Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

• Pemakaian Arahan Amalan adalah satu perkara yang menjadi panduan


sesebuah institusi atau individu yang melibatkan Mahkamah Syariah.
Ianya diwujudkan atas dasar untuk memperkemaskan lagi dari sudut
pentadbiran, tatacara, tingkah laku dan segala aspek yang melibatkan
urusan hal-hal Mahkamah Syariah agar lebih teratur dan adil.
• Arahan Amalan terpakai di seluruh Malaysia. Ketiadaan Arahan Amalan
memberikan impak yang negatif kepada Institusi Mahkamah Syariah dan
agama islam di Malaysia. Ianya akan memberikan gambaran yang negatif
kepada institusi Mahkamah Syariah serta pihak-pihak yang ingin membuat
tindakan di Mahkamah Syariah akan mengalami kebimbangan kerana
akan berlakunya kucar kacir di dalam kes mereka
SEJARAH PERKEMBANGAN ARAHAN
AMALAN
• Mahkamah Syariah di Malaysia kerana boleh dikatakan pemakaian Arahan Amalan masih lagi baru
jika dibandingkan dengan Mahkamah Sivil. Sebelum adanya pemakaian Arahan Amalan,
kebanyakkan arahan pentadbiran dan kehakiman Mahkamah Syariah dibuat melalui pekeliling
Ketua Hakim Syarie dan pekeliling Pendaftar. Pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan akan diedarkan
kepada kakitangan mahkamah dan ada yang ditampal di papan kenyataan mahkamah. Pihak
mahkamah tidak menyediakan kompilasi kepada pekeliling-pekeliling tersebut hingga sukar untuk
memperolehinya. Namun, mahkamah syariah Negeri Selangor mengambil insiatif untuk
membukukan arahan-arahan tersebut dan dikeluarkan dari tahun 1998 hingga 2002 oleh Ketua
Hakim Syarie dan Pendaftar.
TUJUAN ARAHAN AMALAN
DIWUJUDKAN
• kewujudan Arahan Amalan juga adalah untuk memudahkan para hakim membuat rujukan, memberi
penerangan dan penjelasan kepada peruntukan undang-undang yang kabur dan mengelirukan dan
sebagainya.
• arahan amalan yang digunakan juga bersesuaian dengan prinsip untuk menjaga agama sebagai al-
dinul haq kerana melalui pemakaian Arahan Amalan, konsep menjaga undang-undang Islam dan
harta dengan kos yang lebih kecil dan cepat dapat dilaksanakan.
• Kewujudan Arahan Amalan juga memudahkan setiap tugasan yang diarahkan melalui Mahkamah
kepada anggota yang terlibat dalam pelaksanaan tugasan. Ianya memimpin tugasan-tugasan
tersebut agar menjadi lebih mudah dan dapat berlaku adil.
• kaedah “Kesukaran membawa kemudahan” tujuan arahan amalan dari konsep syarak juga
membawa kepada kemudahan umat islam dalam berurusan di Mahkamah. Serta boleh
mengelakkan dari ‘masyaqqah’ di kalangan masyarakat.
PEMANTAUAN TERHADAP ARAHAN
AMALAN
• JKSM bertanggungjawab untuk memastikan mutu perkhidmatan keadilan Syariah di kalangan
Mahkamah Syariah seluruh Malaysia terus meningkat dengan menyelaras pentadbiran mahkamah
dan tatacara penghakiman
• Bagi memastikan Arahan Amalan yang dibina oleh JKSM itu dipatuhi dan dilaksanakan di semua
Mahkamah Syariah di Malaysia, satu pasukan audit atau pemantau telah ditubuhkan di JKSM bagi
memantau pematuhan dan perkembangan Arahan Amalan di seluruh Malaysia. Hasil atau laporan
kepada keputusan pemantauan pematuhan tersebut akan dibentang oleh Ketua Audit Pemantauan
Arahan Amalan yang dilantik oleh Ketua Pengarah JKSM di dalam Mesyuarat Ketua-ketua Hakim
Syarie setiap tahun.
• Segala komen, penemuan dan kelemahan yang ditemui dan laporan tersebut akan dikemukakakn
kepada pihak yang terlibat khususnya Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan untuk dikaji dan dibuat
penambahbaikan.

Anda mungkin juga menyukai