Anda di halaman 1dari 6

Rujukan

KERJA KURSUS PENDEK


PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MORAL
http://kindeadpm.blogspot.my/2013/12/kerja-kursus-pendek-pendidikan-
moral.html

1. Pengenalan
Moral berasal daripada perkataan Bahasa Latin moralis yang beerti tingkah
laku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila atau peraturan sesebuah
masyarakat. Moralis pula bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan
kebaikan. Pemikiran moral juga boleh dibahagikan kepada 4 bahagian. Aliran
pemikiran ini adalah seperti berikut:
Naturalisme
Emotivisme
Intuitionisme
Rasionalisme

2. Bincangkan Perbezaan Aliran Moral


Dari segi definisi, Naturalisme boleh dimaksudkan sebagai aliran pemikiran yang
menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S.
dalam Ethnics and Education, tabii (nature) manusia perlu diketahui sebelum
memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Emotivis pula merupakan aliran
pemikiran yang merujuk kepada sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah
laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Bagi pemikiran intuisionisme
pula, ia merupakan sejenis pemikiran yang mempunyai pengetahuan yang lebih
tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu Menurut pandangan
intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian
langsung. Rasionalisme pula menyatakan bahawa akal adalah sumber utama
pengetahuan. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua,
menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik memerlukan asas pemikiran
rasional yang waras dan logik.
Kalau dilihat dari aspek ciri-ciri, seorang itu dikatakan berfikiran naturalis jika
mempunyai kecenderungan untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar.
Dengan erti kata lain, seseorang itu menerima sahaja takdir yang telah
ditentukan ke atasnya. Sifat-sifat seseorang yang naturalisme ialah mereka ini
suka merendah diri iaitu lebih suka memencil diri dan tidak mudah untuk
berinteraksi. Oleh itu, mereka jarang untuk mengeluarkan pendapatnya kerana
hidup yang berada dalam keadaan yang tertekan. Mereka lemah jiwa, tiada
motivasi dan kurang untuk berusaha. Mereka membiarkan halangan merentangi
matlamat hidup yang ingin dicapai. Mereka ini juga merupakan pengikut yang
setia dan kurang membantah atas arahan serta mudah juga berpuas hati.
Berbeza dengan golongan emotivisme pula, mereka hanya menyatakan
perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaan
yang sama dalam kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-
pernyataan itu. Dengan erti kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa
pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat
mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau
perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
Pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas
yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Golongan emotivis
cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang
tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih
dahulu penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai
unsur emosi atau perasaan. Ciri-ciri atau sifat seseorang yang emotivisme yang
paling jelas ialah mereka ini bertindak mengikut perasaan atau emosi. Ekspresi
mereka ini ditunjukkan melalui perlakuan mereka iaitu dari air muka atau kata-
katanya. Contohnya seperti, jika mereka berasa gembira mereka akan berasa
sangat berpuas hati. Sebaliknya, jika mereka berasa sedih mereka akan
menangis tanpa menghiraukan orang di sekeliling mereka. Golongan ini sangat
pendiam, cepat tersinggung serta sentiasa tertekan dengan emosi. Walau
bagaimanapun, mereka ini kadang-kadang agresif dan kuat cemburu. Ciri positif
mereka ialah, mereka ini rajin untuk memperbaiki diri
Sementara itu, bagi pemikiran intuisionisme pula, ia adalah merupakan sebuah
fahaman atau pengertian langsung. Ia suatu proses melihat dan memahami
secara intelektual. Tindakan yang dibuat oleh individu intuisionisme adalah
berlandaskan kepada apa yang dirasai dalam hatinya kecilnya tanpa memikirkan
akibat, kualiti dan kesannya. Pemikir intuisionisme mempunyai sejenis
pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara
individu. Ia dikaitkan dengan pemikiran spontan yang celik akal dan kemunculan
idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu
perkara. Oleh itu, mereka ini cepat dalam membuat keputusan. Orang yang
terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya berbanding dengan
gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki kasanova lantaran pengalaman
hidupnya yang masih lagi hijau. Mereka ini mengaitkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada mereka.
Bagi individu rasionalisme pula, mereka mempunyai ciri-ciri penaakulan atau
pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan. Mereka sentiasa mencari
bukti dan juga kebenaran dalam sesuatu perkara. Mereka selalu berfikir untuk
memperbaiki mutu kerja serta rajin dan tekun berusaha untuk kejayaan diri
sendiri. Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui
sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui
kebenaran dengan dirinya sendiri. Pengetahuan diperoleh dengan cara
membandingkan idea dengan idea-idea lain. Mereka juga berpendapat bahawa
pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-
pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui
pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa
hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman
yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu
sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Pengetahuan itu
diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan
daripada deria fizikal sahaja. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui
dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat
diberikan oleh pacaindera semata-mata. Rasionalisme juga tidak mengingkari
kegunaan deria dalam memperolehi pengetahuan. Pengalaman pancaindera
adalah diperlukan untuk merangsang dan memberikan informasi yang
membolehkan akal bekerja. Akal menetapkan dan menjadikannya pengetahuan
yang benar. Namun, akal juga boleh menghasilkan pengetahuan tanpa
berdasarkan deria sama sekali, iaitu pengetahuan tentang objek yang betul-betul
abstrak.
Seterusnya kita lihat contoh-contoh bagi setiap pemikiran moral supaya jelas
dengan maksud dan konsepnya. Antaranya, contoh bagi seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran naturalisme ialah; seorang pelajar Tingkatan Lima
yang mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara
yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan
itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu
juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang
menyebabkan dia mendapat markah yang rendah. Tidak mencari kesilapan dan
pembetulan serta menerima bulat-bulat akan keputusan peperiksaan yang dia
dapat. Pelajar ini dikatakan berfikiran naturalisme kerana dia redha dengan
keputusan peperiksaannya kerana dia tahu dengan tahap kemampuannya. Bagi
contoh pemikiran emotivis pula ialah; apabila si suami melihat kecurangan isteri
di depan mata menyebabkan si suami tanpa berfikir panjang lalu
menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya. Tindakan dan keputusan si
suami tersebut boleh dikatakan agak beremosi tanpa melalui proses pemikiran
yang waras. Ia cuma berdasarkan kepada keputusan dari hati dan perasaannya
ketika itu. Contoh situasi bagi pemikiran intuitionisme pula ialah; gerak hati
orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan
timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia. Contoh
situasi bagi pemikiran rasionalisme pula ialah seorang remaja perempuan yang
dikehendaki untuk menolong ibu menjual kuih pada setiap pagi hari sabtu dan
ahad. Walaupun dia tahu banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan namun
remaja perempuan ini bertindak rasional dan waras dengan menggunakan akal
fikirannya untuk penaakulan serta membuat keputusan dengan bijak dengan
mengambil kira beban kerja ibu di rumah dan juga beban kerja ibu dalam mata
pencarian mereka sekeluarga. Remaja yang rasionalisme akan berfikir sebab
musabab dan menyelesaikan hal itu dengan bijak dengan menolong ibu menjual
kuih dan seterusnya akan menyelesaikan kerja sekolah setelah balik dari menjual
kuih.

