Anda di halaman 1dari 5

KEJADIAN MANUSIA MENURUT SAINS

Proses kejadian manusia mengikut teori sains dapat disimplukan seperti rajah di bawah

Kejadian manusia menurut sains dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu ;


Fertilized ovum (al-masyij)
Implantation (al-ulup)
Somites (mudghah)
Organogenesis (takwinal-adha)
Fetus (janin)

Fertilized ovum
Umumnya jasad manusia terdapat babarapa jenis sel ianya terdiri daripada beberapa
organel yang tersusun rapi dan mempunyai fungsi yang saling berkaitan antara satu sama
lain. Fungsinya ialah menjaga keutuhan dan kekuatan organ-organ yang akhitnya membawa
keutuhan kepada badan itu sendiri. Komponen asas sel-sel itu pada asasnya adalah protein,
karbohidrat dan lemak. Ketiganya semuanya berasa; l dari makanan yang dimakan oleh
manusia. Makanan yang dimakan akan dicernakan oleh sistem pencernaan. Dalam ilmu
perubatan pada air mani terkeluar dari kemaluan lelaki pada tiap-tiap kali ejakulasi
mengandungi antara dua ratus hingga tiga ratus juta sperma. Sperma itu akan bertemu
dengan ovum di tiub fallopio. Apabila bertemu setiap sperma akan cuba menembusi
zonapellucida ovum. Biasanya hanya satu sahaja yang berjaya menembusi tiub itu. Selepas
itu lapisan luar ovum akan menebal, ini bertujuan menghalang sperma lain menembusi
lapisan itu. Percampuran sperma lelaki akan membentuk zigot.

Implantation
Pada peringkat ini proses penggantungan atau membenam embrio pada dinding uterus atau
rahim. Ia juga di namakan al-uluq. Keadaan embrio dan dinding uterus umpama lintah atau
pacat yang melekat pada kulit manusia. Ia melekat dengan kuat sekali dan agak sukar
membuangnya. Setelah selesai persenyawaan antara sperma dan ovum, zigot akan
membentuk sel yang lebih kecil dikenali sebagai blastomer. Pada hari ketiga 12 hingga 16
sel itu akan membentuk suatu yang menyerupai kertau yang di namakan morula yang
kemudiannya membesar dan di penuhi oleh cecair dari bahagian dalam untuk membentuk
semacam sebiji bola. Struktur yang membentuk bola ini di namakan blastula dan kaviti yang
di penuhi cecair itu di namakan blastosel. Blastula hanya berukuran 0. 1 mm dimeter.
Kemudiaan trofoblas terus membiak dan membentuk suatu sel yang saling bertindihan serta
kehilangan sempadan sel. Pada akhir minggu pertama, blastosista telah terbenam secara
supertisial di dalam lapisan endometrium.

Somites
Di peringkat ini pula blok-blok bersegmen terbentuk juga di kenali somit. Pasangan pertama
somit mula kelihatan antara hari ke 19 dan 21 di bahagian arah kepala embrio. Somit baru
kelihatan seterusnya sebanyak tiga pasang setiap hari. Menjelang akhir minggu ke lima
mendapati 42 hingga 44 pasang somit. Usia embrio ini boleh dikira mengikut jumlah
bilangan somit kerana somit-somit ini membentuk ciri-ciri ketara. Pada minggu keempat
muka, telinga dan leher terbentuk daripada Lenkung-Lenkung faring.
Organogenesis
Ianya bermula dari minggu keempat hingga kelapan. Pada masa ini tulang terbentuk, otot
dan daging juga terbentuk. Sistem-sistem dan organ utama terbentuk pada peringkat ini.
Minggu keenam merupakan kemuncak organogenesis, di mana sistem pengdengaran dan
sistem penglihatan terbentuk serta daging, tulang dan kulit. Setelah selesai peringkat ini
pembentukan fetus bermula.

Fetus
Fetus terbentuk pada akhir minggu kelapan. Pada masa ini semua tulang janin terbentuk
dengan sempurna dan pembentukan uri juga lengkap. Perubahan yang berlaku pada ukuran
bayi pada peringkat ini bukan dalam bentuk embrio lagi.

