Anda di halaman 1dari 6

JENAYAH SIHIR MENURUT PRESPEKTIF ISLAM Oleh :Kamal Ariff b.

Mohd Bakri Allah swt menjadikan setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Di sebalik penciptaan ini, terdapat banyak hikmah dan pengajaran yang terkadang tidak terjangkau akal pemikiran manusia untuk merenungkannya. Justeru kehidupan manusia pada hari ini hanyalah sekadar mahu berlumbalumba mengejar kebendaan dan kemewahan. Sesiapa yang lemah dan lambat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan. Bagi mereka yang kuat dan cepat, mereka akan dapat apa yang dimahukan tanpa berkongsi dengan sesiapapun. Akibat dari ketamakkan ini, maka akan lahir sifat hasad dengki dan khianat yang menjerumus ke arah kehinaan. Lebih buruk dari itu,mereka sanggup melibatkan diri dengan perbuatan syirik iaitu mempelajari amalan sihir. PENGERTIAN SIHIR Amalan sihir boleh diertikan sebagai satu upacara yang melibatkan perjanjian di antara manusia dengan jin atau syaitan bagi memberi mudarat atau kesusahan kepada orang lain. Walaupun jenayah sihir tidak 'popular' dikalangan masyarakat akan tetapi akhbar arus perdana pada hari ini sudah mula mengetengahkan isu sensitif ini. Jenayah sihir bukanlah suatu bentuk perlakuan zahir yang boleh dibendung dengan tindakan undang-undang semasa. Bahkan perbuatan sihir ialah amalan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan sukar untuk mengesan siapakah yang terlibat dengan jenayah ini. Hakikatnya pada hari ini pengunaan ilmu sihir sudah sebati

dengan sikap masyarakat.yang ingin menjadi hebat dan berkuasa di mata orang lain. DALIL BERKAITAN ILMU SIHIR Firman Allah swt didalam surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud: "Mereka membelakangkan kitab Allah dan mengikut ajaran sihir yang dibacakan oleh syaitan dalam masa pemerintahan nabi Sulaiman, padahal nabi sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi syaitan itulah yang kafir kerana amalan sihirnya, dan kerana merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat: Harut dan Marut,sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan imanmu, oleh itu janganlah engkau menjadi kafir dengan mempelajarinya" Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat dengan sihir itu kepada seseorang melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan diri mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sesungguhnya mereka (kaum yahudi) telah mengetahui sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah mendapat bahagian yang baik diakhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui". Berdasarkan huraian daripada ayat tersebut, ada beberapa pengajaran yang dapat kita ambil untuk dijadikan iktibar didalam masyarakat hari ini.

1. sihir. 2.

Syaitan mengajar manusia segala ilmu yang berkaitan dengan

Mereka yang mempelajari ilmu sihir jatuh kepada hukum kafir

kerana ia mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan. 3. Malaikat Harut dan Marut diutuskan untuk menguji keimanan

dan ketakwaan manusia kepada Allah swt.


4.

Wujudnya ilmu sihir yang boleh memecah belahkan hal ehwal

rumah tangga sehingga menyebabkan berlakunya penceraian diantara suami isteri. 5. Semua perbuatan sihir yang berlaku tidak akan dapat memberi

apa-apa mudarat kepada orang lain kecuali mendapat keizinan Allah swt. 6. Ilmu sihir adalah ilmu yang tidak memberi manfaat dan

mempelajarinya adalah satu perkara yang sia-sia. Menjadi satu kewajipan masyarakat untuk menjauhkan diri daripada bersubahat dengan perbuatan sihir kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepada diri sendiri. Hakikatnya syaitan telah berjaya untuk

memperdaya manusia menuju ke lembah neraka. HUKUM AMALAN SIHIR Di dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda yang bermaksud: " Jauhilah kamu akan 7 perkara, Maka berkata seorang sahabat kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah, apakah perkara itu? . Nabi saw bersabda: "syirik

kepada Allah, membunuh seseorang yang diharamkan oleh Allah, amalan sihir, memakan harta riba, memakan harta anak yatim,melarikan diri dari peperangan, menuduh seseorang wanita berzina tanpa ada penyaksian yang benar". Jelaslah semua perbuatan yang disebut diatas telah ditegah oleh Nabi Muhammad saw daripada kita medekatinya, apatah lagi untuk mengamalkannya telah dikira melakukan dosa besar di sisi Allah swt. Firman Allah swt didalam surah Al-Jin ayat 6 yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya amat salah perbuatan beberapa orang dari manusia, supaya menjaga dan melindunginya dengan meminta

pertolongan kepada ketua- ketua golongan Jin, kerana dengan permintaan itu, mereka menjadikan golongan Jin bertambah sombong dan jahat". Justeru hukum mengamalkan ilmu sihir adalah haram di sisi syara'. Sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir dengan apa-apa tujuan sekalipun, mereka termasuk didalam orang-orang yang kafir. KESAN MENGAMALKAN ILMU SIHIR. 1.Manusia akan bertambah sombong dan angkuh. Langkah manusia yang mahu menuju kepada memiliki sesuatu dengan cara yang salah tidak akan mendapat keredhaan Allah swt. Ini kerana

manusia akan menjadi angkuh dan kufur dengan nikmat yang telah dikurniakan. Sikap buruk tersebut akan menjadi jelas sekiranya manusia terus tamak dan menganiaya orang lain. Firman Allah swt didalam surah Luqman ayat 33 yang bermaksud: "Wahai sekelian manusia, bertakwalah kepada tuhan kamu, dan takutilah hari akhirat yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang

anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu

benar,janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan kamu diperdayakan oleh bisikan syaitan".

2. Terkeluar daripada agama Islam Setiap perbuatan yang berkait dengan syaitan dan jin bagi memusuhi manusia adalah ditegah sama sekali didalam Islam. Mereka yang mengamalkan sihir sudah terkeluar daripada agama Islam dan hendaklah kembali bertaubat. Mungkin sebahagian daripada kita mengamalkan ilmu sihir untuk membalas dendam diatas perbuatan orang lain. Walau apa pun alasannya, matlamat tidak pernah menghalalkan cara sekiranya ia

bercanggah dengan hukum Islam. 3. Kehidupan yang tidak mendapat keredhaan Allah swt. Malang sekali bagi pengamal ilmu sihir, setiap nikmat yang dikurniakan diatas bumi ini tidak memberi manfaat kepada mereka. Bahkan diakhirat nanti, setiap anggota tubuh badan akan berkata-kata dan menceritakan perihal keburukan tuannya sendiri. Firman Allah swt didalam surah Yasin ayat 65 yang bermaksud: " Pada waktu itu kami meteraikan mulut mereka dan memberi peluang kepada tangan-tangan mereka untuk memberitahu Kami kesalahan masing-masing, dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka usahakan". 4. Menerima azab Allah swt diakhirat.

Manusia yang mengamalkan ilmu sihir pastinya akan menerima azab Allah swt diakhirat kelak. Perbuatan sihir ini tidak hanya membabitkan ibadah harian yang khusus sahaja, akan tetapi ia melibatkan akidah yang wajib

dipelihara oleh seseorang individu. Firman Allah swt didalam surah Thoha ayat 124 yang bermaksud: " Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta". KESIMPULAN Tidak ada jalan yang mudah untuk memuaskan kehendak nafsu di atas dunia ini. Landasan yang benar adalah berpaksikan keimanan kepada Allah swt. Sementara perbuatan sihir adalah dorongan jin dan syaitan dalam mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia. Marilah sama-sama kita mengingati kembali perjanjian diantara kita sebagai umat Islam kepada Allah swt. Perjanjian yang wajib dipelihara iaitu "Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah".

Anda mungkin juga menyukai