Anda di halaman 1dari 7

SAZLI B. SHAHRUDDIN (0712178) DIPLOMA SYARIAH. KOD SUBJEK (DIUM 1103).

A. Perbezaan pandangan Sarjana Barat mengenai hubungan di antara undang-undang dan moral : I. J. Stuart Mill Seorang ahli falsafah abad ke-19, dia mengakui bahawa adalah tidak wajar undangundang terlibat dengan perbuatan moral kecuali perbuatan itu mengganggu hak orang lain. Cara ini dipanggil utilitaranism yang menitikberatkan hak individu sebagai kepentingan utama undang-undang. Undang-undang tidak boleh menghalang perlaksanaan hak asasi individu untuk membuat pilihan bebas tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang berkenaan (good cause) atau sebab yang baik. Teori ini menegaskan lagi bahawa undang-undang tidak boleh memaksa pegangan moral ke atas rakyat kecuali jika perbuatan itu akan mengakibatkan kemudaratan kepada orang lain. Misalnya, undang-undang berkenaan dengan pemakaian tali pinggang keledar ataupun peyeludupan dadah. II. Lord Devlin Lord devlin menentang pendapat teori J.S Mill. Katanya The suppression of vice is as much the laws business as suppression of subversive activities. J.S Mill terlalu mementingkan hak individu dan jika individu membuat sesuatu yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, maka tidak perlu ada kawalan. Ini akan menyebabkan masyarakat menjadi musnah. Undang-undang sepatutnya digunakan untuk menguatkuasakan kod moral dan memastikan masyarakat mengamalkan kod moral yang sama. III. Sir James Stephen Sir James Stephen pula berhemat bahawa, tidak prlu menunjukkan adanya kemudaratan atau masyarakat boleh menjadi lemah dan musnah. Undang-undang boleh digunakan untuk menghalang perbuatan salah atau tidak bermoral tanpa mengira kesannya kepada individu atau masyarakat keseluruhan. Menyekat kebebasan seseorang adalah satu kesalahan. Moral bukan asas undangundang. Sir james lebih melihat sejauh mana perbuatan itu memberi kesan buruk kepada kesejahteraan awam ( kesan luaran).

IV.

Hla Hart Menyekat kebebasan adalah satu kesalahan, moral bukanlah terletak pada undangundang. Ia juga menjadi kesan yang buruk kepada gnguan awam, jika tiada ganguan awam, maka tiadalah paksaan undang-undang. Sebagai contoh seks luar nikah. -

B. Teori undang-undang : I Teori Positivist Undang-undang yang dinyatakan oleh satu badan berkuasa. Tidak semestinya berasaskan moral. John Austin: perintah yang datang dari sumber sebenar yang diikuti oleh ugutan hukuman jika perintah itu tidak diikuti. Misalnya: mencuri adalah dilarang dan diikuti dengan ugutan bahawa jika seseorang didapati bersalah kerana mencuri maka dia akan dihukum sama ada dengan membayar denda atau dihukum penjara. Teori ini telah dikritik kerana undangundang dilihat sebagai pembuli yang hanya dipatuhi kerana takut.

II

Teori Natural Law Ahli falsafah percaya bahawa undang-undang diasaskan di atas satu factor luaran yang tidak berubah-ubah ( peraturan moral, agama,pemikiran logic akal ) Setiap undang-undang mesti ada elemen semulajadi,sekiranya tiada ia tidak sah. St Thomas Aquinas berkata: Consequently every human law has just so much of the nature law as it is derived from the law of nature. But if in any point it deflects from the law of nature, it is no longer a law but a perversion of law. Hubungan rapat antara moraliti dengan penggunaan akal (reason) kerana moraliti dilihat sebagai semula jadi, dan ia boleh ditemui dengan menggunakan pertimbangan sebab yang semula jadi juga. Ia bertindak sebagai garis panduan kewujudan undang-undang itu sendiri.

III

Teori Legal Realisme Legal Realism atau kebenaran perundangan mendapat idea dari orang yang mengamalkan undang-undang seperti peguam dan hakim. Teori ini telah dikritik oleh Frank Jerome, Oliver Wendell Holmes, Karl Llewellyn yang mempunyai sikap praktikal terhadap undang-undang .Mereka melihat kesan sebenar system perundangan dalam kehidupan. Mereka menolak bahawa undang-undang terdiri daripada system peraturan yang terbentuk dalam sesuatu keadaan dan Menjadikan undang-undang tidak tetap.

Realist cuba mendentifikasikan factor social yang mungkin boleh mempengaruhi hakim dalam usaha meneka keputusan hakim itu. Mereka lupa, hakim tidak bertindak vakum, tetapi bertindak berasaskan pengetahuan undang-undang yang telah lama terkumpul.

