Anda di halaman 1dari 3

Soalan tutorial Pngenalan kepada pendidikan moral

1. Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam


keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii
(nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus
hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau
semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada
haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara
rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan
batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.Secara tabii, manusia
mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi
mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau
dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang
lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini
bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai
hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti
hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.Kecenderungan individu untuk
menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis.
Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan
bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang
memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah
berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Secara logik, sesuatu tidak boleh
ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.
Aliran pemikiran Emotivis merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah
laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.Emotivis berasal dari perkataan
emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa
pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan
oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.Menurut golongan
emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka dan pada
masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan orang-
orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan
emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan
maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan
mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-
pernyataan moral.Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula
menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi
perasaan itu.Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan
tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung
perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan
memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada
pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis apa
yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi
konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah.
Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah
bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang
lengkap. Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi
berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara
sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.
2. Manusia sentiasa berfikir dan akan terus berfikir selagi anugerah otak yang
dianugerahkan oleh Allah SWT masih dapat berfungsi sebaik mungkin. Terutama
dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara, atau mungkin juga berfikir dalam
membuat penilaian tentang sesuatu. Ramai di antara kita sememangnya mengetahui
bahawa sesuatu keputusan yang baik yang diputuskan sudah tentu dipengaruhi oleh
sudut-sudut pandangan tertentu. Semakin banyak sudut pandangan yang difikirkan
maka sudah tentu keputusan dapat dihasilkan dengan cara yang terbaik. Tetapi
bagaimana untuk berfikir dari sudut yang berbeza? Inilah yang menjadi sedikit
sebanyak persoalan yang sering berlaku kepada mereka yang gagal untuk membuat
keputusan yang baik. Berfikir dari banyak sudut bermaksud berfikir tentang sesuatu
masalah atau perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan
keburukan, positif dan negatif dan juga tersurat dan tersirat kepada masalah
tersebut. Terutama bila permasalahan yang banyak melibatkan antara hubungan
manusia sesama manusia. Bukan mudah untuk membuat keputusan dalam situasi
seperti ini. Perselisihan faham sering kali akan menjadi lebih buruk jika berfikir hanya
dilihat dari satu sudut sahaja dan mendengar dari satu pihak semata-mata. Dalam
situasi seperti ini cara berfikir amat penting dan perlu sensitif terhadap keseluruhan
masalah. Jika konflik seumpama ini hanya difikirkan dari satu sudut sahaja atau
mungkin mendengar dari satu pihak sahaja maka keputusan yang diputuskan sudah
pasti akan memberi impak yang tidak baik dan juga bakal menyakiti hati sebahagian
pihak yang lain. Berfikir dari banyak sudut perlu dilakukan secara rasional dan
terbuka serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jangan sekali-kali membuat
keputusan dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti dalam keadaan marah,
sedih atau juga mungkin bersikap untuk kepentingan diri dan peribadi. Andai
perkara-perkara ini mempengaruhi setiap sudut pandangan maka sudah tentu
keputusan yang dicipta juga tidak tepat dan akan mengundang konflik-konflik yang
lebih sukar untuk diselesaikan. Oleh itu setiap pihak hendaklah sentiasa berfikir
secara rasional dalam menangani satu-satu pemasalahan yang timbul agar ianya
tidak menjadi semakin marak. Seperti apa yang kita lihat ketika ini bukan setakat
pegawai-pegawai atasan sahaja yang tidak dapat berfikir secara rasional malahan
staf bawahan mereka juga begitu. Bila kes ini timbul maka ada satu perasaan ketidak
puas hati akan timbul di setiap mereka. Kadang kala pegawai atasan juga
mempunyai ego yang mungkin tidak boleh menerima satu-satu cadangan ataupun
isu-isu semasa yang bagi mereka boleh mengancam kewibawaan mereka. Namun
begitu staf bawahan harus memahami setiap arahan kerja yang perlu mereka buat
ketika di pejabat. Ada kalanya staf bawahan sendiri tidak memahami senarai tugas
masing-masing ada pula yang berlagak mengalahkan pegawai atasan. Perkara ini
akan menjadi satu penyakit di setiap jabatan/bahagian mahupun syarikat. Apabila
fikiran tidak rasional ini berterusan maka ketidak stabilan emosi juga akan berlaku
dimana berlakunya tekanan perasaan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai