر ۖ قُلْ فِي ِه َمٓا ِإ ْث ۭ ٌم َكبِي ۭ ٌر َو َمنَ ٰـفِ ُع لِلن‬
َ ِ‫نَّ ْف ِع ِه َما ۗ َويَ ْسـَٔلُونَكَ َما َذا يُنفِقُونَ قُ ِل ْٱل َع ْف َو ۗ َك ٰ َذل‬
ِ ‫ك يُبَي ُِّن ٱهَّلل ُ لَ ُك ُم ْٱلـَٔايَ ٰـ‬
َ‫ت لَ َعلَّ ُك ْم تَتَفَ َّكرُون‬
Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan
judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula
kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah -
apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada
kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”
( Surah Al-Baqarah 1:219)
Oleh itu, jelaslah segala bukti dan fakta yang disampaikan sudah cukup untuk
membuatkan kita yakin dengan pengharaman arak ini. Allah sayang akan hambanya dan dia
melarang kita dari masuk ke dalam kebinasaan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang.

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Mahmodz Mohamad (1985), Jenayah Dalam Islam: Satu Kajian Mengenai Hukum-Hukum
Hudud. c.1. Kuala Lumpur: Percetakan Wanko Sdn. Bhd., h. 90

Noor, Azman Mohd, and Mohd Al-Ikhsan bin Ghazali. "Penyalahgunaan dadah dan
kewajaran peruntukan hukuman mati ke atas pengedar dadah di Malaysia: Satu analisis."
Jurnal Fiqh 7 (2010): 29-48.

Noor, Latifah Mohd, et al. "Alkohol: Definisi, Pengharaman, Metabolisme Dan


Kegunaannya." Ulum Islamiyyah (2018).

Radzi, Che Wan Jasimah Wan Mohamed. Konsep kesihatan melalui pemakanan: Pendekatan
Islam dan sains. Utusan Publications, (2000).

Hamzah, H. (2020). Entertainment and entertaining in Maqasid Syariah. ESTEEM Journal of


Social Sciences and Humanities, 4(1), 43-52.

Anda mungkin juga menyukai