IV

Teori Feminist Tugas utama pemikir feminist ialah menunjukkan kelemahan undang-undang yang sedia ada dan bagaimana ia begitu berat sebelah, iaitu menyebelahi kaum lelaki. Mereka percaya undang-undang digunakan sebagai alat untuk mendiskriminasi golongan wanita. Pengiktirafan gangguan seksual dan keganasan rumah tangga adalah antara kesan dari pengaruh kumpulan ini. Cth : gngguan seksual di tempat kerja oleh dikenakan tindakan.

C. Fungsi dan pembahagian undang-undang : I. Undang-Undang Awam a. Undang-undang jenayah : Merupakan undang-udang yang menjadikan sesuatu kesalahan yang dilakukan terhadap negara. Tujuannya menghukum pesalah dan mengurangkan jenayah, jika kesalahan yang dilakukan bukan kesalahan jenayah,ia hanya jadi satu kesalahan biasa.. Contoh: berzina- ia bukan kesalahan jenayah di bawah kanun keseksaan. b. Undang-undang perlembagaan : Undang-undang yang menggariskan hak individu di dalam sesebuah negara, melihat kepada persoalan keagungan Parlimen dan hak rakyat. c. Undang-undang pentadbiran : Undang-undang Pentadbiran dan perlaksanaan kuasa eksekutif dalam mentadbir negara. d. Undang-undang industri : undang-undang yang Hubungan antara majikan dan pekerja dan perkara-perkara perindustrian.

II. Undang-undang antarabangsa Satu badan undang-undang yang "mengawal kegiatan-kegiatan entiti yang mempunyai keperibadian antarabangsa".Secara tradisi, itu bermaksud kelakuan dan hubungan dua hala antara Negara-negara dunia serta peraturan yang membuat Negara-negara di dunia terikat mematuhinya.

Ia juga satu sistem normatif "yang digubal berdasarkan prinsip-prinsip yang sama, prinsip yang diikuti semua, tidak kira sama ada kita kaya atau miskin, berkulit putih atau hitam, beragama atau tidak, atau datang dari negara yang maju atau sedang membangun".

Terbahagi kepada undang-undang antarabangsa umum dan antarabangsa persendirian.

III. Undang-undang persendirian Undang-undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan perhubungan antara individu sepertihak-hak dan tugas sesama mereka Ia juga bertujuan untuk memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya supaya harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan tanggungjawab. Ada tiga bentuk iaitu kontrak, tort dan amanah.

D. Perbezaan undang-undang sivil dan jenayah : I. Terminologi/istilah Sivil : Undang-undang yang menyentuh hak dan tanggungjawab melibatkan hubungan antara individu dengan individu, individu dengan badan lain tanpa melibatkan kesalahan Negara. Jenayah : Undang-undang melibatkan kesalahan dengan niat atau tanpa niat. Pelaku boleh dijatuhkan hukuman mati, penjara, sebatan, denda dan sebagainya.

II. Bentuk kes Sivil : Harta pusaka, wasiat, penjagaan anak, tuntutan, keluarga, syarikat, tanah, kontrak dan lain-lain. Jenayah : Menculik, membunuh, merogol, menghasut, mencuri. Membocorkan rahsia rasmi dan sebagainya. III. Pihak-pihak Sivil : mengenai hubungan antara individu dengan individu atau plaintif melawan defenden. Jenayah : mengenai hubungan diantara individu dengan Negara atau pendakwaraya melawan tertuduh.

IV. Tindakan Sivil : Boleh diambil oleh individu yang terlibat. Jenayah : Hanya pendakwaraya.

V. Penghakiman (hukuman) Sivil : jika didapati bersalah mahkamah memerintahkan dengan membayar ganti rugi atau pampasan, mahkamah boleh keluarkan perintah tegahan atau injunksi. Jenayah : Dihukuman denda, penjara, rotan, mati mandatory atau jaminan berkelakuan baik.

VI. Pembuktian Sivil : balance of probobilities ukurannya lebih rendah dari ukuran yang dibuat dalam kes-kes jenayah. -

Jenayah : seseorang yang dituduh perlu dibuktikan kesalahannya beyond


reasonable doubt iaitu melepasi keraguan munasabah.

E. Bentuk pentadbiran dan perundangan masyarakat asli : I. Negrito Suku kaum yang hidup tidak teratur, cara hdup yang berpuak-puak dan berpindah randah. Ketua berkuasa penuh ke atas pimpnanya, ia dipilaih dikalangan orang yang paling tua dan berperanan sebagai tukang ubat. Mereka tidak banyak mempunyai undang-undang kerana kehidupan yang tidak teratur. Jenis hukuman yang dikenakan atas pesalah berbentuk denda bagi kesalahan mencuri sumpit, membawa lari isteri orang, membunuh dan menipu. II. Senoi Sistem hidup yang lebih teratur, ia diketuai oleh penghulu. Penghulu mempunyai kuasa dalam semua hal sivil dan jenayah, kecuali kesalahan yang berat. Ia juga berkuasa membahagikan tanah-tanah yang mana tanah tersebut adalah milik suku bangsa dan mesti dikerjakan beramai-ramai serta hasilnya dinikmati bersama. Dari sudut undang-undang, bagi kesalahan membunuh akan dihukum bunuh juga oleh ahli waris. Kesalahan mencuri akan diusir keluar dari puaknya. Kesalahan penipuan pula akan dikenakan denda.

III. Melayu asli Suku kaum yang paling maju , diketuai oleh tok batin dan dibantu oleh Jinang, Penghulu Balai, Jukrah dan Panglima. Undang-undang ditakbir oleh tok batin dan dibantu orang-orang tau. Hukuman berbentuk denda dibayar dengan piring cina, manakala bagi kesalahan mencuri dan berzina dikenakan hukuman mati iaitu dengan menyelar, menjemur ditengah panas dan sebagainya.

F. Sejarah dan fungsi piagam Keadilan di Negeri-negeri Selat : I. Piagam Keadilan Pertama Penubuhan mahkamah keadilan Pulau Pinang dan memperkenalkan undang-undang inggeris yang dikenali sebagai Lex Loci ( Law Of The Land ) pada tahun 1807. Ia juga digunakan untuk menyelesaikan kecederaan sivil seperi dalam kes Kamoo vs Thomas Tuner Bassett ( 1807 ). Mahkamah keadilam Pulau Pinang mempunyai bidang kuasa yang sama seperti mahkamah tinggi di England. Kemudian Mahkamah Prince Of Well diwujudkan di Pulau Pinang.

II. Piagam Keadilan Kedua Tahun 1826 (Piagam Kedua) pula telah menubuhkan undang-undang Inggeris yang

dikenali sebagai Lex Loci (law of the land) di Singapura dan Melaka walaupun undang-undang tersebut bukanlah sepenuhnya menggantikan undang-undang adat, hasilnya, kes undang-undang dan adat-adat tempatan ini dipinda kepada undangundang Inggeris. Diberi nama Mahkamah Keadilan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Tiga negeri selat ini menjadi sasaran disebabkan tiada pemerintah yang jelas, negeri yang bermasalah serta tiada sultan mudah campur tangan. III. Piagam Keadilan Ketiga Menyusun semula pentadbiran Mahkamah Keadilan negeri-negeri yang terlibat, tidak menambah undang-undang baru, hanya mengatur semula undang-undang inggeris yang sedia ada. Undang-undang inggeris yang diperkenalkan tertakluk pada bangsa-bangsa yang tertentu, ia digunakan untuk mengelakkan ketidakadilan dan penganiayaan secara berleluasa.

G. Sejarah penerimaan undang-undang Inggeris serta contoh kes : I. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Negeri-negeri bersekutu terbentuk pada tahun 1895 yang terdiri dari empat buah negeri iaitu Pahang, Perak, Selangor dan N.Sembilan. Sebelum kedatangan inggeris, undang-undang yang dipakai ialah undang-undang adat perpatih, Adat Temenggong dan Islam ( munakahat dan jenayah ). Terjadi masalah dalam negeri, perebutan kuasa, pergaduhan kongsi gelap cina memaksa campur tangan British dan membawa kepada sistem residen serta residen juga campur tangan dalam hal ehwal agama dan adat. Undang-undang inggeris dipakai di negeri-negeri ini dalam perkara yang tidak diperuntukan dalam undang-undang tempatan. Perbuatan mencedokundang-undang inggeris telah diiktiraf melalui enakmen undang-undang sivil ( NMB ) 1937 yang memperuntukkan penerimaan undang-undag inggeris.

II. Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu Terdiri dari lima buah negeri iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.Johor telah diiktiraf sebagai negeri merdeka oleh british pada tahun 1885. Pada tahun1895, Johor menerima perlembagaan dan akan menjadi sebuah negeri yang teratur dan lengkap kerana sistem pentadbiran Raja Berpelembagaan menjelang tahun 1914. NMTB ialah negeri lindugan British, maka kedudukan negeri-negeri ini berbeza dari NMB. Secara tidak langsung NMTB menerima undang-undang inggeris walaupun telah dilanjutkan undang-undang sivil NMB pada yahun 1951. Kebanyakan undangundang yang diluluskan berlandaskan undang-undang inggeris dan hakim yang dilantik dari England. Contoh dalam kes Mighell vs Sultan Johor : soal kekebalan sultan telah dibangkitkan, dalam kes ini Sultan telah disaman kerana pecah janji untuk berkahwin, setelah menerima satu penyataan dari pejabatjajahan yang menyatakan Johor adalah sebuah negeri yang merdeka dan sultan adalah pemerintah. Maka Mahkamah memutuskan bahawa Baginda kebal dari sebarang tindakan undang-undang.

Anda mungkin juga menyukai