Anda di halaman 1dari 18

HIS 3063: AL-FIQH AL-ISLAMI I TAJUK TUGASAN

KENAJISAN ARAK

KUMPULAN

KLTN 11 (A112 PJJ)


DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO.ID

NO. TELEFON

AFANDI BIN IBRAHIM

D046884

019-9327731

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.ZANARIAH BINTI NOOR TARIKH SERAH: 28/04/2012

SI KANDUNGAN Perkara Isi kandungan Penghargaan Pengenalan Pengertian arak dan alkohol Mabuk Kesimpulan Refleksi Rujukan Muka surat 2 3 4 5 - 10 11-15 16-17 18 19

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya saya telah dapat menyempurnakan tugasan ini. Saya mengetahui bahawa tugasan ini kurang memuaskan bagi Dr.Zanariah binti Noor, tetapai saya berharap semoga Dr. dapat menerima dengan baik. Harapan saya semoga setiap tugasan yang diberi kepada saya akan saya lakukan dengan baik. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr.Zanariah binti Noor dan rakan-rakan sekumpulan yang telah banyak membimbing, memberi panduan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Walau sibuk dengan tugasan saya iaitu, menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran namun tanggungjawab perlu dilaksanakan demi mencapai cita-cita saya selama ini sebagai seorang pendidik yang berjaya untuk membentuk dan mendidik anak bangsa demi memertabatakan bidang pendidikan. Dalam usaha mengejar impian ini, tidak lupa saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya kerana mereka memahami dengan tugas saya sebagai seorang guru dan sedang melanjutkan pelajaran. Mereka juga telah banyak membantu dan memberi semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga saya ingin tujukan kepada pensyarah sebab telah banyak memberi bimbingan kepada saya walaupun tidak sekali bersua secara langsung. Namun beliau telah banyak memberi tunjuk ajar melalui sistem pendidikan jarak jauh. Tidak lupa saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan kerana sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini, terutamanya buat keluarga yang tercinta. Jutaan kemaafan dipohon atas segala kekurangan dan kesilapan yang ada. Sekian, terima kasih. Wassalam. Soalan:

Kenajisan Arak Pengenalan Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh kerana itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.Penggunaan alkohol atau arak dalam masakan tidak dibenarkan dalam Islam. Ini kerana hukum arak adalah haram dan ia tergolong dalam kategori najis. Larangan ini berdasarkan firman Allah s.w.t: Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) (rijsun) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak, judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Surah al-Maidah ayat 90-91)

Eksperimen dua kumpulan di atas dalam rancangan televisyen bukan menjadi alasan untuk tidak mematuhi larangan Allah berkaitan arak.Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol 4

sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maaidah : ayat 90) [1]

Pengertian arak dan alkohol Penetapan hukum syarak bertujuan supaya manusia dapat menjalani kehidupan yang harmoni dan mentadbir muka bumi ini dengan keredhaan Allah serta kebahagiaan dunia dan akhirat. Hukum dan undang-undang yang Allah tetapkan kepada manusia adalah lengkap dengan meliputi akhlak, ibadat, muamalat, politik, dan sosial. Hal tersebut kerana Allah mencipta manusia dan amat mengetahui keperluan mereka. Dalam hal itu segala peraturan agama dan hukum yang datang daripada Allah dinamakan hukum syarak. Perbahasan yang berkaitan hukum syarak dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu hakim, hukum, mahkum fih dan mahkum alayh. (Abd Latif Muda 1997 : 14) Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.(Surah Al- Maidah ayat 90)

Dalam Qanun jenayah syariyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:

Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka. :Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.
i.

Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates) 6

ii.

iSintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Websters Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17).Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.Kenajisan arak :

Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam-Imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafiei, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah, arak adalah najis berdasarkan firman Allah s.w.t.: Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batang batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah ayat 90) Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah najis juga hukumnya.Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak, sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak memabukkan.Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada

seorang ulamapun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah. Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair. Maksudnya setiap yang memabukkan lagi cair.Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi rahimahullah di atas berkata: "(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan. Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal. Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi: (Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak. Hukum alkohol daripada arak. Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis tanpa ada keperluan yang syari adalah haram hukumnya sebagaimana kata Ibnu Hajar rahimahullah: "Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syari)"Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada arak kerana ia adalah najis.Bukti bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak (khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:1) Syahadah (kesaksian)

