Anda di halaman 1dari 22

PJM 3105 Pertumbuhan dan

Perkembangan Pembelajaran
Motor

Definisi
Pembelajaran Motor : kajian penguasaan
pergerakan hasil daripada latihan
Kawalan Motor : kajian mekanisma
neural dan proses-proses bagaimana
pergerakan dipelajari dan dikawal
Pertumbuhan motor : kajian ttg proses
sistem badan berintegrasi bg
menghasilkan pergerakan yang
berkualiti
2

TAJUK

PERKEMBANGAN FIZIKAL
KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN FIZIKAL
KANAK-KANAK
Perkembangan kanak-kanak dari
bayi hingga prasekolah merupakan
satu proses pertumbuhan fizikal
yang berlaku secara berperingkat.
Ia melibatkan kuantiti dari segi
berat, tinggi dan pertumbuhan
otot-otot motor.

PRINSIP PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

Perkembangan kemahiran motor


berlaku mengikut prinsip
perkembangan yang terbahagi
kepada dua dan prinsip-prinsip ini
berfokus kepada perkembangan
yang berlaku pada 2 tahun pertama
selepas kelahiran. Prinsip-prinsip
tersebut ialah:
(i) Prinsip I Prinsip cephalo-caudal
(ii) Prinsip II Prinsip proksimo-distal

Semua kanak-kanak mengalami


susunan perkembangan yang sama
dalam satu jenis.
Perkembangan setiap anggota badan
kanak-kanak mengikut tahap yang
mampu diterima.
Perkembangan ini adalah berterusan
dari masa ke semasa.

Perkembangan kanak-kanak adalah merangkumi


pertumbuhan

Perkembangan rupa paras dan tubuh badan.


-

Kanak-kanak mengalami pertumbuhan yang pesat


samada lelaki atau perempuan.
Bayi kelihatan memliki perut yang buncit, mata yang
besar, dahi yang leper dan besar kepalanya adalah
1/3 dari badannya.
Apabila mencapai umur 1-6 tahun ciri bayi tersebut
sudah berubah di mana rupa paras mula
membentuk

PERKEMBANGAN BERAT BADAN


-

Berat purata bayi baru lahir yang sihat ialah 3kg


Selepas beberapa hari kelahiran berat badan bayi akan
bertambah terutamanya selepas 10 hari kelahiran.
Pertambahan berat badan akan berlaku dengan pesat
pada peringkat awal kanak-kanak
Dalam 6 bulan pertama, perkembangan tertumpu pada
otot dan seterusnya perkembangan tertumpu pada
pergerakan.
Pertambahan berat badan berlaku seterusnya dan
selalunya berat kanak-kanak lelaki adalah lebih
berbanding kanak-kanak perempuan.

KETINGGIAN BADAN

ketika dilahirkan purata ketinggian bayi


adalah sekitar 50cm
panjang.
- pada umur 2 tahun,kebanyakkan kanakkanak telah mempunyai
kira-kira separuh
ketinggian yang akan diperolehinya apabila
mereka mencapai tahap umur matang
kelak.
- selalunya kanak-kanak perempuan akan
mengalami kadar ketinggian yang lebih
berbanding kanak-kanak
lelaki pada
peringkat awal pertumbuhan ini.
-

LILITAN KEPALA DAN LENGAN


-

Jisim otak bayi boleh mencapai nisbah 2/3 saiz kepala orang
dewasa ketika lahir.
Ukuran lilitan kepala bayi ialah 30-38cm ketika dilahirkan.
Kronologi perkembangan :
0-2 tahun - peningkatan lilitan kepala kerana
perkembangan otak
2 tahun - nisbah ukuran kepada 1:5 daripada panjang
tubuh
3 tahun - apabila kanak-kanak mencapai 50% tinggi
remaja,pertumbuhan kepalanya juga boleh mencapai
50% drpd saiz kepala dewasanya.
Apabila umur semakin meningkat, ukuran kepalanya
ialah 1:10 drpd panjang tubuhnya

LILITAN LENGAN

Pengukuran ditumpu kepada bahagian pertengahan atas


lengan yang dibuat menggunakan pita ukur jenis kain atau
plastik
Berlaku dengan pesat pada awal kelahiran
Purata ketika lahir ialah 11cm hingga 16cm
Lilitan kekal sehingga umur meningkat dari 1 tahun ke lima
tahun
Saiz ukuran lilitan bergantung pada penerimaan zat
pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak tersebut iaitu :
> 12.5cm 13.5cm - taraf kekurangan zat sederhana
> kurang 12.5cm
- taraf kekurangan yang teruk

PERTUMBUHAN GIGI
Umumnya manusia mempunyai 2 set pertumbuhan
gigi.pertumbuhan
Pertama ialah sebanyak 20 batang gigi yang dikenali sebagai
gigi susu.
Seterusnya adalah gigi kekal iaitu sebanyak 32 batang
Berikut merupakan kronologi pertumbuhan gigi bagi bayi dan
Kanak-kanak mengikut umur
6 12 bulan
gigi kacip tumbuh
12 16 bulan gigi geraham pertama
16 20 bulan gigi taring mula tumbuh
2 7 tahun gigi susu keseluruhan akan mula tumbuh dan
akan mula tanggal pada hujung peringkat kanak-kanak.

Perkembangan deria
-

Pada peringkat bayi perkembangan deria mereka

adalah berkisarkan benda atau apa saja yang


berlaku di sekitar mereka dalam jarak yang
dekat.
Ketika bayi kanak-kanak cenderung untuk
mendengar suara ibunya dan mudah terkejut
dangan sebarang bunyi lain
jarak penglihatan bayi terhad kerana mereka
dalam proses perhubungan antara saraf
mata
dengan otak.

Pada umur 1 hari jarak penglihatan 1/10 inci, 2


bulan 1/20 inci, 8 bulan 1/80 inci dan 6 tahun
1/300
inci.
Pada usia 2 bulan warna-warna seperti putih,
merah, jingga dan biru dapat dikenalpasti oleh
bayi.
Usia 3 bulan persepsi ruang dan jurang belum
dikenalpasti. Ia berlaku selepas 5 bulan.
Usia 12 jam bayi dapat membezakan rasa
masam dan manis.

- Deria bau juga sudah berfungsi di


mana menurut kajian bayi tidak suka
kepada bau yang busuk.
- Bayi juga dapat mengenalpasti bau
badan ibunya pada usia 3hari.
- Perkembangan deria bau dan rasa bayi
akan bertambah sejajar dengan
umurnya
sehingga umur 6 tahun yang
mana mereka
dapat mengenali semua
jenis rasa dan bau
tersebut

PERKEMBANGAN MOTOR KANAK-KANAK


Perkembangan motor kanak-kanak merupakan
Pergerakan atau keupayaan untuk bergerak untuk
membolehkan kanak-kanak itu mempelajari
kehidupan, komunikasi, belajar secara kendiri,
belajar melalui pengalaman, kebebasan,
keselamatan, keseronokan dan satu kepuasan.
Perkembangan motor kanak-kanak merangkumi
kecerdasan, kekuatan, ketahanan, keseimbangan,
corak pergerakan dan kelajuan. Perkembangan motor
kanak-kanak dapat dibahagikan kepada perkembagan
motor kasar dan motor halus.

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR


MENGIKUT USIA

1. Usia 0-6 bulan.


- Bayi boleh menggerakkan kepala untuk posisi ampu.
- mereka boleh menegakkan kepalanya semasa
didokong.
- Bayi juga boleh membengkokkan tangan dan kakinya.
- semasa tidur bayi akan menggerakkan kakinya ke kiri
dan kanan.

