Anda di halaman 1dari 3

4 Aliran Pemikiran Moral

1.0 Naturalis

Pemikiran naturalis adalah kecenderungan seseorang untuk menerima


sahaja keadaan yang sebenar. Orang-orang dengan sifat naturalis sukar
melakukan perubahan dalam hidup mereka kerana tidak mempunyai
motivasi untuk berbuat sedemikian. Sebagai contoh, pelajar dengan
keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang hanya menerima
keputusan tersebut dan melabelkan dirinya sebagai seorang yang tidak
pandai. Contoh yang lain adalah tidak mahu percaya, mencuba dan
berusaha melaksanakan kemajuan yang boleh dilakukan kepada diri dan
masyarakat.

Sebagai seorang bakal guru, salah satu tugas pendidik yang harus
dilaksanakan adalah memberikan motivasi kepada pelajar. Guru-guru
boleh menanamkan pemikiran dan semangat baru kepada para pelajar
agar mempunyai matlamat dalam mencapai kejayaan dan melakukan
perubahan kepada diri mereka. Bukan itu sahaja, para pelajar juga harus
dibantu melalui program seperti ceramah motivasi agar tidak bermudah
berputus asa dalam mencapai matlamat mereka.

(128 patah perkataan)

2.0 Emotivis

Pemikiran ini merujuk kepada sifat manusia yang terlalu mengikut


perasaan dalam tindakan mereka. Golongan ini selalunya menganalisis
perkara yang betul atau salah berdasarkan perasaan yang dialami oleh
mereka. Sesuatu perkara itu adalah betul jika memuaskan hati mereka.
Sebagai contoh, pelajar menumbuk pelajar lain apabila permintaannya
tidak diendahkan. Contoh yang lain adalah membunuh sebagai tujuan
untuk membalas dendam.

Pada pandangan saya, seorang guru harus mencari sebab seseorang


pelajar melakukan masalah disiplin terlebih dahulu sebelum mengenakan
hukuman terhadapnya. Guru harus membuat pertimbangan yang adil dan
tidak mengikut perasaan ketika mengendalikan masalah disiplin pelajar.
Pelajar-pelajar yang bermasalah harus mempunyai peluang untuk
menjelaskan situasi mereka yang sebenar kepada guru.

(105 patah perkataan)

3.0 Intusionis

Pemikiran intusionis merupakan pemikiran berasaskan daripada apa


yang dipercayai dan dirasakan oleh seseorang. Dalam erti kata lain, suatu
proses pemikiran melalui ‘penglihatan’ dan ‘pemahaman’ secara intelek.
Pemikiran ini adalah spontan celik akal serta pengetahuan ini lebih tinggi
dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Sebagai contoh, kita
mempunyai anggapan kepada seseorang walaupun baru bertemu dengan
orang tersebut. Contoh yang lain adalah mempercayai orang lain tidak
berasa selesa dengan dirinya apabila orang tersebut tidak berani
menegurnya.

Pemikiran jenis ini boleh berlaku di sekolah. Lebih-lebih lagi apabila


pelajar mempunyai sifat rasa ingin tahu yang tinggi. Mereka akan mudah
terpengaruh untuk melakukan gejala negatif seperti membuli apabila
mereka merasakan aktiviti tersebut terlihat hebat dalam segelintir kalangan
pelajar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting untuk
memberikan kesedaran kepada pelajar bahawa aktiviti tersebut hanya
merosakkan hidup pelajar sama ada secara fizikal mahupun mental.

(139 patah perkataan)

4.0 Rasionalis

Manusia dan haiwan adalah berbeza kerana manusia menggunakan


akal serta asas pemikiran rasional yang waras dan logik dalam melakukan
sesuatu perkara. Kewarasan menyebabkan manusia mencari sebab dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Konsep, prinsip, hukum
dan teori membantu seseorang membuat keputusan secara rasional dan
bukan daripada deria fizikal sahaja. Sebagai contoh, manusia mencipta
sistem matematik untuk menyelesaikan masalah pengiraan dalam
kehidupan seharian.

Guru boleh mengaplikasikan pemikiran ini di dalam kelas dengan


memberikan penerangan lebih lanjut dalam sesuatu topik agar
pemahaman pelajar lebih kukuh. Mereka akan menggunakan pengetahuan
tersebut dalam hidup mereka apabila mengetahui terdapat sebab sesuatu
itu terjadi. Pemikiran ini dapat meningkatkan lagi motivasi seseorang
pelajar untuk memperbaiki diri mereka kerana mempercayai terdapat cara
yang boleh membantu mereka mengatasi kelemahan mereka.

(121 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai