Anda di halaman 1dari 9

DEFINISI HARTA Dr Abdul Salam Daud A-Ubuddy mendefiniskan: Sesuatu yang disisi manusia memiliki nilai material dan

dibenarkan oleh syarak pemanfaatannnya dalam kelapangan dan pilihan.

Dr Shauqi Abduh al-Sahiyy memberikan pengertian: Setiap sesuatu yang mempunyai kemanfaatan yang harus dari segi syarak merangkumi bumi, buah-buahan, galian dan haiwan yang diciptakan untuk kegunaan manusia dalam suasana hubungan dan peraturan yang disediakan bagi menjamin kebahagiaan hidup manusia.

Abdul Karim Zaidan memberikan definisi harta sebagai: Setiap yang boleh didapatkan (dikuasai) dan dimanfaatkan dalam keadaan biasa.

Mohd Akram mendefinisikan sebagai: Sesuatu yang boleh dipegang atau disimpan untuk digunakan pada masa yang diperlukan.

Menurut Mohd Kamal Atiyah harta ialah apa yang dikehendaki oleh jiwa dan dicintainya.

Menurut Imam Syafie mal ialah benda yang mempunyai nilai yang boleh dijual dan nilai itu tidak hilang kecuali semua manusia tidak menggunakannya.

Persoalan: Apakah manfaat dianggap harta, seperti hak penjagaan anak, hak menduduki rumah? Hak memandu kereta, menunggang basikal dll. Jika dikatakan harta maka ia memberikan impak kepada pengguna, contohnya bila barang atau harta yang digunakan itu rosak

CIRI-CIRI HARTA 1. 2. Harta ialah benda yang kita boleh kuasai dan boleh memanfaatkannya secara langsung. Contohnya tanah, bangunan, rumah, kereta. Harta juga ialah sesuatu yang belum kita miliki, tetapi berkemungkinan untuk memilikinya. Contohnya ikan di sungai atau laut, mutiara di lautan, burung di udara, haiwan di dalam hutan dan lain-lain. Harta itu mesti wujud. Harta itu dapat dijadikan harta, dapat disimpan untuk waktu tertentu, atau waktu yang lama dan boleh digunakan diwaktu memerlukan, boleh digunakan oleh sebahagian atau masyarakat umum. Harta adalah sesuatu yang halal dan dibenarkan oleh syarak Barangan haram tidak dianggap mempunyai nilai ekonomi dalam Islam. Sesuatu yang tidak boleh dikuasai tetapi dapat dimanfaatkan seperti cahaya matahari tidak dianggap harta Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan seperti sebiji beras tidak dianggap sebagai harta.

3. 4.

5. 6. 7.

KONSEP HARTA 1. Harta adalah milik Allah. Semua harta yang ada di muka bumi adalah milik mutlak Allah. Tidak ada sesuatupun yang menjadi milik manusia secara mutlak. Diri, anak-anak, serta harta adalah pinjaman Allah kepada manusia.

2.

Manusia hanya pemegang amanah. Mereka tidak boleh menganggu hak milik orang lain. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa yang diperolehi dan dibelanjakan. Manusia mesti menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang telah dijelaskan oleh syarak. Manusia bertanggungjawab menggunakan harta ke jalan Allah Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk manusia. Jika berlaku ketidak cukupan, itu adalah kerana sifat manusia sendiri sama ada mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu atau lain-lain alas an. Manusia dikehendaki menggunakan harta dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi. Peringatan daripada Allah bahawa berlakunya kerosakan di muka bumi akibat tangan manusia. Harta diberikan kepada manusia tidak sama antara satu dengan yang lain. Tujuannya adalah untuk menguji keimanan, supaya lebih kuat berusaha. Mengakui inilah realiti kehidupan, manusia masing-masing saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Bantu membantu dan tolong menolong adalah kewajipan kita. Syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri daripada orang kaya.

3.

4.

CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTA


1. Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan usaha sendiri seperti bekerja sendiri 2. Melalui pensyariatan seperti pesaka, nafkah, wasiat, pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat 3. Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang, mas kawin atau berian 4. Bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau kerajaan. seperti baitul mal,

CARA MEMBELANJAKAN HARTA 1. Perbelanjaan Wajib Nafkah Seorang bapa bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri, anak-anak dan ibubapa mereka.

Zakat Kewajipan setiap muslim untuk membayar zakat sama ada zakat harta benda atau zakat fitrah. Infaq wajib derma yang disyaratkan oleh kerajaan untuk membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah membayar cukai pendapatan.

2.

Perbelanjaan Sunat Wasiat Ialah harta yang telah dipesan oleh si mati kepada seseorang sebelum meninggal dan ia berkuatkuasa selepas ia meninggal dunia. Jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya 1/3 daripada keseluruhan hartanya. Wakaf sumbangan seseorang dari harta yang kekal zatnya seperti tanah, bangunan. Sedeqah sumbangan ikhlas seseorang untuk diguna, dimakan. Hibah Pemberian semasa hidup Sumbangan cenderhati, hadiah, tandamata dan seumpamanya.