3. Jelaskan bagaimana guru membawa perubahan aliran pemikiran moral dari


segi pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka.
Seorang guru harus bijak menyelami sikap dan jiwa pelajar serta menganalisa
pelajarnya dari segi sahsiah dan pemikiran moralnya. Samada kita sebagai guru
mentafsirkan mereka sebagai kalangan pelajar yang naturalisme, emotivisme,
intuitionisme atau rasionalisme. Sudah semestinya setiap pelajar yang
membawa pemikiran-pemikiran moral tersebut akan memberi impak dan kesan
ke atas pengajaran dan pembelajaran guru itu. Akibatnya, ia juga mendorong
perubahan yang baik atau pun buruk ke atas penguasaan pelajar terhadap
pelajaran. Di sini, kita akan lihat bagaimana seorang guru itu harus tahu
bagaimana untuk menangani pelajar-pelajar tersebut agar dapat membawa
perubahan ke atas merekadari segi pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka
agar mereka dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan
selesa dan kondusif.
Seperti yang telah dibincangkan di dalam soalan (A) di atas, seseorang
yang berfikiran naturalisme ialah seseorang yang menerima sesuatu keadaan itu
di dalam keadaannya yang sebenar. Sebagai contoh, seorang pelajar tingkatan
3D di SMK Kabong yang menerima keputusan peperiksaan yang memang tidak
memberangsangkan dalam peperiksaan akhir tahun. Walaupun dia sedih dan
tidak berpuas hati tetapi dia menerima menerimanya dengan pasrah dan redha
kerana dia tahu di situ sajalah kemampuannya. Pelajar yang bersikap
naturalisme ini harus dibantu agar tidak tercicir di dalam pelajaran. Guru yang
bijak harus tahu bagaimana ingin mengatasi masalah ini. Yang paling utama
sekali ialah guru harus menanam kesedaran kepada pelajar ini bahawa pelajaran
itu adalah suatu kewajiban dan tanggung jawab sebagai seorang pelajar yang
hasilnya akan diraih dimasa akan datang. Berikan motivasi kepada pelajar untuk
belajar dengan cara yang baik, dengan membuat pendekatan sambil menyelami
hati pelajar dengan menjadikan anak sebagai sahabat. Berikan insentif kepada
pelajar baik berupa hadiah kesukaan mereka atau sekadar pujian jika tahap
pembelajaran anak semakin bagus. Hal ini akan membantu memotivasi dan
menaikkan semangat anak untuk belajar.
Bagi pelajar yang emotivisme pula, kita juga tahu mereka ini cenderung untuk
mezahirkan tindakan mereka mengikut perasaan dan emosi. Sifat-sifat pelajar
emotisme ini jelas menunjukkan ia bukan berdasarkan kepada tindakan yang
waras. Sebagai contoh, pelajar lelaki yang nakal di sekolah yang telah dihukum
atas kesalahan merokok. Akibat rasa tidak puas hati dan rasa marah, pelajar ini
mengambil tindakan drastik dan terburu-buru dengan mengancam guru itu
dengan cara memecahkan cermin kereta guru tersebut. Pelajar ini dikatakan
bersifat emotivisme kerana terburu-buru dalam membuat sesuatu tindakan iaitu
hanya memikirkan hati dan perasaannya ketika itu. Semua guru dan pihak
sekolah perlu lebih peka dengan masalah ini yang semakin berleluasa kerana ia
melibatkan hubungan pelajar dengan guru terbabit. Pihak sekolah perlu memberi
bimbingan dan kaunseling dalam membentuk jati diri dan sahsiah pelajar
terbabit. Pelajar emotisme ini juga sebenarnya memerlukan perhatian yang
lebih. Maka, guru harus memperbanyakkan aktiviti kokurikulum yang melibatkan
para pelajar contohnya unit beruniform, kelab-kelab, persatuan, dan program-
program kerjasama yang dapat memupuk semangat interaksi di antara rakan-
rakan yang lain serta dapat membina sahsiah diri murid. Dengan adanya
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) secara tidak langsung pihak sekolah dapat
berkomunikasi dengan ibu bapa mengenai anak mereka. Ini sekaligus dapat
mengubah pemikiran pelajar terbabit betapa pentingnya mematuhi peraturan
sekolah dan perubahan tingkah laku pun akan berlaku.
Bagi pelajar yang intuitionisme pula ialah, mereka ini cenderung untuk
mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contoh, sekumpulan pelajar lelaki yang
terjebak dalam gejala salah laku moral seperti terlibat dalam aktiviti lumba
haram, ketagihan arak dan pil khayal, merokok, vandalisme dan sebagainya.
Mereka ini dari asal jati diri tidak terarah kepada gejala-gejala yang negatif.
Akibat daripada pengaruh dari rakan sebaya dan didorong oleh perasaan ingin
tahu serta gerak hati mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru dan ingin
merasai pengalaman-pengalaman tersebut menyebabkan pelajar-pelajar
tersebut cuba untuk mendekati perkara-perkara yang negatif. Oleh itu, guru-guru
memainkan peranan di dalam membentuk semula pemikiran intuitionisme
mereka yang lebih terarah negatif dengan cara memberikan khidmat kaunseling
secara peribadi. Pelajar-pelajar itu akan didedahkan mengenai kesan bahan-
bahan terlarang itu dalam jangka masa panjang agar mereka sedar akan
keburukan pengambilannya dalam kehidupan. Selain itu juga, pihak sekolah
boleh membuat suatu program khas untuk golongan ini seperti Program Bina
Insan atau Program Jati Diri. Program ini penting untuk membina kembali
keyakinan pelajar terhadap persekitara mereka yang penuh dengan noda dan
dosa. Inisiatif yang telah diambil oleh guru ini diharap sedikit sebanyak dapat
membuka mata pelajar agar tidak terburu-buru di dalam mengambil sesuatu
tindakan akibat daripada rasa gerak hati mereka terlebih dahulu. Sebaliknya,
berfikirlah terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
Bagi pelajar yang rasionalisme pula, mereka ini sering mencari sebab
terjadi atau berlakunya sesuatu perkara. Sebagai contoh, seorang pelajar
perempuan yang bernama Nornina Farziana daripada kelas 5 Amanah di SMK
Kabong telah mendapat markah peperiksaan yang agak rendah berbanding
dengan rakan-rakannya yang lain. Dia yakin telah membuat yang terbaik dalam
peperiksaan tetapi tidak percaya dengan apa yang dia capai. Walau
bagaimanapun, dia tidak cepat melatah atau beremosi lantas berfikir secara
waras kenapa markahnya rendah sedangkan dia yakin dia dapat lebih daripada
itu. Akibatnya, dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan guru mata
pelajaran itu untuk berbincang soalan-soalan dan mencari jalan
penyelesaiannya. Nornina Farziana merupakan seorang pelajar yang
rasionalisme. Jadi, apa yang patut kita sebagai guru bantu dia ialah dengan cara
menerangkan dengan lebih lanjut apakah kesalahan yang dia lakukan bagi setiap
soalan tersebut. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi kefahamannya, latih tubi
serta latihan yang berterusan digalakkan agar seimbang dari segi pemikiran,
emosi dan tingkah laku mereka.

4. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, keempat-empat pemikiran ini mempunyai baik buruknya
yang tersendiri. Terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk mengamalkan
mana-mana pemikiran yang difikirkan sesuai. Namun begitu, pemikiran-
pemikiran ini boleh diadaptasikan mengikut situasi dan keadaan pengamalnya
pada masa itu. Jadi, ianya akan mendatangkan lebih banyak kebaikan dari
keburukan jika diamalkan mengikut keadaan dan situasi yang betul dan sesuai.
Manusia bebas untuk memilih pemikiran yang digunapakai dalam kehidupan
agar dapat diteruskan dengan aman dan damai tanapa adanya diskriminasi serta
ketidakselesaan dalam kehidupan.

Posted 20th December 2013 by ly infinitryx

http://hadzyan.blogspot.my/2011/11/pengenalan-kepada-pendidikan-moral-
nota.html
https://www.scribd.com/doc/6125026/Unit-2-PENGENALAN-KEPADA-KAEDAH-DAN-
TEKNIK-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-PENDIDIKAN-MORAL
https://www.scribd.com/doc/142329507/Assignment-Moral-Elm-3101
https://www.scribd.com/doc/6125037/Unit-5-PERANAN-GURU-PENDIDIKAN-
MORAL-DI-SEKOLAH
http://nroslan1.blogspot.my/2009/07/peranan-guru-dalam-membentuk-
generasi.html

Anda mungkin juga menyukai