Anda di halaman 1dari 15

TAJUK FOLIO

ALKOHOL

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA : RAYN RAEES BIN SYARIZAL


KELAS : 4 SAPPHIRE
NAMA GURU : CIKGU ASRAM
ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1. 1.0 Pengenalan 1
2. 2.0 Definisi alkohol 2
3. 3.0 Kesan Pengambilan Alkohol 3-11
 Menyenaraikan jenis alkohol serta contoh
 Menghuraikan faktor / punca
pengambilan alkohol
 Menerangkan cara menangani masalah
pengambilan alkohol berlebihan
 Menerangkan cara untuk berhenti
pengambilan alkohol berlebihan

4. 4.0 Kesimpulan 13

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban


untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” (Q. S. Al-Ma’idah : 90).
PENGENALAN

Arak yang juga dikenali sebagai “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud
minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir
dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Tetapi, untuk yang bersara pada kawasan yang sejuk, contohnya kawasan Eropah, arak kerap
digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh
mengekalkan kesihatan. Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah
mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara,
penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya terutamanya
kepada kanak-kanak.

“Minumlah itu (juice) selagi ia belum keras.” Sahabat-sahabat bertanya:


Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi.
(H.R. Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).
DEFINISI ALKOHOL

Alkohol

Ia sering dipakai untuk menyebut etanol, yang juga disebut grain alcohol ;dan untuk minuman
yang mengandungi alkohol. Hal ini disebabkan kerana memang etanol yang digunakan sebagai
bahan dasar pada minuman tersebut, bukan metanol, atau grup alcohol lainnya. Begitu juga
dengan alkohol yang digunakan dalam dunia farmasi. Alkohol yangdimaksudkan adalah
etanol. Sebenarnya alkohol dalam ilmu kimia memiliki pengertian yang lebih luas lagi. Dalam
kimia, alcohol (atau) alkanol) adalah istilah yang umum untuk senyawa organik apa pun yang
memiliki gugus hidroksil(-OH) yang terikat pada atom karbon, yang ia sendiri terikat pada
atom hidrogen atau atom karbon lain.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban


untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” (Q. S. Al-Ma’idah : 90).
KESAN PENGAMBILAN
ALKOHOL
Kesan minum arak dan alkohol. Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga
mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi
dadah dan racun kepada badan kita malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang
tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol
bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa.

- Kesan jangka pendek

Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi ,
ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar
(slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.

- Kesan jangka panjang

i. Ketagihan

Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah saperti berikut:


i. Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan
yang sama (toleran).
ii. Aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol.
iii. Sindrom tarikan (withdrawal syndrome) akan timbul apabila individu berhenti atau kurang
mengambil alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh yang lama. Antara
tanda-tanda “withdrawal” adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian (‘craving’) untuk
mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila (psikosis), sawan dan meracau. Kesan
sindrom tarikan ini juga boleh membawa maut.
3

“Minumlah itu (juice) selagi ia belum keras.” Sahabat-sahabat bertanya:


Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi.
(H.R. Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).
Kesan-kesan alkohol kepada remaja

Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan
mempengaruhi proses pertumbuhan dan pembangunan para remaja tersebut. Diantara kesan
negatif tersebut adalah:

i. Terhadap kesihatan

Berbagai masalah kesihatan yang dibincangkan di atas juga akan terjadi kepada para remaja
yang terlibat dengan pengambilan alkohol. Oleh kerana pengambilan dimulakan pada
peringkat umur yang muda, sudah tentu dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan
kesihatan remaja akan lebih teruk.
i. Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada
pelajaran.
ii. Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan
memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
iii. Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah kenakalan /
‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang bgermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif
yang lain.
iv. Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan mendorong
pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, saperti mencuri dan lain-lain.

4
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban
untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” (Q. S. Al-Ma’idah : 90).
MENYENARAIKAN
jENIS ALKOHOL SERTA
CONTOH

1. Wine - Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan


khususnya anggur

2. Beer/Ale - Hasil fermentasi gandum atau barley

“Minumlah itu (juice) selagi ia belum keras.” Sahabat-sahabat bertanya:


Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi.
(H.R. Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).
3. Wiski - Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli

4. Brandy - Sejenis arak yg dihasilkan hasil penyulingan wine

5. Cocktail - Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi


minuman beralkohol (istilah international).

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban


untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” (Q. S. Al-Ma’idah : 90).
6. Cider - Hasil fermentasi epal

7. Rum - Hasil fermentasi tebu

8. Tuak - Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)

“Minumlah itu (juice) selagi ia belum keras.” Sahabat-sahabat bertanya:


Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi.
(H.R. Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).
Menghuraikan faktor atau
punca pengambilan alkohol

Punca atau faktor-faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan minuman keras di


antaranya adalah seperti berikut:

Pertama adalah dasar hubungan diantara orang tua (orang dewasa). Di sini remaja
cenderung meniru orang tua mereka dalam aspek kehidupan adalah pengaruh kuat pada remaja
dalam penggunaan alkohol. Ini adalah melihat pada dasar perhubungan antara orang dewasa
dan individu remaja. Justeru itu remaja remaja lebih cenderung meniru orang dewasa dalam
setiap aspek kehidupan dalam mencari identiti sebagai seorang remaja yang hendak melangkah
kea lam dewasa.

Aspek kedua penting dalam menyumbang faktor penyalahgunaan minuman ini adalah
berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya pada masa remaja sangat
dominan. Kelompok rakan sebaya keperibadian seseorang dalam cara besar, terutama ketika
ada kurangnya dukungan dari keluarga. Alasan yang sering digunakan oleh para remaja
terhadap minuman alkohol adalah dengan alasan seperti rasa ingin tahu, percubaan
mengidentifikasi diri dengan kelompok tertentu, perlu untuk menetapkan identiti terpisah atau
psikologis dan emosional, kemerdekaan, untuk menghilangkan kebosanan sebagai bahagian
dari sindrom merasa baik ,releksasi, dorongan untuk diri percaya diri, untuk komunikasi yang
lebih baik dengan lawan jenis untuk mendapatkan rasa dewasa.

8
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban
untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” (Q. S. Al-Ma’idah : 90).
Ketiga ialah krisis kejiwaan,pada mulanya ia menggunakan arak agar menghilangkan
tekanan jiwa, tetapi tanpa disedari pengambilan arak yang seterusya akan menekan jiwanya
kerana kerana sudah tidak dapat dikawal lagi yang pada mulanya adalah dianggap sebagai
penawar akan tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya seperti dirinya terjebak dalam ketagihan
arak.

Keempat ialah antara perkara lain yang mendesak seseorang untuk meminum arak
adalah disebabkan oleh perasaan emosi yang negatif berpunca daripada kurangnya kasih
sayang ibubapa malah ada diantaranya yang memiliki egoistik ingin mencampakkan dirinya
sebagai seorang yang sudah dewasa dan mendeklarasikan kemerdekaan mereka (remaja)
dengan cara meminum arak atau alkohol.

“Minumlah itu (juice) selagi ia belum keras.” Sahabat-sahabat bertanya:


Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi.
(H.R. Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).
MENERANGKAN CARA MENANGANI
MASALAH PENGAMBILAN ALKOHOL

PENAGIHAN BAGI PEMINUM ARAK (ALKOHOL)

MEMERLUKAN RAWATAN BERIKUT:

Kecendurungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan lelaki dan wanita adalah 4
kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Oleh itu ketagihan alkohol ini boleh
diwarisi. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara
yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Ada
dua jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai
Antabus. Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum
alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone, ia menyekat keinginan untuk
meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.

Justeru itu, seseorang individu perlu menjaga kesihatan dan memelihara dir agar aspek
kesihatan dari segi fizikal dan psikologikal sihat daripada sebarang kesan yang serius akibat
daripada penyalagunaan alkohol. Oleh yang demikian terhadap pepatah yang mengatakan ,
Menghindari lebih baik daripada mengubati.

10

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban


untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” (Q. S. Al-Ma’idah : 90).
CARA-CARA UNTUK BERHENTI
MEMINUM ARAK
Di sini terdapat beberapa langkah bagi membantu

individu untuk berhenti meminum arak di antara

langkah-langkah tersebut adalah:

1. Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih
alKohol dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum.
2. Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol
(kelab malam, majlis tari menari,dan parti) sehinggalah anda boleh mengawal diri
anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah jus, soda atau
kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu.
3. Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis
mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti, anda boleh mencari rakan
baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda.
4. Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi atau
bantu diri untuk menguatkan pendirian anda.
5. Pengawasan ibu bapa adalah penting agar anak-anak mereka tidak terjebak dalam
gejalah yang negatif ini. Dengan menyiasat dengan siapa anak-anak mereka berkawan
dan sebagainya.
6. Ketahuilah had dan batas anda dan kekalkan prinsip anda.
7. Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil
bereat tentang diri anda. Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan
mengelakkan diri dan mengambil alkohol.
8. Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi,senaman,aktiviti
fizikal dan menonton wayang).

11

“Minumlah itu (juice) selagi ia belum keras.” Sahabat-sahabat bertanya:


Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi.
(H.R. Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).
9. Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda
kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat.
10. Kuatkanlah pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan dan
penyalahgunaan alkohol.

12
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban
untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.
Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.” (Q. S. Al-Ma’idah : 90).
Kesimpulan

Allah Taala mengharamkan arak disejajarkan dengan judi, penyembah berhala dan
bertenung nasib kerana ia merupakan dosa besar yang dikutuk oleh Allah. Dan ia amat kotor
dan hina. Menjauhi minumam-minuman keras adalah kunci keselamatan diri, agama,
masyarakat dan seluruh kehidupan, sebaliknya melakukan perbuatan ini bererti kerugian,
kemeleretan dan punca permusuhan dan kebencian. Oleh itu, cara yang paling tepat untuk
menghilangkan ketagihan minum minuman keras ini ialah denga cara mempertebalkan iman,
berlaku sabar dan menjalankan ibadah sembayang kerana sembayang itu adalah tiang agama
dalam mengigati Allah Taala. Maka apa yang nyata bahawa minuman keras (arak) adalah
penyakit dan bukannya ubat. Dari itu jauhilah supaya kita beroleh keamanan dan kebahagiaan
dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk. Penyalahgunaan alkohol yang


berpunca dari banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu pihak
hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga
dianggap musuh utama Negara. Kita perlu insaf bahawa dadah boleh membebankan keluarga
dan Negara. Akhirnya kita haruslah terus memerangi dadah agar masyarakat kita tidak menjadi
lemah.

13

“Minumlah itu (juice) selagi ia belum keras.” Sahabat-sahabat bertanya:


Berapa lama ia menjadi keras? Ia menjadi keras dalam tiga hari, jawab Nabi.
(H.R. Ahmad diriwayatkan dari Abdullah bin Umar).

Anda mungkin juga menyukai