LARANGAN DALAM MENCARI DAN MENGGUNAKAN HARTA 1. 2. batil 3. 4. Larangan mengusahakan harta yang merbahayakan peribadi, umum atau kemuliaan masyarakat. Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan dan lain-lain. Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan yang

PEMBAHAGIAN HARTA/JENIS-JENIS HARTA


1. Dilihat dari sudut harus dan haram menggunakannya. Ia terbahagi kepada Harta Mutaqawwam dan Ghair Mutaqawwam

Harta bernilai dan tidak bernilai. Atau harta halal dan haram.

a. Harta mutaqawwam adalah harta yang dibenarkan oleh syarak pemilikannya, berdasarkan syarat-syarat berikut:

i. ii.

Harta tersebut dimiliki oleh pemiliknya secara sah Harta tersebut dimanfaatkan mengikut hukum syarat dalam keadaan biasa.

b. Harta tidak mutaqawwam. Harta ini adalah harta yang tidak bernilai iaitu tidak dibenarkan syarak pemilikannya dan penggunaannya. Ia juga dikenali sebagai harta yang tidak dilindungi oleh syarak. Kecuali dalam keadaan dharurat. Contohnya memiliki atau menggunakan arak, babi, bangkai, barangan curi dan sebagainya.

Impak kepada pembahagian ini ialah:

i.

Dalam masalah kontrak dan jualbeli, dari sudut sah atau tidak. Harta ghair mutaqawwam tidak boleh sama sekali dilakukan transaksi dan dibuat kontrak.Ctnya babi, arak, biawak dll.

ii.

Dari segi gantirugi jika berlaku kerosakan (compensation). Semua harta yang tidak bernilai tidak diiktiraf pemilikannya. Oleh itu sesiapa yang merosakkanya tidak perlu membayar pampasan.

2. Dilihat dari segi unitnya ada dan tidak persamaan iaitu Harta Mithly ( ada bandingan) dan Qimmiy ( tidak ada bandingan)

Harta yang mempunya aspek persamaan dan perbezaan. Ia dilihat dari segi unitnya sama ada atau atau tidak persamaan atau perbezaan.

Harta misli ialah harta yang mempunyai persamaan (homojenis) dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan nilai. Ia terbahagi kepada empat bahagian:

a. b. c. d.

Barang yang disukat seperti gandum dan padi Barang yang ditimbang seperti kapas dan besi Barang yang dibilang yang mempunyai bentuk yang hampir sama seperti telor, kelapa Barang yang diukur mengikut ukuran meter, ela, depa dll.

Jika terdapat perbezaan antara keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak.

Harta Qimmi ialah harta yang berlainan jenis atau jika ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara tidak boleh diterima oleh semua pihak. Harta ini dikenali dengan harta senilai.

Impak pembahagian:

i. ii.

Jika merosakkan harta misli maka perlu membayar gantirugi iaitu yang serupa dengan barang yang telah dirosakkan. Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta misli sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada persetujuan ahli syarikat.

3. Dilihat dari segi kekal dan tidak kekal di tempatnya iaitu Harta Manqul (harta alih ) dan Ghair Manqul ( harta tak alih)

Dilihat dari segi kekal ditempatnya atau tidak. Harta alih dan tak alih.

Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya kereta.

Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya tanah, bangunan.

Kesan pembahagian: i. Dalam masalah wakaf, fuqaha sepakat boleh mewakafkan harta tak alih, tetapi harta alih mereka berselisih pendapat.

ii.

Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti untuk membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila masa. Sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih, tetapi jika harta alih, maka ia dianggap tidak sah, kecuali melalui tempahan atau hutang Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih. Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.

iii.

iv.

v.

4. Dilihat dari segi kekal dan tidak kekal zatnya selepas menggunakannya iaitu Harta Istikmali ( harta yang diguna berkali-kali ) dan Istihlaki ( harta yang habis dipakai)

Harta yang kekal zatnya atau tidak selepas diguna.

Harta istikmali ialah harta yang kekal zatnya selepas digunakan.. Ia boleh digunakan berkali-kali seperti pakaian, kereta, barang-barang perhiasan.

Manakala harta istihlaki ialah harta yang habis apabila digunakan. Contohnya minyak, makanan dan minuman

Kesan pembahagiannya

i. ii.

Jika kerosakan Mahu berurusan jualbeli.

KESIMPULAN Harta adalah ujian Allah. Ia merupakan perantaraan dalam kehidupan dan bukanlah segala-galanya atau menjadi matlamat utama dalam kehidupan manusia.Walaubagaimanapun tanpa harta manusia akan susah.

Anda mungkin juga menyukai