Anda di halaman 1dari 1

Bincang sejauhmana aliran pemikiran moral dapat membentuk insan sejagat.

Pada pandangan saya,aliran pemikiran moral terbahagi kepada empat iaitu aliran pemikiran
naturalis ,emotivism , intuisionis dan rasionalis.Dengan mempunyai aliran pemikiran naturalis,kita
akan tumpu kepada keadaan yang sebenar dan aliran ini adalah lurus dan jujur dalam menilai
sesuatu.Dengan mempunyai aliran pemikiran ini,kita akan sentiasa merendah diri dan kita lebih rela
untuk menerima sesuatu.Selain itu, dengan mempunyai aliran pemikiran emotivism,kita akan mudah
simpati orang lain.Apabila kita bertindak sesuatu,kita akan berfikir terhadap perasaan
terutamanya.Dengan ini,kita akan sentiasa memelihara perasaan orang lain dan tidak akan
menyebabkan orang lain sakit hati.Seterusnya,dengan mempunyai aliran pemikiran intuisionis,kita
akan membuat tindakan dengan menggunakan pengalaman kita sebelumnya untuk membuat
tindakan dengan wajar serta tidak akan menyesalkan diri sendiri.Kita akan sentiasa mendapat
pengalaman selepas kita membuat sesuatu perkara dan seterusnya kita akan menjadi lebih
berpengalaman untuk membuat tindakan seterusnya.Akhir kata,dengan aliran pemikiran
rasionalis,kita akan berpegang kepada kemunasabahan sesuatu.Kita akan sentiasa berfikir sebelum
membuat sesuatu keputusan dan kesan melakukan perkara tersebut juga akan kita fikir dengan
sebaik-baiknya.Pada pandangan saya,aliran pemikiran moral ini amat berguna dalam kehidupan
kita.Dengan situasi yang berbeza,kita perlu menggunakan aliran pemikiran moral yang berbeza
untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Anda mungkin juga menyukai