2. Usia 6-9 bulan.


- Pada umur ini bayi sudah boleh meniarap mengikut
kemahuannya

- Bayi akan menendang-nendang dengan kuat.


- Peringkat ini juga bayi akan menghulurkan tangan minta
supaya diangkat.
- Pada peringkat akhir umur ini bayi akan berusaha untuk
bangaun dan duduk.

3. Usia 9-18 bulan


- Bayi akan cuba untuk bergerak dalam keadaan meniarap
dan merangkak.
- Dalam keadaan merangkak bayi akan meneroka kawasan
sekeliling dimana terdapat tempat menarik.
- Pada usia 1 tahun bayi sudah mampu berdiri dengan
sendiri dan seterusnya bertatih.
- Pada peringkat ini bayi akan mula bermain dengan alat
permainan dan cuba menolak benda-benda yang beroda.
- Pada akhir peringkat ini kanak-kanak sudah mampu untuk
menaiki dan menuruni tangga.

Usia 18 bulan 6 tahun


- Pada usia 2 tahun kanak-kanak sudah boleh berjalan
dengan baik malahan sudah mampu berlari.
- Mereka juga sudah boleh melompat, melontar dan
menyepak bola.
- Perkembangan motor kasar mereka juga dapat
dilihat apabila mereka sudah mampu untuk mengayuh basikal
roda tiga pada usia 3 tahun.
- Kanak-kanak diusia ini juga sudah boleh melenggokkan badan
mereka mengikut irama lagu.
- Pada usia 5 tahun kanak-kanak sangat cergas di mana mereka
berkebolehan melakukan pergerakan yang kompleks.
- Mereka juga mempunyai daya imbangan badan yang tinggi
serta
koordinasi badan mata dan tangan yang membolehkan mereka
melakukan aktiviti sukan seperti badminton.

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS


MENGIKUT USIA
Susur galur perkembangan dapat dilihat mengikut
peningkatan usia seperti berikut :
Usia 1 6 bulan
Berupaya memberi fokus terhadap sesuatu objek
Boleh memberi perhatian kepada ibubapa atau penjaganya
Mula memberi tindakbalas awal terhadap rangsangan seperti
cahaya,mengikut pergerakan objek yang lalu di hadapannya.
Bayi mula menerimastimuli visualyang sangat pesat

Usia 6 9 bulan
Sangat peka kepada sesuatu yang menarik
Mula menggunakan tangan dan jari untuk memberi
rangsangan terhadap sesuatu objek yang menarik minatnya
Bayi akan mula menunjuk kearah sesuatu yang dikehandaki
bagi menarik perhatian

Usia 9 18 bulan
Penumpuan terhadap sesuatu rangsangan atau objek menjadi lebih
baik sesuai dengan statusnya yang telah bertukar kepada kanakkanak.
Mampu menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil
barangan yang mereka mahukan
Boleh menggunakan 3 jari (tripod grasp) dan ini membolehkan
mereka menggunakan pensel untuk menconteng
Mula menunjukkan kebolehan motor halus seperti tepuk
tangan,bermain, membina serta menyusun bata dan kemahiran
asas yang lain.
Usia 18 bulan 5 tahun
Sudah berupaya membuat pilihan atau kecenderungan
penggunaan tangan tangan kanan atau kiri.
Kemahiran dalam tripod grasp membolahkan mereka menyelak
buku,membina menara dan sebagainya
Pada usia ini,mereka sangat meminati lukisan kerana melalui cara
ini,mereka dapat manghasilkan pelbagai bentuk yang memberi
makna tersendiri kepada mereka.
Koordinasi mata dan tangan bertambah baik.contohnya dapat
menggunakan gunting dan menguntai manik

Usia 5 7 tahun
Koordinasi pancaindera berkembang dengan lebih
baik
Kanak-kanak telah mampu memegang pensel
dengan lebih baik, mencucuk benang pada jarum
yang besar dan lukisan serta penulisan menjadi
lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai