Anda di halaman 1dari 21

KOD KURSUS:

PPPY 1172

NAMA KURSUS:

FIQH MUAMALAT DAN JINAYAT

SEMESTER:

SEMESTER 1 SESI 2020/2021

TAJUK TUGASAN:

ARAK: KEDUDUKANNYA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

PENSYARAH:

DR. NORHONEYDAYATIE BINTI ABDUL MANAP

DISEDIAKAN OLEH:

NUR SYAMIMI BINTI MOHD SAUFI (A173731)

SITI NURHALIZA BINTI ABDULLAH (A177583)

NUR FIKRIYAH DIANAH BT KAMARULZAMAN (A177594)


PENGENALAN

Arak dalam bahasa Arab atau bahasa al-Quran dikenali sebagai al-khamr manakala dalam
bahasa Inggeris, disebut sebagai alcoholic beverages. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
arak didefinisikan sebagai sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan serta
disebut sebagai minuman keras. Memabukkan ialah sesuatu yang diminum itu kebiasaannya
menyebabkan seseorang menjadi mabuk tanpa mengira had pengambilannya.

Dari segi bahasa, khamar (arak) membawa maksud menutup, iaitu menutup akal fikiran
manusia dari kewarasan. Dari segi istilah, para fuqaha telah bersepakat mendefinisikan khamar
sebagai semua minuman hasil dari perahan buah anggur, yang haram diminum kerana kesannya
yang memabukkan. Seseorang yang meminum arak kebiasaannya mabuk, hilang akal
fikirannya, tertutup jalan kebenaran dan lupa dirinya serta pencipta-Nya. Menurut Dr. Yusuf
al-Qardawi, beliau mendefinisikan arak sebagai semua minuman memabukkan yang diperbuat
dari biji-bijian atau buah-buahan yang diproses sehingga mencapai kadar ataupun had alkohol
yang memabukkan.

“Undang-undang Islam” dalam bahasa Arab disebut sebagai “al-syariah” atau


“syariat”. “Syariat” adalah pecahan dari perkataan “syarak”. Dari sudut bahasa, “syariat”
bermaksud segala yang ditetapkan oleh Allah kepada hamba-Nya berupa al-din (agama).
Skopnya luas dan menyeluruh meliputi soal ibadah, kekeluargaan, jenayah, muamalat, siasah
dan lain-lain.

Di samping itu, perkataan “jenayah” dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan “al-
Jinayah” atau “al-Jarimah” dan ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan
merosakkan, samada tindakan itu ke atas badan, harta atau sebagainya. Menurut al-Mawardi,
jenayah adalah segala bentuk kesalahan berdasarkan syariah yang boleh dihukum mengikut
hukum Allah. Kesalahan arak termasuk dari kategori hudud. Islam menganggap jenayah satu
kesalahan yang mesti dihukum kerana telah melanggar hak Allah dan hak manusia atau
makhluk lain. Malahan, Islam memandang tinggi kemuliaan agama, nyawa, akal, harta dan
maruah.

Rasulullah SAW tidak menekankan dan tidak mengambil kira proses pembuatan arak
sebagai sebab kepada pengharaman arak sebaliknya sebarang minuman yang mendatangkan
kesan memabukkan adalah arak. Saidatina Aisyah r.a telah meriwayatkan, sabda Rasulullah
SAW:
‫ كل شراب أسكر فهو‬:‫ فقال‬،‫ سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن البتع‬:‫عن عائشة رضي الله عنها قالت‬
.‫حرام‬
Maksudnya: Daripada Saidatina Aisyah r.a, katanya: Beliau telah bertanya kepada Rasulullah

s.a.w tentang arak yang diperbuat daripada madu (‫)البتع‬, maka Baginda telah bersabda:

“Semua minuman yang memabukkan adalah haram”.

Di dalam sebuah hadith, riwayat Muslim, sahabat juga pernah bertanya kepada

Rasulullah SAW, mengenai minuman hasil perapan madu ( ‫) البتع‬, serta barli dan jagung ( ‫)المزر‬.

Maka, Rasulullah SAW bertanya: “Adakah ia memabukkan?” Sabahat menjawab: “Ya”.


Baginda berkata: “Segala yang memabukkan adalah haram. Sesungguhnya Allah s.w.t telah
berjanji bahawa orang yang minum minuman yang memabukkan akan diberi minum lumpur
busuk”.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur busuk tersebut?” Baginda
menjawab: “Ia adalah peluh penghuni neraka, atau perahan air ahli neraka (nanah dan
darah)”

Ibnu Umar telah meriwayatkan, sabda Rasulullah s.a.w:

.‫كل مسكر خمر وكل خمر حرام‬


Maksudnya: “Segala minuman yang memabukkan adalah arak dan segala jenis arak
hukumnya haram”.

Dapatlah difahami bahawa segala bahan atau jenis minuman yang boleh mendatangkan
kesan memabukkan serta dapat menutupi akal fikiran digelar sebagai arak, malahan haram
untuk meminumnya.

Beberapa jenis arak yang kebiasaannya diminum pada masa kini. Antaranya ialah
“Wine” yang merupakan hasil perapan buah-buahan terutamanya anggur. Seterusnya, “Beer”:
Beer merupakan sejenis minuman dari perapan tumbuhan seperti barli atau gandum, “Wiski”
pula merupakan perapan dari gandum, barli, jagung atau bijian. Kemudian, “Cider” adalah
hasil perapan buah epal. Seterusnya“Vodka”. Vodka pula sejenis arak yang berasal dari Rusia
dan dihasilkan dari perapan bijian, gandum, kentang, anggur atau gula ubi. Teksturnya lebih
neutral dan tidak berbau. Akhir sekali, “Brandy” yang dihasilkan melalui proses penyulingan
buah anggur.

Arak dikategorikan dalam hukuman hudud. Hudud dari segi bahasa bermaksud
sempadan, had, halangan atau sekatan. Dari sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak
boleh dipinda yang ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran dan as-Sunnah. Hudud dianggap
sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan
oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim. Hudud juga melibatkan kesalahan lain seperti
zina, qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri, hirabah (rompakan),
serta murtad malahan hukumannya tidak boleh diubah dan kekal sehingga ke hari kiamat.
Hukuman ini juga tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa dan jika sesiapa yang melanggar
hukuman ini, mereka termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim. Firman Allah di dalam
surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud,

“Demikianlah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Sesiapa yang


melanggar hukum-hakam Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim”.

PERINGKAT PENGHARAMAN ARAK

Peringkat 1 (Penjelasan Baik dan Buruk)

Mengamalkan perbuatan dan juga akhlak yang tidak bermoral seperti minum arak,
berjudi, berzina dan membunuh merupakan cara kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah.
Martabat wanita pada zaman Arab jahiliyah dianggap rendah dan hina manakala lelaki
dianggap sempurna apabila boleh meminum arak sehingga mabuk.

Terdapat juga dari kalangan sahabat yang tertanya-tanya tentang hukum meminum arak
atau khamar setelah ayat ini diturunkan. Beberapa orang sahabat Nabi SAW iaitu Saidina Umar
Ibn al-Khattab dan Mu’adh ibn Jabal bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah hukum di
atas perbuatan meminum arak yang memabukkan hingga menyebabkan seseorang itu hilang
kewarasan akalnya lalu menimbulkan kekacauan terhadap orang-orang di sekelilingnya?

ِ ِ ِ ‫ك َع ِن الْ َخ ْم ِر َوالْ َمْي ِس ِر قُ ْل فِي ِه َما إِثْ ٌم َكبِ ٌير َوَمنَافِ ُع لِلن‬
َ َ‫َّاس َوإِثْ ُم ُه َما أَ ْكبَ ُر من نَّ ْفع ِه َما َويَ ْسأَلُون‬
‫ك‬ َ َ‫يَ ْسأَلُون‬
ِ ‫ماذَا ي ِنف ُقو َن قُ ِل الْع ْفو َك َذلِك يبيِن اللّه لَ ُكم اآلي‬
‫ات لَ َعلَّ ُك ْم تَتَ َف َّك ُرو َن‬َ ُ ُ ُ ُّ َ ََ ُ َ
“Hal ini dijelaskan di dalam Al-Quran seperti berikut melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu
terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang
lebih dari keperluan”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu
berfikir”. (Surah Al-Baqarah: 219)

Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-219 ini, ada sahabat-
sahabat Nabi SAW yang mula meninggalkan aktiviti meminum arak berlandaskan ayat “Pada
keduanya itu terdapat dosa besar....” Namun masih ada sahabat Nabi SAW yang masih
meminumnya kerana berpegang kepada ayat “…dan beberapa manfaat bagi manusia”.
Golongan ini menyatakan bahawa arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang.

Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan sabdanya yang bermaksud, “Ia
bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit.”(Riwayat Muslim)
Mokrane Guezzou (2008) dalam terjemahan kitab Asbab Al-Nuzul oleh Ali Ibn Ahmad Al-
Wahidi menyatakan pada suatu ketika, sahabat Nabi SAW, Saidina Abdur Rahman bin Auf
telah mengadakan majlis keraian dengan menjemput sahabat yang lain untuk menjamu selera.
Dihidangkan juga arak kepada para tetamu yang hadir dan mereka menikmatinya sehingga
mabuk. Tidak lama kemudian telah masuk waktu solat Maghrib dan merekapun mengerjakan
solat. Akibat daripada mabuk, mereka tidak sedar berapa rakaat dan apa yang mereka baca
ketika solat. Salah seorang daripada mereka yang mengimamkan solat telah tersalah membaca
ayat kedua daripada surah Al-Kafirun yang memberikan maksud yang salah iaitu, “Aku
menyembah apa yang kamu sembah” sedangkan maksud sebenarnya adalah, “Aku tidak
menyembah apa yang kamu sembah.”(Surah Al-Kafirun: 2)

Peringkat 2 (Pengharaman Ketika Hampir Masuk Waktu Solat)

Akibat peristiwa itu, turunlah ayat seperti terjemahan yang berikut yang mengharamkan
umat Islam meminum arak ketika ingin mendirikan solat.
‫َّى‬ ٍ ِ ِ ِ َّ ِ ِ َّ
َ ‫الصالََة َوأَنتُ ْم ُس َك َارى َحتَّ َى تَ ْعلَ ُمواْ َما تَ ُقولُو َن َوالَ ُجنُبا إال َعابري َسبيل َحت‬ َّ ْ‫آمنُواْ الَ تَ ْقَربُوا‬
َ ‫ين‬
َ ‫يَا أَيُّ َها الذ‬
ْ‫َح ٌد ِّمن ُكم ِّمن اْلغَآئِ ِط أ َْو الَ َم ْستُ ُم النِّ َساء فَ لَ ْم تَ ِج ُدواْ َماء فَتَ يَ َّم ُموا‬ ِ
َ ‫تَ ْغتَسلُواْ َوإِن ُكنتُم َّم ْر‬
َ ‫ضى أ َْو َعلَى َس َف ٍر أ َْو َجاء أ‬
‫وه ُك ْم َوأَيْ ِدي ُك ْم إِ َّن اللّهَ َكا َن َع ُف ّوا َغ ُفورا‬
ِ ‫صعِيدا طَيِبا فَامسحواْ بِوج‬
ُُ ُ َ ْ ّ َ

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam
keadaan mabuk sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri
masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekadar melintas sahaja, sebelum kamu
mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau sedang bermusafir atau selepas buang air
atau kamu telah menyentuh perempuan, dan kamu tidak mendapat air untuk mandi dan
berwudhuk, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); sapukan wajahmu dan
tanganmu dengan (debu) itu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.”
(Surah An-Nisa: 43)

Solat adalah ibadah di mana umat Islam menyerahkan diri semata-mata hanya kepada
Allah SWT. Ayat ini menerangkan tentang kesucian lahir dan batin yang perlu ada pada
seseorang Muslim sebelum dia ingin mendirikan solat bagi menjamin kekhusyukan dan
penerimaan Allah SWT terhadap ibadah yang dikerjakan. Allah SWT melarang umat Islam
meminum arak ketika ingin mendirikan solat kerana dikhuatiri mabuk menyebabkan kita
tersalah dalam membaca ayat-ayat Al-Quran sehingga menyebabkan maksud sebenarnya
menyimpang. Selain itu, solat ketika mabuk dikhuatiri akan menyebabkan solat itu tidak sah
kerana orang yang mabuk tidak pasti apa yang telah dibaca ketika bersolat dan berkemungkinan
akan melanggar rukun-rukun solat. Selain larangan meminum arak ketika menghampiri solat,
ayat ini turut menerangkan larangan untuk mengerjakan solat bagi orang junub yang belum
mandi. Setelah turunnya ayat ini, para sahabat hanya minum arak selepas solat ‘Isyak kerana
mabuk mereka kebiasaannya akan hilang apabila menjelang waktu subuh.

Peringkat 3 (Pengharaman Secara Mutlak)

Salah seorang daripada sahabat Nabi S.A.W yang hadir adalah Saidina Saad bin Abi
Waqas, bersyair dan memuji kaumnya yang gagah berani sambil mencaci dan menghina kaum
Ansar sebagai lemah dan penakut. Hal ini telah menyebabkan salah seorang daripada kaum
Ansar marah dan bertindak memukul hidung Saad bin Abi Waqas dengan rahang unta sehingga
luka dan berdarah. Saad bin Abi Waqas telah pergi menghadap Nabi SAW untuk mengadu
perbuatan orang ansar terhadapnya. Saidina Umar Ibn Al-Khattab yang turut berada di samping
Rasulullah pada ketika itu terus berdoa, “Ya Tuhanku, terangkanlah kepada kami hukum
meminum arak itu dengan keterangan yang muktamad dan menyenangkan hati.” Maka Allah
menurunkan ayat seterusnya yang memuktamadkan hukum pengharaman meminum arak bagi
umat Islam sehingga kini.

َ‫ان فَاجْ ت َ ِنبُوهُ لَ َعلَّكُ ْم ُ ُ ْْ ِلُُون‬


ِ ‫ط‬َ ‫ش ْي‬ ٌ ‫اب َواأل َ ْزالَ ُم ِرج‬
َ ‫ْس م ِْن‬
َّ ‫ع َم ِل ال‬ ُ ‫ص‬َ ‫َيا أَيُّ َها الَّذِينَ آ َمنُواْ ِإنَّ َما ْال َخ ْم ُر َو ْال َم ْيس ُِر َواألَن‬

‫ص َّد ُك ْم َعن ِذ ْك ِر اللّ ِه َو َع ِن‬ ِ ِ ‫يد الشَّيطَا ُن أَن يوقِع ب ي ن ُكم الْع َداوةَ والْب ْغ‬
ُ َ‫ضاء في الْ َخ ْم ِر َوالْ َمْيس ِر َوي‬
َ َ َ َ َ ُ َ َْ َ ُ ْ ُ ‫إِن ََّما يُِر‬
‫الصالَةِ فَ َه ْل أَنتُم ُّمنتَ ُهو َن‬
َّ

Terjemahan ayatnya adalah seperti berikut: “Wahai orang yang beriman!


Sesungguhnya meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib
dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
(perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan bermaksud hendak
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui meminum khamar dan
berjudi itu dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan melaksanakan solat. Oleh itu,
berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu).”

(Surah Al-Ma’idah: 90-91)

Proses pengharaman arak di dalam Islam mengambil masa dan dibuat secara
berperingkat dan beransur-ansur dalam masa tiga tahun. Muhammad al-Khudri (1964)
mengulas perkara ini dengan menyebut perkaitan kaedah penurunan secara beransur-ansur itu
dengan keadaan semasa masyarakat Arab pada waktu itu. Arak diminum sebagai tabiat dan
amalan kebiasaan yang amat sukar untuk diubah. Oleh itu, kaedah tadarruj digunakan bagi
menghapuskan kebiasaan buruk berkenaan secara berperingkat (Paizah Ismail, 2012).

Kaedah tadarruj adalah proses pembaikpulihan yang dibuat secara beransur-ansur.


Dalam proses pengharaman alkohol, keadaan semasa adalah faktor yang mempengaruhi
kejayaan pensyariatan itu. Islam turut mengambil kira tentang realiti kehidupan semasa kerana
syariat Islam bersifat memudahkan dan bukan membebankan penganutnya. Pada waktu itu,
masyarakat Arab merupakan peminum arak yang tegar, dan bagi mereka dengan berbuat
demikian mereka menikmati keseronokan hidup yang bermakna. Al-Quran diwahyukan
kepada baginda Nabi SAW secara beransur-ansur. Ia bertujuan untuk mendidik masyarakat
pada zaman tersebut secara beransur-ansur dan berperingkat supaya dakwah Islamiah lebih
mudah diterima dan diamalkan. Sekiranya pengharaman meminum arak dilakukan secara
drastik dikhuatiri masyarakat pada ketika itu akan keliru, terkejut dan memberontak. Mereka
mungkin sukar untuk menerima dakwah dan bertindak menolak syariat Islam.

Secara beransur-ansur, pensyariatan ini memuliakan Nabi SAW, mengiktiraf kerasulan


junjungan besar sebagai penyudah dan penghulu segala nabi. Setelah pengharaman arak
berkuatkuasa dengan turunnya ayat 90-91 surah al-Maidah, masyarakat Islam seluruhnya
dilarang meminum arak. Perbuatan ini merupakan suatu dosa besar sekiranya dilakukan.

HUKUM BERKAITAN ARAK

Takrifan arak ialah sejenis minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.
Iman Abu Hanifah mengatakan arak ialah anggur mentah apabila ia direbus sehingga berbuih
dan diendapkan dalam masa yang lama. Manakala pendapat Iman Syafi’e, Iman Maliki, dan
Iman Hanbali arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada anggur ataupun
dari jenis lain yang boleh memabukkan. Khamar merupakan perbuatan daripada syaitan yang
gemar berbuat kejahatan serta merosakkan keturunan anak Adam. Khususnya kita mengetahui
bahawa setiap perkara yang memabukkan membawa kepada kemudaratan atau keburukan
terhadap keperibadian seseorang baik melalui akalnya, tubuhnya, agamanya serta dunianya.
Secara tidak langsung perkara ini boleh membawa kepada keruntuhan moral seseorang
individu muslim yang berakhlak mulia. Oleh itu, kesalahan minum arak diklafikasikan sebagai
jenayah hudud dalam syariat Islam. Ayat al-Quran terdahulu mengharamkan arak yang dibuat
daripada anggur sahaja tetapi pengharaman tersebut termasuklah semua benda yang
memabukkan.

‫يسئلونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنفع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما ويسئلونك ماذا ينفقو‬
‫ن‬

‫قل العفو كذلك يبين الله لكم األيت لعلكم تتفكرون‬


Maksudya: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya

terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar

dari manfaatnya’. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah:
‘Yang lebih dari keperluan’. Demikianlah Allah SWT menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu
supaya kamu berfikir.

(Surah al-Baqarah: 2: 219)

‫كل شراب أسكر فهو حرام‬

Maksudnya: “Semua yang memabukkan adalah haram.” (Riwayat Bukhari Muslim)

Menurut ijmak hukum pengharaman arak ialah disebabkan ia memabukkan. Oleh itu,
pengharaman tersebut sama atas semua minuman yang memabukkan yang terkandung
didalamnya zatnya yang dapat memabukkan tanpa perbezaan walau apa jua asalnya.
Sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibn Majah daripada Nu’man bin
Bashir bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ إن من الحنطة خمرا ومن الشعير خمرا ومن‬: ‫ أن النبي صلي الله عليه وسلم قال‬,‫عن نعمان بن بشير رضي الله‬

.‫التمر خمرا ومن الزبيب خمرا ومن العسل خمرا وأنا أنهي عن كل مسكر‬

Maksudnya: Daripada Nu’man Ibn Bashir R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya dari biji gandum itu diperbuat arak, dan daripada gandum diperbuat arak, dan
daripada kurma diperbuat arak, dan daripada madu diperbuat arak. Dan aku melarang segala
sesuatu yang memabukkan.

Mabuk ialah pemikiran terlalu kacau sehingga tidak dapat berfikir dengan waras dan
jelas akan sesuatu hal yang menghalang fungsi akal. Maksud memabukkan ialah sesuatu yang
diminum itu biasanya menyebabkan seseorang mabuk tanpa mengira kadarnya. Hadith
daripada Aisyah R.A katanya, sabda baginda SAW:

‫كل مسكر حرام ما أسكر الفرق منه فملء الكف منه حرام‬
Maksudnya: Setiap yang memabukkan adalah haram, sesuatu yang kadarnya satu faraq boleh
memabukkan, maka segenggam daripadanya pun haram. (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)
Para fuqaha berbeza pandangan mengenai mabuk. Imam Abu Hanifah mengatakan
mabuk ialah akalnya hilang sehinnga ia tidak dapat membezakan antara langit dan bumi, ibu
dan isterinya. Manakala menurut sahabat-sahabat Syafi’e, batasan mabuk ialah orang tersebut
berucap dengan bahasa yang tidak dapat difahami oleh orang lain selain daripada
ketidakseimbangan pada pergerakannnya.

Arak menurut jumhur ulama ialah perkara yang memabukkan dan hukum
pengharamanya disepakati oleh para fuqaha. Pengharaman ini mengambil kira sama ada
meminumnya dalam kuantiti yang sedikit atau dalam kuantiti yang banyak. Pengecualian
diberikan ketika mana dalam keadaan darurat yang dibenarkan oleh syarak. Pengharaman ini
merangkumi semua jenis minuman yang dikatogerikan sebagai arak dari segi nama, jenis atau
cara pemprosesannya sama ada pada zaman dahulu atau pada zaman sekarang. Pensabitan
pengharaman arak berlandaskan dalil-dalil daripada al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan
ijmak ummah.

1. Dalil al-Quran al-Karim

‫ إنما‬. ‫يأيها الذين ءامنوا إنما الخمر والميسر واألنصاب واألزلم رجس من عمل الشيطن فاجتنبوه لعلكم تفلحون‬

‫يريد الشيطن أن يوقع بينكم العدوة والبغضاء فى الخمر والميسر ويصدكم عن ذكر الله وعن الصلوة فهل أنتم‬

‫منتهون‬

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya minum arak, berjudi, (berkorban
untuk) berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu berjaya. Sesungguhnya
syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui
meminum khamar dan berjudi itu dan menghalang kamu daripadaa mengingati Allah SWT dan
melaksanakan solat. Oleh itu, berhentilah kamu daripada melakukan perkara-perkara yang keji
dan kotor itu.

Allah SWT menerangkan dalam ayat dia atas bahawa terdapat beberapa perkara yang
diharamkan keatas setiap individu muslim seperti minum arak, berjudi, menyembah berhala
dan menilik nasib. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang mendapat kemurkaan daripada
Allah SWT kerana perkara tersebut disebut sebagai rijs beerti berdosa dan ditegah bagi setiap
muslim. Kalimah ‘‫ ’من عمل الشيطن‬beerti daripada kerosakan syaitan kearah manusia. Syaitan

sentiasa berusaha untuk menghancurkan keturunan anak Adam AS dengan pelbagai cara.
Sesungguhnya syaitan menghendaki manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk untuk
membawa manusia ke arah kejahatan, perpecahan, permusuhan dan enggan mengingati Allah
SWT. Oleh itu lafaz ‘‫ ’فاجتنبوه لعلكم تفلحون‬bermaksud larangan melakukan semua perbuatan tersebut

dan mestilah dijauhkan supaya beroleh kejayaan dan keredaan daripada Allah SWT. Oleh itu,
segala ketetapan yang terdapat dalam al-Quran harus bagi umat manusia ikuti tanpa sebarang
persoalan. Segala ketetapan yang Allah SWT nyatakan dalam al-Quran adalah untuk
kemaslahatan bagi manusia dan segala makhluk ciptaan-Nya.

2. Dalil hadith Rasulullah SAW

‫ ما أسكر كثيرة فقليله حرام‬: ‫ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬: ‫عن جابر بن عبد الله قال‬

Maksudnya: Daripada Jabir bin ‘Abd Allah katanya: Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang banyaknya memabukkan, maka yang sedikit pun haram”.

3. Dalil ijmak

Kaum muslimin telah bersepakat bahawa minuman yang memabukkan seperti arak jika
diminum dalam kuantiti yang banyak atau sedikit adalah diharamkan kecuali jika berlaku
masalah darurat. Hukumnya juga menjadi haram jika menggunakannya sebagai ubat untuk
mrngubati penyakitnya. Sabda Rasulullah SAW:

‫إنه ليس بدواء ولكنه داء‬

Maksudnya: sesungguhnya arak itu bukan ubat tetapi ianya adalah penyakit.
3a) Hukum minum arak daripada anggur.

Para ulama fiqh berbeza pandangan mengenai maksud meminum arak. Mereka
bersepakat bahawa istilah ‘minum’ ialah perbuatan meminum apa sahaja yang memabukkan
sama ada daripada anggur atau selainnya. Jumhur mengatakan bahawa mereka tidak
mempunyai percanggahan dalam menetapkan hukum haramnya arak dari segi konteks bahan
yang digunakan sama ada minuman berkenaan diperbuat daripada anggur atau bahan-bahan
lain seperti tamar, gandum, madu, barli dan juga kismis. Jumhur juga bersependapat tentang
hukum dari segi kuantiti diminum minuman yang memabukkan sama ada dalam kuantiti yang
sedikit atau dalam kuantiti yang banyak. Hukumnya tetap haram sekiranya diminum dalam
kuantiti yang banyak atau sedikit kerana setiap perkara yang memabukkan itu adalah haram.

Namun demikian, Iman Abu Hanifah berpandangan bahawa ‘minum’ sudah mencukupi
meminum secara mutlak sama ada banyak atau sedikit. Beliau beranggapan bahawa arak ialah
suatu daripada proses berikut:

1. Perahan anggur, tamar atau kismis yang diperam sehingga mencapai suhu yang panas dan
berbuih.

2. Perahan anggur yang dimasak sehingga menjadi bahan yang memabukkan pada waktu
sukatannya masih mencapai kadar satu pertiga daripada sukatan asal.

Menurut mazhab Hanafi mereka berpendapat bahawa arak ialah perahan anggur mentah
yang dimasak atau diperam sehinnga buihnya hilang dan hasilnya dapat membawa kepada
kemabukkan. Iman Abu Hanifah mensyaratkan bahawa untuk dikategorikan sebagai arak
mestilah berbuih pada perahan anggur tersebut.

Mazhab Hanafi telah bersepakat mengatakan bahawa haram minum arak yang
diperbuat daripada perahan anggur mentah yang mendidih dan bergelora. Iman Abu Hanifah
mensyaratkan bahawa ianya harus hilang buih sama ada banyak atau sedikit kecuali apabila
dimasak maka halal, ‘illah pengharaman sedikit kerana ia membawa minum yang banyak.
Perahan anggur yang dimasak sampai tahap satu pertiga dan kekal satu pertiga, maka ia halal
walaupun memdidih di sisi Abu Hanifah dan Abu Yusuf.
3b) Hukum meminum arak dibuat daripada selain arak.

Jumhur ulama mengatakan bahawa sesuatu yang memabukkan daripada buah yang
mentah atau masak yang terhasil daripada perahan anggur ataupun tamar, madu, kismis dan
gandum maka ianya adalah haram sama ada diminum sedikit ataupun banyak. Di sisi mazhab
Hanafi, Iman Abu Hanifah dan Abu Yusuf al-Kufi berkata nabidh tamar, naqi dhabib yang
masak lebih lama, dihalalkan untuk minum kecuali ianya mendatangkan kemabukan kepada si
minum. Mereka berpendapat bahawa tidak disyaratkan perahan anggur itu sehingga berbuih.
Muhammad Hassan al-Shaibani berpendapat bahawa ianya adalah haram untuk diminum tetapi
tidak dikenakan hukuman hudud kecuali ianya memabukkan. Hal ini bermaksud bahawa arak
yang diperbuat selain daripada anggur tidak haram kecuali ianya memabukkan malah jika tidak
mabuk maka ianya halal untuk diminum.

Oleh itu, halal minum sedikit yang tidak mendatangkan kemabukkan disisi Abi Hanifah
dan Abu Yusuf adalah tidak secara mutlak tetapi dengan bersyarat:

A. Mestilah meminumnya untuk kekuatan dan tujuan yang jelas dan betul.

B. Bukan tujuan untuk berfoya-foya dan bersuka ria.

C. Tidak meminum sesuatu yang cenderung atau kemungkinan besar memabukkan.

HUKUMAN KEPADA PEMINUM ARAK

Kita sedia maklum bahawa arak merupakan minuman yang memabukkan maka
hukumnya adalah haram. Maka bagi sesiapa yang meminumnya, hukuman hudud dikenakan
keatasnya dengan syarat si peminum mestilah seorang yang baligh, berakal, tahu
mengharamnya, pilihan sendiri bukannya dipaksa, bukan dalam keadaan darurat. Selain
daripada syarat ini ianya tidak akan dikenakan hukuman hudud melainkan minum minuman
yang memabukkan. Islam melarang umatnya daripada minum minuman yang memabukkan
hasil daripada perahan arak atau selain daripadanya kerana ianya banyak memberikan
kemudaratan kepada seseorang daripada kemasalahatan. Islam meletakkan syarat bahawa
setiap peminum arak akan dikenakan hukuman hudud kerana hukumnya adalah haram.
Mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanbali bersepakat bahawa hukuman hudud keatas
peminum arak sama ada diminum dalam kuantiti yang sedikit atau banyak, hasil daripada
perahan anggur ataupun bukan yang mendatangkan kemabukkan. Asas utama dalam
penghukuman ini ialah ia boleh memabukkan tidak kira bahan yang digunakan untuk membuat
arak tersebut. Mereka mengambil kaedah daripada ”‫ ’ما أسكر كثيرة فقيله حرام‬yang bermaksud apa yang

memabukkan sama ada banyak atau sedikit maka ianya tetap haram.

Manakala mazhab Hanafi berbeza pandangan mengenai had hukuman mengikut


kesalahan iaitu hukuman had minum dan had mabuk. ‘Had minum’ ialah hukuman apabila
seseorang minum tanpa mabuk manakala ‘had mabuk’ ialah hukuman yang dikenakan apabila
peminum itu mabuk disebabakan minuman yang memabukkan selain daripada arak. Mazhab
Hanafi berpendapat dikenakan 80 kali sebatan bagi peminum yang mabuk sama ada dalam
kuantiti yang sedikit atau banyak.

Iman Abu Hanifah membezakan kesalahan hudud kepada dua perkara, yang pertama
hudud minum manakala yang kedua hudud mabuk. Bagi kesalahan hudud minum ialah
kesalahan minum arak yang akan dikenakan hudud sama ada mabuk atau tidak. Bagi kesalahan
kedua ialah hudud mabuk dimana akan dikenakan hukuman hudud sekiranya didapati mabuk
kerana minum daripada minuman yang memabukkan kecuali arak. Menurut beliau prinsip
mabuk ialah apabila hilangnya kewarasan akal.

Semua fuqaha sependapat tentang hukuman bagi kesalahan minum arak yakni
dikenakan al-jald (sebat). Mereka hanya berselisih pendapat mengenai kadar hukumannya.
Menurut mazhab Iman Malik, Abu Hanifah dan Iman Ahmad had hukumannya sebanyak 80
kali sebatan. Manakala Iman Syafi’e mengatakan hadnya sekadar 40 kali sebatan. Sekiranya
dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali sebatan kerana pesalah tersebut patut disebat
sebanyak itu mengikut budi bicara hakim dan juga kerajaan. Oleh yang demikian, had hukuman
40 kali lebih baik manakala lebih daripada itu dianggap sebagai ta’zir. Hal ini berdasarkan
hadith yang diriwayatkan oleh Anas R.A yang bermaksud:

“Daripada Anas R.A sesungguhnya Nabi Muhammad telah menyebat orang yang
minum arak dengan pelepah kurma dan sandal, kemudian Abu Bakar menyebat 40 kali, dan
ketika Umar meminta pandangan orang ramai yang datang daripada perkampungan kemudian
beliau berkata : apa pandangan kamu mengenai pukulan bagi peminum arak? Kemudian Abdul
Rahman bin Auf berkata: Aku mengira bahawa kamu akan menjadikannya sebagai hukuman
hudud yang paling ringan. Maka Umar pun menyebat sebanyak 80 kali sebatan”. (Riwayat
Muslim).

Tindakan Umar tersebut menunjukkan bahawa sebatan yang melebihi 40 kali dipanggil
sebagai ta’zir berdasarkan hadith daripada Uthman RA yang bermaksud:

Maksudnya: Uthman RA memerintahkan al-Walid bin Uqbah bin Abu Muait disebat,
lalu dilakukan oleh Abdullah bin Jaffar RA, manakala Ali pun mengiranya. Apabila sampai
had bilangan 40 maka Ali memberitahu Abdullah supaya berhenti seraya berkata: Nabi
Muhammad menyebat sebanyak 40 kali, begitu juga dengan Abu Bakar tetapi Umar menyebat
sebanyak 80 kali. Semuanya adalah sunnah namun hukuman ini yang lebih aku suka.

Jumhur ulama mengatakan bahawa si peminum arak akan dikenakan hukuman


sebanyak 80 kali sebatan berdasarkan kepada penyataan Ali bin Abi Talib:

‫قال علي رضي الله عنه إنه إذا شرب سكر وإذا هذي وإذا هذي افتري وعلي المفتري ثمانين جلدة فأمر به عمر‬

.‫فجلد ثمانين‬

Bermaksud: Ali RA berkata: apabila seseorang meminum arak maka dia akan mabuk, dan
apabila dia mabuk maka dia akan meracau dan apabila dia meracau dia akan berdusta (menuduh
orang berzina) dan had ke atas tuduhan zina sebanyak 80 kali sebatan. Oleh itu Umar
memerintahkan supaya menyebatnya 80 kali sebatan.

Jumhur ulama menyamakan hukumun qazaf dengan minum arak yakni sebanyak 80
sebatan tetapi ulama Syafi’iyyah mengatakan hukuman kepada peminum arak atau minuman
yang memabukkan adalah 40 sebatan. Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri tidak
menetapkan bilangan mahupun kadar hukuman pada peminum arak semasa zamannya. Dalam
sebuah hadith daripada Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud
dan al-Tirmizi dikatakan bahawa:

‫عن أنس أن النبي صلي الله عليه وسلم كان يضرب في الخمر بالجريد والنعال أربعين‬

Bermaksud: Daripada Anas bin Malik: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memukul orang
yang meminum arak dengan menggunakan pelepah kurma dan sandal sebanyak 40 kali.

Berlaku perbezaan dalam menentukan had hukuman kepada peminum arak dalam
kalangan fuqaha kerana tiada dalil daripada al-Quran mahupun hadith Rasulullah SAW yang
menyebut tentang hadnya. Jumhur ulama mengambil kira pendapat dan juga pandangan Ali
bin Abi Talib kerana mereka berpendapat bahawa pandangan yang dikemukakan oleh Ali RA
telah disepakati oleh sahabat pada zaman Umar RA. Manakala ulama Syafi’iyyah berpandukan
kepada hadith Anas bin Malik dan pernyataan Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW dan
Abu Bakar mensabitkan hukuman sebat sebanyak 40 kali sebatan sahaja. Tetapi Syafi’iyyah
juga berpendapat sekiranya apabila hakim memandang terdapat kemaslahatan yang ada
diperoleh sekiranya dikenakan hukuman hudud sebanyak 80 kali maka ianya boleh
dilaksanakan. Penambahan hukuman ini bukan dipanggil sebagai hukuman hudud tetapi ianya
termasuk dalam hukuman ta’zir.

Dalam perlaksanaan hukuman hudud, mazhab Syafi’i menegaskan bahawa hukuman


ini merupakan hak Allah SWT maka setiap pesalah tidak boleh terlepas daripada hukumannya
sama ada di dunia mahupun di akhirat. Hukuman hudud juga tidak boleh digugurkan namun
boleh ditangguh atas sebab-sebab tertentu.

Keadah mensabitkan had hukuman kepada peminum arak

Kesalahan minum arak boleh disabitkan dengan hukuman hudud. Sekiranya terdapat
dua kaedah ini pada diri peminum arak maka wajib keatasnya hukuman hudud. Mazhab Syafi’e
berpendapat bahawa kesalahan minum arak boleh disabitkan dengan dua kaedah iaitu:

1. Dengan bukti

Peminum arak mestilah disaksikan oleh 2 orang lelaki muslim yang adil. Jika hanya
disaksikan oleh seorang lelaki dan 2 perempuan maka, ke atasnya tidak dikenakan hukuman
hudud kerana naqis

2. Dengan pengakuan

Si peminum arak mengaku bersalah atas tuduhan yang dikemukan keatasnya. Ia dapat
menjadi hujah tanpa perlu mengemukakan saksi. Hukuman akan terhalang sekiranya terdapat
syubhat.
Iman Abu Hanifah juga sependapat mengenai hal ini. Namun beliau menambah dalam
pengakuan pesalah iaitu pengakuan tersebut mesti dibuat dalam tempoh masa yang tertentu,
selama mana masih terdapat kesan bau arak pada mulut peminum tersebut.

Mazhab Maliki dan Iman Ahmad berpendapat bahawa bau minuman tersebut boleh
disabitkan dengan hukuman hudud tanpa perlu kepada syarat penyaksian saksi. Ini bermaksud
bahawa jika dua orang saksi hadir untuk memberi keterangan bahawa terdapat bauan pada
mulut pesalah atau salah seorangnya, ia boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan kesalahan
minum arak. Mereka juga berpendapat bahawa muntah arak juga boleh dijadikan pensabitan
dalam menjatuhkan hukuman hudud kepada pesalah.

Manakala mazhab Syafi’e, Hanafi dan Hanbali mereka berbeza pandangan


mengenainya. Menurut mereka, bauan arak tidak boleh dijadikan asbab bagi menjatuhkan
hukuman. Hai ini kerana kemungkinan wujud keraguan seperti dipaksa minum atau tidak
disengajakan. Jika terdapat sebarang keraguan mengenainya, maka hudud tidak boleh
dijatuhkan kerana wujudnya syubhat. Pendapat ini merupakan pendapat yang rajih dan benar.
Mereka juga sependapat bahawa muntah arak tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk
mensabitkan hukuman hudud berdasarkan kepdaa hujah yang sama.

HIKMAH PENSYARIATAN PENGHARAMAN ARAK

Allah SWT mengurniakan nikmat yang berbagai-bagai kepada manusia dan yang
paling utama ialah nikmat akal yang membezakan manusia, bahkan memuliakannya
berbanding dengan makhluk yang lain. Kestabilan hidup manusia sama ada sebagai individu
atau sebagai anggota masyarakat bergantung kepada kesempurnaan dan kekuatan akal. Semua
minuman yang memabukkan merosakkan akal dan menyebabkan manusia kehilangan banyak
faedah dan kelebihannya. Hal ini mengakibatkan jiwa mereka menjadi lemah, dikuasai oleh
hawa nafsu, timbul rasa benci-membenci dan persengketaan di kalangan orang Islam, sehingga
putus hubungan persaudaraan dan hilang rasa kasih sayang. Lebih dahsyat lagi, kesan minum
arak menghalang manusia mengingati Allah dan menjauhi mereka daripada rahmat, kurniaan
dan Ihsan-Nya (Mohamad Razif, 2017). Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan


dan kebencian di antara kamu, dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu
berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih
berdegil)?” (Surah al-Maidah: 91)

1- Menjaga Agama

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Orang yang beriman dan patuh pada suruhan agama, dia tidak akan sesekali mencuba
mendekati bahkan meminum arak.

Arak akan mencemarkan imej dan peribadi seseorang yang beragama Islam. Jelas-jelas Islam
melarang umatnya meminum arak. Arak juga akan menjejaskan dan menghalang daripada
kualiti solat seseorang. Bayangkan jika solat dalam keadaan mabuk, ia akan menganggu fokus
dan menyebabkan kehilangan akal yang waras. Serta terlupa rakaat, tersilap bacaan dan
merosakkan solat (Abdul Basit Abdul Rahman, 2012).

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu melakukan solat, sedang kamu dalam keadaan
mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan.” (Surah an-Nisa’ 4:43)

2- Menjaga Kesihatan Tubuh Badan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama
yang mudah diterima oleh akal yang sihat.” (Surah Al-A’la 87:8)

Selain itu, arak boleh menyebabkan kerosakan hati. Penyakit ini lebih banyak menimpa
kepada orang yang ketagih arak berbanding orang lain pada kadar enam atau lapan kali ganda.
Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan saluran darah tersekat. Terbuktilah bahawa arak
menyebabkan banyak masalah dan penyakit kepada tubuh badan. Oleh itu, pengharaman arak
menjadi antara satu langkah awal yang tepat untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita
daripada penyakit yang berbahaya (Abdul Basit Abdul Rahman, 2012).
3- Menjauhi Pembaziran

Meminum arak akan menyebabkan banyak kerugian dan pembaziran. Ketagihan yang
melampau akan memberi kesan kepada kewangan. Sebuah majalah di Britain menganggarkan
bahawa kerugian kewangan akibat alkohol dari segi masalah perubatan adalah 640 juta pound
dalam setahun. Kerugian keseluruhan akibat daripada minuman memabukkan dianggarkan
sebanyak 20,000 juta pound sterling dalam setahun. Menurut sebuah buku mengenai perubatan
pula melaporkan masalah di Amerika, bahawa kerugian negara Amerika akibat kekurangan
produktiviti dan kehilangan pekerjaan akibat minuman arak melebihi 71 juta dolar setahun.
Hikmahnya Allah mengharamkan arak. Arak telah menyebabkan pelbagai kesan buruk yang
akan menjejaskan sesebuah negara. Sesungguhnya Allah maha mengetahui mana yang baik
bagi hamba-Nya (Abdul Basit Abdul Rahman, 2012).

4- Menjaga Keselamatan Diri, Keluarga dan Negara

Akal akan menjadi tidak waras apabila arak diminum dalam jumlah yang tertentu.
Disebabkan itu, sesetengah tingkah laku dan perbuatan dilakukan tanpa sedar dan tidak
terkawal. Banyak kesan buruk yang akan menimpa keluarga dan masyarakat khususnya.
Penderaan isteri dan anak-anak, kes rogol, kes kemalangan yang boleh membawa maut dan
pelbagai kesan yang membimbangkan (Abdul Basit Abdul Rahman, 2012).

KESIMPULAN
Kesimpulannya, perbuatan meminum arak adalah perbuatan yang haram sama ada
daripada perahan anggur atau seumpamanya seperti kismis, beras dan barli serta dilarang
sekeras-kerasnya di dalam Islam. Arak diharamkan untuk diminum sebagaimana yang
dijelaskan dalam dalil-dalil nas al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran menyatakan bahawa minum
arak diharamkan dan dianggap sebagai amalan syaitan serta mendapat dosa. Sepertimana
pengertian perkataan arak itu sendiri yang bermaksud menutupi, iaitu menutupi akal manusia,
maka jelaslah bahawa arak keburukannya lebih banyak berbanding kebaikannya malahan
memberi kesan yang buruk kepada akal fikiran kerana dapat menghilangkan kewarasan
pemikiran peminum arak. Arak juga merupakan illah kepada kerosakan yang berlaku di muka
bumi ini kerana kesannya yang memabukkan yang dapat menghalang diri kita untuk berfikir
secara waras. Dengan melakukan kemungkaran ini, umat Islam bukan sahaja boleh kehilangan
petunjuk daripada Allah SWT tetapi mereka juga kehilangan rahmat di samping mendekati
langkah syaitan. Oleh itu, tidak dinafikan lagi bahawa arak merupakan ibu kepada kejahatan
yang memandu umat Islam ke lembah kekufuran. Bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

‘Setiap bahan yang memabukkan adalah haram’. (Riwayat al-Bukhari)


RUJUKAN

Dr. Muhammad Fathi Yusof. 2014. Kesesuaian Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam
diMalaysia.
https://www.researchgate.net/publication/266912531_KESESUAIAN_PERLAKSAN
AAN_UNDANG-
UNDANG_JENAYAH_ISLAM_DI_MALAYSIA_Oleh_Dr_Muhammad_Fathi_Yus
of [27 November 2020].
Dr. Abdul Basit Abdul Rahman. 2012. Keindahan Islam: Hikmah-hikmah di Sebalik
Pensyariatan. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
Latifah Mohd Noor, Siti Rubaini Mat, Norhakimah Dhiaudin & Afif Arifin. 2018. Alkohol:
Definisi, Pengharaman, Metabolisme dan Kegunaannya. The Malaysian Journal of
Islamic Sciences 23: 98-114.

Majlis Agama Islam Selangor. 2015. Hudud Satu Penjelasan. Selangor: Perpustakaan Negara
Malaysia.

Mohammad Shahrizal Nasir. 2020. Pemabuk Bawa Malang. Harian Metro, 27 Oktober: 20.

Mohamad Razif. 2017. Bayan Linnas Siri ke-117: Hindari Bahaya Arak.
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/659-bayan-linnas-siri-ke-116-hindari-
bahaya-arak [30 November 2020].

Mokrane Guezzou. 2008. Asbab Al-Nuzul by Ali ibn Ahmad Al-Wahidi. Amman, Jordan:
Royal Aal al-Bayt Institute For Islamic Thought.
Muhammad al-Khudri. 1964. Tarikh al-Tashri‘al-Islam. Ed. ke-6. Al-Qahirah: Maktabah al-
Tijariyyah al-Kubra.
Paizah Ismail. 2012. Pelaksanaan Diyat Dalam Kerangka Perundangan Di Malaysia: Cabaran
Fiqh Semasa. Jurnal Fiqh 9: 1-20.
Paizah Haji Ismail. 2007. Kedudukan Mazhab Syafi’i dalam Undang-Undang Jenayah Islam
di Malaysia. Jurnal Fiqh 4: 237-250.

Shazana Binti Muhamed Sa’ad. 2009. Pengharaman Arak Mengikut Kaedah Usul Fiqh.
https://id.scribd.com/doc/21334064/Pengharaman-Arak-Mengikut-Kaedah-Usul-Fiqh
[27.12.2020].

Setiyawan Gunard. 2018. Arak dan Minuman-minuman yang Memabukkan Menurut


Pandangan Ulama’ Empat Mazhab dan Fatwa. Malaysian Journal of Syariah and Law
7: 61-70.

Anda mungkin juga menyukai