Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

RAZIMAN BIN MOHAMED


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA

Undang-undang adalah satu kaedah untuk mengawal masyarakat iaitu

sebagai alat untuk mengawal tindakan ahli-ahlinya. Kawalan yang dijalankan

dilaksanakan dengan cara-cara yang jelas. Undang-undang jenayah bertindak

sebagai mengawal tindakan anti-sosial. Jika berlaku sesuatu perkara yang

melanggar undang-undang jenayah, orang tersebut akan dihukum. Apabila kita

menyebut undang-undang, melanggarinya akan menjadi satu kesalahan besar yang

bersamanya hukuman dijatuhkan kepada si pesalah. Perlakuan masyarakat dalam

sesebuah negara itu dikawal undang-undang negara yang ditegakkan mengikut

undang-undang perlembagaan negara. Undang-undang inilah yang mengawal

setiap perlakuan masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan, hak dan

tanggungjawab dapat ditegakkan.

Dalam konteks antarabangsa, perhubungan di antara negara dikawal oleh

satu undang-undang antarabangsa. Undang-undang itu memiliki matlamat sama

dengan undang-undang dalam sesebuah negara itu untuk menjamin agar keadilan

dapat ditegakkan. Inilah hakikat yang diterima pakai dalam kehidupan manusia

bertamadun. Dalam konteks diri manusia, ada peraturan dalaman yang dinamakan

etika yang sifatnya mengawal pemikiran dan tingkah laku manusia. Sebagai

kawalan diri dari segi luaran, manusia tertakluk kepada undang-undang bertulis,

1
manakala sebagai kawalan diri dari sudut dalaman, manusia bergantung kepada

etika.

Dalam Islam, etika diasaskan kepada agama dan ilmu pengetahuan.

Perbincangan mengenai bab etika oleh pemikir Islam seperti al-Ghazali dan bukan

Islam seperti Plato dan Aristotle berlandaskan kepada interpretasi mereka terhadap

agama yang disesuaikan dengan keadaan semasa. Ini bererti, wujud perikatan yang

amat kuat di antara etika dan agama. Oleh itu, Islam menitikberatkan ilmu

pengetahuan sebagai asas kepada kehidupan sempurna kerana manusia berilmu

ialah mereka yang beretika. Jalinan di antara etika, agama dan ilmu pengetahuan

ini penting kerana manusia adalah entiti dalam masyarakat, negara dan seterusnya

hubungan antarabangsa. Maksudnya, individu itu menyumbang kepada baik

buruknya hubungan antarabangsa yang ada pada hari ini.

2.0 DEFINISI UNDANG-UNDANG

Secara khususnya tiada satu takrifan khusus yang diterima umum berkenaan

dengan definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang

didefinisikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan

dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum 1. Kamus

Dewan Edisi Ke-Empat ( 2007 ) pula mentakrifkan undang-undang sebagai sesuatu

peraturan atau keseluruhan peraturan yang di gubal oleh kerajaan dan mesti

dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak

bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah satu set peraturan yang

mentadbir tingkah laku dalam masyarakat.


1
http://www.webster-dictionary.net/definition/Law, Interapple, Inc. Cover, ( 2009 ) dipetik pada 10 Oktober 2009.

1
Namun begitu, terdapat berbagai definisi undang-undang oleh ahli falsafah

terkenal. Contohnya, Austin mendefinisikan undang-undang sebagai “perintah yang

dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan

dikuatkuasakan melalui hukuman”. Salmon menyatakan “satu badan yang

mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara

dalam pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata lain, undang-undang adalah

peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah”. Manakala Hobbes

pula berpendapat “undang-undang adalah kaedah perlakuan (roles of conduct)

yang obligatori (obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau

memaksa.

3.0 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG.

Secara dasarnya, undang-undang boleh dikategorikan kepada undang-

undang syariah, undang-undang sekular, undang-undang awam (public law),

undang-undang antarabangsa dan undang-undang persendirian (private law).

Undang-undang Syariah

Syariah berasal daripada perkataan yang bermaksud jalan untuk diikuti.

Syariah bukan sahaja jalan yang membawa kepada Allah yang Maha Agung, tetapi

jalan yang dipercayai oleh semua orang Islam sebagai jalan yang ditunjuk oleh

Allah, iaitu melalui pesuruh-Nya, Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Islam, Allah sahaja

yang maha berkuasa dan Dia mempunyai hak untuk mewujudkan jalan sebagai

panduan kepada manusia. (Rohani Abdul Rahim: 2003).

1
Undang-undang Syariah adalah undang-undang yang diturunkan oleh Allah

S.W.T yang tidak berubah mengikut masa dan keadaan. Ia bersifat lengkap dan

menjadi panduan kepada manusia. (Noor Aziah Mohd Awal: 2007). Walaupun

syariah berasal daripada perintah Allah secara langsung, tetapi terdapat

peruntukan atau kuasa yang diberi kepada manusia bagi mentafsir dan

mengembangkan perintah Allah tersebut menerusi rumusan yang dibuat secara

analogi dan proses lain. Syariah tidak sama seperti undang-undang Roman yang

wujud daripada perbuatan, atau tidak sama dengan Common Law Inggeris yang

terhasil daripada writ. Ini disebabkan sumber syariah yang utama ialah kitab suci al-

Quran.

Sumber kedua syariah pula ialah Sunnah atau amalan Nabi Muhammad

s.a.w. Berdasarkan syariah, kuasa kehakiman mesti dikendalikan sesuai dengan

keadilan, walaupun ini mendatangkan faedah kepada musuh sambil merugikan

kaum kerabat. Syariah tidak membenarkan pengubahsuaian walaupun sedikit

dalam peraturan keadilan yang sempurna, atau menggantikannya dengan mana-

mana bentuk tata cara yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Pada

hakikatnya, syariah merupakan gabungan undang-undang yang menghapuskan

setiap perbezaan di antara yang berkedudukan tinggi dengan yang berkedudukan

rendah. (Rohani Abdul Rahim: 2003)

Undang-undang Sekular

Undang-undang sekular (atau di Malaysia dikenali sebagai undang-undang

sivil) pula adalah undang-undang ciptaan manusia yang boleh dibuat, diubah dan

1
dibatalkan pada bila-bila masa mengikut keperluan masyarakat. Kebanyakan

undang-undang yang berkuatkuasa di kebanyakan negara pada hari ini adalah

undang-undang sekular. Undang-undang sekular boleh diklasifikasikan sebagai

undang-undang Awam, undang-undang Antarabangsa dan Undang-undang

Persendirian. (Noor Aziah Mohd Awal: 2007). Undang-undang sivil adalah terikat

kepada Akta Undang-Undang Sivil, 1956 (Akta 67).

Undang-Undang Awam

Undang-undang awam adalah undang-undang yang mentadbir tentang

perhubungan di antara individu dan negeri. Undang-undang ini dibahagikan kepada

dua iaitu undang-undang perlembagaan yang membincangkan tentang hak individu

dalam negeri dan juga undang-undang jenayah yang membincangkan tentang

berbagai jenis jenayah oleh individu terhadap negeri. Ia boleh dibahagikan kepada

undang-undang jenayah, perlembagaan, industri dan pentadbiran.

Undang-Undang Antarabangsa

Undang-undang antarabangsa boleh ditafsirkan sebagai satu badan undang-

undang yang mengandungi prinsip dan peraturan perlakuan yang membuatkan

negara-negara di dunia berasa terikat untuk mematuhinya dan biasa dipatuhi dalam

hukuman antara mereka. Dengan ini undang-undang antarabangsa merupakan

sekumpulan peraturan yang mengatur perhubungan di antara negara serta

menentukan hak dan kewajipan bagi setiap negara dalam keadaan damai atau

perang. Ia bersifat peraturan yang mengatur hubungan antarabangsa untuk

mengelakkan diri daripada pertelingkahan. Undang-undang antarabangsa ini boleh

1
dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang persendirian (conflict of laws or

private international laws) dan undang-undang antarabangsa awam (public

international law).

Undang-undang Persendirian

Undang-undang persendirian ialah undang-undang yang berkenaan dengan

hak dan tanggungjawab seseorang individu dengan individu lain Tujuan undang-

undang ini ialah untuk memberikan gantirugi kepada pihak-pihak yang tercedera

atau yang teraniaya, agar harta dapat diperolehi semula daripada pihak yang

melakukan kesalahan di samping menguatkuasakan tanggungjawab kontrak dan

amanah. Undang-undang persendirian ini boleh dibahagikan kepada perkongsian,

kontrak, hartabenda, syarikat, keluarga, amanah, tort dan komersial.

4.0 PENULIS DAN UNDANG-UNDANG HASUTAN

Hasutan dalam konteks penulis dan undang-undang adalah menjurus kepada

maksud apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut kearah

menggugat ketenteraman negara dan pemerintah. Undang-undang dan kesalahan

yang tergolong dalam Akta Hasutan 1948 adalah merupakan suatu kesalahan

jenayah.

Tafsiran

Dalam Akta ini—“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia


dan Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia;

“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan


berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan,

1
perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain
menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan
atau benda lain itu sebagai yang mempunyai
kecenderungan menghasut;

“penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau


bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa
jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang
mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau
yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa
cara lain boleh menggambarkan perkataan atau
gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan
keluaran semula atau keluaran semula substansial apa-
apa penerbitan;

“perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau


bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang
berturut-turut yang lain, sama ada secara lisan atau
bertulis;

( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

Kecenderungan menghasut

(1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah

kecenderungan—

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi

membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana

Raja atau Kerajaan;

1
(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau

penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-

mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan,

dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang

wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu

atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi

membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran

keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak

setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat

Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk

Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan

permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang

berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,

kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang

ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III

Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181

Perlembagaan Persekutuan.

( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

1
Ringkasan yang dapat di simpulkan daripada petikan kecenderungan

menghasut diatas, menghasut ialah perlakuan-perlakuan yang di maksudkan

mempunyai kecenderungan menghasut. Kesan daripada tindakn perlakuan tersebut

menimbulkan perasaan benci, penghinaan atau tidak suka terhadap mana-mana

Raja atau Kerajaan, membangkitkan rakyat atau penduduk supaya cuba mengubah

apa-apa jua yang tertubuh menurut undang-undang, dengan cara yang tidak sah,

mendatangkan perasaan benci, penghinaan atau tidak suka terhadap pentadbiran

keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak suka dalam kalangan

rakyat atau penduduk, mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara

kaum atau golongan penduduk serta mempersoalkan apa-apa perkara, hak, status,

kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang diwujudkan atau

dilindungi di bawah Perlembagaan, iaitu kewarganegaraan, bahasa kebangsaan

atau bahasa-bahasa lain yang digunakan secara tidak rasmi, hak istimewa orang

Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta kedaulatan Raja-Raja.

Kekecualian dalam Akta Hasutan

Walaupun perlakuan-perlakuan diatas dianggap mempunyai kecenderungan

menghasut, undang-undang (Akta Hasutan) memberi beberapa kekecualian.

Kekecualian ini di benarkan supaya rakyat masih boleh menyuarakan sesuatu bagi

menunjukkan kesilapan yang dilakuakan oleh pemerintah. Antara perlakuan yang di

benarkan ialah:

1
(a) bagi menunjukkan bahawa mana-mana Raja telah

dikelirukan atau tersilap dalam apa-apa langkah yang diambil

olehnya;

(b) bagi menunjukkan kesilapan atau kecacatan dalam

mana-mana Kerajaan atau perlembagaan sebagaimana yang

diwujudkan oleh undang-undang (kecuali berkenaan dengan

apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan,

kedaulatan atau prerogative yang disebut dalam perenggan

(1)(f) selain yang berhubungan dengan pelaksanaan mana-

mana

peruntukan yang berhubungan dengannya) atau dalam

perundangan atau dalam pentadbiran keadilan dengan

tujuan hendak membetulkan kesilapan atau kecacatan itu;

(c) kecuali berkenaan dengan apa-apa perkara, hak, taraf,

kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang

disebut dalam perenggan (1)(f)—

(i) bagi meyakinkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk

mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana

Kerajaan supaya cuba untuk mendapatkan perubahan,

dengan cara yangsah, apa-apa perkara di dalam wilayah

Kerajaan itu sebagaimana yang diwujudkan oleh undang-

undang; atau

1
(ii) bagi menunjukkan, dengan tujuan hendak

menghapuskannya, apa-apa perkara yang menimbulkan atau

yang mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan

perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau

golongan penduduk yang berlainan di Persekutuan,

( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

Kekecualian-kekecualian ini dibenarkan bagi menggalakkan wujudnya kritikan

membina di kalangan rakyat. Sekiranya teguran itu bertujuan untuk kebaikan,

perlakuan itu tidaklah mempunyai kecenderungan menghasut sungguhpun isu yang

disentuh agak sensitive.

Kesalahan dan hukuman di bawah Akta Hasutan

(1) Mana-mana orang yang—

(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa

persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-

mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang

mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan,

akan mempunyai kecenderungan menghasut;

(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;

1
(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual,

mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan

menghasut; atau

(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut,

melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh

bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu

ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga

tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian,

boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun;

dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik

orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam

perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh

dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain

sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

(2) Mana-mana orang yang ada dalam miliknya tanpa sebab

yang sah apa-apa penerbitan menghasut melakukan suatu

kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali

pertama didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan belas bulan

atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan yang kemudian,

boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun,

dan penerbitan itu hendaklah dilucuthakkan dan boleh

1
dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain

sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

( Jabatan Peguam Negara, 2006 )

5.0 KAJIAN DAN ANALISIS KES AKTA HASUTAN

 Raja Petra di dakwa di bawah Akta Hasutan

Pengendali dan editor laman blog, Malaysia Today, Raja Petra Raja

Kamarudin didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di Selangor

kerana menerbitkan satu artikel membabitkan pembunuhan wanita Mongolia,

Altantuya Shaariibuu di laman webnya kira-kira dua minggu sebelum dia didakwa

pada 6 Mei 2008. Mengikut pertuduhan, Raja Petra , 58, didakwa menerbitkan satu

artikel bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” (Mari hantar

pembunuh-pembunuh Altantuya ke neraka) yang mengandungi ayat-ayat

menghasut di laman web http://www.malaysia-today.net. Perbuatan itu didakwa

dilakukan di alamat No. 5, Jalan BPR5/5, Bukit Rahman Putra Sungai Buloh,

Selangor, pada 25 April 2008.

Raja Petra dituduh di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh

dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000

atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Raja Petra telah menghilangkan diri setelah dia dibebaskan oleh Mahkamah dengan

ikat jamin Rm 5000 dengan seorang penjamin.

1
Kerana telah menghilangan diri semasa berbicaraan kes di jalankan,

mengikut seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, pihak Mahkamah telah mengeluarkan

waran tangkap terhadap Raja Petra dan tarikh akhir waran tangkap tersebut adalah

pada 11 November 2009. Penulis menyimpulkan bahawa, jika Raja Petra tidak

menyerahkan diri sebelum tarikh akhir waran tangkap, beliau akan disabitkan atas

kesalahan tersebut menyebabkab beliau di denda Rm5000 atau penjara selama 3

tahun atau kediu-duanya. Analisis kes tersebut mendapati, Raja Petra telah

menimbulkan kecenderungan menghasut. Kecenderungan yang telah dilakukan

oleh beliau ialah bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi

membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia.

 Syed Akbar Ali di dakwa dibawah Akta Hasutan

Syed Akbar Ali merupakan seorang penulis buku dan telah didakwa di bawah

Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan kata-kata hasutan sebagai komen kepada

artikel yang disiarkan oleh Raja Petra Raja Kamarudin dalam laman blog

MalaysiaToday pada 2007. Syed Akbar didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira

pukul 2.59 petang, 5 Jun 2007, di Zeenath Begum Jewellers Sdn. Bhd., No. 2007,

Jalan Masjid India, di Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menerbitkan kata-kata yang

menghasut sebagai komen kepada artikel yang diterbitkan oleh Raja Petra bertajuk

“ 03/06: Malaysia’s organised crime syndicate: all roads lead to Putrajaya ” dalam

laman blog, Malaysia-Today yang mempunyai alamat http://www.malaysia-

today.net. Komen tersebut bertajuk “ It It Easy To Impress The Malays ”. Dakwaan

1
terhadapnya mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di

bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum

RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Komathy membenarkan tertuduh yang merupakan bapa kepada dua

orang anak dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga menetapkan 10 Jun 2007 , untuk mendengar hujahan berhubung

bantahan awal pihak pembelaan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

 Pendakwaraya lwn Uthayakumar a/l Ponnusamye

P. Uthayakumar ( penasihat undang-undang Hindraf ) didakwa mengikut

Subseksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan satu surat berunsur

fitnah di laman web Police Watch Malaysia. P. Uthayakumar melakukan kesalahan

di antara 15 November 2007 dan 8 Disember 2007 di alamat No. 8-10-5, Menara

Mutiara Bangsar, Jalan Like Off Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur kerana

telah menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman web Police Watch yang

mempunyai alamat web http://policewatchmalaysia.com iaitu sepucuk surat oleh

Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang beralamat di No. 135-3-A, Jalan Toman

7, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia, bertarikh

15.11.2007 yang dialamatkan kepada Rt. Hon. Gordon Brown, Prime Minister of the

United Kingdom, 10th Downing Street, yang bertajuk:  

1
1. COMMONWEALTH ETHNIC INDIANS PEACE LOVING

SUBJECTS IN MALAYSIA PERSECUTED BY

GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST VIOLENT

ARMED TERRORIST WHO LAUNCHED A PRE-DAWN

VIOLENT ARMED ATTACK AND DESTROYED THE KG

JAWA MARIAMMAN HINDU TEMPLE AT 4.00 A.M. THIS

MORNING (15.11.2007). 2. APPEAL FOR UK TO MOVE

EMERGENCY UN RESOLUTION CONDEMNING “ETHNIC

CLEANSING” IN MALAYSIA. 3. APPEAL TO

REFERMALAYSIA TO THE WORLD COURT AND

INTERNATIONAL CRIMINAL COURT FOR CRIMES

AGAINST ITS OWN  ETHNIC MINORITY INDIANS.”

[Surat sepenuhnya dilampirkan bersama pertuduhan ini sebagai Jadual A dan ayat-

ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut digariskan], dan dengan itu kamu

telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948

(Akta 15) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) Akta yang sama. Kes ini di

bicara dari 28-30 September 2009. Permohonan untuk mengecualikan Puan Hakim

dari mendengar kes ini adalah ditolak. Peguambela telah memohon untuk satu

penggantungan prosiding kerana mereka hendak memfailkan permohonan semakan

ke Mahkamah Tinggi.

1
 Isu kepala Lembu

Shah Alam: Lebih 100 kenyataan direkodkan bagi membantu siasatan

berhubung kes bantahan dengan meletakkan lambang berkaitan agama di depan

pintu masuk Setiusaha Kerajaan(SUK) Selangor. Ketua Polis Daerah Shah Alam,

Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata siasatan mengenainya sudah

selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk

tindakan lanjut.

Menurut Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, kes itu disiasat mengikut

Akta Hasutan. Kira-kira 200 penduduk Seksyen 23, Syah Alam, berarak dari Masjid

Negeri ke pintu masuk utama SUK bagi membantah cadangan pemindahan kuil dari

Seksyen 19 ke 23 yang dihuni majoritinya penduduk Islam. Tindakan penduduk itu

dikecam berikutan dakwaan ada pihak tertentu membawa lambang berkaitan agama

sehingga menimbulkan tidak puas hati pihak tertentu selain mendapat perhatian

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan polis menyiasat

kejadian itu. 12 orang individu ditahan dan didakwa mengikut berhubung insiden

perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di Sekretariat Kerajaan Negeri

Selangor pada 28 Ogos 2009 kerana membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen

23. 6 orang daripada mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana

menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan dalam kalangan penganut Hindu

dan sengaja melukakan perasaan penganut agama tersebut.

1
 Pendakwaraya lawan Fan Few Teng

Dalam kes ini, tertuduh Fan Few Teng telah didakwa di bawah seksyen 4 (1) (c)

Akta Hasutan kerana telah menerbitkan penerbitan yang mengandungi unsur-unsur

menghasut dalam satu artikel “ Alliance Policy of segregation, Evidence Galore ”

yang ditulis oleh Dr. Ooi Kee Saik dalam surat khabar Rocket iaitu keluaran rasmi

DAP. Mahkamah telah memutuskan bahawa daripada daripada keterangan yang

ditunjukkan oleh Pendakwa, mahkamah berpuas hati tanpa keraguan yang

munasabah bahawa artikel dalam dakwaan itu jika dibaca keseluruhan, walaupun

menerima dalam aspek yang lebih luas sebagai satu bentuk kritikan yang boleh

dijangkakan daripada Ketua Pembangkang, ia telah melebihi apa yang di benarkan

oleh undang-undang dengan mengambil ingatan bahawa adanya sekatan-sekatan

terhadap hak kebebasan untuk bersuara. Artikel tersebut banyak menyentuk tentang

hak dan keistimewaan sesuatu kaum sahaja, secara jelasnya kaum Melayu. Hal ini

sememangnya bertentangan dengan kesejahteraan awam dan ia cenderung kepada

tindakan menghasut.

1
5.0 PENUTUP

Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini

kerana sifat manusia itu yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya

undang-undang adalah berasaskan kepada amalan, persetujuan, perjanjian, norma

prinsip dan injunksi mahkamah. Apabila semua perlakuan ini diformalkan, terbentuk

satu peraturan yang dinamakan undang-undang. Undang-undang juga

menyediakan struktur peraturan yang membolehkan seseorang menjalankan

perniagaan. Misalnya undang-undang syarikat memastikan orang yang hendak

berniaga mengasingkan dirinya dari perniagaannya itu kerana jika perniagaan itu

tidak menghasilkan keuntungan atau menjadi bankrap, syarikat itu sahaja yang

bertanggungjawab menjelaskan hutang dan bukan individu-individu dalam syarikat

tersebut.

Undang-undang juga dilihat sebagai alat mengawal atau mengatur

masyarakat. Ini dapat dilihat dalam undang-undang perlembagaan yang mana ia

mengatur dan menentukan fungsi institusi-institusi atau organ-organ kerajaan dalam

sesebuah negara. Ia mempengaruhi perbuatan atau tindakan masyarakat dengan

memperuntukkan peraturan pembayaran cukai. Dengan cukai ini dapat pula

memperuntukkan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui

undang-undang kebajikan. Para sarjana Kontra-Reformasi dari abad ke 16

berpendapat bahawa kegiatan manusia memang terbatas menurut kuasa alam.

Oleh sebab itu undang-undang positif boleh dan harus membatasinya untuk

kepentingan kegiatan orang lain. Ini adalah kerana semua orang mempunyai

kebebasan kehendak dan kesanggupan untuk membimbing diri sendiri ke arah

1
tujuan yang disedari. Dengan adanya undang-undang bukanlah untuk menjaga

status quo sosial dengan semua sekatannya yang ewenang-wenangnya terhadap

kehendak dan terhadap penggunaan kuasa individu.

Adanya undang-undang terlebih dahulu adalah untuk menjaga persamaan

alamiah yang kerap kali terancam atau dirintangi oleh pembatasan tradisi terhadap

kegiatan individu. Persamaan asasi ini difahamkan secara positifnya sebagai

persamaan yang ideal dalam kesempatan untuk berbuat seperti yang dikehendaki,

maka ia mudah menjadi satu konsepsi tentang kebebasan setiap orang untuk

mengemukakan haknya yang dicari-cari, dan konsepsi tentang peraturan undang-

undang dalam dunia yang penuh dengan sumber-sumber yang belum digali, tanah

yang belum diusahakan dan sumber negara yang belum diambil faedahnya.

Kesimpulannya undang-undang yang berfungsi menjamin persamaan

alamiah menjadi undang-undang yang berfungsi menjamin hak asasi. Sifat manusia

dinyatakan oleh beberapa kualiti tertentu yang dimiliki sebagai makhluk yang

berakal dan berperaturan. Pembatasan terhadap kegiatan manusia melalui undang-

undang adalah untuk melindungi dan memberikan kesan kepada hak ini.

1
BIBLIOGRAFI

Ahmad Mehamed Ibrahim dan Ahilemah Joned. 1987. Sistem Undang-undang Di

Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamilah Abdul Rauf & Raja Rohana Raja Mamat. 1996. Undang-undang Jenayah

Bahagian 1 Prinsip Umum. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Peguam Negara. 2006. Undang-undang Malaysia, Akta Hasutan 1948,

Kuala Lumpur: Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malasia, Malayan

Law Journal Sdn. Bhd dan Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Kamal Halili Hassan. 1990. Penulis dan Undang-undang, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Noor Aziah Mohd Awal. 2007. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di

Malaysia. Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Rohani Abdul Rahim. 2007. Undang-undang Syariah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Roscoe Pound. 1992. Pengantar Falsafah Undang-undang. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wu Min Aun. 1984. Pengenalan Sistem Perundangan Malaysia. Kuala Lumpur:

Heinamann Education Books (Asia) Ltd.

Anda mungkin juga menyukai