Anda di halaman 1dari 21

Olahraga

Olahraga merupakan sukan tertua didunia.


 Pada tahun 1896 apabila sukan olimpik moden di perkenalkan di Greece,
olahraga telah menjadi acara wajib sehinggalah sekarang.
 Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga.
 Malah, dalam pesta olimpik kuno semua acara yang dipertandingkan adalah
acara larian.
 Sebelum tahun 1880an, tiada cara pengukuran masa pertandingan yang
standard. Ketika ini juga gaya permulaan menggunakan gaya berdiri.
 Dalam tahun 1880an, berbagai kajian tentang gaya permulaan di buat oleh
jurulatih dan pakar sains sukan.
 Gaya dekam dipanggil dengan berbagai nama mengikut tempat, contohnya gaya
ini dikenali di Australia sebagai Âkangaroo startÊ.
ACARA OLAHRAGA
Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas, gelangan olahraga
meliputi kawasan trek (gelangang balapan), gelanggang padang dan jalan raya.
Secara amnya acara olahraga boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:
(a) Acara balapan
(b) Acara padang
(c) Acara khusus
o Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula terkenal
pada abad ke 20.
o Lompat jauh berasal pada mulanya berasal daripada pertandingan dalam bentuk
lompat jauh berdiri.
o Olahraga meliputi gelanggang pertandingan yang luas, gelanggang olahraga
meliputi kawasan trek (gelanggang balapan), gelanggang padang dan jalan raya.
o Acara balapan juga biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari. Acara
balapan ini menguji kederasan, kepantasan, ketahanan dan kekuatan seseorang
atlet.
o Acara padang biasanya melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot.
o Kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang.
o Decathlon merupakan acara dikhaskan untuk lelaki sahaja, decathlon merupakan
gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.
o Acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di
jalankan dalam masa dua hari.
o Pencapaian peserta dalam setiap acara yang dipertandingkan akan di beri mata dan
peserta yang mengumpul mata tinggi di anggap sebagai pemenang.
Heptathlon merupakan gabungan tujuh acara yang terdiri daripada acara trek dan
padang.
Kesemua acara heptathlon perlu di habiskan dalam masa dua hari.
Pentathlon terdiri daripada lima gabungan disiplin acara yang dipertandingkan
dalam masa satu hari. Pengiraan mata sama seperti decathlon dan heptathlon.
Dalam sukan anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), pentathlon di
pertandingkan bagi kategori wanita kelas satu.
Maraton merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam
pertandingan olahraga.
Maraton dipertandingkan di jalan raya dengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela
atau 42.195 kilometer.
Di sekolah, biasanya acara merentas desa yang mengambil alih acara maraton.
Acara merentas desa juga menggunakan jalanraya sebagai trek tetapi jarak
lariannya agak pendek.
Dalam kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) terdapat
beberapa kelas.
Seorang atlet olahraga tidak diwajibkan berkasut atau dalam erti kata lain
boleh berkaki ayam.
Hanya 11 paku sahaja dibenarkan ada pada tapak kasut berpaku. Panjang
paku bergantung kepada trek atau tempat penggunaannya.
Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga, setiap
atlet di wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang.
Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta
boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh di jadikan gelanggang
atau di gunakan untuk kejohanan olahraga.
Standard trek bagi acara balapan ialah 400 meter, lebar trek yang
digunakan
harus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu 6 lorong.
Jenis Acara Balapan
Jenis Acara Acara
JARAK DEKAT 100 meter
200 meter
400 meter
JARAK SEDERHANA 800 meter
1500 meter
JARAK JAUH 3000 meter
5000 meter
LARI BERGANTI-GANTI 4X100 meter
4X200 meter
4X400 meter
LARI BERPAGAR 100 meter ( Wanita), 110
meter ( Lelaki), 400 meter
( Wanita)
LARI BERHALANG 3000 meter
Jenis Acara Padang
Jenis Acara Acara
LOMPATAN Lompat Jauh
Lompat Kijang
Lompat Tinggi
Lompat Bergalah
BALINGAN Melempar Lembing
Melempar Cakera
Lontar Peluru
Membaling tukul besi
Acara-acara lain

Acara Lain
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara-acara
lain yang di pertandingkan dalam temasya olahraga. Antaranya ialah:
(i) Decathlon
(ii) Heptathlon
(iii) Pentathlon
(iv) Marathon
(v) Lumba jalan kaki
(vi) Merentas desa
Decathlon
Jenis Acara Hari Acara
DECATHLON (10 1 100 meter
Acara) Lompat jauh
LELAKI Melontar peluru
Lompat Tinggi
400 meter
2 110 meter lari
berpagar
Lempar Cakera
Lompat Bergalah
Rejam Lembing
1500meter
HEPTATHLON
Jenis Acara Hari Acara
HEPTATHLON (7 1 100 meter lari
Acara) berpagar
PEREMPUAN Lompat Tinggi
Melontar peluru
200 meter
2 Lompat jauh
Rejam Lembing
800meter
PENTATHLON
Jenis Acara Acara
PENTATHLON (5 Acara) Lompat jauh
Wanita Rejam Lembing
200 meter
Lempar Cakera
1500meter

MARATHON
Jenis Acara Acara
MARATHON Jarak 42.195 km
MERENTAS DESA
Jenis Acara Acara
MERENTAS DESA Jarak bergantung kepada
pengelola peserta

LUMBA JALAN KAKI


Jenis Acara Acara
LUMBA JALAN KAKI 5 Kilometer (Perempuan)
10 Kilometer
(Lelaki/Permpuan)
20 Kilometer (Lelaki)
Acara Selingan
Selain daripada acara diatas terdapat acara-acara selingan yang di
pertandingkan dalam kejohanan olahraga. Acara tarik tali merupakan acara
selingan yang selalu di pertandingkan diperingkat sekolah.
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM
ALATAN
(a) Pakaian
(b) Kasut
(c) Nombor
Bagi memudahkan proses pengelolaan dalam kejohanan olahraga setiap atlet di
wajibkan memakai nombor di dada dan di belakang. Bagi atlet lompat bergalah
dan lompat tinggi mereka hanya perlu memakai satu nombor sama ada di
belakang atau di dada. Spesifikasi nombor bergantungkepada peraturan am yang
di sediakan oleh pihak pengelola.
(d) Peralatan

Bagi acara balapan peralatan yang di gunakan ialah:


(i) Set bendera merah dan putih
(ii) Blok permulaan bagi acara 100m, 200m dan 400 m
(iii) Pistol
(iv) Penutup telinga bagi pelepas dan pembantu pelepas
(v) Pagar yang mengikut spesifikasi
(vi) Baton untuk larian berganti-ganti
(vii) Alat penyukat angin
(viii) Jam untuk menyukat masa
(e) Alatan Acara Padang
Acara Alatan
Lompat Tinggi Tiang dan palang lompat tinggi, tilam, pita pengukur dan
bendera
Lompat Jauh Gelanggang lompat jauh, pita pengukur dan bendera
Lompat Kijang Gelanggang lompat kijang, pita pengukur dan bendera
Lompat Bergalah Tiang, galah dan palang lompat galah, tilam, pita pengukur
dan bendera
Lontar Peluru Peluru, pita pengukur dan bendera
Lontar Cakera Cakera, pita pengukur dan bendera
Merejam Lembing Lembing, pita pengukur dan bendera
(f) Stadium Olahraga
Peraturan 137 menyatakan sebarang permukaan yang kukuh dan rata serta
boleh tahan dengan paku-paku kasut lumba boleh di jadikan gelanggang
atau di gunakan untuk kejohanan olahraga. Bagi kejohanan di bawah
kelolaan dan pengawasan KOAM dan IAAF peraturan 12.1(a) permukaan
trek yang di gunakan perlu mendapat kelulusan mengikut piawaian yang
telah di tetapkan oleh KOAM dan IAAF.

Trek dan Lorong


Standard trek bagi acara balapan ialah 400 meter, lebar trek yang di
gunakan harus tidak kurang daripada 7.32 meter iaitu 6 lorong. Di sebelah
dalam trek perlulah di letakan bendul simen. Sementara bagi trek rumput
pengajur boleh menggunakan bendera yang di condongkan ke sebelah
dalam pada sudut 60. Bendera ini perlu di susun pada setiap 5 meter. Lebar
setiap lorong adalah diantara 1.22 􀄃 125 meter dan di tandakan dengan
garis 5 cm.
KATEGORI DAN KUMPULAN UMUR
Kategori Lelaki/Perempuan

Kategori Kumpulan Umur


Junior Bawah atau sama 20 tahun pada 31 Disember dalam
tahun pertandingan
Senior Di atas 20 tahun hingga di bawah atau sama 40 tahun
pada 31 Disember dalam tahun pertandingan
Veteran Di atas 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun
pertandingan

Anda mungkin juga menyukai