Anda di halaman 1dari 10

AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

FAKTA KES

Pada 19 Oktober 2006,Responden yang merupakan seorang pekerja kepada perayu telah
memeterai satu perjanjian yang dikenali sebagai “Training Agreement and Bond (Perjanjian
tersebut) setelah terpilih untuk menjalani Program Latihan Kejuruteraan.Salah satu terma utama
dalam perjanjian itu menyatakan bahawa responden tidak boleh hamil semasa tempoh latihan
yang memakan masa lebih kurang empat tahun dari tarikh responden mula menghadiri
latihan tersebut. Pada Jun 2010,responden telah mengemukakan laporan perubatan yang
mengesahkan kehamilan responden dan seterusnya membawa kepada penamatan pekerjaan
responden.Perayu memfailkan guaman sivil di Mahkamah Sesyen bagi perlanggaran perjanjian
tersebut dan penghakiman telah dimasukkan terhadap responden. Sementara itu, responden
memfailkan saman pemula (‘OS’) di Mahkamah Tinggi, memohon bahawa

i) kl. 5.1(4) perjanjian tersebut adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak sah dan
terbatal kerana klausa tersebut mempunyai kesan mendiskriminasi terhadap hak responden
sebagai wanita berkahwin dan

ii) bercanggah dengan per. 8 Perlembagaan Persekutuan (‘Perlembagaan’) dan


Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (‘CEDAW’).

Mahkamah Tinggi membenarkan OS responden dan menolak permohonan oleh perayu


untuk membatalkan OS tersebut.Oleh itu,perayu merayu terhadap kedua-dua keputusan
tersebut.Namun begitu,di awal perbicaraan,rayuan kedua,yang berkaitan dengan penolakan
permohonan perayu untuk membatalkan OS responden,telah dibatalkan atas permohonan
perayu.Perayu menghujahkan bahwa hakim bicara terkhilaf kerana gagal mengguna pakai
prinsip yang terkandung dalam kes Beatrice AT Fernandez v. Sistem Penerbangan Malaysia &
Anor (‘kes Beatrice’) terhadap OS responden.Perayu menghujahkan bahawa pihak-pihak dalam
OS responden adalah pihak-pihak persendirian dan oleh itu peruntukan Perlembagaan tidak
boleh diguna pakai.Perayu juga menghujahkan bahawa hakim bicara khilaf apabila bersandarkan
pada kes Noorfadilla Ahmad Saikin v. Chayed Basirun & Ors (‘kes Noorfadilla’).
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

ISU KES :

1. Sama ada Parlimen perlu menggubal undang-undang supaya konvensyen / triti beroperasi dan
boleh dikuatkuasakan di Malaysia ?

Jawapan : [41] Dalam pengaplikasian undang-undang antarabangsa, Malaysia mengamalkan


amalan yang sama dengan Britain, iaitu, Eksekutif mempunyai kapasiti untuk membuat triti
manakala kuasa untuk melaksanakan triti triti ini terletak pada Parlimen. Untuk menjadikan
perjanjian antarabangsa sebagai undang-undang, kelulusan Parlimen diperlukan.

2. Sama ada pengesahan asas oleh Malaysia menyebabkan konvensyen / triti boleh
dikuatkuasakan dalam negara ?

Jawapan : [44] Kelulusan Parlimen adalah syarat utama untuk menjadikan peruntukan-
peruntukan triti-triti sebagai sesuatu peraturan / undang - undang dalam negara. Dalam perkataan
lain, walaupun cabang eksekutif setuju tentang suatu triti antarabangsa dan kerajaan pula terikat
dengan undang-undang antarabangsa kerananya, triti tersebut tetap tiada kesan undang-undang
dalam negara ini selagi tiada kelulusan diberi oleh Parlimen.

3.Sama ada Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW)
tidak mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia kerana tidak digubal ke dalam perundangan
tempatan?

Jawapan : [37] Pada pandangan kami, CEDAW tiada kesan undang-undang dalam Malaysia
kerana CEDAW tidak digubal sebagai undang-undang tempatan.

4. Sama ada undang-undang akan diguna pakai jika undang-undang tempatan bercanggah dengan
undang-undang antarabangsa yang bukan sebahagian daripada undang-undang negara ini ?

