Anda di halaman 1dari 21

MENANGKIS KEJAHATAN ILMU HITAM

MUQADDIMAH

Makhluk-makhluk halus adalah suatu reality yang wujud di


alam ini sejak kejadian Adam A.S. Perangai dan niat jahat
makhluk ini untuk merosak dan menyesatkan anak Adam jelas
tersebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kebolehan
makhluk ini mengatasi manusia dan kebolehan manusia
mengatasi makhluk tersebut tersurat jelas dalam sejarah dan
diterangkan di dalam al-Quran dan hadis.

Kedua-dua makhluk ini sering bermusuh dan apabila


permusuhan telah berlaku maka berbagai-bagai cara
dipergunakan untuk mengatasi pihak lawan.Ada cara halus
dan ada cara kasar,cara tersebut adalah untuk menyampaikan
matlamat jahat untuk merosakkan pihak lawannya.

Manusia pada umumnya berada pada situasi mempertahankan


diri,bukan pada tahap menyerang yang pada kebiasaannya
pihak yang menyerang lebih banyak mempunyai peluang
untuk membinasakan lawannya. Yang paling ditakuti oleh
manusia ialah tentangan yang dibuat oleh tukang sihir dengan
kerjasama dengan makhluk halus ini.

1
Biasanya kerjasama ini,tukang sihir akan melakukan perkara-
perkara yang mengandungi unsur syirik atau perbuatan kufur,
sama ada secara sembunyi-sembunyi ataupun terang-
terangan.

PENGERTIAN SIHIR

Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu


dari hakikatnya kepada yang selainnya. Maka orang yang kena
sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan
sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.

Syeikh al-Azhar membuat penta'rifan bahawa sihir ialah


amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan
diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya.

Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:


Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan atau
ditulis atau dibuat sesuatau yang mendatangkan kesan dan
akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati
dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.

Dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan


antara penyihir dan syaitan. Biasanya syaitan akan berjanji
kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan

2
sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang
mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan
ketaatan syaitan terhadapnya untuk menyampaikan apa yang
berkaitan dengan perkara yang dingininya

CARA TUKANG SIHIR MENDEKATI SYAITAN

Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan al-Quran


sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas.Ada yang menulis
sebahagian ayat al-Quran dengan menggunakan kotoran atau
menulisnya dengan darah haid. Ada pula yang menulis
sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-
Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir
ke awalannya sehingga merosakkan ayat tersebut. Ada yang
sembahyang tanpa wudu' atau tetap dalam keadaan junub.
Ada yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut
nama Allah s.w.t pada waktu menyembelih kemudian
membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang
telah ditentukan oleh syaitan.

Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita


bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan
menjadi pesuruh (khadam) kepadanya melainkan dengan
syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan.Maka
sejauh mana kekafiran seorang tukang sihir maka sejauh itu

3
pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat
melaksanakan perintahnya.

Pembahagian Sihir

Ulama'telah membahagikan sihir kepada 8 bahagian:


1. Sihir orang-orang kildan dan kisydan yang menyembah 7
bintang.
2. Sihir orang-orang yang berilusi dan berjiwa kuat.
3. Meminta bantuan dengan roh-roh rendah ya'ni jin.
4. Khayal,hipnopsis atau silap mata.
5. Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alat-
alat berdasarkan ukuran-ukuran tententu.
6. Menggunakan ubat-ubat khusus ya'ni dalam
berbagai-bagai bentuk makanan dan minyak.
7. Menggantungkan ke hati mangsa bahawa si tukang sihir
mengetahui nama dan apabila muncul rasa takut maka
akan lemah pula kekuatan pancaindera mangsa.
8. Mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini
telah menjadi perkara lumrah di kalangan
masyarakat.

CARA TUKANG SIHIR MENDATANGKAN JIN

1. Menerusi sumpah atas nama jin atau syaitan

4
Tukang sihir masuk ke dalam bilik gelap kemudian
menyalakan api dan meletakkan kemenyan atau yang
sejenisnya di atas api tersebut sesuai dengan tujuan yang di
minta.
2. Menerusi penyembelihan.
Tukang sihir mendatangkan haiwan seperti burung,ayam atau
yang lainnya dengan sifat-sifat tertentu sesuai dengan
permintaan jin.Biasanya jin suka dengan warna
hitam,kemudian menyembelih tanpa menyebut nama Allah.
3. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis
Biasanya tukang sihir menuliskan ayat al-Quran menggunakan
darah haid atau benda-benda najis yang lain.Setelah itu,dia
mengucapkan jampi-jampi yang mengandungi unsur syirik
hingga datang jin yang diinginkan.
4. Menulis ayat-ayat al-Quran terbalik
Ayat al-Quran ditulis dengan huruf-huruf terpisah secara
songsang ya'ni dari belakang ke depan.
5. Menggunakan bintang
Cara ini seolah-olah mengintai bintang kerana tukang sihir
menunggu-nunggu kemunculan bintang tertentu kemudian
bercakap kepadanya denag bacaan sihir lalu membaca jampi-
jampi lain yang mengandungi unsur syirik dan kekufuran
kepada Allah.
6. Menerusi tapak tangan

5
Cara ini yang digunakan oleh tukang sihir untuk mencapai
maksudnya.Dengan menggunakan kanak-kanak yang belum
baligh dengan syarat kanak-kanak itu tidak dalam keadaan
berwudu' setelah itu dia mengambil tapak tangan kiri anak
tersebut lalu menggambarkan segi empat kemudian dijampi
dengan unsur syirik.
7. Menerusi apa yang dipakai
Cara ini digunakan oleh tukang sihir dengan meminta dari
pesakit apa sahaja yang dipakainya seperti sapu
tangan,serban,baju,dan sebagainya kemudian dilanjutkan
dengan jampi seperti dengan cara yang lepas.

MENGENALI TUKANG SIHIR

Sekiranya anda melihat salah satu tanda dari tanda-tanda


berikut ini pada salah seorang pengubat maka tidak diragukan
lagi bahawa dia adalah tukang sihir.Tanda-tanda itu ialah:

1. Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah


pesakit seperti kain,baju,sapu tangan dan sebagainya.
2. Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat
tertentu dipakai oleh untuk disembelih tanpa menyebut
nama Allah. Adakalanya juga melumurkan darahnya
kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan
sembelihan ke tempat yang sunyi(tidak ada penghuni).

6
3. Memberi azimat-azimat tertentu.
4. Membaca jampi serapah ke atas azimat itu menggunakan
bahasa yang tidak difahami.
5. Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya
ada beberapa huruf atau nombor.
6. Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama
masa tertentu biasanya empat puluh hari.Tanda ini
menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir
tersebut beragama kristian
7. Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau
memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak
dimasuki sinar mentari.
8. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam
tanah.
9. Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan di suruh
berasap dengannya
10. Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.
11. Memberitahu pesakit tentang namanya,negeri asalnya
dan persoalan yang akan ditanyakan.
12. Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada
tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit
melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

7
JENIS-JENIS SIHIR DAN PENGARUHNYA TERHADAP
MANGSA DAN CARA RAWATAN

1. Memisahkan suami isteri dengan sihir


2. Guna-guna atau sihir percintaan
3. Memperdayakan pandangan silap mata(hipnotis)
4. Sihir yang membuat gila
5. Sihir membuat orang tidak bermaya
6. Sihir mendengar panggilan
7. Sihir membuat penyakit
8. Sihir melakukan pendarahan
9. Sihir menahan penikahan

SIHIR MEMISAHKAN SUAMI ISTERI

Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan


suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan
antara dua sahabat atau dua orang rakan kongsi.

Jenis-jenis sihir memisah

1. Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya.


2. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya
3. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan
saudaranya

8
4. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawan
nya
5. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan
kongsinya dalam peniagaan atau seumpamanya
6. Memisahkan antara suami dengan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah

1. Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci


2. Berlaku keraguan antara suami isteri
3. Enggan meminta maaf
4. Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu
sebenarnya kecil.
5. Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan
sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya
sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu
sangat cantik
6. Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang
dilakukan oleh suami atau isterinya

GUNA-GUNA ATAU SIHIR PERCINTAAN

Tanda-tanda sihir percintaan


1. Gejolak cinta yang keterlaluan

9
2. Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan
seksual
3. Sukar mengawal cinta
4. Rindu bayang yang berlebihan
5. Patuh secara membuta tuli

Cara sihir percintaan berlaku:

Pertengkaran suami isteri selalunya belaku,hal itu sudah


lumrah kehidupan rumah tangga,dan biasanya cepat mereda
dan kembali seperti biasa. Namun ada beberapa wanita yang
tidak sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka
segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna
supaya suaminya tetap mencintainya. Tindakan ini tentu
kerana lemahnya agama wanita tersebut atau kerana
kejahilannya bahawa tindakan itu haram dan tidak boleh.

Kesan dari sihir percintaan:


1. Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam
jangkamasa yang lama
2. Adakalanya kesan daripada sihir itu terbalik sehingga suami
menbenci isterinya.ini ajkibat tidak mengetahui
kebanyakan tukang sihir tentang dasar-dasar sihir
3. Adakalnya seoarang isteri mengerjakan sihir berganda-
ganda kepada suaminya dengan tujuan dia membenci

10
setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga
menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara
perempuan dan semua wanita yang masih ada hubungan
kerabat.

Sebab-sebab sihir percintaan.

1. Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri


2. Perasaan cemburu wanita memang hebat,mereka selalu
cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.

Sihir yang dihalalkan.

Saya ingin menyampaikan kepada setiap muslimah bahawa


sesungguhnya wanita boleh menyihir suaminya dengan cara
yang dihalalkan oleh Allah, iaitu dengan berhias dan
mempercantikkan suami di hadapan suami. Menjaga supaya
suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak
mencium bau yang tidag sedap, selalu senyum manis, berkata
baik ,lembut, menjaga harta suami,merawat anak-anak
dengan kasih sayang,mentaatinya selagi tidak menyuruh
perkara maksiat kepada Allah.

SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (HIPNOPSIS)

11
Tukang sihir mendatangkan sesuatu yang diketahui
orang,kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan
azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan
sehingga orang ramao melihat sesuatu itu tidak sebagaimana
sebenar.Tukang sihir pernah menceritakan kepada saya
bahawa dia meletakkan telor di hadapan mereka kemudian dia
membaca jampi-jampi kepadanya sehingga mereka melihat
telor bergerak dengan cepat.

Tanda-tanda Hinoptis:

1. Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan


sebaliknya.
2. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.
3. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya ,
seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang
bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.

SIHIR YANG MEMBUAT GILA:

Tanda-tanda Sihir Gila:


1. Melatur, benggung dan lupa sesuatu.
2. Kacau dalam perbicaraan.
3. Mata kuyu{moyok}
4. Tidak boleh tenang di satu tempat.

12
5. Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu.
6. 6) Tidak mengambil berat tentang penampilan
{selekeh}.
7. 7) Sampai kesatu tahap bahawa berjalan tidak tahu dan
adakalanya tidur di tempat- tempat sunyi.

Cara Berlaku Sihir Gila:

Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk kedalam tubuh


orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan
sel-sel yang berkaitan dengan daya fikir dan daya ingatan.

SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA:

1. Suka berseorangan.
2. Diam terus.
3. Tidak suka berbagai-bagai pertemuan.
4. Fikiran meracau.
5. Selalu pening.
6. Selalu lesu dan tidak bermaya.
7. Menutup diri sepenuhnya.

Cara Berlaku Sihir Tidak Bermaya:

13
Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang disihir dan
disuruhkan supaya tinggalkan di otaknya serta membuat
mangsa mengeramdan menutup diri.Kemudian jin melakukan
tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda
gejala{tidak bermaya} pada orang yang disihir.

SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

1. Selalu mengalami mimpi ngeri.


2. Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
3. Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam
keadaan jaga tidak melihat orangnya.
4. Selalu was-was.
5. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang
mencintainya.
6. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.
7. Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Cara-cara berlaku Sihir Ini:

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikaan tugasnya untuk


menyibukkan orang yang disihir pada waktu tidur dan jaga,
kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidurnya
berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau

14
memanggilnya ketika jaga kadang-kadang dengan suara
manusia yang dikenalnya atau dengan suara-suara aneh.

SIHIR MEMBUAT PENYAKIT:

1. Selalu sakit pada salah satu anggota badan.


2. Saraf tersumbat.
3. Lumpuh salah satu anggota tubuh.
4. Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
5. Lumpuh menyeluruh.

Cara berlakunya Sihir Ini:

Sekiranya ada orang yang kena sihir ini maka jin akan
menetap di otak, benar-benar ditempat yang dikehendaki oleh
yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian dia menetap
di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya.Ketika itu,
anggota tubuh berada di antara 3 keadaan:

Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota tubuh


sehingga anggota tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit
mengalami bisu, buta, tuli dan lumpuh.

Adakalanya membiarkannya sehingga adakalanya anggota


tubuh berfungsi dan adakalanya tidak. Menyebabkan otak

15
memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa sebab
sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak
sekalipun tidak sampai lumpuh.

SIHIR PENDARAHAN:

Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita.


Seorang perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu
diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, dengan cara
tersebut dan jin akan berjalan bersama darah.
Sabda Rasullulah{s.a.w}:
" Syaitan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran
darah"

Pengertian Pendarahan:
Adapun sihir pendarahan ini ialah apa yang disebut oleh ahli
feqah dengan istihadah dan dan di kalangan doktor biasanya
disebut pendarahan.Kemungkinan pendarahan ini berlangsung
sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya sedikit
atau banyak.

SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN:

1. Pening kepala yang berterusan, tidak terhenti sekalipun


diberikan ubat oleh doktor.

16
2. Sesak di dada terutamanya setelah asar hingga tengah
malam.
3. Melihat pelamar bermuka hodoh.
4. Banyak berfikir{fikiran melayang}
5. Selalu gelisah waktu tidur.
6. Selalu rasa sakit di perut.
7. Rasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir Ini:


Tukang sihir menugaskan beberapa jin mendekati gadis
tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan
melakukan satu diantara dua:

1. Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia benci


kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran
kepadanya.
2. Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan
bahawa wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah
buruk.

RAWATAN
Orang yang terkena sihir akan menerusi tiga peringkat
rawatan.

Pertama: Peringkat sebelum rawatan .

17
1. Mewujudkan suasana yang benar-benar sesuai dengan
kehendak islam.
2. Bersihkan rumah dari sebarang azimat atau penangkal
yang ada pada pesakit dan bakarlah azimat tersebut.
3. Jauhkan rumah dari lagu-laguatau alat muzik atau suara
muzik.
4. Jangan sekali-kali melakukan perbuatan dosa dan maksiat
di rumah itu seperti lelaki memakai emas dan wanita
membuka aurat atau menghisap rokok.
5. Mengajar akidah yang betul kepada pesakit dan
keluarganya hingga hati mereka tidak memiliki
pergantungan selain daripada Allah.
6. Berwuduk sebelum memulai rawatan dan suruh pula
orang yang bersama anda mengambil air sembahyang.
7. Sekiranya pesakit itu seorang wanita, janganlah anda
memulai rawatan sehingga anda pastikan dia telah
menutup auratnya supaya tidak terbuka ketika rawatan.
8. Janganlah anda mengubati seorang wanita ketika dia dalam
keadaan melakukan pelanggaran syariat seperti
mendedahkan aurat, memakai wangian atau memakai
pewarna seperti wanita-wanita kafir.
9. Jangan anda mengubati seorang wanita melainkan
ditemani oleh muhrimnya.
10. Jangan anda masukkan bersama anda orang yang
bukan muhrim.

18
PENUTUP:

Perbicangan yang berkaitan dengan ilmu hitam ini amat susah


untuk difahami oleh seseorang, selama mana tidak mengambil
tahu tentangnya dan terlibat secara langsung mengenainya,
yang hanya difahami oleh mereka yang terlibat secara khusus
sahaja, seumpama pawing atau bomoh.

Dalam masyarakat Melayu kita, perbuatan ilmu hitam ini


dengan perantaraan makhluk-makhluk halus yang jahat boleh
dikatakan banyak berlaku, biar pun agama mereka anuti itu
melarang keras perbuatan tersebut. Banyak orang terkena
sihir, santau, kena rasuk dan sebagainya, menyebabkan
manusia hilang pertimbangan akal, menjadikan bercakap
bersendirian, sasar, bingung, tidak siuman, sakit kepala
berpanjangan dan sebagainya .

Semoga risalah yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit


manfaat dan dijadikan panduan untuk kita semua. Dan juga
mudah-mudahan dengan mendalami dan menghayati risalah
ini dapat menambah pengetahuan dan permasaalahan
makhluk halus ini. Akhirnya pesanan saya untuk semua
janganlah kita memandang remeh dalam perkara tersebut

19
bahkan ianya satu bidang yang harus diketahui bersama.
Marilah sama-sama kita berdoa memohon kepada Allah SWT
agar kita diselamatkan daripada gangguan makhluk halus dan
selamat dunia akhirat.

Sekian,Wassalam.
Rujukan:
1) Al-Quran al-Karim.
2) Sunnah Nabawi.
3) Alam Jin Wa Malaikat - Umar al-Asyqar.
4) Talbis Iblis - Abu al Farj Ibnu Jauzi.
5) Tanbih al Ghafilin - Abu al Laist al Samarqandi.
6) Alam al Jin Wa Syayatin - Abdul Karim Naufan.
7) Alam Jin Fi Dhau'I Kitab - Abdul Karim Naufan.

Disediakan oleh : Us. Syarhan Syafie

Dikeluarkan oleh :
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH (APID)
P7 FASA 1C3, Bandar Baru Manjung,
32040 Manjung
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-6889868
Faks : 05-6883119

20
HAK CIPTA TERPELIHARA

21

Anda mungkin juga menyukai