Anda di halaman 1dari 73

TAJUK 1

PENGENALAN OLAHRAGA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan olahraga di peringkat antarabangsa dan Malaysia. Modul ini juga mendedahkan jenis-jenis acara olahraga, peralatan dan ukuran untuk acara padang dan balapan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan sejarah perkembangkan olahraga menyatakan dan menjelaskan acara-acara olahraga menyatakan peralatan dan ukuran balapan serta gelanggang yang digunakan dalam olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengenalan Olahraga

Sejarah Olahraga

Acara-acara Olahraga

Ukuran Balapan & Gelanggang

Sub Tajuk 1.1 :Sejarah Olahraga

Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan. Bagaimanakah acara olahraga boleh dikategorikan? Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang menggunakan pergerakan-pergerakan asas seperti berlari, membaling dan melompat. Pengelolaan kejohanan olahraga secara tersusun dikatakan telah bermula pada zaman klasik lagi terutamanya Sukan Olimpik Kuno.

Mungkin anda telah mengetahui bahawa olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden pertama yang telah dijalankan di Athens dalam tahun 1896 dan tertubuhnya Persatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) pada tahun 1912. Antara sukan-sukan besar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa adalah Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Semua ini merupakan elemen yang penting dalam Sukan Olimpik Moden dan dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikan dan peranannya dalam meningkatkan keadaan fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk

prestasi optimum dalam sukan lain disamping menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

Sub Tajuk 1.2 : Jenis-jenis Acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara dalam olahraga. Acara-acara tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang. Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut: Acara lari pecut (jarak dekat) Acara lari jarak sederhana Acara lari jarak jauh Acara lari berganti-ganti Acara lari berpagar : 100 m, 200 m dan 400 m : 800 m , 1500 m : 3000 m, 5000 m dan 10000 m : 4 x 100 m, 4 x 200 m dan 4 x 400 m : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P)

Acara padang pula terdiri daripada: Acara balingan : Merejam lembing, melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi Acara lompatan : lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah

Sub Tajuk 1.3 : Peralatan dan Ukuran

Untuk menjalankan sesuatu kejohanan olahraga sebuah trek atau balapan perlu diadakan sama ada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya balapan larian sesuatu acara balapan dapat dijalankan dengan sempurna. Panjang balapan biasanya

dibina sepanjang 200 meter, 300 meter dan 400 meter, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

Untuk menjalankan suatu aktiviti atau pertandingan acara lompatan dan lontaran, suatu gelanggang/ sektor perlu diadakan sama ada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya gelanggang/ sektor, sesuatu acara padang dapat dijalankan dengan sempurna dan disamping memberi peluang kepada peserta mematuhi peraturan acara yang ditetapkan. Pembinaan gelanggang/ sektor yang piawai, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan dan kesesuaian tempat dari segi faktor keselamatan. Di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, kebanyakan gelanggang/ sektor disediakan di suatu tempat yang telah diatur mengikut pelan yang dirancang seperti contoh sebuah stadium. Bagaimana pun di peringkat sekolah, penyediaan gelanggang/ sektor boleh diubah suai berdasarkan keperluan dan kawasan yang ada.

Ukuran Balapan CONTOH BALAPAN 200 METER UKURAN ASAS


N J G H K P A B E L F D C

AB=CD = 39.99 m JK=KH=JH=EF=FG=GH = 9.60m LG=LM=GM=HP=PN=NH= 25.50m AK=PK=JN=JD=BE=EL=FM=FC= 15.90m


JEJARI HP/HN 25.50 26.75 28.00 29.25 30.50 31.75 33.00 34.25 LURUS AB 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 JEJARI GL/GM 25.50 26.75 28.00 29.25 30.50 31.75 33.00 34.25 LURUS CD 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99

LORONG Lorong 1 Lorong 2 Lorong 3 Lorong 4 Lorong 5 Lorong 6 Lorong 7 Lorong 8

KA/KP 15.90 17.15 18.40 19.65 20.90 22.15 23.40 24.65

JN/JD 15.90 17.15 18.40 19.65 20.90 22.15 23.40 24.65

EB/EL 15.90 17.15 18.40 19.65 20.90 22.15 23.40 24.65

FC/FM 15.90 17.15 18.40 19.65 20.90 22.15 23.40 24.65

JARAK LORONG BALAPAN


LORONG Lorong 1 Lorong 2 Lorong 3 Lorong 4 Lorong 5 Lorong 6 Lorong 7 Lorong 8
Lengkung AP Lengkung PN Lengkung ND Lurus AB Lengkung BL Lengkung LM Lengkung MC Lurus CD Jumlah

16.65 17.96 19.27 20.58 21.89 23.20 24.51 25.82

26.71 28.02 29.33 30.63 31.94 33.25 34.56 35.87

16.65 17.96 19.27 20.58 21.89 23.20 24.51 25.82

39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99

16.65 17.96 19.27 20.58 21.89 23.20 24.51 25.82

26.71 28.02 29.33 30.63 31.94 33.25 34.56 35.87

16.65 17.96 19.27 20.58 21.89 23.20 24.51 25.82

39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99 39.99

200.00 207.86 215.71 223.57 231.42 239.28 247.13 254.99

Keperluan Awal Membina Balapan Tentukan keluasan padang untuk ; Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong

B A m x B m = AB m2 ( luas )

Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong Balapan 400 meter 300 meter 200 meter Bil. Lorong 8 6 8 6 8 6 Keluasan > 16,804.17 m2 > 15,482.82 m2 > 10,248.86 m2 > 9,219.36 m2 > 5,448.86 m2 > 4,710.18 m2

Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan keupayaan padang.

Panjang padang = x meter Lebar padang = y meter Jumlah lorong = 8 / 6 / 4 lorong Lebar lorong = 1.21 m 1.23 m Lebar/Tebal garisan = 5 sm

Keperluan Alatan Membuat Balapan Besi penanda ( 15 batang ) Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter Pita ukur ( steel ) 50 meter Pita ukur ( steel ) 30 meter Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter ) Tali ( 7mm 10mm ) 120 meter Paku 20sm ( 20 batang ) Kereta minyak / cat Roller atau berus cat ( 5sm ) Tukul besi

Nota: Penanda perlu menggunakan besi yang panjangnya antara 30sm 50 sm Pita ukur; Pita fibre - Ketahanan pada panas yang tidak akan berubah pada suhu padang. Pita ukur plastik atau fibre bermutu rendah akan mudah mengembang pada suhu tinggi dan mengecut pada suhu rendah. Pita besi - Disyorkan untuk mengelakkan berlakunya pita ukur mengembang. Penggunaan pita ukur berbeza panjang adalah untuk memudahkan kerja mengukur di jarak yang bersesuaian.

Peralatan Asas Balapan Lebar lorong antara 1.22 meter ( minimum ) hingga 1.25 meter ( maksimum) Tiap garisan lebarnya ialah 5 sm. Garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 sm. Garisan memotong ( cut-in ) 5 sm. Tiang penamat; - Tinggi tiang = 1.50 m Tebal tiang = 2.00 3.00 sm Lebar tiang = 5 sm Bendera Memotong ( Cut-in ) - Tinggi tiang = 1.50 m Bendera = 30 sm x 40 sm

Zon-zon di balapan; Zon Pertukaran Baton


Zon Menerima baton Zon Menunggu

10.00 m

10.00 m

10.00 m

Garisan memotong ( cut-in )

Gelanggang/ Sektor Acara Padang ( Lompat Jauh, Lompat Tinggi Dan Lontar Peluru ) Sektor / Gelanggang Sektor / Gelanggang Lompat Jauh

Spesifikasi Sektor Lompat Jauh; Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.22 meter dan lebar 300 mm. Papan dicadangkan cat dengan warna putih Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.75 m x 9.00 m Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut seperti pasir

Gelanggang Lompat Tinggi

Spesifikasi Kawasan; Terdapat kawasan landas lari yang berbentuk kipas berjejari 25 meter ke tempat mendarat (Lihat rajah di atas) Terdapat dua batang tiang yang diletak kiri kanan berjarak 4.00 4.04 meter Terdapat sebatang palang ( fiber ) yang berjarak 4.00 4.04 meter Terdapat tilam mendarat yang berukuran 3.00 m x 5.00 m x sekurangkurangnya 75 sm

Sektor Lontar Peluru

BLOK DEPAN LONTAR PELURU

Spesifikasi Kawasan Lontar Peluru; Terdapat bulatan lontaran yang bergaris pusat 2.135 meter (Lihat rajah di atas) Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lontaran Terdapat satu bungkah penghadang yang diletak diatas garisan dibahagian bulatan bersudut ( seperti rajah )

Aktiviti 1

1.

Dengan merujuk maklumat dari buku dan internet, jelaskan sejarah perkembangan olahraga di Malaysia dengan lebih terperinci. Senaraikan acara-acara balapan dan acara padang yang dipertandingkan pada peringkat sekolah rendah di kejohanan Olahraga MSSM.

2.

10

TAJUK 2 : ACARA BALAPAN LARI PECUT ( 100 Meter )


Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan mengenai fasa-fasa dan peraturan-peraturan lari pecut. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik asas lari pecut dengan cara yang betul. 2. menjelaskan fasa-fasa dalam lari pecut. 3. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam acara lari pecut.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut

Lari Jarak Sederhana

Lari Berganti-ganti

Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara-acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

11

Sub Tajuk 2.1 : Lari pecut 100 meter Lari pecut 100 meter memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin dalam jarak dekat yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang mempengaruhi

kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah. Dalam pertandingan, acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

12

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut: i. Fasa permulaan Kedudukan Dekam

Permulaan Gaya peluru: Berdiri di blok, rapat kepada garisan Blok hadapan diletak 1 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan Letakkan kaki di blok Jari kaki belakang segaris dengan tumit kaki hadapan Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Sederhana (Medium) Blok di hadapan berada 1 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan Lutut kaki belakang segaris dengan hujung jari kaki hadapan Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Permulaan Gaya Panjang (Elongated) Blok hadapan diletak 1 tapak dari garis permulaan dan blok belakang 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan Lutut kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan Ruang di antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk

Kedudukan tangan, kepala dan leher Kedua belah tangan lurus dan dibuka seluas bidang bahu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka luas dengan jari-jari lain rapat di antara satu sama lain, diletak di belakang garis permulaan. Kepala dan leher didongak, mata pandang ke hadapan

13

Kedudukan Sedia Badan diangkat dan condong ke hadapan Kedua tangan lurus menahan berat badan Kaki belakang hampir lurus Kepala pandang hadapan (1 1.5 meter)

Kedudukan Berlepas Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan pantas serta tahap rendah Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya Dimulakan dengan larian / pecutan dalam jarak 30 60 meter, kedudukan badan condong ke hadapan dan mula menegak Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini

ii.

Fasa Larian Lutut diangkat tinggi dengan langkahan panjang dan pantas. Kedudukan badan mula menegak dan kedudukan kepala memandang ke hadapan dalam keadaan rehat. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini. Berlari dengan tahap kelajuan maksima sehingga ke garisan penamat.

iii.

Fasa penamat Faktor yang paling penting untuk menamatkan larian ialah untuk berlari 10 m lebih dari jarak larian sebenar. Contoh :- Larian untuk larian 100m, pelari haruslah berlari untuk 110 m. Atlit akan terus memecut serta mengekalkan kelajuan melintasi garisan penamat. Tonjolkan bahagian torso (badan-dada) ke hadapan Bahu diangkat dan tangan ditarik ke belakang

14

Peraturan Dan Undang-undang Lari Pecut; Peserta hendaklah berlari dalam lorong masing-masing Peserta hendaklah menggunakan blok mula semasa permulaan larian Semua peserta mesti memakai sekurang-kurangnya tanda nombor di depan dan di belakang baju Jika memakai spike bilangan pepaku hendaklah tidak melebihi 11 batang dan tidak boleh melebihi 9 mm panjangnya Peserta yang melakukan salah mula semasa permulaan akan disingkirkan dari pertandingan tanpa amaran ( termasuk semua acara-acara balapan yang lain ).

Aktiviti 2

1. 2.

Senaraikan 3 gaya untuk permulaan lari pecut. Berdasarkan pembacaan anda, nyatakan perbezaan utama dalam ketiga-tiga gaya permulaan lari pecut.

15

TAJUK 3 : ACARA BALAPAN LARI PECUT ( 200 Meter Dan 400 Meter )

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan mengenai teknik larian 200 meter dan 400 meter serta teknik larian di selekoh. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan teknik asas lari pecut 200 meter dan 400 meter. 2. menjelaskan dan melakukan teknik larian di selekoh dengan teknik yang betul.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut ( 200 M & 400 M )

Lari Jarak Sederhana

Lari Berganti-ganti

Pendahuluan Untuk lari pecut 200 meter dan 400 meter, semua fasa-fasa larian adalah sama dengan lari pecut 100 meter yang memerlukan seseorang berlari sepantas mungkin yang memerlukan tenaga yang tinggi iaitu sistem tenaga anaerobik. Faktor yang mempengaruhi kepantasan ialah kekerapan langkah dan panjang langkah.

16

Sub Tajuk 3.1 : Lari Pecut 200 meter dan 400 meter

Teknik Lari Pecut 200 meter dan 400 meter Berlari dengan hujung kaki. Berlari langkah panjang dengan lutut diangkat sekurang-kurang aras pinggang. Berlari dengan pecutan yang makin meningkat dari awal permulaan hingga ke penamat. Berlari seberapa hampir dengan garisan bahagian dalam lorong masing-masing terutama di selekoh. Berlari dengan kedudukan badan condong ke kiri semasa di selekoh Sebaik-baiknya pelari berlari terus melepasi garisan penamat tanpa memikirkan untuk mendada.

Aktiviti 3

1.

Berdasarkan pembacaan anda, terangkan bagaimana corak larian di selekoh yang sebaiknya. Senaraikan ciri-ciri pelari pecut yang baik.

2.

17

TAJUK 4 : ACARA BALAPAN LARI JARAK SEDERHANA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang jenis-jenis acara lari jarak sederhana, ciri-ciri pelari, teknik larian dan peraturan-peraturan larian jarak sederhana. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. 4. menyatakan jenis-jenis acara yang terdapat dalam kategori lari jarak sederhana. menjelaskan teknik larian jarak sederhana dengan cara yang tepat. menyatakan dan mengenalpasti ciri-ciri seorang pelari jarak sederhana yang berkesan menyatakan peraturan larian jarak sederhana.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut

Lari Jarak Sederhana ( 800 m & 1500 m )

Lari Berganti-ganti

Sub Tajuk 4.1 : Lari Jarak Sederhana Larian jarak sederhana memerlukan daya tahan, dayatahan kelajuan dan kelajuan terutama semasa menghampiri garisan penamat. Bentuk dan pendekatan latihan lari jarak sederhana sedikit berbeza dengan lari pecut terutama dari segi jenis-jenis latihan dan juga intensiti latihan. 18

Larian Jarak Sederhana 800 meter 1500 meter Ciri-ciri Pelari Jarak Sederhana Pelari yang mengambil bahagian dalam acara-acara jarak sederhana perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri adalah seperti berikut: Mempunyai keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Bijak mewujudkan pendekatan terbaik untuk lariannya tanpa banyak terpengaruh dengan corak larian peserta lain. Memerlukan taktik, strategi dan psikologi yang tinggi semasa mengambil bahagian dalam larian. Mempunyai keseimbangan yang tinggi antara kelajuan, ketahanan kelajuan dan dayatahan semasa berlari. Teknik Larian Teknik larian bermaksud cara pelari melakukan larian dari permulaan larian sehingga ke penamat larian. Permulaan Larian Semua permulaan bagi lari jarak sederhana adalah sama iaitu dengan gaya berdiri. Permulaan larian dilakukan oleh pelepas di tempat permulaan dengan arahan Ke garisan!!, dan tembakan pistol dilepaskan. Dalam semua acara larian jarak sederhana dan jarak jauh, pelari akan berlari dipermulaan mess start iaitu bermula di garisan lengkung secara beramai-ramai dan terus masuk ke lorong sebelah dalam. Bagi acara 800 meter, pelari akan bermula larian dengan dua cara iaitu: Jika peserta lebih dari 8 orang, pelari akan bermula larian dengan cara mess start iaitu bermula di garisan lengkung beramai-ramai. Jika peserta 8 orang dan kurang, pelari akan bermula di garisan permulaan satu setengah stagger dengan pelari akan berlari di lorong masing -masing sehingga selepas 100 meter barulah pelari memotong masuk ke lorong sebelah dalam.

19

Semasa Larian Teknik-teknik larian bergantung kepada bentuk badan serta kekuatan ayunan kaki dan tangan pelari. Kombinasi keseluruhan badan akan memberi kelebihan dan kekuatan untuk bergerak dengan lebih pantas. Bagaimana pun latihan sistematik adalah penting bagi penyesuaian diri pelari tersebut dengan acara yang disertainya.

Teknik berlari dengan betul: Semasa berlari, kedudukan badan pelari hendaklah dalam keadaan tegak dengan kepala pada kedudukan selari dengan torso serta dalam situasi menegak dan seimbang. Pelari hendaklah mengelak dari menoleh ke belakang atau ke sebelah. Mata pelari hendaklah ditumpukan pada satu titik lebih kurang tiga meter dihadapannya. Berlari di lorong paling dalam. Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri Meningkatkan dan mengekalkan kelajuan sepanjang larian. Elak memotong pelari lain di bahagian selekoh balapan

Menamatkan Larian Cara menamatkan larian adalah sama dengan acara-acara larian yang lain iaitu dengan menghampiri bahagian torso ke garisan penamat. Peraturan Larian Jarak Sederhana Permulaan larian menggunakan gaya berdiri Bagi acara 800 meter dengan garis permulaan satu setengah stagger, peserta akan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga ke 100 meter pertama dan selepas melintasi satu garisan lengkung yang ditanda dengan bendera di luar balapan, peserta bebas memasuki lorong yang dikehendaki. Perlakuan menghalang pelari lain dikira satu kesalahan dan larian pelari tersebut boleh dibatalkan.

20

Aktiviti 4

1.

Dengan merujuk kepada pembacaan di internet dan juga buku yang berkaitan, apakah latihan yang sesuai untuk dijalankan ke atas atlet sekolah yang mengambil bahagian dalam larian jarak sederhana ini?

21

TAJUK 5 : ACARA BALAPAN LARI BERGANTI-GANTI

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan, peraturan-peraturan lari berganti-ganti dan teknik larian. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan fasa-fasa dalam larian semasa memberi dan menerima baton. 2. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam lari berganti - ganti

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Balapan

Lari Pecut

Lari Jarak Sederhana

Lari Berganti-ganti

Sub Tajuk 5.1: Lari Berganti-ganti Acara ini memerlukan sekumpulan peserta yang terdiri daripada empat orang, berlari mengikut jarak tertentu, secara bergilir-gilir dengan sepantas yang mampu. Faktor pertukaran baton yang cekap dan licin merupakan faktor penentu kemenangan dalam acara ini. Pertukaran baton perlu dilakukan dalam zon pertukaran baton iaitu sepanjang 20 meter.

22

23

Zon Pertukaran Baton

Zon Menerima baton

Zon Menunggu

10.00 m

10.00 m

10.00 m

Peraturan 170 : Lari berganti-ganti Garisan-garisan setebal 5 sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi

menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. Setiap zon pertukaran baton hendaklah sepanjang 20 m dengan garisan pembahagi di tengah-tengahnya. Garisan tengah zon pertukaran baton pertama 4 x 400 m ( atau zon pertukaran baton kedua 4 x 200 m) sama dengan garisan permulaan 800 m. Zon pertukaran baton kedua dan terakhir 4 x 400 m ialah garisan 10 m di kedua-dua belah garisan permulaan/ penamat Lari berganti-ganti 4 x 100 m dan kalau boleh 4 x 200 m hendaklah dijalankan dalam lorong sepenuhnya. Dalam 4 x 100 m dan 4 x 200 m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon pertukaran baton. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon. Bagi 4 X 400 m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100 m dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line) selepas itu masuk ke lorong pertama. Pelari ketiga dan keempat akan

menerima baton mengikut susunan kedudukan di selekoh 200 m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika terdapat lebih daripada 4 pasukan. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta. Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.

24

Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.

Aktiviti 5

1. 2.

Apakah fasa-fasa yang terdapat dalam acara lari berganti-ganti? Berdasarkan pembacaan anda, bincangkan bagaimana untuk meningkatkan kelancaran pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti.

25

TAJUK 6 :

ACARA PADANG LOMPATAN 1

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang gaya, teknik, fasa-fasa lompatan dalam acara lompat jauh serta peraturan-peraturan dalam acara lompatan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. menyatakan jenis-jenis gaya lompatan dalam acara lompat jauh menjelaskan fasa-fasa dalam acara lompat jauh

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lompatan

Lompat Jauh

Lompat Tinggi

Pendahuluan Selain dari acara-acara trek, anda juga perlu tahu acara-acara padang. Acara padang terdiri daripada acara lompatan dan balingan. Acara-acara ini boleh dipertandingkan serentak Acara-acara padang

dengan acara trek kerana ia dijalankan di bahagian dalam trek.

memerlukan peralatan dan kawasan tertentu. Acara lompat jauh dan lompat tinggi adalah dua acara yang sering dipertandingkan dalam acara lompatan. Kebanyakan acara lompatan memerlukan aspek kepantasan, koordinasi, kelenturan dan kuasa yang tinggi.

26

Acara Lompatan Acara lompatan dalam tajuk ini ialah lompat jauh dan lompat tinggi.

Sub Tajuk 6.1 : Lompat Jauh Terdapat tiga gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat jauh iaitu gaya layar, gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

27

Acara lompat jauh bolah dibahagikan kepada empat fasa seperti yang berikut: i. Fasa lari landas (Approach) Fasa lonjakan (Takeoff) Fasa penerbangan/ layangan (Flight) Fasa pendaratan (Landing) Fasa Lari Landas Anda bermula dengan berlari pantas secara optimum dan terkawal dari tempat permulaan ke papan lonjak. Langkah pertama mestilah bermula dengan kaki lonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak biasanya 11 14 langkah (pelompat novis), 17 19 langkah (pelompat wanita pakar) dan 23 langkah (pelompat lelaki pakar). ii. Fasa Lonjakan Semasa tiba di papan lonjak, pelompat seharusnya mencapai kelajuan maksimum. Melonjak dengan menggunakan kaki lonjak. Kaki bebas dihayun tinggi ke atas untuk mendapatkan lonjakan yang tinggi. iii. Fasa penerbangan/ layangan Gaya badan dan pergerakan anda bergantung kepada gaya yang digunakan. Bagi gaya tendang kayuh, kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. Bagi gaya layar, anda mestilah melunjurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan dengan badan condong ke hadapan dan tangan dihulur ke hadapan hingga ke hujung kaki. Bagi gaya gantung pula, angkat kedua-dua belah tangan ke atas seolaholah bergantung di udara di mana kedua-dua belah kaki diangkat ke belakang. 28

iv. Fasa pendaratan Apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan dan digerakkan ke hadapan. Apabila tangan mencecah tumit, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan semula. Mendarat dengan tumit dahulu mencecah pasir. Peraturan 185: Lompat Jauh Seseorang peserta itu gagal sekiranya : menyentuh bumi selepas garisan lonjakan dengan mana-mana bahagian badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau semasa membuat lompatan melonjak dari luar hujung papan lonjakan, sama ada selepas atau sebelum garisan lonjakan menyentuh tanah di antara papan lonjakan dan kawasan pendaratan melakukan apa jenis balik kuang (somersault) semasa membuat larian atau semasa melompat semasa mendarat, menyentuh bumi di luar kawasan mendarat di antara tapak lonjakan dan bahagian kesan jatuh yang paling hampir tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berlari di luar mana-mana bahagian luar garisan putih yang menandakan landasan lari. tidak dikira batal sekiranya seseorang peserta itu berjalan balik di atas kawasan mendarat setelah meninggalkan kawasan mendarat dengan cara yang betul. semua lompatan hendaklah diukur bermula dari tanda mendarat yang paling hampir yang dibuat oleh mana-mana bahagian badan, kaki atau tangan ke garisan lonjakan atau lanjuran garisan lonjakan. Ukuran hendaklah dibuat serenjang (bersudut tepat) dengan garisan lonjakan atau lanjurannya.

Rujuk buku undang-undang KOAM

29

Aktiviti 6

1. 2.

Senaraikan fasa-fasa yang terdapat dalam acara lompat jauh. Senaraikan gaya-gaya lompatan yang terdapat dalam acara lompat jauh.

30

TAJUK 7 :
Sinopsis

ACARA PADANG LOMPATAN 2

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan tentang gaya lompat tinggi dan peraturan-peraturan pertandingan acara lompatan . Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 2. menjelaskan gaya lompat tinggi yang biasa dilaksanakan. menyatakan fasa-fasa lakuan lompat tinggi menjelaskan peraturan-peraturan am dalam acara lompatan

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lompatan

Lompat Jauh

Lompat Tinggi

Sub Tajuk 7.1 : Lompat Tinggi Terdapat lima gaya yang biasa digunakan dalam acara lompat tinggi iaitu gaya gunting, gaya pelana, gaya barat, gaya timur dan gaya Fosbury. Hanya gaya Fosbury akan dibincangkan dalam tajuk ini.

31

Lompat tinggi boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut: Fasa lari landas/penujuan Fasa lonjakan Fasa penerbangan/layangan Fasa pendaratan

32

Petaruran 182: Lompat Tinggi Palang : Panjang : L/ Tinggi 4.00m, L/ Bergalah 4.50m Berat : L/ Tinggi 2kg, L/ Bergalah 2.25kg

Seri : Peserta membuat lompatan kurang di ketinggian seri, adalah pemenang. Peserta yang kurang kegagalan di sepanjang pertandingan adalah pemenang. Untuk tempat pertama, peserta diberi 1 percubaan ketinggian paling rendah yang tidak dapat melepasi sehingga dapat pemenang. Melonjak dengan sebelah kaki Kegagalan : Palang jatuh Peserta sentuh bumi sama ada di luar atau di antara tiang, sebelum melepasi palang. Landas Lari dan Kawasan Lonjak Jarak minimum : 15 m ( 20 m bagi kejohanan mengikut P 12.1(a), (b) dan (c) Jika keadaan mengizinkan : 25 m

33

Keceruman maksimum keseluruhan landas lari dan kawasan lonjak TIDAK melebihi 1:250 ke arah palang Kawasan lonjak hendaklah rata

Tiang : Apa jua bentuk yang tegap Mempunyai sangga untuk menompang palang Cukup tinggi melebihi 10 sm daripada paras sebenar palang dinaikkan Jarak antara tiang TIDAK kurang 4 m dan TIDAK lebih 4.04 m TIDAK boleh dianjak, melainkan Refri merasakan landas lari dan kawasan mendarat sudah tidak sesuai lagi. Ini hanya boleh dilakukan selepas satu pusingan Sangga Palang : Rata, berbentuk empat segi bujur : 4 sm x 6 sm Ruang di antara hujung palang dengan tiang sekurangnya 1 sm.

Kawasan Mendarat Tidak kurang 5 m x 3 m ( Bagi pertandingan di bawah P 12.1, kawasan mendarat disarankan TIDAK kecil dari 6 m x 4 m x 0.7 m )

NOTA : Ruang antara Tiang dan Kawasan Mendarat sekurang-kurangnya 10 sm.

Aktiviti 7

1. 2.

Senaraikan fasa-fasa yang terdapat dalam acara lompat tinggi. Apakah ciri-ciri seorang atlet lompat tinggi yang baik?

34

TAJUK 8 :

ACARA LONTARAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan, perbincangan tentang gaya lontaran dan teknik lontaran serta peraturan-peraturan dalam acara lontar peluru. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. menjelaskan fasa-fasa dalam acara lontaran. menjelaskan teknik dan cara yang tepat semasa lakukan acara lontaran menjelaskan peraturan am dalam acara lontaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Acara Lontaran

Gaya Lontaran

Fasa Lontaran

35

Sub Tajuk 8.1 : Gaya Lontaran Di sekolah rendah, acara balingan yang diajar hanyalah acara lontar peluru. menggunakan kekuatan tangan. Secara amnya terdapat tiga gaya lontaran iaitu: Gaya berdiri, Gaya melungsur selangkah, dan Gaya Parry O Brien Acara ini

Fasa-Fasa Lontaran Acara lontar peluru boleh dibahagikan kepada fasa-fasa perlakuan seperti yang berikut: Pegangan peluru Lakuan sedia (Preparation) Lungsuran (Glide) Lontaran (Delevery) Pulihan (Recovery)

Pegangan peluru Cara memegang peluru adalah sama bagi ketiga-tiga cara balingan. Peluru boleh

dipegang dengan dua cara iaitu dengan menggunakan lima jari atau memegang dengan tiga jari. Peluru dipegang dengan tiga jari tengah dan disokong oleh ibu jari dan jari kelingking.

36

Lakuan sedia Bagi lontaran gaya berdiri, pelontar berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu mengadap arah lontaran. Peluru diletak rapat ke leher di bawah telinga. Lengan diangkat hampir mendatar dan siku mengarah ke luar. Bagi gaya lungsur selangkah dan Parry O Brien, pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan, membelakang sektor lontaran. Peluru diletak rapat ke leher dan bawah telinga. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku keluar.

Lungsuran Tiada lungsuran bagi gaya lontar berdiri. Bagi gaya lungsur selangkah, bermula dengan berat badan pada kaki kiri, kaki kanan pula digerakkan ke bahagian tengah bulatan. Gaya Parry O Brien pula kedudukan badan dalam keadaan condong. Kaki kanan dibengkokkan dan kaki kiri dihayun ke hadapan dan ditendang ke belakang. Kaki kanan melungsur ke tengah bulatan.

37

Lontaran Rendahkan kaki kanan. menyilang badan. Kilaskan pinggang dan tangan kanan ditolak ke hadapan

Secara serentak tangan kiri dihayun ke belakang dan luruskan

kedua belah kaki. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan.

Pulihan Langkah pulihan dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.

Peraturan 188 : Lontar Peluru Dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja. Memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher/ pipi dan tangan tidak boleh direndahkan daripada paras bahu. Tidak boleh dibawa ke belakang dari garis bahu. Rujuk buku undang-undang KOAM 38

Aktiviti 8

1.

Nyatakan teknik-teknik yang digunakan dalam acara lontar peluru dan nyatakan perbezaan bagi setiap teknik tersebut. Kenalpasti kesalahan-kesalahan yang sering berlaku dalam acara lontar peluru dan nyatakan jenis-jenis ansur maju yang bole meningkatkan prestasi atlet.

2.

39

TAJUK 9 : KURSUS ASAS KEPEGAWAIAN / ASAS KEJURULATIHAN

Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi penerangan dan perbincangan mengenai ciri-ciri serta peranan pegawai, Undang-undang olahraga, kaedah & ansur maju latihan, strategi serta taktik dan program latihan. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. 4. 5. menjelaskan ciri-ciri dan peranan jurulatih serta pegawai-pegawai olahraga. menjelaskan undang-undang dan peraturan dalam olahraga. melaksanakan kaedah dan ansur maju latihan bagi acara-acara olahraga. menjelaskan strategi dan taktik yang digunakan semasa acara dijalankan merancang program latihan yang mantap untuk suatu acara olahraga

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kursus Asas Kepegawaian/ Kejurulatihan

Ciri-Ciri Pegawai/ Jurulatih

Undang-Undang

Kaedah & Ansur Maju Latihan

Strategi & Taktik

Program Latihan

40

Sub Tajuk 9.1 Ciri-ciri Pegawai/ Jurulatih

Dalam sesebuah organisasi sukan atau pasukan , pengurusan yang baik dan mantap perlulah mempunyai pegawai pengurusan serta jurulatih yang mempunyai kewibawaan dan ciri-ciri personaliti yang menarik dan terpuji. Antara ciri-ciri pegawai atau jurulatih adalah seperti berikut;

Ciri-ciri Jurulatih /Pegawai Yang Baik Dan Berkesan Berilmu dan pengetahuan mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam bidang yang diceburinya menggunakan ilmu dan pengetahuannya untuk merancang program latihan yang berkesan kepada pelatihnya menggunakan ilmu yang ada pada dirinya untuk membantu prestasi pelatih dibawah jagaannya Bertanggungjawab bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan kepadanya bertanggungjawab membantu pelatih-pelatih dibawah jagaan sama ada melibatkan personal mahupun melibatkan prestasi pelatihnya bertanggungjawab merangka dan merancang program latihan pelatih-pelatih dibawah jagaanya bertanggungjawab dengan apa-apa yang berlaku kepada pasukannya sama ada beroleh kejayaan mahu pun kegagalan Berkeyakinan tinggi mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam tugasan yang dipikulnya Sentiasa yakin dan tidak ragu-ragu dengan keputusan yang diambil terhadap perancangan pasukannya atau tindakannya berani membuat keputusan

41

Berpadangan jauh mempunyai misi dan visi terhadap tugasan yang diberikan kepadanya sentiasa berpadangan positif dan tidak mengambil mudah pada setiap perancangan yang dibuat. Amanah menjadikan tugas yang diberi kepadanya adalah satu amanah dan satu kepercayaan pihak lain yang mesti dipikul dengan sebaik mungkin sentiasa berusaha yang terbaik untuk meningkatkan prestasi pelatih atau pasukan kelolaannya untuk mencapai kejayaan kerana menganggap itu adalah tuntutan majikannya sebagai amanah yang perlu ditunaikan Bertimbangrasa seorang yang bersikap bertimbangrasa dengan adanya sifat yang boleh memahami orang lain dan boleh menerima kelemahan orang lain. boleh bertolak ansur dengan kerenah pelatih atau pasukan dibawah kelolaannya tanpa menunjukkan sikap kecewa Penyayang menunjukkan sifat penyayang dengan bertindak sebagai ibubapa atau orang yang lebih tua kepada pelatih atau pasukan kelolaanya tidak memarahi peserta atau pasukan kelolaan secara terburu-buru meskipun pasukannya mengalami kekalahan dalam pertandingan sentiasa ambil berat terhadap kebajikan pelatih atau pasukannya Ceria sentiasa menunjukkan keadaan ceria dan girang meskipun hadapi pelbagai kerenah pelatih atau pasukannya. boleh bergaul mesra dan boleh sekali sekala bergurau senda dengan pasukannya semasa mengendalikan latihan. boleh menerima kekalahan pasukannya dengan masih menunjukkan senyuman seolah-olah tiada kesedihan. 42

Berjiwa pendidik seorang yang sentiasa membantu dan menunjuk ajar kepada pelatihnya tanpa rasa jemu dan sabar membetulkan kesalahan pelatihnya. sentiasa berusaha mengubah tingkahlaku pelatih bawah jagaanya daripada prestasi rendah ke arah peningkatan yang lebih baik tanpa jemu sentiasa sabar dan sekali sekala memberi amaran keras kepada pelatihnya yang sering melakukan kesalahan meskipun telah berulang kali diberi nasihat. seorang yang menepati masa

Tegas dan berdisiplin merupakan seorang yang tegas dan berwibawa dalam membuat keputusan. tidak suka berdolak dalik apabila membuat atau memberi keputusan. tidak akan memberi ruang sewenang-wenangnya terhadap pelatih yang memberi alasan yang pelbagai semasa latihan.

Sub Tajuk 9.2 Undang-undang dan Peraturan Olahraga Untuk memastikan perjalanan dan pelaksanaan aktiviti olahraga dijalankan dengan baik tanpa berlaku keadaan bercelaru dan menimbul banyak masalah, baik kepada pengamal sukan olahraga mahupun penonton, undang-undang dan peraturan sukan olahraga perlu didedahkan untuk pengetahuan semua. Undang-undang dan peraturan olahraga dibahagikan kepada undang-undang acara balapan dan acara padang. Undang-undang Am Acara Balapan ( Peraturan 160 170 ) Peraturan 160 ukuran balapan Ukuran Standard - 400M Ia hendaklah mengandungi sepasang bahagian lurus selari dan sepasang selekoh. Bahagian dalam balapan hendaklah dipisahkan oleh bendul setinggi lebih kurang 5sm dan lebar 5sm. Jarak larian diukur dari tepi belakang garisan permulaan sehingga ke tepi belakang garisan penamat. Lebar lorong 1.22m (0.01m) 43

Lebar garisan (putih) 5sm. Hendaklah mempunyai 8 lorong. Sehingga dan termasuk 400m, setiap peserta berlari dalam lorong sendiri. Peraturan 161 Blok Permulaan Blok mula mesti digunakan dalam semua larian sehingga dan termasuk 400M (termasuk 4 X 200M dan 4 X 400M) sahaja. Apabila dipasang, bahagian-bahagian Blok Mula tidak dibenarkan bertindih dari

garis permulaan atau terjulur ke lorong lain. Blok mula mestilah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan Jika Blok mula disediakan oleh JK Pengelola, alat tersebut sebagai tambahan, mesti mematuhi spesifikasi-spesifikasi yang ditetapkan. Peraturan 162 Permulaan Permulaan sesuatu larian ditandakan dengan garisan putih lebar 5 sm. Semua larian bermula dengan tembakan pistol. Arahan pelepas Bahasa sendiri (Negara berkenaan). Contoh: Bagi acara 400M ke bawah Ke garisan, Sedia & Tembakan Bagi acara 800M ke atas Ke garisan dan Tembakan Pistol Sekiranya pelepas tidak berpuas hati beliau akan mengarah untuk diulang permulaan. Salah Mula Setelah dalam kedudukan SEDIA seseorang peserta HANYA dibenarkan bergerak selepas tembakan pistol. Jika pada pendapat pelepas/pelepas pemanggil balik peserta memulakan larian sebelum tembakan pistol dianggap sebagai salah mula. Sekiranya terdapat lebih daripada 12 orang peserta dibahagikan 2 kumpulan iaitu 65% satu kumpulan bermula di garis permulaan melengkung biasa dan selebihnya akan bermula di garisan melengkung yang kedua (35%). 44 Pistol.

Peraturan 163 Blok Permulaan Arah larian adalah mengikut arah bahagian kiri di sebelah dalam arena. Lorong akan dinomborkan mengikut kearah yang sama dan lorong di sebelah dalam arena diberi No 1. Halangan di Balapan. Mana-mana pelari atau pejalan kaki yang menyigung atau menghalang peserta lain akan dibatalkan dari pertandingannya. Berlari dalam Lorong. Dalam semua perlumbaan yang mengikut lorong setiap peserta hendaklah berlari dilorong masingmasing dari mula hingga tamat. Jika peserta berlari diluar lorongnya tidak memperolehi kelebihan sekiranya dibahagian lurus tidak akan dibatalkan. Meninggalkan Balapan: Peserta yang meninggalkan balapan secara sukarela tidak dibenarkan meneruskan perlumbaan tersebut. Penanda Bantuan: Kecuali bagi acara lari beganti-ganti menggunakan lorong, peserta tidak dibenarkan meletakkan benda atau tanda bantuan di atas atau di sisi lorong larian bagi membantu mereka. Sukatan Halaju Angin. Jangkamasa halaju angin disukat bermula dari ketika terlihatnya api tembakan pistol Pelepas atau sebarang Alat Pelepas Lain yang diluluskan adalah seperti berikut:

100M 100m L/P 110M L/P 200M

10 saat. 13 saat. 13 saat. 10 saat

45

Alat penyukat Angin diletakkan di sisi bahagian lurus balapan bersebelahan Lorong 1, 50 meter dari garisan penamat. Ketinggiannya 1.22 Meter dan jaraknya tidak lebih dari 2 meter dari balapan. Bacaan alat penyukat angin ialah meter/sesaat, dibulatkan kepada persepuluh meter sesaat yang lebih tinggi ke arah positif. (Contoh : + 2.03 dikira sebagai +2.1) Peraturan 164 Penamat Penamat sesuatu perlumbaan ditandakan dengan satu garisan putih selebar 5cm. Membantu penjajaran peralatan Foto Penamat dan memudahkan bacaan terhadap filem Foto Penamat, titik sentuhan garisan penamat melintasi garisan lorong hendaklah diwarnakan hitam mengikut corak yang sesuai. Kedudukan peserta-peserta akan ditentukan mengikut susunan supaya mana-mana bahagian tubuh atlet (misalnya torso, yang bukan kepala, leher, lengan, betis, tangan atau kaki) jelas mencecah alur menegak bahagian terdekat garisan penamat. Dalam perlumbaan yang berdasarkan jarak yang dibuat untuk jangkamasa yang ditetapkan, Pelepas hendaklah menembak pistolnya tepat satu minit sebelum perlumbaan tamat memberi amaran kepada peserta dan Hakim-hakim yang perlumbaan hampir tamat. Pelepas akan diarahkan oleh Ketua Penjaga Masa, dan tepat pada masanya selepas bermula, beliau akan menandakan tamat larian dengan sekali lagi tembakan pistolnya. Meletup sahaja tembakan kali ini, Hakim-hakim yang dilantik, dengan serta merta menanda pada balapan tempat yang tepat-tepat peserta sampai sebelum atau serentak dengan letupan pistol penamat tadi. Jarak yang dibuat oleh setiap peserta diukur ke meter terdekat di belakang tanda tadi. Hakim dilantik untuk seorang peserta sebelum perlumbaan bertujuan menandakan jarak yang dibuat. NOTA: Undang-undang lain yang lebih terperinci, sila rujuk buku peraturan Olahraga KOM.

46

Undang-undang Am Acara Padang ( Peraturan 180 183 ) Peraturan 180 Syarat-syarat Am Memanaskan Badan di Kawasan Pertandingan: Peserta boleh diberi percubaan latihan sebelum pertandingan mengikut giliran dan diawasi Hakim. Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, peserta tidak dibenarkan untuk

menggunakan, sebagai latihan: (a) kawasan larian dan tempat melompat; (b) peralatan; (c) bulatan dan kawasan dalam sektor. Penanda: Semua acara padang yang melibatkan larian, peserta boleh meletak penanda/pita pelekat yang disediakan oleh JK Pengelola di tepi lorong larian; kecuali L. Tinggi boleh diletakkan di atas kawasan larian. Giliran Bertanding: Peserta akan bertandingan mengikut giliran yang diundi. Dalam semua acara padang, kecuali L. Tinggi dan L. Bergalah, apabila terdapat lebih daripada 8 peserta setiap peserta diberi 3 percubaan dan 8 orang peserta terbaik diberi 3 lagi percubaan. Sekiranya terdapat seri di kedudukan ke-8, perkara ini hendaklah diselesaikan. (Rujuk penyelesaian seri nanti). Sekiranya hanya ada 8 peserta atau kurang, semua peseta diberi 6 percubaan. Giliran bertanding untuk 3 percubaan terakhir akan dibuat menyongsang susunan kedudukannya. Kecuali L. Tinggi dan L. Bergalah, tidak ada peserta yang dibenarkan untuk merekodkan lebih daripada satu percubaan bagi setiap pusingan pertandingan. Kelewatan: Seseorang peserta yang sengaja lewat untuk melakukan percubaannya tanpa sebab akan direkod sebagai gagal. Tempoh masa bagi semua acara padang ialah 1 minit. Sekiranya tinggal 2 atau 3 peserta, 1.5 minit (L.Tinggi) dan 2 minit (L. Bergalah).

47

Jika tinggal hanya 1 peserta, 3 minit (L.Tinggi) dan 5 minit (L. Bergalah).
NOTA: Bila baki masa dibenarkan tinggal 15 saat Hakim mengangkat bendera kuning.

Meninggalkan Tempat Pertandingan: Peserta boleh dengan kebenaran dan diiringi seorang Hakim. Mengubah Kawasan Pertandingan: Refri berkuasa untuk berbuat demikian, jika pada hematnya ada alasan yang kuat tetapi hanya selepas selesai satu pusingan. Seri: Dalam acara padang kecuali L. Tinggi dan L. Bergalah, pencapaian kedua yang terbaik di antara dua peserta yang seri diambil kira. Jika masih lagi seri, beralih ke tempat ketiga terbaik dan seterusnya. Jika membabitkan tempat pertama, peserta-peserta berkenaan akan bertandingan semula sehinggalah ikatan seri diselesaikan. Keputusan: Setiap peserta akan diberi keputusan yang terbaik daripada semua percubaannya termasuk pencapaian yang dibuat semasa memecahkan ikatan seri.
NOTA: Undang-undang lain yang lebih terperinci, sila rujuk buku peraturan Olahraga KOM.

Sub Tajuk 9.3 Kaedah dan Ansur Maju Latihan Dalam merancang untuk latihan peserta atau pasukan seseorang jurulatih biasanya akan memberi perhatian kepada empat faktor dalam perancangan sesuatu latihan iaitu kecergasan fizikal, kemahiran, taktikal dan psikologi. Keempat-empat faktor latihan ini saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, kaedah penyediaan kecergasan fizikal dan kemahiran adalah asas kepada pembinaan prestasi yang ingin dicapai. Kaedah penyediaan kecergasan fizikal dilakukan dengan pelbagai cara antaranya seperti latihan fartlek, latihan Long Slow Distance (LSD), latihan jeda, latihan litar, latihan bebanan, latihan tekanan, latihan pliometrik, dan sebagainya. Dalam pada itu, kaedah latihan kecergasan fizikal boleh diklasifikasikan mengikut penggunaan atau keperluan sistem tenaga iaitu kaedah latihan aerobik dan kaedah latihan anaerobik (jadual 1)

48

SISTEM Sumber tenaga Laluan tenaga Bahan tenaga

Tenaga Anaerobik ATP dihasilkan tanpa kehadiran Oksigen Anaerobik Anaerobik Alaktik Laktik ATP/CP Glikogen dalam otot (Hasil (Sistem sampingan fosfat) dari sistem asid laktik) 10 40 70 Saat

Tenaga Aerobik ATP dihasilkan dengan kehadiran Oksigen Aerobik Pembakaran lengkap glikogen dengan adanya oksogen 2 6 25 minit

Lemak

Protein

Tempoh 0 masa

2 3 jam

Jadual 1: Sistem tenaga aerobik-anaerobik (Adaptasi dari Bompa, T.O., 1994) Jenis-jenis Latihan Latihan anaerobik Latihan anaerobik merupakan latihan yang jalankan tanpa penggunaan oksigen yang tinggi sebagai bahan bakar untuk membekalkan tenaga. Latihan anaerobik melibatkan intensiti latihan yang tinggi sehingga mencapai 100% tetapi menggunakan jarak yang pendek misalnya 30 hingga 50 meter. Kekerapan pula mungkin tiga hingga lima kali seminggu Latihan aerobik Latihan aerobik merupakan latihan yang memerlukan banyak oksigen dalam tindak balasnya untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan sebagai bahan bakar dan menghasilkan karban dioksida. Latihan aerobik adalah untuk membina kecergasan asas. Kaedah yang boleh digunakan adalah seperti latihan berterusan, larian perlahan jarak jauh (tiga hingga empat kilometer) sebanyak tiga kali seminggu dengan intensiti 65 hingga 75 %. Latihan lain adalah seperti latihan jeda yang tidak melebihi satu kilometer, dengan intensiti 80% dengan kekerapan tiga kali seminggu

49

Kaedah Latihan Kaedah Latihan Long Slow Distance (LSD) Latihan ini merupakan latihan berterusan seperti berjogging, berbasikal dan berenang. Dalam senaman larian, latihan ini dikenali sebagai larian jarak jauh lambat dan merupakan asas pelaziman (conditioning). Beberapa orang pakar seperti Karvonen, Pyke, Cooper dan Galbraith telah menyumbangkan beberapa prinsip berkenaan latihan berterusan. Latihan Jeda Latihan ini membangunkan daya tahan kardiovaskular dan otot. Ia membangun sistem tenaga aerobik dan anaerobik. Ia menggunakan prinsip asas kerja dan rehat atau nisbah kerja-rehat iaitu tempoh latihan rancak diselangselikan dengan tempoh rehat pendek. Latihan jeda boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: * Jeda panjang tegaskan stamina iaitu daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot * Jeda pendek tegaskan kelajuan

Aktiviti Kelajuan Rehat Ulangan

Jeda Pendek 85% - 90% 10 saat 2 minit 8 30 kali

Jeda Panjang 80% - 85% 3 15 minit 4 15 kali

Jadual 2 : Latihan Jeda : Jeda pendek dan panjang

50

Jeda Pendek Memanaskan badan Lari 100% untuk 10 saat Rehat aktif 10 saat berjalan perlahan Ulang 2 dan 3 sebanyak 10 ulangan

Jeda Panjang Memanaskan badan Lari 90% kelajuan untuk 60 saat Rehat aktif 4 minit berjalan senang Ulang 2 dan 3 untuk 5 larian

Jadual 3 : Aktiviti-aktiviti jada pendek dan jade panjang

Semasa mengamalkan jenis latihan ini, jumlah latihan perlu dikawal kerana latihan ini melibatkan intensiti latihan yang tinggi kepada otot dan sendi serta boleh menyebabkan kecederaan.

Latihan Fartlek Fartlek merupakan perkataan Sweeden yang bererti permainan dengan kelajuan. Pengasasnya ialah Gosta Homer yang menggunakan jenis latihan ini dalam tahun 1930-an. Sparks dan Bjorklund (1984) menganggap latihan ini

sebagai latihan jeda yang tidak berstruktur dan tanpa peraturan. Secara asas latihan ini berdasarkan kepada perubahan kelajuan dalam sesi latihan: variasi fasa lambat, sederhana dan cepat. Secara mendalam, ia

melibatkan gabungan larian berterusan yang bertempo dengan kelajuan, stamina dan rehat. Katz (1988) mencadangkan bahawa untuk mencapai kesan latihan, kadar nadi latihan mesti mencapai tahap hampir 75 % semasa fasa cepat. Ia juga dikatakan sebagai latihan berterusan dengan fasa pecutan. Sebagai contoh, pecutan selama lima hingga 10 saat setiap dua hingga tiga minit dalam satu sesi latihan. Satu sesi latihan fartlek boleh mengambil masa 45 minit hingga dua jam.

51

Contoh 1 : Jogging selama dua minit Kalistenik - Bangkit tubi 5 hingga 10 ulangan - Tekan tubi 5 hingga 10 ulangan Lari 150 meter Berjalan 150 meter Ulang 3 dan 4 Jogging selama 2 minit Lari 100 meter Berjalan 100 meter Ulang 7 dan 8 Jogging selama 2 minit Buat senaman pulihan 5 hingga 10 minit

Contoh 2 : Memanaskan badan 10 hingga 15 minit Berlari cepat sejauh 1 hingga 2 k.m. Berlari perlahan selama 5 hingga 10 minit Lari pecut sejauh 50 hingga 75 meter sebagai pulihan Ulang 4 dan 5 sebanyak beberapa kali Buat senaman pulihan selama 5 hingga 10 minit

Kelebihan jenis latihan ini ialah ia adalah berbeza daripada latihan lain dan untuk mengelakkan kebosanan yang dialami dalam senaman serta merangsang mental seseorang. Sebaliknya kebebasan latihan ini menyebabkan individu yang tidak berdisiplin menyalahgunakannya dan menyebabkan kesan latihan tidak tercapai. Latihan Litar Latihan litar adalah latihan kecergasan am berasaskan prinsip-prinsip fisiologi. Latihan ini berkesan untuk membangunkan otot dan kardiovaskular kerana ia mengakibatkan permintaan berterusan terhadap jantung dan paru-paru dalam jangkamasa yang lama. Matlamat latihan ini adlah untuk pelaku melakukan aktiviti litar seberapa cepat yang mungkin. Latihan ini menggunakan perinsip tambah beban.

52

Prinsip tambah beban boleh berlaku dengan tiga cara: * Kurangkan masa sasaran * Tambah bilangan ulangan * Tambah bebanan atau kesukaran senaman.

Latihan litar dibahagikan kepada dua jenis iaitu litar beban tetap dan litar beban individu.

Litar beban tetap * Lebih daripada satu litar digunakan * Pelaku menghabiskan senaman di litar A dalam masa yang ditetapkan, bergerak ke litaar B dan seterusnya.

Litar beban Individu * Bagi setiap senaman yang dipilih, ujian ulangan maksimum (UM) diadakan. Contoh, bilangan ulangan maksimum dilakukan dalam masa 30 saat atau 60 saat. * Beban disetengahkan apabila 2 set digunakan. Jika 3 set digunakan maka beban di bahagikan 3. Beban yan disetengahkan atau disatupertigakan dipanggil dos latihan.

Latihan Beban Latihan ini dibahagikan kepada tiga jenis: * Isotonik (tradisional) * Isometrik * Isokinetik Latihan berat Penguncupan statik Rintangan berbeza

Apakah yang dikatakan Latihan Bebanan Isotonik ? Beban yang digunakan adalah tetap sepanjang perlakuan pergerakan Berasaskan set ulangan maksimum (UM). Membangunkan tiga komponen kecergasan iaitu kekuatan, kuasa dan dayatahan.

53

Komponen Kekuatan Kuasa Daya tahan

Beban 6 10 UM 15 UM > 30 UM 2

Set 3 3 5 1

Rehat minit antara set

2 - 4 minit 2 Rehat untuk pulih

Jadual 4 : Latihan Bebabnan Isotonik

Apakah yang dikatakan Latihan Bebanan Isometrik ? Di dalam latihan, penekanan diberi kepada penahanan penguncupan maksimum otot selama lima saat, rehat dan ulang sebanyak lima kali. Penehanan

penguncupan maksimum adalah terhadap rintangan yang tidak bergerak. Kelebihan latihan ini ialah ia boleh dilakukan tanpa alat atau sedikit alat. Masa latihan adalah pendek dan digunakan dengan berkesan. Kelemahan latihan ini kerana kemajuan latihan sukar dinilai disebabkan penguncupan otot secara statik tanpa rangkaian pergerakan. Ianya juga mungkin membosankan. Apakah yang dikatan Latihan Bebanan Isokinetik ? Latihan ini memerlukan mesin-mesin atau alatan yang agak mahal. Mesin untuk latihan ini membolehkan kerja serta kelajuan dikekalkan. Ia membangunkan tekanan otot secara maksimum sepanjang pergerakan. Di

samping itu, ia membolehkan latihan pergerakan sukan seperti lontaran atau tendangan dilakukan. Komponen Kekuatan Kuasa Beban 3 10 UM 15 20 UM Set 3 3

Jadual 5: Contoh Latihan Bebanan Isokinetik (Blanksby, 1987)

54

Sistem tuas mesin yang digunakan membolehkan perubahan rintangan sepanjang rangkaian pergerakan. Oleh itu, kesakitan otot dan kecederaan boleh dicegah. Kelemahan latihan begini adalah kos mesin yang mahal dan tidak semua dan tidak semua individu dapat menggunakannya kecuali yang menjadi ahli kelab dan pusat-pusat kecergasan. Secara perbandingan, latihan beban isokinetik adalah yang paling berkesan dalam usaha untuk meningkatkan kekuatan dan daya tahan, berbanding dengan isometrik dan isotonik. Secara perbandingan juga, isotonik lebih berkesan daripada isometrik.

Ansur- maju latihan Ansur maju latihan adalah merupakan salah satu prinsip latihan Prinsip ini adalah berkait rapat dengan prinsip tambah beban yang berasaskan idea bahawa latihan harus dijalankan dalam tahap-tahap yang sentiasa meningkat sesuai dengan proses pengubah suaian tubuh kepada rangsangan latihan. Prinsip ansur maju hendaklah dilihat daripada dua peringkat. Peringkat awal ialah fasa permulaan yang merujuk kepada keadaan kesukaran apabila sesuatu program latihan dimulakan buat kali pertama. Tubuh anda akan mengalami satu peringkat keperitan akibat daripada penggunaan otot-otot yang sekian lama hanya terdedah kepada kerja-kerja yang ringan sahaja, tetapi terpaksa menanggung beban yang lebih menekankan. Dalam proses ini otot-otot tubuh dan juga sendi-sendi serta tulang akan menjadi lebih kuat dan kukuh. Tubuh telah mengubah suaikan diri untukmenghadapi corak hidup anda yang lebih aktif dan membebankan. Proses pengubahsuaian peringkat permulaan memerlukan masa yang agak lama. Oleh itu adalah digalakkan supaya lebih banyak jeda rehat diamalkan. Di samping itu beban latihan hendaklah rendah supaya mengelakkan kemungkinan berlaku kecederaan.

55

Sebagai contoh hanya tiga hingga empat hari latihan seminggu sahaja dicadangkan. Setiap tempoh latihan hendaklah selama 20 hingga 40 minit. Jika berlaku keperitan atau kesakitan dirasai, anda hendaklah mengurangkan rentak senaman atau berhenti sama sekali.

Keperitan ini adalah isyarat bahawa badan sedang menghadapi satu beban yang tidak sanggup dipikulnya.

Setelah tiga hingga empat minggu dalam fasa permulaan, tubuh anda akan bersedia untuk menjalani latihan yang lebih mencabar. Pada peringkat ini tubuh akan didedahkan kepada tahap-tahap beban latihan yang kian meningkat. Jika berlaku kesan atau rasa keperitan anda perlu berhenti dan berjumpa dengan doctor khususnya jika berlaku kecederaan yang serius. Tanda-tanda anda mengalami kesan hasil latihan yang terlalu membebankan : Sakit dibahagian dada Pening kepala Rasa hendak muntah Kesukaran bernafas Keletihan yang keterlaluan Kesakitan pada sendi-sendi Keperitan atau kesakitan otot yang berlanjutan

Ramai bersikap serius terhadap latihan dan pencapaian,

tetapi mereka perlu faham

bahawa melakukan latihan pada tahap yang terlalu membebankan boleh menbahayakan tubuh. Sebaliknaya pelakuan latihan hendaklah beransur maju bersesuaian dengan tahap kecergasan dan kemampuannya. Walau bagaimana pun anda perlu melakukan latihan dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi secara beransur-ansur. Jika anda tidak melakukan penambahan beban latihan, anda akan tetap diaras prestasi yang sama dan tidak mungkin meningkat.

56

Sub Tajuk 9.4 Strategi dan Taktik

Dalam acara sukan olahraga, semasa pertandingan tidak banyak strategi dan taktik yang boleh diaplikasikan oleh peserta dan jurulatih jika hendak dibandingkan dengan sukan-sukan lain. Walau bagaimana pun terdapat beberapa strategi dan taktik yang boleh diaplikasikan oleh peserta semasa bertanding. Sebagai contoh, kebiasaannya dalam susun atur pelari dalam acara lari berganti-ganti seperti;

Lari berganti-ganti 4x100 meter Strategik pasukan biasanya meletakan peserta peserta pertama adalah peserta kedua terbaik catatan masa dari kalangan empat rangkaian pelari pasukannya dan berkebolehan berlari di selekoh. Pelari kedua akan diberi kepada pelari yang mempunyai speed endurance yang terbaik dari keempat-empat pelari dalam pasukannya Pelari akhir biasanya akan ditugaskan kepada pelari yang paling pantas dari kalangan keempat-empat pelari dalam pasukan.

Acara lari jarak sederhana dan jarak jauh Biasanya strategik dan taktik akan dirancang oleh jurulatih bila melibatkan dua orang peserta yang mewakili pasukannya bertanding. Salah seorang peserta dari pasukannya akan ditugaskan untuk menganggu rentak larian dengan harapan pelari pasukan lain akan terikut-ikut sementara rakan pasukannya akan meneruskan larian tanpa tertekan.

Strategi dan taktik menyimpan tenaga untuk acara berikutnya. Untuk mengelakan daripada disingkirkan dari semua acara yang disertai, biasanya peserta akan melakukan salah mula bagi acara yang dirasakan tiada harapan untuk menang.

57

Sub Tajuk 9.5 Program Latihan Panduan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan. Atlet perlu memanaskan badan sebagai persediaan sebelum melakukan aktiviti. Persediaan Fizikal Persediaan mental Persediaan fisiologi Pengaliran darah/peredaran darah Mobiliti sendi Regangan otot dan tendon Meningkatkan metabolisma (enzim badan diaktifkan)

mengurangkan risiko kecederaan peningkatan prestasi

Bagaimana memanaskan badan? Memanaskan badan melibatkan dua fasa: mula dengan perlahan dan dengan ansur maju meningkatkan intensiti secara beransur-ansur. Dua fasa tersebut adalah Memanaskan badan secara am Memanaskan badan secara spesifik

Memanaskan Badan secara Am Memanaskan badan tanpa menggunakan peralatan atau juga dengan peralatan. Tujuan fasa ini adalah: pengaliran darah oksigen (meningkatkan kadar nadi jantung) merengangkan otot-otot dan tendon ( memastikan semua bahagian tubuh badan di regangkan) Mula dengan regangan pasif dan bergerak ke regangan dinamik. mobiliti sendi- berwaspada tentang pergerakan yang luar dari biasa yang akan mengakibatkan tekanan lebihan kepada sendi-sendi dan otot-otot. Aktiviti regangan yang ringan.

58

Memanaskan Badan secara spesifik

Fasa ini melibatkan: aktiviti regangan sepsifik yang terus ke keseluruhan bahagian badan yang terlibat dengan permainan tersebut aktiviti mobiliti penekanan kepada pergerakan yang berkaitan dengan permainan tersebut.

Bila untuk memanaskan badan ? Rutin keseluruhan memanaskan badan mengambil masa antara 15-20 minit sebelum menjalankan aktiviti sebenarnya. Memanaskan badan boleh dilakukan sebelum: latihan senaman pertandingan

Menyejuk Badan Sama seperti memanaskan badan dan fungsi utamanya adalah untuk mengembalikan tubuh badan ke tahap keadaan sebelum memula latihan. Atau mekanisma untuk membantu dalam pemulihan dan baik semula. Tujuan Menyejukkan Badan Menyejukkan badan dilakukan kerana ia dapat; Mengeluarkan laktid asid dari tubuh badan.(removal of po tentially harmful metabolites) Membekalkan nutrient yang ada ke otot-otot yang perlu. (delivery of available nutrients (couple recovery with intake of nutrients post event snack)) Membekal balik air dan bahan substak ke tubuh badan Mententeramkan sistem saraf keseluruhan badan.

59

Latihan olahraga boleh dibuat berdasarkan kepada beberapa fasa: Fasa Persediaan Umum Pembinaan kecergasan secara menyeluruh (dayatahan kardiovaskular, dayatahan otot dan kekuatan otot). Jangkamasa latihan antara 6 14 minggu Latihan yang boleh dibuat seperti LSD, Fartlek, Latihan Jeda dan Latihan Bebenan. Khusus Penekanan kepada komponen fizikal yang khusus kepada acara yang disertai. Latihan daya tahan (LSD, fartlek, jeda jarak sederhana dan jauh, latihan bebanan). Kekuatan dan kelajuan (latihan litar, jeda jarak dekat, LSD dan latihan bebanan). Intensiti latihan ditingkatkan.

Fasa Pertandingan Pra pertandingan Pertandingan Penekanan kepada komponen khusus sukan yang disertai. Tingkatkan/ kekalkan kecergasan melalui simulasi, permainan kecil/ sebenar dan ujian masa. Latihan diteruskan dengan latihan dayatahan (latihan bebanan dan jeda) dan latihan kelajuan dan kekuatan (pecutan berulang, jeda jarak dekat, pliometrik).

Fasa Transisi Fasa untuk melakukan pemulihan fisiologi Melakukan rawatan kecederaan dan Program-program untuk mengelakkan kebosanan

60

TAJUK 10

PENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi panduan pembinaan kertas kerja pengelolaan pertandingan, panduan pelaksanaan pertandingan dan juga refleksi program. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan aktiviti dan senarai bahan rujukan. Dalam Gerak Kerja Kokurikulum, pengurusan pasukan dan pengelolaan pertandingan merupakan aspek yang penting serta mesti difahami dan dihayati oleh setiap guru. Oleh yang demikian, guru-guru yang terlibat harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini supaya mereka dapat mengurus pasukan mereka dengan baik serta dapat mengelolakan satu pertandingan secara teratur jika ditugaskan sebagai jawatankuasa pengelola pertandingan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. membina kertas kerja pengelolaan pertandingan melaksanakan program/pertandingan dan membuat refleksi terhadap program yang dijalankan.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengelolaan Kejohanan

Kertas Kerja

Pelaksanaan Program

Refleksi Program

61

Dalam Gerak Kerja Kokurikulum, pengurusan pasukan dan pengelolaan pertandingan merupakan aspek yang penting serta mesti difahami dan dihayati oleh setiap guru. Oleh yang demikian, guru-guru yang terlibat harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek ini supaya mereka dapat mengurus pasukan mereka dengan baik serta dapat

mengelolakan satu pertandingan secara teratur jika ditugaskan sebagai jawatankuasa pengelola pertandingan.

Sub Tajuk 10.1 : Kertas Kerja Pengelolaan Pertandingan

Kertas kerja merupakan bahan bertulis yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang hala tuju, jenis aktiviti, jawatankuasa, peserta dan perbelanjaan sesuatu program. Kertas kerja yang lengkap akan menjadi sumber rujukan urama dalam sesuatu program. Contoh format kertas kerja yang selalu digunakan; Tajuk Kertas Kerja Tajuk ditulis dengan ringkas dan bermakna, tepat serta menggambarkan objektif program Tujuan Kertas Kerja Nyatakan secara jelas arah tuju, maksud, objektif, matlamat dan tuntutan kertas kerja yang disediakan. Matlamat Program Merupakan sasaran yang realistik untuk dicapai dan perlu berdasarkan kepada konsep kejohanan Penerangan tentang Program Nyatakan secara jelas butiran mengenai pelaksanaan program Tarikh, masa dan tempat Peserta kumpulan ssaran Yuran atau bayaran yang dikenakan Kerjasama atau bantuan agensi lain

62

Jawatankuasa Program Prosedur penubuhan jawatankuasa - memilih ahli yang terlibat dalam sukan tersebut serta yang komited - mendapatkan persetujuan pengetua/guru besar/presiden persatuan - mengeluarkan surat pelantikan - mengesahkan pelantikan mereka dalam mesyuarat jawatankuasa pengelola yang pertama - mengedarkan senarai tugas serta memberi taklimat kepada ahli jawatankuasa yang dilantik. Contoh senarai penuh jawatankuasa induk dan jawatan kuasa pelaksana - Penasihat - Pengerusi - Naib Pengerusi - Setiausaha - Bendahari - Pengerusi Jawatankuasa Kecil: * Pertandingan * Kepegawaian * Upacara Perasmian/Penutupan * Makanan/Minuman/Jamuan * Pengangkutan * Siaraya * Peralatan * Teknik * Hadiah * Penginapan * Seranta * Pertolongan Cemas * Keselamatan * Urus Setia

63

Peranan dan bidang tugas jawatankuasa Penasihat: Memberi nasihat dan panduan kepada Jawatankuasa Pengelola dari semua aspek agar sesuatu pertandingan dikendalikan dengan teratur tanpa banyak masalah. Pengerusi: - Mengetuai Jawatankuasa Pengelola. - Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengelolaan. - Memberi nasihat / cadangan yang konstruktif untuk melicinkan pengelolaan. Setiausaha: - Menguruskan surat-menyurat. - Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat. - Menyimpan segala maklumat dan rekod untuk rujukan. - Memastikan segala perancangan berjalan mengikut jadual. - Menghantar surat ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam pengelolaan pertandingan. Bendahari: - Membuat anggaran perbelanjaan. - Merancang dan mengawal perbelanjaan. - Menyimpan segala resit pembelian. - Menyediakan penyata kewangan selepas sesuatu pertandingan selesai dikendalikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil: Pertandingan: - Menyediakan peraturan pertandingan, borang pendaftaran, dan jadual pertandingan. - Menentukan tarikh tutup pendaftaran. - Menyediakan senarai nama/pasukan yang akan bertanding. - Menyediakan nombor peserta untuk peserta (jika yang dikelolakan ialah kejohanan olahraga). - Mengadakan mesyuarat pengurus pasukan sehari sebelum pertandingan. - Membuat undian semasa mesyuarat pengurus pasukan.

64

Teknik:

- Menyediakan peralatan seperti bola, baton, pagar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam peraturan pertandingan. - Memastikan peralatan yang diperlukan masih berfungsi seperti jam randek. - Menentukan padang, gelanggang, trek, pentas, semuanya mengikut spesifikasi, sesuai dan selamat digunakan.

Kepegawaian: - Menentukan berapa orang pegawai-pegawai teknik / pengadil/ referi bertauliah yang diperlukan. - Membuat anggaran perbelanjaan bagi pegawai seperti bayaran elaun, makan/minum, baju dll yang diperlukan - Mengedarkan surat pelantikan dan jemputan kepada pegawaipegawai tersebut. - Memberi taklimat kepada pegawai tentang peraturan pertandingan, jadual pertandingan dll berkenaan sebelum pertandingan. Hadiah : - Membuat anggaran pembelian hadiah. - Menentukan jenis-jenis hadiah yang akan dibeli dan mendapatkan persetujuan daripada JK Pengelola. - Membeli dan membungkus (jika perlu) hadiah. - Mencari penaja untuk hadiah (jika boleh). - Membantu dalam upacara penyampaian hadiah. Upacara Perasmian/Penutupan: - Merancang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dan mendapat persetujuan daripada JK Pengelola. - Menentukan tetamu khas yang akan menyempurnakan majlis. - Menyediakan anggaran perbelanjaan. - Menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk membantu seperti persembahan pancaragam, mengadakan raptai.

65

Makanan / Minuman /Jamuan: - Merancang menu yang diperlukan sepanjang pertandingan untuk AJK, pegawai, peserta dll. - Memesan makanan/minuman serta memastikan makanan dan minuman sampai pada masa yang ditetapkan serta cukup untuk semua. - Mengedarkan minuman untuk tetamu dan pegawai semasa pertandingan. - Merancang dan mengadakan jamuan mengikut persetujuan AJK Pengelola menetapkan tarikh, tempat, masa, menu, tetamu, dan peserta. Pengangkutan: - Mengenal pasti jenis pengangkutan yang diperlukan, - Mendapatkan kenderaan yang mencukupi. - Menyediakan jadual perjalanan dan edarkan kepada semua yang berkenaan. Penginapan: - Menyediakan senarai nama peserta/pegawai yang memerlukan penginapan. - Mengagihkan penginapan mengikut kesesuaian. - Mengutip wang (jika berkenaan) daripada peserta/pegawai yang menginap - Memastikan penginapan dalam keadaan yang selamat. Siaraya: - Menyenaraikan jumlah pembesar suara, hailer yang diperlukan. - Memasang dan memastikan semuanya berfungsi. Seranta: - Membuat poster, kain rentang serta mempamerkan di lokasilokasi yang strategik. - Menjemput pihak media massa surat khabar, radio dan televisyen untuk membuat liputan semasa pertandingan.

66

Keselamatan: - Melantik pegawai/sukarelawan untuk memastikan keselamatan peserta, peralatan sebelum, semasa, pertandingan di tempat pertandingan. Pertolongan Cemas: - Memastikan ada doktor / pegawai perubatan / ahli PBSM (yang berkenaan) semasa pertandingan. - Menyediakan air batu dan ubatan yang sesuai dan mencukupi. - Menyediakan tempat untuk rawatan. Peralatan: - Menyenaraikan segala peralatan ( kerusi, meja, pentas, karpet, alas meja, khemah, dll ) yang diperlukan oleh semua jawatankuasa. - Menyediakan peralatan mengikut kehendak jawatankuasa. - Memastikan peralatan selamat digunakan. - Menyimpan semua peralatan setelah selesai pertandingan. Urus setia: - Membantu dalam mengendalikan tugasan semua jawatankuasa kecil - Menyediakan papan notis dan memaparkan segala makluman terkini. - Memastikan segala makluman sampai kepada semua peserta / pasukan dengan bantuan pegawai perhubungan. Anggaran Perbelanjaan Nyatakan secara terperinci anggaran pendapatan serta perbelanjaan termasuk perbelanjaan runcit dan butiran perbelanjaan keseluruhan program Susun Atur Jadual atau Atur cara Sediakan tentatif program yang terperinci dari awal hingga akhir termasuklah atur cara perasmian dan penutup dengan menyatakan masa, tempat dan tindakan jawatankuasa.

67

Peserta Nyatakan kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini sama ada pelajar atau kakitangan serta anggaran bilangan peserta yang mengambil bahagian.

Tindakan Senarai semak tindakan Pelan tindakan Atur cara pentadbiran

Sokongan Rujuk keseluruhan kertas kerja kepada penasihat atau pegawai yang berkaitan untuk perhatian

Sub Tajuk 10.2 : Pelaksanaan Program Bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan perjalanan kejohanan olahraga,, perancangan dan persediaan yang teliti perlu diberi perhatian utama.. Perancangan yang berkesan perlu mengambil kira tentang perancangan sebelum, semasa dan selepas program.

Sebelum Program Persediaan sebelum pelaksanaan program biasanya mengambil masa yang lama, bermula dengan lantikan jawatankuasa induk. Bagi membentuk perancangan yang yang teliti, perkaraperkara berikut harus diberi perhatian; Pengurusan surat menyurat dan perlantikan Surat jemputan mengambil bahagian Surat perlantikan ahli jawatan kuasa induk dan jawatan kuasa pelaksana Surat perlantikan pegawai Surat meminjam peralatan dan kemudahan asas lain-lain surat yang berkaitan keperluan program

68

Persiapan Teknikal memastikan penyediaan padang dan balapan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Memastikan padang dan balapan selamat digunakan Memastikan peralatan yang digunakan mengikut spesifikasi piawaian yang diluluskan memastikan pendaftaran peserta diterima seperti yang dikehendaki

Penyediaan borang-borang pertandingan Borang penyelia peserta Borang hakim balapan Borang penjaga masa Borang ketua hakim Borang ketua penjaga masa Borang/kad acara padang Borang catatan pusingan Borang laporan kelajuan angin

Nota: Bincang dengan pensyarah pembimbing bagaimana hendak menyadiakan borang-borang di atas.

Semasa Pelaksanaan Program Peristiwa yang berlaku dan perjalanan sesuatu program itu merupakan satu proses pentadbiran yang amat penting untuk mengukur prestasi program tersebut sama ada berjaya atau tidak. Hari pelaksanaan program/kejohanan olahraga seolah-olah seperti hari menghadapi Antara

peperiksaan sebenar yang mana persediaannya telah berbulan-bulan lamanya. perjalanan program yang akan menjadi fokus penganjur ialah; Perjalanan majlis perasmian tokoh perasmian tetamu yang hadir tempat duduk perasmi dan tetamu sambutan kehadiran perasmi dan tetamu

69

Perjalanan acara yang dipertandingkan peserta melapor diri ke penyelia peserta peserta akan dibawa ke arena oleh pembantu pegawai dalam keadaan berbaris keputusan pertandingan akan disemak oleh refferi dan ditangani untuk pengesahan keputusan keputusan yang disahkan oleh refferi akan dihantar kepada setiausaha kejohanan untuk diumumkan secara rasmi oleh juruhebah selepas 30 minit keputusan diumumkan, jika tiada apa-apa bantahan hadiah boleh disampaikan kepada pemenang bila-bila masa sahaja.

Selepas Program Selepas selesai program/kejohanan adalah disarankan pengerusi pengelola bersama jawatankuasa kerja mengadakan perbincangan mengenai keseluruhan program dari awal hinggalah ke akhir program. Mesyuarat Post-Mortem Mesyuarat post mortem adalah satu mesyuarat yang dijalankan selepas satu-satu program bagi mengenal pasti masalah, kelemahan dan kekuatan yang timbul di sepanjang program itu berlangsung. Menyediakan laporan Setiap jawatankuasa kecil perlu menyediakan satu laporan lengkap untuk tujuan rujukan program yang akan datang. Setiap laporan akan diserahkan kepada setiausaha program untuk di masukkan ke dalam laporan keseluruhan. Laporan teknik Laporan aktiviti Laporan kewangan Laporan keselamatan lain-lain jawatankuasa yang berkepentingan

70

Sub Tajuk 10.3 : Refleksi Program Sebagai penganjur serta jawatankuasa yang bertanggungjawab, suatu refleksi program perlu dijalankan oleh jawatankuasa induk dan juga jawatankuasa pelaksana. Adanya refleksi ini sekurang-kurangnya akan memberi peluang kepada semua pihak untuk mengingat kembali tentang perjalanan program dan seterusnya dapat memperbaikli segala kelemahan dan berusaha untuk mengekalkan serta memantapkan kecemerlangan untuk program yang akan dijalankan pada masa akan datang. Antara refleksi yang boleh dibuat adalah berbentuk; Penilaian program Laporan program Mesyuarat post mortem Mengadakan mesyuarat post mortem dengan setiap jawatankuasa mengemukakan laporan dengan memberi kekuatan dan kelemahan setiap jawatankuasa.

Aktiviti 10

3. Nyatakan cara format menyediakan kertas kerja yang sesuai untuk program pengelolaan suatu kejohanan olahraga tahunan sekolah anda. 4. Sediakan satu contoh borang penyertaan atau borang masuk kejohanan yang mengandungi semua maklumat yang mengambarkan tentang sesuatu pasukan yang akan mengambil bahagian. 5. Lakarkan susun atur kedudukan empat dan lima kerusi mengikut protokol dan keutamaan tetamu kehormat. 6. Huraikan tujuan mesyuarat post mortem diadakan?

RUJUKAN Darren Bernnet (1992). Sport Facts Athletic Sport. London: Franklin Helen Ten. (1996). Manual Olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara Publications Sdn. Bhd Kesatuan Olahraga Malaysia ( 2012 ). Undang-undang Kejohanan Olahraga Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan Karisma Publication Sdn. Bhd.

71

72

73

Anda mungkin juga menyukai