Jawapan :

(3) Perlembagaan tidak mengandungi peruntukan langsung berkaitan dengan undang-undang


antarabangsa, atau apa-apa yang dinyatakan tentang undang-undang antarabangsa. Untuk
sesuatu perjanjian beroperasi di Malaysia, ia memerlukan perundangan oleh Parlimen. Oleh itu,
tanpa pemasukan secara langsung ke dalam undang-undang domestik melalui Akta Parlimen
berikutan ratifikasi CEDAW, peruntukan-peruntukan kewajipan antarabangsa dalam konvensyen
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

tersebut tidak mempunyai kesan mengikat. Di Malaysia, Perlembagaan tidak menyatakan apa-
apa berkaitan dengan keutamaan undang-undang antarabangsa atau domestik tersebut atau
sebaliknya. konflik sedemikian, peraturan am adalah bahawa statut harus mengatasi.

5. Sama ada undang-undang perlembagaan , iaitu suatu cabang undang-undang awam, hanya
digunakan apabila hak individu telah dicabuli oleh pihak berkuasa awam dan tidak diguna pakai
dalam pertikaian antara pihak-pihak swasta?

Jawapan: Undang-undang Perlembagaan tidak dapat digunakan dalam pertikaian antara pihak
pihak swasta bukan kerana ia tiada kuasa terhadap pihak swasta, malah adalah disebabkan
kebanyakan pertikaian antara pihak swasta berasal apabila ada pihak menandatangani kontrak
mahupun perjanjian yang mengadungi terma-terma tertentu. Apabila sesebuat pihak
menandatangani perjanjian tersebut, mahupun terma kontrak bersifat diskriminasi kepada 1
pihak, ia menandakan pihak terkilan mempunyai 'consensus' dalam hal tersebut.
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

PENGHAKIMAN: ZAHARAH IBRAHIM, MOHD ZAWAWI SALLEH, UMI KALTHUM

• Klausa 5.1(4) Perjanjian “Training Agreement And Bond” tidak menghalang perkahwinan dan
menghalang kehamilan jika responden telah menyelesaikan program latihan tersebut dalam cara
yang telah dinyatakan.

• Klausa 5.1(4) adalah bahawa responden tidak boleh hamil semasa tempoh latihan, yang adalah
lebih kurang empat tahun dari tarikh responden mula-mula menghadiri latihan tersebut.

• Klausa 5.1(4) tersebut tidak mendikriminasikan mana-mana hak wanita.

• Perjanjian yang dimasuki oleh perayu dan responden adalah kontrak yang sah antara pihak-
pihak persendirian walaupun ia memerlukan responden meletakkan jawatan sekiranya hamil atau
ditamatkan pekerjaan jika enggan meletak jawatan.

• Dalam rayuan ini, Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah
terkhilaf dalam undang-undang dan dalam mengabaikan keputusan Mahkamah Persekutuan
dalam Beatrice, yang merupakan satu keputusan mahkamah tertinggi di Malaysia. Mahkamah
Rayuan memutuskan bahawa perlindungan perlembagaan dalam hak untuk kesaksamaan tidak
terpakai kepada entiti swasta seperti Perayu dalam contoh ini. Oleh itu, Mahkamah Rayuan
memutuskan bahawa Perjanjian Latihan, yang dianggap pekerja wanita yang mengandung
sepanjang tempoh latihan telah melakukan pelanggaran repudiatory Perjanjian Latihan itu adalah
sah dan boleh dikuatkuasakan.

• Walau bagaimanapun, bertentangan dengan pandangan Mahkamah Tinggi di Noorfadilla,


Mahkamah Rayuan dalam kes ini memutuskan bahawa CEDAW tidak mempunyai kuasa
undang-undang di Malaysia memandangkan hakikat bahawa ia peruntukannya tidak digubal ke
dalam mana-mana undang-undang tempatan.
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

CEDAW

- CEDAW tidak mempunyai kesan undang-undang di Malaysia kerana ia tidak digubal ke dalam
mana-mana perundangan tempatan. Perlembagaan Persekutuan tidak mengandungi peruntukan
langsung berkaitan dengan undang-undang antarabangsa, atau apa-apa yang dinyatakan tentang
undang-undang antarabangsa. Untuk sesuatu perjanjian beroperasi di Malaysia, ia memerlukan
perundangan oleh Parlimen.

- Oleh itu, tanpa pemasukan secara langsung ke dalam undang-undang domestik melalui Akta
Parlimen berikutan ratifikasi CEDAW, peruntukan-peruntukan kewajipan antarabangsa dalam
konvensyen tersebut tidak mempunyai kesan mengikat. Di Malaysia, Perlembagaan tidak
menyatakan apa-apa berkaitan dengan keutamaan undang-undang antarabangsa atau domestik
tersebut atau sebaliknya. Jika ada konflik sedemikian, peraturan am adalah bahawa statut harus
mengatasi.

• Mahkamah Rayuan mempertimbangkan sama ada perjanjian itu telah mendiskriminasikan hak-
hak wanita dan sama ada CEDAW mempunyai apa-apa kuasa di Malaysia. Mahkamah
memutuskan bahawa Perlembagaan Persekutuan hanya mengawal pelanggaran hak seseorang
individu oleh pihak berkuasa awam dan oleh itu tidak terpakai bagi kes yang berkenaan, yang
mana dalam kes ini ia merupakan kontrak yang sah antara pihak-pihak swasta.

• Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan tmembuat kesimpulan bahawa Fasal 5.1 (4)
Perjanjian Latihan itu tidak mendiskriminasi hak-hak wanita. Semua klausa yang terkandung di
dalam Perjanjian ini, terutamanya fasal 5.1 (4), tidak menghalang perkahwinan dan / atau
melarang kehamilan jika responden telah selesai menjalani latihan mengikut tempoh yang
ditetapkan seperti yang terkandung dalam Perjanjian, iaitu selama 4 tahun.

• Oleh itu, rayuan pertama tanpa perintah kos dibenarkan, dan perintah Mahkamah Tinggi
diketepikan. Deposit harus dikembalikan.

• Responden perlu membayar sebanyak RM 92,000 kepada perayu sebagai ganti rugi dan
perjanjian tersebut terbatal.
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

PENGGULUNGAN :

Kumpulan kami sokong keputusan mahkamah rayuan dalam kes AIRASIA BHD v. RAFIZAH
SHIMA MOHAMED ARIS.

Kes ini menjadi begitu hangat semasa ia didengar dalam mahkamah dan mendapat
perhatian dalam kalangan ramai kerana kes ini melibatkan satu topik yang seringkali dibincang
oleh orang ramai, iaitu hak wanita dalam negara ini. Dalam kes ini, pihak defenden membawa
pendirian bahawa tindakan pemecatan defenden yang dilakukan oleh perayu merupakan suatu
diskriminasi terhadap golongan wanita, sedangkan mengadung anak itu suatu kebolehan
semulajadi yang ada pada semua wanita dalam muka bumi ini. Persoalannya, adakah pemecatan
defenden,seorang jurutera wanita yang mengadung, telah mendiskriminasi hak wanita ?

1. Consensus Defenden

Defenden mengetahui bahawa dia akan dibuang kerja sekiranya dia mengadung semasa
program latihan jurutera dijalankan, yang ambil masa kira-kira 4 tahun. Hal ini jelas dilihat
apabila defenden menandatangani perjanjian dengan perayu sebelum program latihan jurutera itu
bermula. Sebelum tempoh 4 tahun ini tamat, defenden didapati mengadung, maka menurut
klausa 5.1(4) perjanjian yang ditandatangai defenden, perayu sememangnya ada hak untuk
memecat defenden.

2. Bidang kerja seorang jurutera

Seperti mana yang kita semua tahu, jurutera merupakan sebuah profesion memerlukan
seseorang itu sentiasa bekerja dalam suasana yang stress dan sebagainya, apatah lagi jurutera
yang berkhidmat untuk syarikat penerbangan swasta, yang sememangnya perlu bersedia untuk
berjelajah sini dan sana untuk melaksanakan tugas yang diturunkan. Adalah penting untuk semua
orang tahu wanita mengandung tidak sesuai untuk bekerja dalam situasi yang bertekanan tinggi,
dan memang tidak patut banyak berjelajah (khususnya kerap naik turun kapal terbang, berjelajah
ke hulu dan ke hilir) kerana ia akan membahayakan nyawa yang dalam perutnya. Andai kata
perayu kes ini, iaitu sebuah syarikat penerbangan, membenarkan jurutera wanitanya yang hamil
terus bekerja seperti jurutera lelaki yang lain, apa yang akan berlaku jika jurutera yang hamil itu
ditimpa malang? Perayu juga yang akan disalahkan.
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