2) Ikrar (pengakuan) Contohnya: Biarlah urusan jual beli arak diuruskan oleh rakan sekerja yang bukan Muslim. Apabila dikatakan harus bekerja di kedai yang arak hanya sedikit peratusnya, tahap kedua juga perlu dijaga. Andaikan ada pelanggan ingin membeli minuman arak, maka masalah akan timbul ketika itu. Jika kita bekerja sebagai juruwang, kita yang jual menjual arak tersebut. Ini sudah termasuk dalam tegahan Nabi saw. Kes yang sama berlaku dalam syarikat pengiklanan. Syarikat pengiklanan membuat segala jenis iklan berdasarkan tempahan pelanggan. Ada kilang arak ingin mempromosikan arak dan menggunakan khidmat syarikat iklan. Jika pemilik syarikat iklan adalah Muslim, hendaklah ditolak walaupun lumayan kerana ini juga dianggap maksiat. Namun jika syarikat milik bukan Muslim, maka amat wajar kerja berkaitan pengiklanan arak itu diberikan kepada pekerja bukan Muslim. Oleh itu, tidak salah bekerja di syarikat iklan tersebut. Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Saksisaksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi itu semuanya terdiri dari orangorang perempuan atau seorang lelaki berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan. Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia. Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti

mana racun. Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu, adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis? Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin Ali radhiallahu anhuma meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah shallallahu alaihi wasallam yang bersabda maksudnya : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu." (Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasai, Ahmad dan ad-Darimi) Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan membawa kepada melakukan perkara yang haram.Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada an-Numan bin Basyir radhiallahu anhu:Maksudnya: "Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka) dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara yang syubhat (maka)jatuhlah dia ke dalam perkara haram."(Hadis riwayat Muslim) Mabuk

10

Mabuk ialah keadaan akal yang tidak lagi berfungsi waras dengan sebab minum arak dan setiap sesuatu yang menyamai arak sehingga ia sedar dan tahu keadaannya yang mabuk. Seseorang yang mabuk bolehlah dibahagikan kepada dua keadaan iaitu pertama, mabuk dengan cara yang harus (mubah) iaitu seseorang yang minum sesuatu yang memabukkan kerana terpaksa, atau dipaksa atau dengan sebab tidak tahu sesuatu itu boleh memabukkan, atau minum ubat dan membuatkannya mabuk atau sebagainya. Hukumnya adalah seperti hukum seseorang yang pengsan. (Ibid : 99-100) Kedua, mabuknya seseorang dengan pilihannya sendiri. Apakah dia bertanggungjawab secara sempurna atau tidak? Maka dalam hal ini, terdapat dua pendapat di kalangan fuqaha tentang akad dan perbuatannya itu. (Muhammad Abu Zahrah 1994 : 521-522). Tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak telah pun wujud didalam hukum Islam sepertimana yang termaktub didalam hadith-hadith Nabi Muhammad saw yang cukup banyak, antaranya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka. ( Riwayat Abu Daud) Nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali. (Riwayat Muslim) Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampung dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang

11

paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan. ( Riwayat Muslim dan Abu Daud) Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah pun diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Nabi Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Islam mendahului sains moden.Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan, kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol yang boleh menjadi pilihan kita.Menurut jumhr (majoriti) ulama yang terdiri daripada imam-imam mazhab yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama Rahimahumullah arak itu adalah najis berdalilkan firman Allah: (Al-Majm: 2/581) Tafsirnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengadu nasib dengan batang-batang anak panah, adalah

12

(semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Midah: 90) Oleh kerana arak itu menurut jumhr ulama adalah najis, maka alkohol yang terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu mana-mana minyak wangi yang bercampur dengan alkohol yang dikeluarkan (extract) daripada arak atau mana-mana minuman yang sifatnya memabukkan adalah najis juga hukumnya.Ini bermaksud bahawa kenajisan alkohol itu adalah bertolak dari sebab kenajisan arak yang sifatnya sebagai minuman yang memabukkan. Dengan itu dapat difahami bahawa semata-mata alkohol bukanlah najis selama mana ia tidak diambil (extract) daripada arak atau mana-mana minuman yang memabukkan, kerana tapai pun menurut pakar ada mengandungi alkohol, tetapi ia tidak diharamkan kerana tidak memabukkan dan bukan pula dihasilkan atau diambil (extract) daripada arak. Begitu juga dengan alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) yang mana sifatnya seperti racun lagi sangat memudharatkan, ia adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang memudharatkan di mana tidak ada seorang ulama pun yang menghukumkannya sebagai najis ainiyyah. (Ahsan al-Kalam fi al-Fatwa wa al-Ahkm: 1/220). Imam an-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair: Ertinya: Setiap yang memabukkan lagi cair. (Mughni al-Muhtj: 1/77). 1) Pendapat pertama : Orang yang mabuk itu dikenakan hukuman secara sempurna atas perkataan dan perbuatannya. Jadi, akad yang dilakukannya tetap berlaku. Talak yang dilafaznya akan gugur dan dia akan diqisas atau dihukum had apabila dia

13

melakukan perbuatan jenayah yang mewajibkannya dihukum dengan hukuman tersebut. Hal ini merupakan risiko di atas perbuatannya sendiri iaitu mabuk atas kehendaknya sedangkan ia mengetahui kesan dan akibat mabuk.

2) Pendapat kedua : Orang yang mabuk yang tidak sedar akan perkataannya. Maka akad yang dilakukannya adalah tidak sah kerana asas sah akad adalah dengan kerelaan. Begitu juga, dia tidak dikenakan hukuman yang boleh digugurkan kerana adanya unsur syubhat seperti qisas dan had. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Tolaklah had itu dengan kesamaran (syubhat) selama mana kamu mampu. Di antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana lemahnya iman, kurang jati diri serta kecetekan akal fikiran serta bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah. Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan akhlak yang buruk tanda lemahnya iman. Padahal iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah berfirman: Siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah mengerjakan amal-amal saleh, maka baginya darjat yang mulia. (Taha: 75)

14

Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, seseorang manusia itu yang dikatakan mukallaf ialah apabila ia mampu memahami dengan akal fikiran waras segala khitab Allah dan segala perbuatannya boleh dihukumi untuk diterima atau ditolak serta mampu menerima bebanan tanggungjawab, kewajipan dan hak-hak ke atasnya dan ke atas orang lain. Arak, judi dan rasuah, tiga kombinasi yang kita ketahui sebagai parasit masyarakat yang kini semakin membarah di dalam masyarakat yang berbilang kaum Ketiga-tiga perkara yang dibenci di sisi Allah ini menjadi kesukaan hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini. Marilah kita melihat satu persatu fenomena yang melanda masyarakat kita kini. Pertama, arak. Apakah yang dimaksudkan dengan arak? Arak boleh dedifinisikan sebagai minuman yang memabukkan. Manakala di dalam Bahasa Arab, arak dinamakan khamar, berasal dari perkataan khamara yang bererti menutupi. Mabuk, hilang akal fikirannya serta tertutup jalan kebenaran terjadi kepada seorang peminum arak. Hukum meminum arak adalah haram, samada sedikit ataupun banyak, tidak kira jenisnya. Dari Aisyah r.a, katanya: Rasulullah S.a.w pernah ditanya tentang sejenis minuman keras yang dibuat dari madu, bernama biti. Beliau berkata: Setiap minuman yang memabukkan adalah haram (terlarang). (Sahih Bukhari). Ketiga-tiga perkara ini mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Perkara-perkara inilah yang menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung, parasit-parasit ini akan terus membiak dan menjadi

15

barah kepada generasi akan datang dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Ini kerana, perkara-perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini. Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.

16

REFLEKSI

Alhamdulillah, akhirnya tugasan

kerja kursus ini berjaya saya

siapkan.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya mendapat bantuan dan kerjasama daripada banyak pihak terutama rakan sepasukan dan pensyarah pembimbing serta melalui forum yang saya layari telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Segala kesukaran dan masalah serta tuntutan waktu akhirnya dapat diatasi dengan sokongan rakan-rakan dan ahli keluarga yang amat memahami situasi yang terpaksa dilalui sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kursus Al-fiqh Al- Islami I (HIS 3063) ini merupakan satu mata pelajaran yang memerlukan kefahaman serta kajian yang amat terperinci dan mendalam , terutama bagi memahami dan mengingati serta menjadi sumber rujukan yang amat berfaedah terutama dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah . Kursus ini telah memberi peluang kepada saya untuk menyelesaikan persoalan mengenai persaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kursus ini telah banyak member manfaat dan menambahkan lagi pengetahuan yang amat berguna . Tugasan ini benar-benar memberi kesedaran dan keyakinan kepada saya bahawa proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan mudah sekiranya seseorang guru itu menguasai dalam aspek ilmu pengetahuan. Diharapkan segala ilmu yang dipelajari

17

melalui Kursus ini mampu saya manfaatkan dengan sebaiknya dalam mendidik anak bangsa .Sekian.

Rujukan

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zain. 1997. Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd

Abd Wahhab Kallaf. 1995. Ilmu Usul Fiqh Wa Khalasah At-Tasyri Al-Islami. Darul Fikir Al-Arabi.

Abd Karim Zaidan. 2006. Al-Wajiz fil Usul Fiqh. Lebanon : Resalah Publishers.

Baharum Abu Bakar. Sumber-sumber Hukum Islam. 1984. Risalah Bandung.

18

Anda mungkin juga menyukai