Anda di halaman 1dari 12

Tajuk : Khurat

Pengenalan
Amalan atau kepercayaan khurafat adalah merupakan hasil pengaruh agama lain dan
kepercayaan anamisma yang dicampuradukkan dengan ajaran Islam.
1
Hasil kepercayaan-
kepercayaan tersebut timbul permasalahan akidah dan amalan-amalan yang bertentangan
dengan Islam seperti penggunaan tangkal, azimat, pembomohan, dan seribu satu cara dan
kaedah yang menyesatkan.
Isu amalan khurafat ini bukan lagi isu picisan yang berlegar dikalangan orang kampung
sahaja, namun ianya telah menjadi suatu kepercayaan anamisma yang dipercayaai oleh
segenap masyarakat samada yang berpendidikan tinggi atau tidak, yang tinggal dibandar
atau di kampung, dan yang Islam mahupun bukan Islam.

Asal usul perkataan Khurafat
Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bin Abu Bakar r.ha :




2

Ertinya : Daripada Saidatina Aisyah r.ha berkata, pada suatu malam Rasulullah saw telah
meriyawatkan beberapa cerita kepada isteri-isterinya, lalu telah berkata seorang dari
isterinya : Wahai Rasulullah bukankah cerita ini cerita Khurafat! . Maka Baginda Nabi
saw pun bertanya : Adakah kamu tahu apa itu khurafat? baginda Nabi saw
menerangkan- Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari kaum Uzrah, dia telah
disembunyikan (ditawan) oleh jin pada zaman jahiliah dalam tempoh masa yang lama,
kemudian dia telah dilepaskan(dikembalikan) semula kepada manusia. Maka lelaki tadi
menceritakan dengan apa yang telah dia lihat tentang keajaiban (kehidupan jin). Maka
manusia ketika itu pun menamakan ini cerita khurafat (nama lelaki tersebut).

1
Dato, Hj. Omar Bin Awab, Pengarah Jabatan Agama Johor, Garis Panduan Khurafat Dan Azimat, Jabatan
Agama Johor.
2
Musnad Imam Ahmad, Maktabah al-Syamilah.
Definisi Khurafat
Khurafat ditakrifkan sebagai :
" "
3

Ertinya : Cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan
perkara dusta.
Khurafat juga ditakrifkan sebagai :
" "
4

Ertinya : Sebarang cerita yang sebenar-benar dusta

Menurut kamus Idris Al-Marbawi pula, khurafat ialah : cerita karut (karut marut)
5
.
Daripada definisi yang dinyatakan, dapat dibuat kesimpulan seperti berikut :
Khurafat ialah semua cerita samada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran,
pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang
menyimpang dari ajaran Islam.

Antara Amalan-Amalan Khurafat Arab Jahiliah.
Sebelum kedatangan Baginda Nabi Muhammad saw dengan membawa ajaran Islam,
orang arab jahiliah sangat berpegang kuat dengan ajaran-ajaran khurafat yang jelas syirik
dan sesat. Amalan-amalan khurafat dan anamisma ini terlalu kuat berakar umbi dalam
pemikiran dan kuat dalam amalan mereka.

Antara Bentuk-Bentuk Amalan Khurafat Arab Jahiliah Ialah :
1. Menenung atau menilik nasib;
2. Menyembah dan mempercayai kuasa berhala-berhala;

3
juzuk 1, halaman 237.
4
, kamus, halaman 175.
5
Kamus Idris al-Marbawi, halaman 169.
3. Mempercayai dukun, ahli nujum, dan tukang tilik.
Amalan meramal dan menilik nasib sering dilakukan oleh orang arab jahiliah ketika
hendak bermusafir, berkahwin, menerima cahaya mata, dan menentukan sesuatu itu
samada akan membawa kebaikan atau kecelakaan. Mereka sering menggunakan anak
panah yang belum dipasangkan bulu, yang dipanggil azlam. Anak panah tersebut akan
memainkan peranan dalam setiap tindakan yang akan mereka lalukan.
Masyarakat arab juga akan membuat dan mengukir patung-patung berhala untuk mereka
sembah dan mengadu nasib. Di kaabah, mereka menggantung patung-patung yang
mereka buat dengan tangan-tangan mereka sendiri yang dipanggil Latta dan Uzza. Malah
patung-patung ini bukan sekadar melambangkan kesyirikan dan amalan khurafat yang
dibuat oleh arab jahiliah tetapi ianya menunjukkan kerendahan akal dan taraf pemikiran
mereka pada masa itu.
Bomoh, dukun, tukang tilik, dan ahli nujum merupakan tempat sandaran masayarakat
arab dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan. Mereka akan mempercayai
ramalan dukun, ahli nujum dan bomoh yang mereka jumpa dan keyakinan mereka kepada
perkara-perkara tersebut sangat mendalam.
Baginda Nabi saw bersabda, Hadith riwayat daripada saidina Ibnu Masud r.h :

6

Ertinya : Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih itu adalah
syirik.
Sabda Nabi saw lagi :

7

Ertinya : Bukan dari golongan kami sesiapa yang merasai sial atau meminta
diramalkan kesialannya atau merenung nasib atau meminta ditenungkan atau
mensihirkan atau meminta disihirkan.

Kedua-dua hadith di atas ini menggambarkan sikap orang arab jahiliah yang telah ditegah
oleh Nabi saw iaitu amalan jampi mentera, tangkal, ilmu pengasih, sihir, dan meramal

6
Hadith riwayat al-Tabaroni.
7
Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad.
nasib samada membawa kebaikan atau kesialan. Ini semua merupakan amalan-amalan
khurafat yang telah diamalkan oleh golongan arab jahiliah sebelum dan ketika
kedatangan Islam. Baginda Nabi saw datang membawa cahaya untuk mengeluarkan umat
arab jahiliah dari kegelapan, kejahilan, kesyirikan dan kebatilan tersebut.
Dalam hadith yang lain juga, baginda Nabi saw menegaskan persoalan mempercayai ahli
nujum, tukang tilik, atau bomoh. Sabda Nabi saw daripada Abu Hurairah r.h :

8

Ertinya : Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan
menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya,
maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw.
Hadith ini juga menunjukkan amalan orang arab jahiliah yang suka mempercayai bomoh,
tukang tilik dan ahli nujum untuk meramalkan nasib dan apa juga yang berkaitan dengan
kehidupan mereka.

Contoh Amalan Khurafat Arab Jahiliah ialah kepercayaan mereka kepada
burung
9
:
Mereka akan mempercayai kepada arah burung yang berterbangan member kesan kepada
nasib mereka. Apabila mereka hendak mengerjakan sesuatu atau sedang mereka
bermusafir menuju kesesuatu tempat dengan tujuan dan maksud tertentu, tiba-tiba
kedapatan burung yang melintasi mereka, maka mereka akan kaitkan dengan suatu
kepercayaan-kepercayaan tertentu. Melah mereka meletakkan nama-nama khusus pada
keadaan burung yang melintasi mereka.
Burung yang melintasi dari arah kanan ke kiri dinamakan : As-Sawaeh
Burung yang melintasi dari arah kiri ke kanan dinamakan : Al-Bawareh
Burung yang datang kepada mereka dari arah depan dinamakan : An-Nateh
Burung yang datang dari arah belakang ke hadapan dinamakan : Al-Qaid
Justeru, dari nama-nama tersebut datanglah pelbagai ramalan dan tafsiran yang khusus
samada ianya membawa bala bencana, ada tuah dan kebaikan, untung rugi dan

8
Hadith riwayat Ahmad dan al-Hakim.
9
Kertas kerja Khurafat, Darul Syifa, Dato Dr. Harun Din
sebagainya yang mereka menggantungkan hal-hal tersebut sepenuhnya kepada keadaan
burung tersebut.
Mereka juga mempercayai jika burung hantu (al-Bumah) menghinggapi dan berbunyi di
atas rumah, maka ertinya salah seorang dari penghuni rumah itu akan meninggal dunia.
Kepercayaan sebegini akan mengakibatkan penghuni rumah tersebut berkeadaan murung
dan dukacita yang tidak terkira kerana musibah kematian yang akan menimpa ahli
keluarga mereka. Wallahualam.
Secara umum kita kita dapati amalan-amalan ini bukan sahaja diamalkan dizaman
jahiliah sebelum kedatangan baginda Nabi saw, malah ketika Nabi saw diutuskan allah
swt untuk menegah perkara-perkara ini, masih ramai lagi umat arab jahiliah yang masih
beramal dan berpegang kuat dengan adat dan khurat nenek moyang mereka. Apa yang
lebih menyedihkan lagi, kita dapat lihat amalan-amalan khurafat ini turut diamalkan
dizaman sekarang. Setelah lebih 1400 tahun baginda Nabi saw meninggalkan kita tetapi
masih ramai lagi manusia hari ini yang beramal dengan perkara-perkara khurafat dan
kembali ke zaman jahiliah.
Di dalam kita ada menyebutkan :
Adapun apa yang diiktiqadkan oleh manusia dari dahulu hingga sekarang tentang
adanya seekor burung atau ada hari-hari atau bulan-bulan yang boleh member kesan
pada kebahagian atau kecelakaan manusia. semuanya itu adalah khurafat. I slam
membatalkannya kerana jelas bertentangan dengan tauhid.
10


Antara Bentuk-Bentuk Amalann Khurafat Masyarakat Melayu Malaysia
11
.
Terdapat banyak amalan-amalan khurafat yang telah diamalkan oleh masyarakat melayu
antaranya :
1. Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, batu, bukit, gunung, pokok dan
sebagainya.
2. Kepercayaan kepada sesuatu boleh membawa sial, justeru perlu dibuang dengan
amalan istiadat mandi safar. Namun amalan ini sudah kurang diamalkan.
3. Adat kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya reeki seperti adat memuja
semangat padi.

10
halaman 179.
11
Garis Panduan Khurafat Dan Azimat, Jabatan Agama Johor
4. Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang nenek moyang yang
tidak ada asas dan bercanggah dengan Islam.
Terdapat pelbagai lagi kepercayaan-kepercayaan khurafat yang berlegar dikalangan umat
melayu dan ada yang masih kekal dan diwarisi turun temurun.

Contoh Amalan Khurafat Masyarakat Melayu Islam Ialah Dalam Ibadah Haji :
12

Jemaah yang hendak bermusafir menunaikan ibadah haji, apabila hendak keluar dari
rumah jangan memijak bendul rumah, kalau dipijak, alamat tidak akan balik semula ke
rumah dan ke tanah air. Apabila mula sahaja keluar dari rumah, jangan lagi pandang ke
belakang iaitu melihat rumah kerana ini akan menyebabkan pekerjaan haji tidak
sempurna. Dan jemaah haj yang balik ke tanah air hendaklah melakukan iddah haji
selama 40 hari duduk di dalam rumah berkurung untuk mendapat keberkatan dan haji
yang mabrur, jika tidak ianya menjadi sia-sia.

Hukum Beramal Dengan Khurafat Dan Dalil-Dalilnya.
Islam sangat menitikberatka soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan
kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran,
al-Hadith, Ijmak dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam.
Sabda Rasulullah saw :
: :

13

Ertinya : Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak
ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya adalah tertolak.

Para ulamak menyatakan bahawa maksud perkataan yang dinyatakan sesuatu yang
tidak ada didalamnya ialah tidak ada nas dan tidak menepati hukum-hukum, kaedah-
kaedah dan usul-usul syarak.

12
Kertas Kerja Khurafat, darul Syifa, dato Dr. Harun Din.
13
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim / Sohih Muslim / Hadit 40 al-Wafi Imam al-Nawawi.
Sabda Rasulullah saw lagi :
: :

14

Ertinya : Barangsiapa rnengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada di dalam agama
kami, maka yang dikerjakannya adalah tertolak.
Sabdanya lagi :
:

15

Ertinya : percaya kepada burung itu syirik dan tiada seorang pun dari kita
melainkan dilanda oleh perasaan itu, tetapi Allah swt akan menghilangkannya
dengan tawakkal.
Dalam hadith ini disebutkan contoh burung. Namun ianya termasuk apa jua binatang
seperti biawak, burung gagak, kelicap, burung hantu dan benda yang dijadikan sebagai
azimat, maka hukumnya adalah sama iaitu syirik.
Firman Allah swt :
_.. _. : < !. ,`-., ., | l- ,.| :| _. _,.l.Ll _
Ertinya : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja
yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga
tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. oleh itu, sekiranya Engkau
mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-
orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).
Daripada ayat di atas ini, termasuklah amalan-amalan memuja jin dan meminta
pertolongan darinya seperti yang selalu dilakukan oleh seseorang bomoh dan dukun

14
Hadith riwayat ahmad dan Muslim / Sohih Musli.
15
Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
adalah syirik dan menyesatkan kerana ia telah menyembah atau memuja yang lain dari
Allah swt.
Sabda Rasulullah saw :
: :

16
Ertinya : Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau tukang sihir dan
menanyakan sesuatu kepadanya lalu terus mempercayai apa yang dikatakannya,
maka sesungguhnya ia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi
Muhammad saw.
Hadith ini boleh dikaitkan amalan khurafat yang dilakukan oleh masyarakat melayu yang
suka dengan pembomohan, mempercayai dukun dan pawang, tukan tilik dan ilmu-ilmu
hitam. Semua itu adalah haram dan syirik serta berdosa besar.
Orang Melayu Islam juga terkenal dengan amalan jampi serapah dan ayat-ayat mentera
dan azimat. Ini juga ada yang boleh jatuh kepada kufur, syirik dan haram.
Sabda Rasulullah saw :
: : : :

17
Ertinya : Dari Saidina Auf ibnu Malik katanya : Dahulu kami melakukan jampi di
zaman jahiliah, lalu kami bertanya : Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan
dalam hal ini? Baginda bersabda PErlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu.
Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal
syirik.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi
18
, sesuatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada
3 syarat iaitu :
1. Ia mesti berdasarkan kepada Allah swt dan nama-namaNya yang mulia.

16
Hadith riwayat Ahmad dan al-Hakim
17
Hadith riwayat Muslim / Sohih Muslim Imam al-Nawawi
18
Kitab Fatawa al-Muassirah, Dr Yusuf al-Qaradawi.
2. Ia mesti diturunkan dengan bahasa Arab dan kata-kata yang boleh difahami
maknanya (jika bukan bahasa arab).
3. Beriktikad bahawa ianya tidak member kesan dengan sendirinya, tetapi dengan
takdir allah swt jua.
Di dalam amalan tradisional, terdapat jampi yang dibolehkan (diharuskan) dan ada yang
diharamkan. Jampi-jampi tersebut ialah
19
:
1. Jampi yang diharuskan : jampi ini ialah jampi yang menepati 3 syarat seperti yang
dinyatakan di atas.
2. Jampi yang diharamkan : jampi yang ditegah dan diharamkan ialah jampi yang
mengandungi unsur-unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan sihir,
menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami atau yang bercampuraduk,
seperti jampi yang dimulakan dengan Bismillah atau Alhamdulillah dan diseur
nama-nama hantu dan jin, kemudian disudahi dengan ucapan berkat kata Laa
Ilaaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah atau seumpamanya. Maka ini termasuk
khurafat yang syirik dan haram.

Peranan Guru Sebagai Daie Bagi Menangani Amalan Khurafat
Tidak dinafikan, bahawa guru juga memainkan peranan penting dalam menerang,
mendidik dan mencegah amalan-amalan khurafat ini bukan sahaja dikalanga para pelajar,
tetapi untuk kesinambungan maslahah umat.
Antara cadangan yang boleh dikemukakan di sini ialah ;
1. Guru mestilah memberikan penerangan yang jelas serta garispanduan mudah bagi
para pelajar agar mereka dapat menilai sesuatu perkara itu termasuk dalam
kategori khurafat atau pun tidak.
Guru mesti mempastikan para pelajar mengetahui 3 syarat yang membolehkkan
jampi itu diharuskan agar mereka dapat membuat penilaian yang betul dan
menolak segala bentul amalan yang bercanggah dengan syarak.
Sebagai contoh : Amalan memuja roh seperti permainan spirit spirit telah
menjadi mainan biasa dikalangan para pelajar. Maka dengan perkara-perkara asas,
berkaitan pemujaan selain Allah swt, dan menyeru kuasa-kuasa ghaib adalah
diharamkan oleh syarak

19
Garis Panduan Khurafat dan Azimat, Jabatan Agama Johor
2. Bekerjasama dengan institusi agama dalam mewawarkan fatwa-fatwa amalan-
amalan yang bercanggah dengan syarak. Dalam ertikata yang lain, guru juga
boleh menjadi juru cakap menyebar luaskan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan.
Sebagai contoh : Fatwa kuda kepang yang telah diharamkan oleh pihak Jabatan
Mufti Johor
20
, maka guru memainkan peranan dalam menerangkan, kenapa ianya
diharamkan, apakah unsure-unsur syirik, khurafat, dan amalan-amalan yang
bertentangan dengan syarak yang ada dalam amalan-amalan tersebut.
Isu ini masih ramai lagi para pelajar dan golongan dewasa yang terlibat dengan
amalan permainan kuda kepang. Dan sesetengah sekolah masih terdapat kelab
kuda kepang. Ini jelas bercanggah dengan fatwa yang telah dikeluarkan. Justeru
guru memainkan peranan sebagai juru cakap dan menyebar luaskan fatwa
tersebut.
3. Membuat kempen-kempen dan penerangan tentang bahayanya amalan khurafat
kepada akidah dan syariat.
Sebagai contoh : terdapat pamplet-pamplet, hand out yang telah dikeluarkan oleh
jabatan agama dan jabatan mufti. Guru boleh mengajak para pelajar untuk turun
padang menyebarkan kempen-kempen amalan-amalan khurafat dengan
mengedarkan flyers, pamphlet, hand out, dan sebagainya. Secara tidak langsung,
para pelajar dapat mendalami dengan lebih jelas isu khurafat ini dan
menyampaikan kepada masyarakat
4. Melaporkan setiap perkara yang berkaitan dengan isu khurafat, ajaran yang
menyalahi akidah dan syariat kepada pihak yang berkuasa.
Sebagai contoh : talian rakan cob atau penguatkuasaan yang berhubung secara
langsung dengan badan-badan yang bertanggung jawab bagi melaporkan gejala
dan amalan-amalan khurafat yang berlaku.
Guru juga boleh menjadi mata-mata untuk mendapatkan maklumat kepada
amalan-amalan khurafat yang dijalankan oleh sesetengah pihak untuk dilaporkan
kepada pihak berwajib. Selain itu, rangkaian guru dengan pelajar juga boleh
mendapatkan risikan dan maklumat yang lebih tepat bagi menangani masalah
amalan-amalan ini.
5. Guru juga mesti mampu menjadi pembimbing dalam isu pemurnian akidah dan
dakwah, agar mereka yang tersesat dan terjebak dalam perkara-perkara khurafat
ini mendapat bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.

20
Rujukan, Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Johor / Fatwa Kuda Kepang Jabatan Mufti Johor
Pakar kaunseling dan penasihat akidah mungkin tidak ramai di jabatan-jabatan
agama, justeru, guru juga mestilah boleh membantu dalam memulihkan fahaman
yang salah dan bercanggah dengan syariat.
Secara umumnya, cadangan-cadangan ini menaikkan martabat dan profesion
perguruan dimata masyarakat.

Kesimpulan Dan Penutup
Amalan khurafat sememangnya berleluasa sejak zaman beraman dan khususnya, di alam
melayu Malaysia ini juga tidak kurang banyaknya amalan-amalan tersebut. Perkara ini
perlulah dicegah kerana ianya membawa kepada syirik dan dosa besar. Namun, sebelum
langkah-langkah pencegahan diambil, proses didikan, pemahaman dan penyebarluasan
ilmu juga perlu dimainkan dengan baik. Banyak juga amalan-amalan khurafat ini
merupakan amalan turun temurun nenek moyang dan orang-orang tua. Maka pendekatan
dakwah untuk memperbetukkan perkara ini juga suatu yang perlu difikirkan kerana
kebanyakkan minda orang lama ini agak rijid dan sukar untuk menerima jika dikatakan
khurafat dan menyalahi syariat.
Justeru, sebagai pendidik, guru, dan daie, perkara ini hendaklah diperjelaskan sebaiknya
kepada generasi baru agar ianya tidak diwarisi dan konsep dakwah dan pendekatan ilmu
adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan isu-isu khurafat yang berlegar di kalangan
masyarakat.
Kesimpulannya, segala bentuk khurafat samada yang berbentuk amalan atau kepercayaan
boleh membawa kepada syirik jika bertentangan dengan akidah dan syariah Islam.
Justeru, setiap umat Islam perlu menjauhinya dengan cara tidak mengamalkannya dalam
kehidupan sehari-hari dan hendaklah menambah ilmu pengetahuan dalam soal
pendidikan agama.
Wallahu alam.






Rujukan :
1. Tafsir Al-Quran Edisi Melayu
2. Sohih Bukhari, Imam Ibnu Hajar
3. Sohih Muslim, Imam Al-Nawawi
4. Hadith 40 Imam Al-Nawawi, Al-Wafi
5. Garis Pandua Khurafat Dan Azimat, Jabatan Agama Johor
6. Kertas Kerja Khurafat, Darul Syifa Dato Dr. Haron Din
7. Kamus Mukjam Al-Wasit
8. Kamus Al-Munjid
9. Kamus Idris Al-Marbawi
10. Fatawa Al-Muasirah, Dr Yusuf Al-Qaradawi
11. Azimat, Jampi, Sihir, Dan Berubat Menurut Islam, Dr. Rushdi Ramli
12. Lawan Web Jakim / Mufti Brunei



Patah perkataah : 2,845

Anda mungkin juga menyukai