Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN AMBILAN JANUARI 2013

KERJA KURSUS PROJEK OLAHRAGA ( PJM 3103 )

NAMA NO. K/P UNIT KOD KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: MOHD AIZUDDIN BIN AZERAN : 930629-06-5401 : PJK 1 : PJM 3103 : EN. JALIL BIN OSMAN : 1 APRIL 2013

PENDAHULUAN Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud bertanding. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara balapan dan acara padang. 1.0 Acara-acara Olahraga Anda biasa mendengar dan melihat banyak acara-acara dalam olahraga. Acaraacara tersebut boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu acara balapan dan acara padang. 1.0.1 Acara balapan boleh dikategorikan seperti berikut: i. Acara lari pecut (jarak dekat) : 100 m, 200 m dan 400 m ii. Acara lari jarak sederhana : 800 m , 1500 m iii. Acara lari jarak jauh : 3000 m, 5000 m dan 10000 m iv. Acara lari berganti-ganti : 4 x 100m, 4 x 200m dan 4 x 400m v. Acara lari berpagar : 100 m (P),110 m (L) dan 400 m (L& P) vi. Acara lari berhalangan : 3000 m

1.0.2 Acara padang pula terdiri daripada: i. Acara balingan : Merejam lembing,melempar cakera, melontar peluru dan membaling tukul besi ii. Acara lompatan: lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah

1.1 Acara balapan 1.1.1 Pendahuluan Anda tentu dapat mengenali acara-acara trek atau balapan kerana acaranya adalah acara- acara yang berbentuk larian di trek. Di peringkat antarabangsa, trek mengandungi lapan lorong sejauh 400 meter. Tiap-tiap lorong lebar minima 1.22 meter dan maksima 1.25 meter . Di peringkat sekolah, panjang trek boleh diubah suai kepada 200 meter atau 300 meter jika padang sekolah tidak cukup besar untuk trek 400 meter.

1.1.2 Teknik menyediakan balapan Keperluan awal (a) Tetapkan keluasan padang untuk menentukan: Balapan 400 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong atau 4 lorong Balapan 300 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong atau 4 lorong Balapan 200 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong atau 4 lorong Balapan 150 meter dengan 8 lorong atau 6 lorong atau 4 lorong

(contoh sebuah padang)

b) Keluasan sebenar padang dan keupayaan lorong.

c) Pelan balapan mengikut ukuran yang telah dipilih berdasarkan keupayaan padang.

1.1.3 Keperluan Alatan : Besi penanda ( 15 batang ) Pita ukur ( fibre glass tahan panas ) 100 meter Pita ukur ( steel ) 50 meter

Pita ukur ( steel ) 30 meter Kabel / Dawai 3mm ( 60 meter ) Tali(7mm10mm)120meter Paku 20sm ( 20 batang ) Kereta minyak / cat Roller atau berus cat ( 5sm ) Tukul besi

1.1.4 Panduan Membuat Garisan

(a) Jarak f ke f1 adalah antara 1.21 meter (minimum) hingga 1.23 meter (maksimum). (b) P ialah kawasan bahagian dalam balapan. (c) Lebar lorong dikira daripada bahagian dalam garisan (tepi bahagian dalam garisan seperti di f) ke f1. (d) Setiap garisan lebarnya ialah 5 cm. (e) Bagi garisan permulaan dan garisan penamat, lebar garisan ialah 5 cm.

(f) Garisan memotong (cut-in) 5 cm. (g) Tiang penamat: tinggi tiang = 1.50 m tebal tiang = 2.00 3.00 cm lebar tiang = 5 cm (h) Bendera memotong (cut-in): Tinggi tiang = 1.50 m Bendera = 30 cm 3 40 cm 1.1.5 Zon-zon di balapan Zon pertukaran baton : -Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi. -Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengah- tengahnya. -Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama dengan garisan permulaan 800m. -Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan permulaan/penamat

Garisan memotong

1.2 Balapan 400 Meter Untuk membina sesebuah balapan, pengetahuan serta kemahiran perlu ditagih dari kumpulan guru terutama guru sukan atau guru Pendidikan Jasmani. Beberapa perkara perlu dipertimbangkan semasa merancang dan seterusnya

melaksanakan pembinaan sesebuah balapan larian. Dalam sub tajuk ini, anda akan didedahkan cara-cara membina balapan sepanjang 400 meter. 1.2.1 Membina Balapan 400 M Cari keluasan padang ( panjang & lebar padang ) Kenalpasti jenis trek yang boleh dimasukkan mengikut keluasan padang Lebar padang di bahagikan kepada 3 bahagian dan memanjang padang dibahagi kepada 5 bahagian.

o HJK dan GEF adalah segitiga sama dengan sudut 60 . Anggaran panjang segitiga adalah dicadangkan bagi trek 400m =20.0m, 300m =15.0m dan 200m = 10.0m. Segitiga hendaklah dibuat ditengah-tengah garisan padang.

Sekiranya untuk trek 400m. Panjang garisan lurus AB/DC= 400m tolak panjang lengkok CMEB + DNPA bahagi 2.

Contoh : sekiranya panjang AK = 29.5m. , KJ =20.0m., JD = 29.5m Panjang lengkok AP+ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.5 = 30.896 + 30.896 = 61.792

Panjang lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.5 = 51.843 Panjang lengkok APND + BEMC = 61.792 + 51.843 = 113.635 + 113.635 =227.27 Panjang garis lurus AB/DC = 400m 227.27 = 172.73. = 86.365m -Bagi garisan dalam yang dipasang bendul panjang KA/JD dan HP/HN ditolak 0.30m dan sekiranya tidak berbendul ditolak 0.20m. ( panjang garis segitiga tidak perlu diubah ) -Sekiranya ditolak 0.30m dan lebar lorong 1.22m Lorong 1: Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 29.20 = 30.582 x 2 = 61.164 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 49.20 = 51.529 Lengkok APND + BEMC = 61.164 + 51.529 = 112.693 + 112.693 = 225.386 Lorong 2 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 30.42 = 31.86 x 2 = 63.72 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 50.42 = 52.807 Lengkok APND + BEMC = 63.72 + 52.807 = 116.527 +116.527 = 233.054 Lorong 3 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 31.64 = 33.138 x 2 = 66.276 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 51.64 = 54.084 Lengkok APND + BEMC = 66.276 + 54.084 = 120.36 + 120.36 = 240.72 Lorong 4 + 1.22m Lengkok AP + ND = 60/360 x 2(3.142) x 32.86 = 34.415 x 2 = 68.83 Lengkok PN = 60/360 x 2(3.142) x 52.86 = 55.362 Lengkok APND + BEMC = 68.83 + 55.362 = 124.192 + 124.192 = 248.384

Tambahan lorong seterusnya dibuat mengikut kiraan seperti jadual diatas

Permulaan 400m dan 4x100m

Stagger lorong 1 = 0 Jarak lengkok APND + BEMC lorong 2 tolak jarak APND + BEMC lorong 1 Stagger lorong 2 = 233.054 225.386 = 7.67m Jarak lengkok APND + BEMC lorong 3 tolak jarak APND + BEMC lorong 2 Stagger lorong 3 = 240.72 225.386 = 15.334m Stagger lorong 4 dan seterusnya juga dikira sebagaimana jadual di atas.

Stagger 4x100m

Garis tengah flaoting Pelari pertama = 7.67m ( 1 stagger ) Pelari kedua = 3.83m Pelari ketiga = 3.83m (1/2 stagger ) Pelari keempat = 1.92m Zon pertukaran baton = tambah 10m hadapan dan 10m belakang dari tengah Zon menunggu tambah 10m di belakang zon pertukaran.

Contoh :

Stagger 4 x 400m

Garis tengah Pelari pertama = 11.505m ( 112 stagger ) Pelari kedua = 3.835m ( 12 stagger ) Pelari ketiga = 10m dari di belakang garis penamat Pelari keempat = 10m dari belakang garis penamat Zon pertukaran baton = 20m ( tambah 10m di belakang dan hadapan garis )

1.3 Rumus Mencari Lengkungan Balapan 1. Lengkung (L) a. a=1/3 x 3.142 x a1- a2 b. b=1/3x3.142xb1b2 c. Jumlah L = a+b+c

2. Garis lurus (GL) a. a=b

b. 200mLm(untukbalapan400m) c. 150mLm(untukbalapan300m) c. 100mLm(untukbalapan200m)

3. Stagger L m Lorong 2 L m Lorong 1 = 12 stagger

4. Garisan rentas ( kawasan lengkung zon pertukaran baton dan stagger. GR = 2y2[ 1-kos(57.288x w /y)]

2.0 Acara Padang Untuk menjalankan suatu aktiviti atau pertandingan acara lompatan dan lontaran, suatu gelanggang / sektor perlu diadakan samada di atas padang rumput mahupun padang tiruan. Dengan adanya gelanggang / sektor, sesuatu acara padang dapat dijalankan dengan sempurna dan disamping memberi peluang kepada peserta mematuhi peraturan acara yang ditetapkan. Pembinaan gelanggang / sektor yang piawai, bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan dan kesesuaian tempat dari segi faktor keselamatan. Di peringkat antarabangsa dan kebangsaan, kebanyakan gelanggang / sektor disediakan disuatu tempat yang telah diatur mengikut pelan yang dirancang seperti contoh sebuah stadium. Bagaimana pun di peringkat sekolah, penyediaan gelanggang / sektor boleh diubah suai berdasarkan keperluan dan kawasan yang ada.

2.1 Pembinaan Gelanggang/Sektor Keperluan Awal : Tentukan keluasan kawasan yang mencukupi jarak minima piawaian ukuran gelanggang / sektor. Tentukan ukuran piawaian mengikut sumber ukuran yang tepat berdasarkan buku / rujukan undang-undang olahraga IAAF atau KOAM Menyediakan keperluan alatan asas seperti; -Besi penanda -Pita ukur ( steel ) 50 meter -Tali(7mm10mm)60meter -Pancang Kayu 20sm -Roller atau berus cat ( 5sm ) -Tukul besi -Cat spray Menyediakan pasukan bertugas yang ada kemahiran

2.1.1 Panduan Membina Sektor / Gelanggang 2.2 Sektor / Gelanggang Lompat Jauh

2.2.1 Spesifikasi Penyediaan Sektor; Terdapat landas lari yang berjarak tidak kurang dari 45 meter Terdapat papan lonjak yang mempunyai panjang minima 1.22 meter dan lebar 300 mm. Papan dicadangkan cat dengan warna putih Terdapat kawasan mendarat yang berukuran 2.75 m x 9.00 m Kawasan mendarat perlu diletakkan dengan bahan yang lembut seperti pasir

2.3 Sektor / Gelanggang Lontar Peluru

2.3.1 Spesifikasi Penyediaan Kawasan Lontar Peluru; Terdapat bulatan lontaran yang bergaris pusat 2.135 meter (Lihat rajah di atas) Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lontaran Terdapat satu bungkah penghadang yang diletak diatas garisan dibahagian bulatan bersudut ( seperti rajah )

2.4 Sektor Merejam Lembing

2.4.1 Spesifikasi Penyediaan Kawasan; Terdapat kawasan landas lari berjarak tidak kurang 30 meter ke lengkungan rejaman (Lihat rajah di atas) Kawasan landas lari dibentuk oleh dua garisan berjarak 4 meter Terdapat dua garis lurus bersudut 29 darjah mengunjur keluar dari bahagian tengah kawasan landas lari yang berjejari 8 meter ( Lihat rajah di atas )

2.5 Sektor Melempar Cakera

2.5.1 Spesifikasi Penyediaan Kawasan; Terdapat bulatan lemparan yang bergaris pusat 2.50 meter (Lihat rajah di atas) Terdapat dua garis lurus bersudut 34.92 darjah mengunjur keluar dari pusat bulatan yang dikenali kawasan mendarat lemparan Kebiasaannya terdapat sebuah sangkar berjaring dengan ketinggian sekurang-kurangnya 4 meter ( seperti rajah di atas )

3.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan ini bersama rakan-rakan sekumpulan dan juga rakan-rakan sekelas, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan mengenai olahraga ini dengan jayanya. Tugasan ini boleh dikatakan sangat mencabar bagi saya. Ini kerana halhal berkenaan teknik untuk membuat trek balapan dan teknik untuk menyediakan gelanggang atau sektor yang diberi masih belum saya kuasai dengan sepenuhnya. Setelah

diberi tugasan ini dalam fikiran saya hanya memikirkan bagaimanakah cara untuk memahami perkara yang diingini oleh pensyarah pembimbing, dimana mahu menguasai teknik mengukur ukuran yang tepat dan juga ia amat memeningkan saya. Tetapi dengan niat saya mahu menyelesaikan tugasan ini dengan cemerlang saya harus berusaha dengan lebih gigih. Segala dugaan dan halangan dapat saya harungi. Pengorbanan adalah kunci utama untuk saya menyelesaikan tugasan ini, masa dan wang bukan masalah bagi saya untuk saya korbankan bagi menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Semasa dalam proses untuk menyiapkan tugasan diberi ini, saya dan rakan-rakan mengalami sedikit kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana faktor cuaca yang pada permulaannya tidak mengizinkan kami semua untuk menyiapkan kerja kami di padang.

Tugasan yang agak rumit ini dapat saya tempuhi dengan banyak tunjuk ajar yang diberi kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas daripada Encik Jalil bin Osman, terima kasih atas tunjuk ajarnya yang tidak dapat saya dan rakan-rakan perolehi daripada mana-mana sumber media yang kian moden ini. Sedikit demi sedikit ilmu membuat tugasan ini dapat saya fahami. Tambahan lagi, banyak sumber rujukan yang saya dapat, hal ini meningkatkan kemahiran saya untuk mencari sumber rujukan, rujukan saya bukan saja tertumpu kepada sumber internet, malahan ada juga sumber dari buku dan jurnal-jurnal yang saya jadikan sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan ini. Perkara ini amat memudahkan saya dan rakan sekumpulan kerana saya dan rakan-rakan dibekalkan dengan mempunyai kemudahan untuk merujuk internet yang serba lengkap

mengandungi maklumat-maklumat penting yang berkenaan dengan tugasan yang berkenaan.

Tambahan lagi, dalam menyelesaikan tugasan ini kami dibahagikan kepada tiga kumpulan, namun maklumat dan idea kami berkongsi bersama tidak kira bangsa dan juga agama. Bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing kami sama-sama berkongsi masalah, akhirnya perkara rumit menjadi mudah. Kami bersama-sama pergi ke padang pada setiap waktu kelas dan juga pada waktu petang untuk membuat tugasan yang diberi ini. Kami telah diagihkan kepada pelbagai jawatankuasa dan masing-masing amat komited dengan tugas mereka dan membuat kerja dengan cemerlang bersama penerangan yang diberi oleh pensyarah pembimbing. Saya mendapat tugas dibawah jawatankuasa peralatan, dan saya bertungkuslumus untuk memudahkan kerja rakan lain dengan menyediakan alatan tepat pada waktunya. Saya juga membantu jawatankuasa minyak hitam untuk membawa minyak hitam dan roller ke padang. Setelah selesai menyediakan alatan, saya turut membantu rakan-rakan lain menyiapkan kerja-kerja lain yang masih belum siap. Walaupun keadaan cuaca pada siang hari tidak mengizinkan saya dan rakan-rakan menjalankan tugas, tetapi pada petang hari kami bersama turun ke padang untuk menyiapkan tugasan ini. Perkara tersebut menjadi mudah dengan adanya rakan-rakan sekumpulan dan sekelas di sekeliling saya. Tanpa bantuan mereka semua, berkemungkinan besar tugasan ini masih belum saya dan rakan sekumpulan dapat menyiapkannya. Ilmu yang ada jika kita tidak kongsi kata orang ia tidak akan berkembang. Justeru itu, ilmu yang tidak seberapa dan pertolongan bersama-sama menjadikan kami lebih rapat dan setiap kumpulan dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik.

Pada mulanya, apabila tugasan ini diberikan kepada saya, saya rasa ia merupakan sesuatu yang agak membebankan saya. Tetapi sebaliknya apabila saya melakukan tugasan ini, saya rasa seronok untuk menyiapkannya, kerana saya dapat bercampur dan bergaul dengan rakan-rakan disamping dapat ilmu tentang cara untuk menyediakan trek balapan dan gelanggang. Oleh itu, saya rasa lebih berkeyakinan dan lebih gigih untuk saya menyiapkan tugasan ini, oleh itu semakin banyak ilmu yang saya dapat. Hasilnya tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya. Pengalaman saya semakin bertambah, hal ini membuatkan saya lebih teliti dalam melakukan tugasan kerana saya sedar jika tugasan ini dibuat secara ala kadar, kemungkinan untuk saya cemerlang dalam peperiksaan kali ini sagat mustahil.

Saya sangat berharap agar hasil titik peluh saya bertungkus-lumus menyiapkan kerja kursus ini dapat memenuhi ciri-ciri tugasan yang cemerlang. Walaupun banyak dugaan dan halangan yang perlu saya tempuhi dalam menyelesaikan tugasan ini, namun ia tugasan yang mencabar minda saya untuk mencari jalan penyelesaian.

Walaupun begitu, saya bersyukur kepada Allah, kerana dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang diberi.

MOHD AIZUDDIN BIN AZERAN PJK(SK)

Anda mungkin juga menyukai