Anda di halaman 1dari 3

Konsep Emosi

PENGENALAN

Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu,
sedih, takut dan sebagainya. Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan
dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan. Perasaan-
perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh
fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan
tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial). Ia adalah
suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan
sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya. Apabila minda tersebut bangkit
untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi.

Ada kalanya emosi dianggap sebagai suatu alasan yang saling berlawanan. Sama ada beralasan
untuk mengikut kehendak emosi atau tidak membiarkan emosi menguasai diri. Demikian adalah
konteks yang selalu berkaitan mengenai emosi iaitu tentang penghasilan resolusi untuk
mengawalnya. Oleh itu, emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan
kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri
bergantung pada situasi

KEPENTINGAN EMOSI

1. Kelangsungan Hidup (Survival)

Emosi memberi isyarat (alert) apabila keperluan sebagai manusia biasa tidak dipenuhi. Misalnya
apabila manusia berada dalam kesunyian oleh kerana keperluan untuk berhubung dengan orang lain
tidak dipenuhi. Selain itu, apabila manusia merasa takut yang disebabkan keperluan untuk
keselamatan tidak dipenuhi. Apabila kita diketepikan (rejected) disebabkan keperluan yang diterima
tidak dipenuhi.

2. Membuat Keputusan

Emosi menjadi punca maklumat berharga iaitu dengan membantu manusia membuat keputusan
Menurut kajian apabila sistem hubungan emosi dalam otak terjejas atau rosak, manusia tidak akan
dapat membuat keputusan walaupun yang mudah kerana dia tidak tahu bagaimana dia akan rasa
tentang pilihannya.

3. Membuat Jangkaan / Meramal Tingkahlaku

Melalui emosi dapat meramal tingkahlaku sendiri dan tingkahlaku orang lain. Melalui pergerakkan
tubuh individu mahupun reaksi individu dapat menunjukkan akan keadaan emosi individu tersebut.
Contohnya emosi suka yang mana dapat diterjemahkan melalui reaksi senyuman dan ketawa. Melalui
reaksi tersebut dapat dibuat jangkaan bahawa seseorang individu itu sedang berada dalam
kegembiraan.

4. Menentukan Batasan

Emosi memberikan isyarat apabila diri tidak selesa dengan perlakuan seseorang. Jika percaya
dengan emosi dan yakin dapat menyatakan perasaan akan dimaklumkan apa kita rasa atau berasas
tidak selesa sebaik wujud rasa tidak selesa. Tindakan ini membantu kita menetapkan batasan untuk
menjaga kesejahteraan, kesihatan fizikal dan mental.

5. Komunikasi
Emosi membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekspresi wajah dapat menyampaikan
maklumat tentang apa yang kita rasa pada waktu itu. Misalnya seorang individu berada dalam
perasaan sedih, tersinggung, perlukan pertolongan dan sebagainya. Jika kita berupaya membaca
gerak tubuh atau isyaratnya, kita dapat membantu dan menunjukkan empati. Melalui emosi juga
membantu dalam komunikasi tanpa suara.

6. Kegembiraan

Emosi juga menjadi penting dalam membantu mengetahui bagi manusia bahawa mereka gembira
apabila merasa gembira. Apabila merasa gembira kita berasa puas hati, selesa, nikmat perasaan
yang datang apabila keperluan emosi dipenuhi. Oleh itu, emosi menjadi perkara penting dalam
membawa penafsiran perasaan gembira dan suka.

7. Penyatuan

Emosi mungkin punca potensi utama menyatukan umat manusia pelbagai agama, bangsa, budaya
malahan pegangan politik. Emosi adalah bersifat menyeluruh (universal) yang mana merangkumi
empati, belas kasihan, kerjasama dan kemaafan. Emosi juga boleh memecah belahkan umat emosi
sepertimana emosi benci dan marah. Melalui perasaan benci dan marah dapat menimbulkan
permasalahan dalam perhubungan seperti dalam institusi rumahtangga yang membawa kepada
berlakunya kes-kes penceraian mahupun anak lari dari rumah.

CARA PENGURUSAN EMOSI

1. Mengenal Emosi Diri Sendiri

Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi yang
sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi tersebut.
Kemudiannya, cuba kuasai emosi tersebut. Dengan kata lain, fikiran boleh menyebabkan wujudnya
satu perasaan dan setelah wujudnya perasaan, maka timbullah keinginan untuk diperlakukan melalui
perbuatan atau perlakuan.

2. Mengurus Emosi Sendiri

Seseorang individu itu perlulah pandai mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai
diri. Emosi itu datang tanpa diundang tetapi diri sendiri yang menentukan berapa lama emosi itu
menguasai diri dan apakah ia mendatangkan positif atau negatif.

3. Mengenali Emosi Orang Lain

Seseorang individu itu perlu mengenali perasaan diri sendiri dahulu, kemudiannya barulah cuba untuk
mengenali, memasuki dan menjelajahi emosi individu yang lain pula atau dengan kata lain empati.
Cara ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila ada individu lain yang mahu
mencurahkan emosi mereka.

4. Memotivasikan Emosi Yang Negatif

Seseorang individu itu perlulah menjadikan emosi yang negatif itu sebagai satu alat untuk
meningkatkan keupayaan dalam berfikir, merancang dan menyelesaikan sebarang masalah. Emosi
yang negatif sebagai pemangkin kepada perubahan emosi yang positif.

5. Mengendali Perhubungan Melalui Komunikasi

Setelah mengenali emosi orang lain dan berjaya serta berupaya mengurus diri sendiri, maka
perhubungan yang positif dan keakraban dapat dibentuk dan diwujudkan. Perhubungan dan
keakraban ini boleh diwujudkan dengan lebih baik lagi melalui komunikasi dan ia boleh
mengekspresikan pemikiran secara aktif tanpa diwarnai dengan kemarahan.

KESIMPULAN

Emosi memiliki bentuk yang berbeza yang terdiri daripda emosi berbentuk suka, sedih, marah, malu,
takut dan sebagainya. Emosi berkembang kerana motif/motivasi yang lahir dalam diri manusia.
Motivasi dan emosi adalah saling berhubungan iaitu apabila motivasi berada dalam keadaan buruk
maka emosi manusia itu akan menjadi buruk dan sebaliknya. Kesihatan manusia adalah bergantung
kepada kecerdasan atau kesihatan emosi.

Sekiranya emosi individu itu tidak baik dan berada dalam keadaan terganggu, ia sedikit sebanyak
menganggu tahap kesihatan individu tersebut. Oleh itu, pengurusan emosi yang baik perlu dilakukan
oleh manusia tidak kira usia.

Anda mungkin juga menyukai