3. Tuntutan ganti rugi perayu terhadap defenden

Bagi syarikat penerbangan, jurutera-jurutera merupakan aset yang penting kerana


merekalah tenaga kerja utama yang akan memastikan kapal - kapal terbang syarikat penerbangan
itu sentiasa berfunsi, dan ia akan mendatangkan keuntungan. Oleh itu, tidak susah untuk kita
faham mengapa perayu, sebuah syarikat penerbangan, sanggup membelanja amaun yang besar
untuk melatih and menambahbaik kualiti jurutera-jurutera mereka. Dalam kes ini, perayu
terpaksa memecat defenden kerana defenden telah mengandung. Dengan itu, defenden tidak lagi
boleh bekerja untuk perayu sedangkan perayu telah banyak melaburkan wang ke atas defenden.
Perayu mengalami kerugian yang besar. Oleh itu, perayu wajar menuntut ganti rugi daripada
defenden.
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

 What is Saman Pemula?


✓ Saman pemula merupakan satu cara kes sivil di failkan. Jika saksi diperlukan
memberikan keterangan di mahkamah ia di mulakan dgn writ. Manakala ,kes kes yg
boleh diselesaikan menggunakan keterangan maka saman pemula yang disokong dgn
afidavit akan digunakan (Order 28 of Rules of Court 2012).
✓ Saman pemula ialah jika pertikaian terutamanya melibatkan pembinaan undang-undang
dan dokumen. Satu saman pemula hendaklah disokong dengan afidavit yang merampas
dokumen-dokumen yang dijadikan sandaran oleh plaintif. Defendan tidak diperlukan
untuk memasukkan memorandum kehadiran apabila terdapat saman pemula. Sebaliknya,
defendan boleh memfailkan dan menyampaikan jawapan kepada afidavit sokongan dalam
tempoh 21 hari.

 Bagaimana kalau responden menggunakan Per.5(1) sbg salah satu hujah balas?
✓ Menurut perkara 5(1) Perlembangaan Persekutuan, tiada seorang pun boleh diambil
nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Dalam
kes ini, defenden telah memasuki kontrak yang mengadungi klausa 5.1(4) yang jelas
mengatakan bahawa defenden akan dipecat sekiranya didapati mengandung dalam
tempoh 4 tahun program latihan jurutera itu.
✓ Dengan itu, boleh dikatakan bahawa defenden sememangnya mengetahui tentang syarat
ini dan telah menunjuk consent apabila dia menandatangani perjanjian tersebut.
Penandatangan defenden dalam perjanjian tersebut telah mengikat defenden yang
memberi hak kepada perayu untuk mengambil tindakan undang - undang terhadap
defenden sekiranya defenden melanggar syarat - syarat perjanjian.

 Apa kedudukan CEDAW di malaysia?


✓ Malaysia meratifikasi CEDAW pada 1995 tetapi ianya tidak mempunyai kuasa undang-
undang di malaysia kerana tidak digubal ke dalam mana-mana undang-undang tempatan.
CEDAW hanya cadangan menerangkan bahagian yang perlu untuk menlindungi hak
wanita dan terpulang kepada mana-mana negara untuk menerima atau tidak cadangan
oleh CEDAW.
AIRASIA BERHAD V RAFIZAH SHU]IMA MOHAMED ARIS (COA)

 Apa beza judgement dalam kes Beatrice dan kes Noorfadilla? Kenapa penghakiman kes
ini tidak sama dengan kes nurfadillah ?
✓ Untuk kes Beatrice, plaintif menentang entiti persendirian, jadi isu CEDAW tidak boleh
dibangkitkan walaupun telah diretifikasikan. Manakala dalam kes Noorfadilla pula,
CEDAW terpakai kerana hak plaintif (Perkara 8 PP) telah dinafikan oleh public authority
iaitu kerajaan( Kementerian Pendidikan).
✓ This case is bound with private contract

 Sejauh mana pengaplikasikan triti antarabangsa di msia?


✓ Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bahawa triti antarabangsa patut dijadikan
sebahagian daripada undang-undang Malaysia.
✓ Berdasarkan Perkara 74(1) PP, parlimen boleh menggubal sebarang undang-undang yang
telah termaktub di bawah Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Senarai
Persekutuan termasuklah hal ehwal luar negara:
1. Triti, perjanjian dan konvensyen bersama negara lain.
2. Implementasi triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain.
✓ Dapat disimpulkan, parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
berkenaan hal ehwal luar negara (triti, perjanjian dan konvensyen) dan juga
mengimplementasikan triti tersebut ke dalam undang-undang Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai