Anda di halaman 1dari 4

UNIVERSITI ISLAM MELAKA

FAKULTI UNDANG-UNDANG, GOVERNAN HUBUNGAN ANTARABANGSA


IJAZAH SARJANA MUDA PERUNDANGAN SYARIAH

SUBJEK DAN KOD:


PSIKOLOGI UNTUK GOLONGAN PROFESIONAL (WUP 3013)

TUGASAN:
TUGASAN INDIVIDU (REFLEKSI)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. SITI MARHAMAH BINTI KAMARUL ARIFAIN

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD LUQMAN HAQIEM BIN MOHD RUSLI (B2210052)

1
Sepanjang saya melakukan tugasan mengenai topik saya iaitu ‘Isu-Isu Penceraian Di

Malaysia dalam Kalangan Dewasa saya dapat mempelajari pelbagai perkara yang membuka

minda saya mengenai emosi-emosi dan tingkah laku manusia yang memberi impak kepada

kehidupan mereka. Saya bersyukur kerana saya dikurniakan dengan kawan-kawan yang

sama-sama memberi kerjasama dalam melakukan tugasan ini. Saya yakin bahawa setiap dari

perbincangan berkumpulan pasti akan ada silap faham dan perdebatan tentang tajuk yang

diberi. Akan tetapi ianya dapat diselesaikan dengan baik. Setiap dari tugasan yang saya dapat

serta sesi pembelajaran berkaitan subjek Psikologi Golongan Profesional dapat memberi

aspek yang baik untuk menjadikan tugasan ini lebih berkembang dari sudut melihat setiap

kawalan tingkah laku dan emosi manusia kerana manusia kadang tidak sedar apa yang

mereka buat yang menyebabkan kehidupan mereka bertambah buruk atau baik.

Subjek ini memberikan saya satu pandangan yang luas bagaimana untuk mencari

jalan atau penyelesaian dalam beberapa isu. Contohnya, topik Biopsikologi yang

menceritakan bagaimana manusia tidak sedar atas perbuatannya sendiri oleh kerana mereka

dikawal dengan sistem saraf, sistem endokrin dan hormon-hormon yang sebenarnya

mempengaruh otak kita. Otak ini akan memberi isyarat ke badan seseorang manusia

berdasarkan sistem saraf, hormon dan sebagainya. Dari pembelajaran ini saya dapat mengkaji

atau mencari titik kelebihan dan kelemahan manusia. Contohnya bagaimana fungsi saraf

simpati yang memberikan tindakan kepada badan manusia dalam keadaan mencemaskan,

takut dan marah. Selain itu, saraf parasimpati yang cuba mengembalikan jasad kepada

keadaan kembali tenang. Justeru itu, jelaslah bahawa manusia berfungsi berdasarkan organ

dalaman yang memberikan isyarat kepada tingkah laku kita sendiri.

Kaitannya dengan tajuk pembentangan saya adalah berdasarkan kesan-kesan

penceraian iainya dikeluarkan oleh sistem-sistem yang berkaitan menjadikan manusia itu

2
bertingkah laku beremosi dengan apa yang mereka alami. Sistem dalam badan manusia

memberikan fungsi yang tersendiri. Jika kurang salah satunya, maka keadaan manusia pasti

akan terasa lain dari yang lain. Contohnya, jika seseorang manusia mempunya masalah

terhadap kelenjar tiroid. Beliau akan mengalami masalah berkaitan dengan hormon tiroksina

yang mana fungsinya bagi menentukan perkembangan otot-otot, keadaan fizikal dan keadaan

mental seseorang. Berkemungkinan seseorang itu akan mengalami keadaan lemah atau

terencat akal. Selain itu, hormon ini juga menentukan berat badan individu itu dan

menyebabkan seseorang itu kurus oleh kerana pengeluaran hormon tiroksina yang berlebihan.

Subjek ini memberikan kefahaman kepada saya bagaimana sistem dalam badan bekerja dan

dikaitkan dengan tingkah laku dan keadaan manusia itu sendiri.

Kaitan tajuk pembentangan saya juga boleh dikaitkan dengan tajuk motivasi dan

emosi. Emosi pasti akan menjadi bahagian penting apabila ia melibatkan seseuatu perkara

yang tidak disukai, contohnya penceraian. Setiap manusia tidak mahukan jalan keluar yang

menyedihkan iaitu penceraian. Kerana itu akan timbulnya perasaan sedih, marah, kecewa dan

putus asa. Keadaan-keadaan itu adalah emosi yang ditunjukkan kepada manusia yang

mengalaminya. Emosi yang dialami oleh seseorang menganggu dari sudut aktiviti harian

mereka. Oleh faktor keadaan yang menyedihkan sehingga menganggu pelajaran, pekerjaan,

dan lain-lain. Kaitan ini, menjadi satu contoh bagaimana keadaan seseorang yang mengalami

kesan-kesan penceraian. Mereka akan berhubung dengan emosi-emosi tersebut lebih-lebih

lagi emosi sedih dan marah.

Saya juga bersyukur kerana dapat mempelajari subjek ini dengan pensyarah yang

hebat dan berpengalaman luas dalam subjek Psikologi ini iaitu Dr. Siti Marhamah Binti

Kamarul Arifain. Dari pengalaman dan ilmu yang beliau ada saya dapat memahami apa yang

dipelajari dan dapat ilmu yang baharu tentang setiap tindakan yang ditunjukkan oleh

manusia. Oleh kerana itu, saya dapat menilai contohnya seseorang itu menangis. Serba

3
sedikit saya dapat tahu mengapa keadaan itu berlaku oleh kerana apa dan saraf apa yang

mengawal sehingga seseorang itu sedih dan menangis.

Akhir sekali, sepanjang dari pembelajaran dan tugasan berkumpulan saya tidak ada

masalah yang serius berkaitan kumpulan tidak memberi kerjasama atau sebaliknya. Rakan-

rakan yang sekumpulan dengan saya memberikan kerjasama yang baik terhadap tugasan

berkumpulan yang diberikan serta pembentangan dapat dijalankan dengan keadaan yang baik

dan lancar.

Anda mungkin juga menyukai