Kajian Sains
Menurut kajian sains, manusia sebagai individu yang terdiri daripada sel daging, tulang,
saraf, darah dan lain-lain yang membentuk jasad. Pertemuan benih ayah dan ibu
membentuk janin dalam rahim ibu, yang tumbuh secara evolusi. Setelah janin itu sempurna
Ia lahir sebagai bayi. Jikalau dipandang secara jasmaniah tidak banyak beza proses
pertumbuhan janin manusia daripada haiwan peringkat tinggi, akan tetapi setelah janin itu
lahir sebagai manusia, terdapat perbezaan yang asasi antara bayi manusia dan bayi
haiwan, perbezaan itu semakin hari akan kelihatan.Proses untuk menjadi lebih dewasa bagi
anak haiwan lebih cepat berbanding anak manusia.Sebagai contoh, anak ayam selepas
keluar daripada telur, ia akan boleh berjalan dan mencari makanan sendiri. Akan tetapi, anak
manusia memerlukan masa yang lebih panjang dan lama untuk dapat mencari makan. Anak
manusia memerlukan masa yang panjang untuk mendapat pendidikanbagi boleh berdiri
sendiri. Makin moden satu masyarakat, maka makin lama masa yang diminta oleh
pendidikan untuk mendewasakan warganya.
Anak haiwan tidak memerlukan pendidikan. Tindakan dan nauluri perbuatan haiwan berasas
dan dikendalikan oleh naluri. Naluri ialah kemahuan tidak sedar dalam diri manusia, haiwan
dan tumbuhan sejak ia lahir lagi. Anak haiwan dengan sendirinya pandai makan tanpa perlu
ditunjuk ajar oleh orang tuanya.Burung dengan sendirinya dapat membuat sarang seperti
yang dibuat oleh ibunya sebelum ini.
Semenjak lahir, anak manusia telah membezakan dirinya daripada anak haiwan. Ia
mempunyai perasaan rohaniah di mana ia merasa suka dan duka, ia ketawa dan menangis.
Ia mempunyai kehidupan batin padanya yang maan tumbuh kesedaran akan diri dan
persekitarannya dan apa yang paling penting adalah berkembang kemampuan untuk
berfikir, sehingga dapat mempelajari bahasa yang didengari daripada orang
persekitarannya.Melalui bahasa itulah, anak manusia itu dapat menyalurkan apa jua yang
ada dalam dirinya kepada orang di sekelilingnya. . Maka terjalinlah hubungan rohaniah di
antara anak manusia itu dengan anggota masyarakat. Justeru, ia menjadi ahli masyarakat
dengan meneyrtai kehidupan sosialnya.
Berdasarkan kepada perkara yang diperhatikan dalam proses pertumbuhan anak manusia,
dapatlah difahami bahawa manusia mempunyai aktiviti kejiwaan, yang membolehkannya
menyertai aktiviti social. Kejiwaan dan social inilah yang tidak ada pada haiwan, sekalipun
jika dipandang dari segi jasmani tidak banyak perbezaannya antara orang hutan, cimpanzi
atau gorilla dengan manusia. Kerana itulah Julian Huxley, seorang neo-Darwin yang terkenal
juga menyebut manusia sebagai makhluk yang berjiwa dan bermasyarakat.

Sains sendiri mengakui bahawa dalam diri manusia ada jiwa, bahkan penganut teori evolusi
pun mengakuinya.Apa yang menjadi permasalahan adalah apakah unsur jiwa itu unsur asal
yang berdiri secara sendiri atau ia hanya merupakan fungsi atau aktiviti dari jasad dengan
anggota tubuh badannya. Perkara ini tidak mungkin dapat diselesaikan melalui sains.Asas
sains adalah penyelidikan dan eksperimen. Penyelidikan dan eksperimen hanya boleh
dilaksanakan ke atas benda yang bersifat material sedangkan jiwa adalah perkara ghaib.

Kesimpulan
Dengan ini dapat di simpulkan bahawa kejadian manusia menurut al-quran membuktikan
manusia adalah makhluk Allah yang sempurna ciptaannya. Manusia di berikan
keistimewaan dari pelbagai segi termasuklah dari segi fizikal, rohani, dan akal
.
Menurut sains, manusia terdiri daripada jasad yang bermula dengan benda, ia tidak banyak
beza dengan jasad haiwan.Akan tetapi dari segi batiniah perbezaan yang amat ketara akan
kelihatan. Manusia mempunyai jiwa yang membolehkan otak itu berfikir. Kalbunya jadi
sumber penghayatan rohaniah dan tangan menjadi pangkal teknik, mewujudkan apa yang
difikirkan oleh otak dan dirasakan oleh kalbu. Sains juga telah menyediakan satu cabang
khusus untuk jiwa yang lebih dikenali sebagai psikologi. Jiwa membolehkan individu
manusia membentuk kehidupan sosial. Kehidupan sosial inilah yang membentuk
masyarakat dan di dalam masyarakatlah manusia hidup secara kemanusiaan.

Rujukan
humanres.moh,gov.my
www.jtm.gov.my

www.mhr.gov.my
www. blogspot biologi.com
jtksm.mohr.gov.my

Anda mungkin juga menyukai