Anda di halaman 1dari 3

8.

0 ANALISIS

8.1 Kes pelanggaran etika hakim syarie:

Meskipun Kod Etika Hakim Syarie telah dirangka dan dimasukkan ke dalam Arahan
Amalan sebagai panduan yang lengkap buat para hakim syarie, namun tidak dapat
dinafikan bahawa masih wujud kes-kes pelanggaran etika yang melibatkan hakim
syarie di dalam negara. Salah satu kes salah laku yang pernah dilaporkan adalah
berkenaan tindakan seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh yang menerima
rasuah yang bernilai RM4,000 daripada seorang pegawai polis bertaraf inspektor
dengan tujuan untuk melepaskannya daripada sabitan kes khalwat. Kedua-duanya
akhirnya berjaya ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).1 Jika kes pelanggaran etika ini dianalisis melalui Arahan Amalan No.1
Tahun 2001 (Kod Etika Hakim Syarie), seorang hakim syarie yang menerima rasuah
telah melakukan kesalahan dengan tindakan menerima hadiah yang berkaitan dengan
pelaksanaan tugas kehakimannya.2

Selain itu, terdapat juga suatu kes pelanggaran etika di negara jiran iaitu Indonesia
yang mana dua orang Hakim Mahkamah Rendah Sumatera Tengah telah dikenakan
tindakan iaitu dipecat daripada jawatannya atas kesalahan melakukan hubungan sulit. 3
Kod etika agar para hakim syarie tidak berkelakuan dengan sedemikian cara hingga
memburukkan atau mencemarkan nama Mahkamah Syariah telah dilanggar oleh
kedua-dua hakim tersebut dengan perbuatan mereka.

1
Berita Harian, 11 September 2019.
2
(3)(e) Arahan Amalan No.1 Tahun 2001 (Kod Etika Hakim Syarie).
3
Berita Awani, 5 Mac 2014.
8.2 Rancangan Penambahbaikan Etika Hakim Syarie:4

8.2.1 Had masa

Had masa seseorang hakim syarie untuk bertugas di sesuatu tempat akan ditetapkan agar
dapat mengelakkan kebarangkalian salah guna kuasa asbab hakim syarie yang terlalu
selesa di tempat dan jawatannya.

8.2.2 Program khusus

Beberapa program khusus berkaitan integriti kepada para hakim syarie akan diwujudkan
demi memastikan tahap integriti mereka berada di tahap yang terbaik.

8.2.3 Kod Etika Hakim Syarie

Penambahbaikan kod yang berkaitan sebagai salah satu cara untuk menutup segala pintu-
pintu salah laku dan pelanggaran etika oleh hakim syarie.

8.2.4 Pelantikan Hakim Syarie

Pelantikan Hakim Syarie ke jawatan yang tidak mempunyai kaitan dengan kepentingan
jawatan seperti menganggotai badan-badan yang boleh menimbulkan conflict of interest.

8.2.5 Badan kawalselia Hakim Syarie

Mewujudkan badan kawalselia Hakim Syarie dalam bentuk suruhanjaya.

4
Pelan Antirasuah Kelantan 2020-2024 (Bahagian Bidang Keutamaan Perundangan dan Kehakiman Syariah).
9.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Kod Etika Hakim Syarie dan Kod Etika Pegawai Sulh mestilah sentiasa
dipatuhi oleh hakim syarie dan pegawai sulh supaya prinsip ḥayad al-qāḍī (keneutralan hakim)
sentiasa terpelihara dan tidak diganggu gugat, mengelak tohmahan awam seterusnya menjamin
keadilan itu benar-benar dapat ditegakkan. Pihak-pihak yang bertanggungjawab juga perlu
memainkan peranan yang besar dalam memastikan sebarang salah laku dihukum dengan
sewajarnya sebelum perkara yang lebih besar menjadi barah dalam sistem keadilan.

Sebagai individu yang diamanahkan dengan tanggungjawab, ketaatan terhadap suruhan


Allah Taala dengan sentiasa mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar mestilah sentiasa
disebatikan dalam diri sepanjang menjalankan tugas. Malah, integriti tinggi yang ditonjolkan
oleh khususnya para hakim syarie dan pegawai sulh ini bakal menanam rasa percaya dan
keyakinan dalam diri individu yang diadili terhadap keadilan mereka. Perkara ini seterusnya
akan menjadikan sistem kehakiman syariah di Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat di
negara samada yang beragama Islam dan yang berlainan agama.

Merujuk kata-kata Hakim Lord Hewart dalam kes R v Sussex Justices ex parte Mc Carthyl:

“Not only must justice be done, it must also be seen to be done”

Anda mungkin juga menyukai