Anda di halaman 1dari 5

CONTENT PAGE

PENDAHULUAN 1
TAFSIR AYAT 2-3
ARAK 4-5
BERJUDI 5-6
BERHALA 6-7
TILIK NASIB 7-8
KESIMPULAN 9
RUJUKAN 10

1.0 ARAK
Arak ialah minuman yang mengandungi alkohol yang mana akan menyebabkan
mabuk dan ketidakwarasan akal kepada peminumnya. Dalam bahasa Arab arak dinamakan
khamar, berasal dari perkataan khamara yang bermaksud menutupi. Seseorang yang minum
arak atau khamar, biasanya akan mabuk, hilang akal fikirannya, tertutup jalan kebenaran, dan
seseorang itu akan lupakan dirinya dan melupakan Allah.

Al-Quran jelas menyatakan bahawa arak itu haram walaupun ayat larangan
diturunkan secara berperingkat kerana pada awal perkembangan Islam, ia merupakan budaya
dalam kalangan masyarakat Arab untuk meminum arak. Ada sebuah riwayat daripada Al-
Haris yang telah mendengar Saidina Osman RA berkata:

Jauhilah arak. Sesungguhnya ia adalah ibu segala maksiat. Dahulu, ada seorang lelaki
yang sangat kuat ibadah. Lalu, ada seorang perempuan (penzina) yang amat tertarik
kepadanya. Perempuan itu telah menghantar seorang hamba perempuan untuk memanggil
ahli ibadah itu datang ke rumah.

Hamba itu berkata: “Kami mahu menjemput engkau untuk menjadi saksi.”

Lalu, ahli ibadah itu bersetuju dan mengikut hamba itu. Apabila sampai, dia
memasuki beberapa pintu yang ditutup satu demi satu. Kemudian, dia bertemu dengan
seorang wanita yang cantik. Di sebelahnya ada seorang kanak-kanak dan sebekas arak.
Wanita itu berkata: “Demi Allah! Aku menjemputmu bukan untuk menjadi saksi. Aku
menjemputmu agar engkau bersetubuh denganku atau engkau boleh pilih untuk minum arak
atau engkau perlu membunuh kanak-kanak ini.”

Ahli ibadah itu berkata: “Berilah aku minum arak ini segelas.”

Lalu, dia diberikan minuman itu. Kemudian, beliau berkata lagi: “Tambahkanlah
untukku.”

Dia tidak berhenti minum sehingga akhirnya dia berzina dengan itu dan membunuh
pula. Oleh itu, jauhilah arak kerana demi Allah, sesungguhnya iman tidak dapat menyatu
dengan khamar (arak) dalam dada seseorang melainkan harus keluar salah satunya.”

(Hadis Riwayat An-nasai, no. 5669. Disahihkan oleh Al-Hafiz Abu Tahir).

Larangan dalam Islam bukan bererti kita dikongkong tapi demi menjaga diri dari
terjeremus dalam kebinasaan dan kerosakan. Selain itu, alkohol juga boleh menyebabkan
kita berada dalam keadaaan tidak waras yang mana boleh menyebabkan banyak perkara yang
tidak diingini berlaku.

Dari segi bahasa, lafaz ‫ الخَم ُر‬dari ‫ خم ُر‬yang bermaksud ‘penutup’. Maka dengan itu,
dari sini kita boleh tahu sifat arak itu yang menutup minda dan akal manusia. Apabila
diminum, boleh jadi mabuk sampai akal tidak tahu apa yang mereka buat dan apa yang
dikatakan oleh mulut mereka.
Allah SWT berfirman: “Dan daripada kurma dan anggur, kamu jadikan daripadanya
minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.” (An-Nahl: 67).

Rasulullah juga mengingatkan pengharaman arak bukan setakat minum, tetapi 10


golongan yang akan dilaknat Allah adalah orang yang memerah, meminta diperahkan arak,
minum, membawa dan menghantar, menuangkannya, menjual, membeli, makan hasil
jualannya serta meminta dibelikan minuman itu.

Dalam Qanun jenayah syariah, seseorang yang telah disabit kesalahan minum arak
atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada peminum mabuk atau tidak, wajib
dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat dan tidak tidak kurang dari 40 kali
sebat. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah yang diriwayatkan daripada Ali bin
Abi Thalib yang bermaksud:

”Rasulullah telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat dan
Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga dan Saidina Umar menyebat
sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah dan inilah yang paling aku
suka”.

Setiap perkara yang dilarang Allah pasti ada sebabnya dan kebaikannya kepada kita.
Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. Sebagai contoh mengapa Allah melarang kita
untuk minum minuman keras adalah kerana arak mempunyai pelbagai keburukan antaranya
keburukan terhadap badan. Seperti yang kita tahu arak mengandungi alkohol yang mana
merupakan bahan kimia yang boleh menyebabkan radang, arak boleh menyebabkan kesan
terbakar pada organ-organ apabila alkohol melaluinya.

Selain itu, minum arak bukan sahaja memberi kesan buruk kepada individu itu sendiri
malahan akan memberi kesan kepada keluarga perlaku itu juga kerana wang perbelanjaan
keluarga dihabiskan semata-mata untuk munurut kehendak hawa nafsu ketagihan arak. Ia
akan menjejaskan kehidupan aman rumahtangga keluarga apabila suami isteri bergaduh
kerana wang yang juga akan menyebabkan anak-anak stress.

Di samping itu, minum arak juga memberi kesan besar kepada masyarakat. Ini adalah
kerana peminum arak akan, hilang pengawalan terhadap diri sendiri dan juga orang-orang
yang berada di sekitarnya. Pengaruh alkohol yang berbahaya kepada saraf-saraf otak di mana
boleh mengakibatkan seseorang peminum itu tidak mampu mengendalikan dirinya sendiri,
tingkah lakunya dan hilang rasa malu. Maka dengan itu, peminum akan hilang
ketidakwarasan diri dan jauh dari nilai-nilai akhlak dan timbul pula keberanian untuk
melakukan tindakan-tindakan negatif terhadap orang lain. Antaranya timbulah permusuhan
dan kebencian di kalangan rakan dan masyarakat sekeliling. Keamanan dan keselamatan
masyarakat akan tergugat apabila terjadinya perkara-perkara sumbang.

Anda mungkin juga menyukai